Thursday, November 27, 2008
Selamat Menyambut Aidiladha 10 Zulhijjah 1429
Rasuah Dan Keazaman Politik Dari Kacamata Ketua Pemuda Umno Seremban
Saya sekadar ingin bertanya sepintas lalu kepada semua....terlalu bodoh dan naif sangatkah semua ahli UMNO sekarang ini berbanding ahli2 UMNO yang terdahulu? Terlalu tamak sangatkah seluruh ahli2 UMNO pada pandangan orangramai atau sekadar orang2 tertentu sahaja yang ada tika ini hinggakan tidak tahu membezakan intan dan permata dalam dalam proses memilih kepimpinan yang bakal menerajui negara?? Kenapa hanya ahli UMNO sahaja dikaitkan dengan politik wang??
Dalam hal kekeluargaan UMNO, saya rasa biarlah perwakilan2 menentukan kepimpinan yang bakal dipilih dan tidak perlulah rasanya individu individu tertentu menuding jari serta memburukkkan lagi keadaan yang sedang cuba kita perbaiki melalui proses kepimpinan yang seperti biasa. Pemimpin datang dan pergi dan berilah ruang kepada Dato Seri Najib mengepalai barisan kepimpinan yang bakal dicorak oleh ahli ahli UMNO sendiri pada awal tahun hadapan nanti. Harus barang diingat...UMNO adalah bukan milik individu atau keluarga sesiapa tetapi lebih merupakan sebuah parti semua orang Melayu yang memperjuangkan nasib serta tempat mengadu bangsa Melayu selama ini dan saya yakin bahawa ianya akan masih dan tetap releven dalam masa2yang mendatang kerana majoriti kepimpinan generasi muda yang akan mengambilalih dengan approach serta iltizam yang lebih membara bagi mengembalikan kemalapan keyakinan pengundi kembali kepangkuan bagi terus menyokong BN dan UMNO khususnya dalam pilihanraya yang bakal mendatang.
Yakinlah bahawa majoriti kami generasi muda tidaklah terlalu gelap mata bila dihulur dan dijanji dengan wang ringgit kerana dalam proses transformasi perubahan, kita yang seharusnya berubah mengikut keadaan dan tidak perlu kita menunggu masa bagi merubah nasib kita semua. Dalam perjuangan kita setiap pemimpin baik dibawah sehinggalah kepimpinan atasan, haruslah memilih dan meletakkan diri bagi berkorban,terkorban atau dikorbankan bagi mengapai proses membina kekuatan dan penyusunan semula UMNO bagi direlevankan mengikut kesesuaian mengikut bahasa generasi muda seterusnya bergerak dalam satu suara dan nada serta misi dan misi yang jelas dan nyata khususnya dalam mengembalikan keyakinan masyarakat kepangkuan BN/UMNO.
Yang terdahulu kita jadikan sempadan serta panduan dalam perjuangan tetapi dalam masa yang sama kita tidaklah perlu terikut2 cara lama jika pendekatan ianya berbeza mengikut zaman/keadaan pemimpin itu sendiri. Yang molek kiranya yang tua menegur secara kekeluargaan kepada yang muda dan yang muda harus menghormati nasihat dari yang lebih berusia tetapi janganlah pula hingga menidakkan kita dalam membuat keputusan mengikut kesesuaian keadaan dan zaman...tidak akan berjaya kita semua juga jika sifat dan pegangan sebegini menjadi panduan serta amalan. Bagi yang cuba mengamalkan seperti apa yang diperkatakan...saya yakin majoriti tahu bagi menolak pemimpin yang mengamalkan unsur2 sedemikian.
Hentikanlah kenyatan serta momokan yang tiada bukti dan berasas dan biarkanlah pihak2 yang berkuasa yang lebih arif dan yang telah diberikan amanah bagi memantau keadaan serta yakinkanlah bahawa amanah yang diberi kepada pemantau serta pihak berkuasa bagi melancarkan tugas2 mereka mengikut lunas2 serta undang2 juga perlembagaan UMNO yag telah sedia tersergam dan telahpun lama dibukukan sebagai rujukan dan panduan...bersatu bersetia berkhidmatlah kepada semua seperti yang telah banyak diperkatakan. Kerana pada saya semua yang berlaku dalam sekeiling kehidupan kita, sebenarnya ada kena mengena dengan diri serta tindak tanduk kita selama ini. Ada masa akan saya ulas lagi dari masa ke semasa dalam memberi pandangan sbg budak hingusan dalam politik tetapi dalam proses menjadi pemimpin yang ada jatidiri...
Akhir kata...setiap kejadian ada hikmah disebalik ketentuan kita sebagai manusia yang lemah dan sebagai contohnya hasil keputusan pilihanraya terbaru dan ini juga kita harus menggunapakai dalam proses bermuhasabah diri bagi persiapan dalam menghadapi masa2 mendatang dan sesungguh saya yakin sesungguhnya ALLAH tidak akan menghampakan usaha serta kegigihan kita semua berubah kearah yang lebih baik dari sebelumnya dalam memperjuangkan Agama Bangsa serta Tanahair tercinta ini. Salam perjuangan dari saya dan kita renungkanlah bersama apa yang saya perkatakan ini. Jika ada kebenaran maka kita ambillah sebagai panduan tetapi jka tidak, anggaplah ianya sekadar celoteh kedaifan dari seorang anak muda yang hanya ingin melhat bangsanya berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa2 yang lain. Waulahualam....
Guna Bpr Buat Aniaya
Sehubungan itu, Ketua Pengarah BPR, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, mengarahkan setiap pegawainya supaya sentiasa berhati-hati setiap kali menerima maklumat dan menjalankan siasatan secara terperinci.
Menurutnya, langkah itu menyebabkan siasatan BPR mengambil masa sebelum tindakan sewajarnya dilakukan.
"Saya faham memang ada cubaan pihak tertentu menggunakan BPR bagi menganiayai orang lain, sebab itu saya minta pegawai supaya menapis segala maklumat dengan hati-hati.
"Saya memberi amaran supaya tidak membuat laporan palsu kerana mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang boleh dijatuhkan hukuman penjara dan denda," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Konvensyen Siasatan BPR 2008 di sini, semalam.
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/Setempat/20081126092020/Article/index_html
Kenyataan yang seharusnya menjadi kayu mengukur dalam perkiraan dan pertimbangan dalam melaksanakan hukuman ke atas ahli yang dilaporkan terlibat dalam kegiatan politik wang oleh Lembaga Disiplin Umno.
Siasatan terperinci akan dilaksanakan seperti jaminan KP BPR Dato Seri Ahmad Said Hamdan dan setiap individu yang didapati bersalah pasti akan menerima hukuman yang setimpal dan tidak timbul keraguan atas individu yang bersalah ataupun tidak.
Justeru itu Lembaga Disiplin Umno perlu mengambil tindakan tegas dan berhati hati supaya ini tidak berlaku di Umno Bahagian Seremban. Hukuman yang dikenakan tidak mencerminkan kematangan dan tidak langsung masuk akal kerana mereka yang terlibat belum lagi diputuskan bersalah Yb Mustapha Salim dan juga calon Ketua Bahagian Seremban En Mohd Nor Awang telah tidak dibenarkan dari bertanding.
Sedangkan Dato Ishak Ismail yang telah terbukti oleh Lembaga Disiplin Umno bebas untuk bertanding dan mempertahankan jawatan yang telah disandang selama 20 tahun. Dimanakah logiknya keputusan dan pertimbangan Lembaga Disiplin Umno calon yang mensabotaj Barisan Nasional hanya diberikan amaran. Adakah Lembaga disiplin sedar yang ini adalah kesalahan serius yang mengakibatkan Umno hilang banyak kerusi kerusi Dun dan Parlimen.
Kami juga tidak menolak tentang provokasi yang mungkin dilakukan sehingga tercetusnya pergaduhan yang amat memalukan di perhimpunan Umno Bahagian Seremban tetapi adakah kita telah benar benar menyelami hasrat akar umbi yang mahukan perubahan, juga perbuatan Dato Ishak yang menggunakan sehingga empat buah kamera dalam persidangan tersebut juga menimbulkan tanda tanya kerana apakah keperluan kamera kamera tersebut melainkan beliau telah menjangkakan sesuatu akan berlaku ditambah dengan penjaga penjaga keselamatan yang kononnya menjaga keselamatan seolah olah hari perhimpunan itu keadaan tidak selamat memang telah dijangkakan. Kami tidak menolak ini satu lagi kemungkinan atau pun pengkhianatan yang dilakukan terhadap Umno Bahagian Seremban dan Barisan Nasional seperti yang telah berlaku dalam pilihanraya 12 yang lalu.
Jika Lembaga Disiplin benar benar mahukan perubahan diakar umbi perubahan juga harus dilakukan oleh pihak Lembaga Disiplin dalam melaksanakan ketelusan didalam Umno. Umno sekarang bukan lagi parti monopoli dan jika perkara seperti ini terus berlaku pasti Umno akan tumbang akhirnya pada pemilihan ke 13 nanti. Jangan menang sorak(pemilihan) tetapi kerusi kerusi Dun dan Parlimen akan terus tergadai.
Rakyat pasti akan terus yakin dan kembali memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Umno bila mereka telah melihat senario yang berlaku dan janji janji kosong pihak pembangkang dan perpecahan yang timbul akibat ketamakan kuasa dan pangkat dan melupakan manisfesto manisfesto yang ditabur semasa pilihanraya dan pemimpin pemimpin PKR yang tidak bersepakat dengan pucuk pimpinan PAS & DAP dan ini bukanlah rahsia lagi tetapi dalam masa yang sama Umno juga perlu perubahan ke tingkat yang lebih baik dan berkualiti.
Jangan persidangan Umno Bahagian Seremban yang akan diadakan semula tetap tercemar walaupun mungkin tiada lagi kerus yang terbang tetapi integriti dan kewibawaan Umno sebagai sebuah parti yang memperjuangkan demokrasi akan tercalar kerana kesilapan Lembaga Disiplin dalam membuat keputusan.
Tuesday, November 25, 2008
RASUAH DAN KEAZAMAN POLITIK-CHE DET
2. Soalnya - keazaman politik siapa?
3. Apakah keazaman politik mereka yang ingin dicalonkan dan sudah hulur wang sogokan?
5. Jika pemimpin yang perlu banteras, yang mana satukah pemimpin yang perlu berazam; pemimpin cawangankah, bahagian, Majlis Kerja Tertinggi atau Presiden parti?
6. Saya akui di masa saya jadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri pun sudah ada politik wang.
7. Ia amat ketara semasa saya dan Tun Ghafar Baba dicabar pada tahun 1986.
8. Walaupun saya dapat pencalonan yang terbanyak (70 peratus) tetapi saya menang dengan kelebihan undi hanya 43 sahaja. Jelas perwakilan tidak undi ikut pencalonan oleh Bahagian.
9. Untuk mengelak perwakilan dipengaruhi semasa bersidang maka perlembagaan dipinda supaya 10 undi bonus diberi apabila dicalon oleh Bahagian.
10. Malangnya ada calon yang berjaya mendapat begitu banyak pencalonan sehingga lawannya terpaksa tarik diri.
11. Lepas itu dibatalkan undi bonus dan diganti dengan kuota 30 peratus bagi jawatan Presiden dan peratusan tertentu bagi jawatan-jawatan lain.
12. Dalam pencalonan untuk pemilihan kali ini ternampak jelas yang kuota tidak berjaya membanteras politik wang.
13. Ya, memang pun semasa saya dahulu sudah ada politik wang.
14. Tetapi peristiwa sogokan secara terbuka dan besar-besaran sehingga ramai dalam masyarakat pandang jijik akan politik UMNO tidak berlaku dahulu.
15. Tidak pernah terjadi yang Presiden parti didakwa terlibat dengan politik wang melalui laporan kepada polis dan Badan Pencegah Rasuah.
16. Tidak pernah Lembaga Disiplin parti menerima sehingga 900 laporan berkenaan politik wang.
17. Tidak pernah BPR terima banyak laporan rasuah untuk pencalonan bagi jawatan dalam UMNO.
18. Membuat alasan bahawa dulu pun ada rasuah tidak menghalalkan rasuah sekarang, terutamanya rasuah terbuka dan besar-besaran.
19. Sesungguhnya hari ini di mana-mana juga rakyat bercakap berkenaan rasuah dalam pencalonan kepimpinan UMNO. Ini tidak berlaku dahulu.
20. Juga dahulu rakyat tidak pernah tolak sebahagian besar calon UMNO dan Barisan Nasional dalam pilihanraya 1982, 1986, 1990, 1995 dan 1999 seperti yang berlaku pada pilihanraya umum 2008. Jika rasuah dahulu tidak berbeza dengan sekarang kenapakah BN menang majoriti 2/3 tiap pilihanraya umum dari tahun 1982-1999?
21. Dahulu rakyat/pengundi tidak anggap UMNO sebagai parti pimpinan perasuah seperti hari ini.
22. Kerana tidak suka pada kepimpinan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, BN sudah ditolak di lima buah negeri dan sebuah Wilayah Persekutuan. Hari ini bukan Presiden sahaja yang dianggap tidak layak, tetapi seluruh kepimpinan UMNO tidak disukai dan tidak dianggap layak memimpin negara kerana pencalonan mereka adalah hasil sogokan oleh mereka. Memilih mereka bermakna memilih perasuah untuk mendirikan Kerajaan. Masyarakat yang mana yang mahu terima Kerajaan perasuah?
23. Ramalan saya ialah UMNO akan kalah teruk pada pilihanraya umum ke-13. Mendapat sokongan daripada parti (melalui rasuah) tidak akan menjamin kemenangan dalam pilihanraya umum.
24. Yang memberi kemenangan kepada calon-calon UMNO dahulu ialah undi ahli bersama dengan penyokong luar, penyokong bukan UMNO. Jangan fikir hanya dengan undi ahli UMNO sahaja kemenangan akan diperolehi.
25. Dalam pilihanraya umum ke-12 ramai ahli UMNO-pun tidak undi calon BN. Dan amat ramai daripada penyokong-penyokong (bukan ahli) UMNO yang undi parti lawan. Itulah yang memberi keputusan yang buruk bagi BN dalam pilihanraya umum ke-12.
26. Ingatlah kelebihan undi bagi calon UMNO yang menang tidak sebesar dahulu. Jika hanya separuh lebih sedikit daripada kelebihan kecil ini berpaling tadah dan mengundi parti lawan UMNO akan kalah dimana dahulu ia menang.
27. Mereka yang ghairah menggunakan wang untuk dicalon oleh bahagian harus ingat jika parti UMNO kalah, kemenangan jadi pemimpin UMNO tidak bermakna. Lihat ketua-ketua perhubungan Kedah, Perak, Kelantan dan Selangor dan mereka yang dicalon bertanding pilihanraya umum ke-12. Di mana mereka?
28. Jika BN kalah, Presiden UMNO tidak akan jadi Perdana Menteri, Timbalan Presiden tidak akan jadi Timbalan Perdana Menteri dan lain-lain pemimpin UMNO jika menang pun tidak akan jadi Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen atau pengerusi-pengerusi syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) dan lain-lain dan ketua-ketua bahagian tidak akan dapat kontrak dan lain-lain.
29. Lebih buruk lagi UMNO akan hancur. Pengasas-pengasas UMNO akan kutuk mereka yang kerana tamak telah musnahkan UMNO.
30. Orang yang terkenal menyogok wang untuk jadi pemimpin UMNO, jika mereka dipilih akan menyebabkan UMNO ditolak dalam pilihanraya umum.
31. Rakyat tahu siapa mereka walaupun sukar bagi mendapat bukti yang mereka ini adalah perasuah.
32. Perwakilan UMNO yang menerima sogokan dan memilih orang yang dikenali sebagai perasuah, harus ingat apabila mereka memilih orang ini, mereka sebenarnya mengkhianati bangsa, agama dan negara hanya kerana sedikit wang yang akan habis dibelanjakan dalam sekelip mata. Kamu dan zuriat kamu akan dikutuk oleh bangsa kamu tiap kali mereka menderita kerana kamu telah jual bangsa dan negara kamu untuk sedikit wang.
Thursday, November 20, 2008
Semoga Panjang Umur & Diberkati
Umno Taman Paroi Jaya mengucapkan Selamat Hari Lahir dan Semoga Diberkati Allah S.w.t kepada En Sharain Hj Sharif di ulang tahun yang ke 22(tidak pasti). Hadiah(pun tidak pasti) dalam perjalanan dan diharap bersabar….
Thursday, November 13, 2008
PROGRAM PUBLISITI DAN BANTAHAN AWAM - DRAF RANCANGAN TEMPATAN DAERAH SEREMBAN 3Nov-3Dis
JKNS lancar gerakan kesedaran larangan merokok
Pengarahnya, Dr Zainal Ariffin Omar, berkata fasa pertama Ops Sedar itu bertumpu ke kompleks beli-belah dan perhentian pengangkutan awam di bandar ini dengan mereka yang dikesan merokok di tempat berkenaan dinasihatkan supaya tidak mengulangi perbuatan itu.
"Operasi ini bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai pindaan baru Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 yang menambah zon larangan merokok di kaki lima kompleks beli-belah termasuk restoran dan kafe.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Wilayah/20081113105314/Article/index_html
Peringatan kepada perokok perokok tegar supaya mematuhi larangan merokok yang akan dikuatkuasakan tidak lama lagi. Walaupun pada peringkat ini tiada saman yang akan dikeluarkan tetapi ia boleh menjadi titik tolak untuk menjadikan bandar Seremban lebih bersih dan segar.
Juga diharap pihak berkuasa dan JPJ dapat memantau kenderaan yang menggunakan jalan jalan di Seremban dengan mematuhi piawaian yang telah ditetapkan kerana asap dan gas dari pencemaran kenderaan adalah jauh lebih tinggi berbanding asap rokok. Gas gas seperti sulfur, karbon monoksida, plumbum, karbon dioksida dan bermacam macam gas lagi. Ini juga perkembangan yang sihat yang menampakkan perkembangan sihat dari sudut ekonomi bilamana lebih banyak dan pertambahan kenderaan di Seremban.
Diharap juga dari segi pegangan ekuiti 30% bumiputra akan dapat dihampiri atau pun dikecapi kerana orang orang Melayu juga berhak menikmati kemakmuran ekonomi di Malaysia tetapi orang kita jangan malas...Lebih program program keusahawanan dan pendedahan yang harus dilakukan supaya orang orang Melayu dapat berkongsi maklumat dan peluang yang ada.
Berbalik kepada bandar yang lebih bersih dan sihat diharapkan kempen kesedaran merokok ini akan dapat dilaksanakan dengan jayanya dan diharap lebih banyak tempat akan dijadikan kawasan larangan merokok. Juga lebih pemantauan di sekolah sekolah kerana hari ini pelajar pelajar sekolah tanpa segan silu lagi merokok di kawasan awam dengan memakai uniform sekolah. Bersama kita kearah bandar dan kehidupan yang lebih sihat dan bersih walaupun pedih jika selepas makan tak boleh merokok....
Wednesday, November 12, 2008
MB kecewa kenyataan Tengku Adnan
SEREMBAN 10 Nov. - Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan melahirkan rasa kecewa berhubung kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang melabelkan wujudnya keretakan dalam hubungan badan itu dengan UMNO Bahagian Seremban.
Pengerusinya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kenyataan itu hanyalah bersifat peribadi dan adalah tidak adil bagi Tengku Adnan berkata demikian.
''Saya tidak akan memberi pandangan mengenai perkara ini kerana telah wujudnya 'mental block' daripada UMNO Pusat terhadap hubungan badan perhubungan dengan UMNO Bahagian Seremban.
Monday, November 10, 2008
Kerusi Terbang Di Seremban
SEREMBAN: Mesyuarat peringkat bahagian yang dijadual berakhir semalam 'tercemar' apabila Persidangan Perwakilan Umno Seremban terpaksa ditangguhkan ekoran pergaduhan sehingga menyebabkan dua perwakilan cedera ringan.
Persidangan tersebut akan diadakan minggu depan, kata Setiauasaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Tambahan pula Ketua Bahagian Seremban telah didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin Umno kerana kesalahan mensabotaj parti dalam pilihanraya yang lalu sudah semestinya menimbulkan lagi keraguan di kalangan ahli ahli Umno yang mahukan perubahan dan pembaharuan di dalam Umno. Jika sudah hampir 20 tahun orang yang sama menerajui Bahagian Seremban ini juga suatu perkembangan yang kurang sihat kerana seharusnya sudah ada pemimpin pelapis dalam mewarnai politik Seremban dan tanahair.
Sunday, November 09, 2008
TAHNIAH SHAHRUL EKHSAN & RAKAN RAKAN PEMUDA BAHAGIAN SEREMBAN
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam misi perubahan Pemuda bahagian Seremban
Persidangan Pemuda UMNO Bahagian Seremban tegang
SEREMBAN 8 Nov. - Suasana tegang berlaku pada persidangan Pemuda UMNO Bahagian Seremban apabila tercetus pertikaman lidah berpunca daripada kehadiran 'orang luar' yang didakwa bukan dari kalangan pemerhati dan ahli ke dalam dewan bersidang.
Usaha Ketua UMNO Bahagian Seremban, Datuk Ishak Ismail untuk memberi penjelasan tentang kedudukan beberapa perwakilan daripada dua cawangan yang diragui bagaimanapun gagal menenangkan keadaan.
Perwakilan yang hadir menolak penjelasan Ishak, sambil membangkitkan beberapa isu yang 'tersangkut' seperti dakwaan kegagalan UMNO Bahagian Seremban menghantar notis bersidang semula pada 2 November lalu kepada cawangan yang diarah berbuat demikian oleh Ibu Pejabat UMNO.
Persidangan Pemuda di Kelab Golf Tuanku Ja'afar di sini juga menyifatkan tindakan hari ini sebagai usaha campur tangan dalam urusan perwakilan pergerakan itu di bahagian berkenaan.
Berikutan tindakan yang semakin tidak terkawal, Timbalan Pengerusi Tetap, Suhaimee Arshad meminta tiga perwakilan supaya meninggalkan dewan persidangan, sementara Ishak turut berbuat demikian untuk memberi laluan persidangan disambung semula.
''Kalau hendak buat protes, lakukan secara beradab. Gunakan saluran yang betul. Jangan buat kecoh dalam dewan sehingga timbulkan ketegangan.
''Sepatutnya perkara ini tidak terjadi. Saya percaya ada dalang yang menyebabkan insiden ketegangan dalam dewan persidangan ini berlaku," kata Ishak ketika dihubungi di sini malam ini.
Persidangan itu berakhir dengan mencalonkan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohd. Khir Toyo bertanding merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO, sementara Datuk Razali Ibrahim, sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO.---------
Syabas dan tahniah kepada Pemuda Bahagian Seremban kerana telah berjaya bersidang dan berjaya menjalankan pemilihan dengan jayanya. Juga tahniah diucapkan kepada Saudara Shahrul Ekhsan dan rakan-rakan yang telah berjaya dalam pemilihan kali ini sebagai Ketua Pemuda Umno Bahagian Seremban.
Adalah tidak benar seperti yang didakwa oleh Dato Ishak kerana majlis telah berjalan dengan sempurna cuma sedikit kekeliruan dan kelantangan suara yang dilontarkan oleh Pemuda yang sememangnya agresif yang mungkin disalah tafsir oleh Dato Ishak Ismail. Selepas sahaja beliau meninggalkan dewan dan juga perwakilan yang diminta berbuat demikian semuanya kembali berjalan lancar sehingga selesai proses pemilihan. Sebagai orang yang berpengalaman beliau seharusnya menerima dengan positif pembaharuan yang dimahukan oleh Pemuda jika mahu benar benar merubah dan memperkukuhkan semula Umno
Adalah tidak benar sama sekali seperti dakwaan beliau yang ada dalang dan sebagainya kerana inilah kehendak akar umbi di Bahagian Seremban dan Pemuda Seremban juga telah menunjukkan kematangan dan mahukan pembaharuan dalam pemilihan kali ini. Majlis tertinggi mungkin boleh memperincikan dan menambahbaikan proses pemilihan dari semasa ke semasa untuk melancarkan lagi proses pemilihan supaya mereka yang menjadi penganjur tidak melakukan kesilapan dan mempermudahkan proses pemilihan disamping pendekatan dan perlaksanaan mesyuarat masih ditakuk lama. Setiap ahli semakin bijak dalam menggunakan hak mereka sebagai ahli yang datang dari cawangan cawangan Sikamat, Lenggeng, Nilai dan Ampangan.
Segala protes dan pertanyaan telah dibuat secara sopan dan tertib dan mengikut suara demokrasi dan Pemuda Umno sentiasa percaya dan yakin Umno sebuah parti yang mengamalkan sikap demokrasi dan toleransi yang tinggi. Justeru itu menang dan kalah bukan lagi persolannya dan yang utama kembali bersatu dan lupakan pertandingan kerana Pemuda Umno Seremban telah bersuara.
SHAHRUL EKHSAN KETUA PEMUDA SEREMBAN
SAUDARA SHAHRUL EKHSAN & RAKAN RAKAN YANG BANYAK MEMBANTU
PEMUDA SEREMBAN TELAH MEMBUKA LEMBARAN YANG BARU
WANITA DAN BAHAGIAN BAGAIMANA???
Thursday, November 06, 2008
Majlis Tertinggi Jangan Biarkan Umno disabotaj..
Sentral: Ketua Umno Seremban kekal jawatan
SEREMBAN: Ketua Umno Bahagian Seremban, Datuk Ishak Ismail, mengekalkan jawatan yang disandangnya sejak 1988 tanpa perlu menunggu mesyuarat pemilihan bahagian itu, Ahad ini apabila pencabarnya, Mohd Nor Awang yang juga Naib Ketua Bahagian itu disahkan tidak layak bertanding.
Ibu Pejabat Umno turut mengesahkan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lenggeng yang juga ahli jawatankuasa bahagian itu, Mustafa Salim, tidak boleh bertanding jawatan Timbalan Ketua Umno bahagian itu.
Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata Mohd Nor, 47 dan Mustafa, 50, tidak layak bertanding selepas kedua-duanya dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan rasuah.
Ibu Pejabat Umno turut mengesahkan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lenggeng yang juga ahli jawatankuasa bahagian itu, Mustafa Salim, tidak boleh bertanding jawatan Timbalan Ketua Umno bahagian itu.
Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata Mohd Nor, 47 dan Mustafa, 50, tidak layak bertanding selepas kedua-duanya dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan rasuah.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Wilayah/20081106130304/Article/index_html
Keputusan yang dibuat Majlis Tertinggi Umno seperti kenyataan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor adalah begitu mengelirukan kami diperingkat akar umbi Umno terutamanya diperingkat Bahagian dan Cawangan.
Mereka memutuskan yang calon calon yang belum disabitkan bersalah sebagai tidak layak bertanding tetapi calon yang diputuskan oleh lembaga disiplin sebagai bersalah dan melanggar perlembagaan dan tataetika Umno dibolehkan bertanding dan mengekalkan jawatan Ketua Bahagian. dalam kenyataannya Majlis Tertinggi Umno memutuskan yang En Mohd Nor Awang dan Yb Mustapha Salim tidak layak bertanding pada pemilihan Umno Bahagian Seremban kerana dikenakan pertuduhan dan telah didakwa dimahkamah.
------------
utusan Malaysia 06 Mei 2001
Tiga ketua bahagian dibatal -- Didapati bersalah terbabit dalam politik wang semasa pemilihan UMNO
KUALA LUMPUR 5 Mei - Tiga ketua UMNO bahagian dibatalkan kemenangan mereka kerana didapati bersalah terbabit dalam politik wang pada pemilihan bahagian parti itu baru-baru ini.
Mereka ialah Ketua Bahagian Gopeng, Mustafa Kamal Mohd. Nawi; Ketua Bahagian Muar, Datuk Abdullah Omar dan Ketua Bahagian Baling, Datuk Zainol Md. Isa.
Perlucutan jawatan mereka berkuat kuasa serta-merta dan kekosongan jawatan akan dipangku oleh timbalan ketua Bahagian masing-masing.
Tiga tertuduh lain yang turut didapati bersalah ialah calon Timbalan Ketua Bahagian Bagan Serai, Zaki Din; Ketua Penerangan Bahagian Selayang, Rahmat Abdullah dan Ketua Penerangan Bahagian Gopeng, Mohamad Annuar Baharuddin.
Semua yang terlibat juga terlucut jawatan serta-merta.
Ini merupakan keputusan pertama yang dibuat oleh Lembaga Disiplin UMNO daripada 66 aduan yang telah didengar oleh lima tribunal di bawah lembaga itu.
Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen berkata, daripada 15 kes yang telah dibuat keputusan itu, sembilan kes didapati tidak bersalah.
Katanya, mereka yang didapati bersalah berhak merayu kepada Majlis Tertinggi (MT) menurut Fasal 20.6 perlembagaan parti.
``Peruntukan perlembagaan parti tidak menetapkan tempoh masa kepada mereka untuk membuat rayuan kepada Majlis Tertinggi.
``Bagaimanapun, semua yang terbabit perlu membuat rayuan secepat mungkin,'' katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat parti di sini, hari ini.
Beliau menjelaskan, antara kesalahan politik wang yang dilakukan ialah seperti membawa anggota UMNO melawat keluar negera dan mengadakan lawatan secara rombongan.
Bagaimanapun beliau tidak menyatakan kesalahan enam anggota itu satu persatu.
Mustafa Kamal, Zainol, Mohamad Annuar, Rahmad dan Abdullah digantung hak untuk memilih, dipilih dan dilantik ke sebarang jawatan di semua peringkat sehingga 2007.
Zaki pula digantung hak itu selama dua kali pemilihan parti peringkat cawangan, bahagian dan MT dari tarikh hukuman.
Sementara mereka yang didapati tidak bersalah ialah Ketua Bahagian Lipis, Datuk Omar Othman; Ketua Pemuda Bahagian Pontian, Hasni Mohamad; Ahli Jawatankuasa Bahagian Pontian, Shahril Ismail dan Ketua Bahagian Bagan Serai, Datuk Zainal Abidin Zain.
Lima anggota lain yang turut didapati tidak bersalah ialah Ketua Bahagian Lumut, Datuk Mohd. Wajidi Ishak; Ahli Cawangan Bahagian Seremban, Ishak Abdul Malek; Ketua Bahagian Seremban, Datuk Ishak Ismail; Ketua Pemuda Bahagian Selayang, Abdul Shukor Idrus dan Ketua Cawangan Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Mokhtar Samad.
Mohd. Wajidi menewaskan pencabarnya, Dr. Zambry Abdul Kadir yang juga Ketua Pemuda UMNO Lumut.
Pada sidang akhbar itu juga, Rithaudeen memberitahu setakat ini Lembaga Disiplin telah menerima sebanyak 338 aduan.
Daripada jumlah itu, katanya, 32 kes masih dalam perbicaraan, 66 kes telah dibicarakan dan 44 kes telah dirujuk ke jawatankuasa pemilihan parti.
Sebanyak 42 kes pula telah dikategorikan sebagai tidak jelas, lapan kes ditolak dan sebanyak 176 kes masih belum disaring.
Beliau menambah daripada analisis didapati hanya 40 peratus aduan yang diterima adalah di bawah bidang kuasa lembaga, manakala, selebihnya adalah di bawah Jawatankuasa Pemilihan Badan Perhubungan UMNO negeri.
``Ini ada kaitan dengan mesyuarat agung cawangan dan bahagian yang mana bidang kuasanya tidak jatuh kepada Lembaga Disiplin,'' katanya.
Pada pemilihan bahagian Gopeng baru-baru ini, Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Abdul Aziz Shamsuddin tewas enam undi kepada Mustafa Kamal. Abdul Aziz memperoleh 129 undi manakala Mustafa Kamal 135 undi.
Abdullah yang juga Timbalan Pengerusi Eksekutif KFC Holdings (M) Berhad mengetepikan penyandang Ketua Bahagian Muar, Abdul Malik Munip dengan majoriti 45 undi.
Perebutan Ketua UMNO Bahagian Baling pula menyaksikan Zainol yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kupang meraih 262 undi menewaskan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Raja Ariffin Raja Sulaiman yang memperoleh 155 undi.
Sementara itu, seorang ahli Lembaga Disiplin UMNO, Datuk Nakhaie Ahmad berkata, semua keputusan yang dibuat hari ini adalah muktamad.
Ditanya jika ada pihak tidak berpuas hati dengan keputusan itu terutama terhadap individu yang merasakan dirinya tidak bersalah, beliau berkata:
``Itu bukan persoalan melainkan jika dia ada dakwaan lain dengan dikemukakan sekali bukti yang kukuh, bolehlah dia membuat rayuan,'' katanya.
Mengikut perlembagaan parti, kata beliau, kekosongan jawatan ketua bahagian akan dipangku oleh timbalannya.
``Jika rayuan ketua bahagian yang didapati bersalah itu diterima oleh MT, maka automatik dia boleh memegang semula jawatannya itu,'' katanya.
Oleh: ZULKIFLI JALIL dan HAMDEN RAMLI
Monday, November 03, 2008
Notis Persidangan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Seremban 2008
ASSALAMUALAIKUM W.B.T
Ybhg Dato'/Tuan/Encik
Umno Seremban Jangan Khianati Orang Melayu
Pada pemilihan kali ini di Bahagian Seremban Dato Ishak Ismail sekali lagi akan mempertahankan jawatannya yang telah disandang hampir 20 tahun untuk jawatan ketua Umno Bahagian Seremban dengan lawannya En Mohd Nor Awang. Beliau seperti mana yang kita maklumi telah hanya diberikan amaran oleh Lembaga Disiplin Umno kerana kesalahan melibatkan 26 pertuduhan antaranya mensabotaj parti pada Pilihanraya 12 yang lalu.
Kita sebagai sebuah parti yang ingin mengembalikan kepercayaan rakyat dan memperkukuhkan parti seharusnya bersatu dan bersedia dalam apa jua cabaran dalam mendukung tujuan dan perjuangan Umno. Kita seharusnya akur dan menerima dengan hati terbuka keputusan lembaga disiplin umno yang mendapati Dato Ishak Ismail bersalah mensabotaj parti dan juga kesalahan kesalahan lain dalam PRU12 yang lalu
Adakah Umno Bahagian Seremban akan berani melakukan perubahan dan anjakan dalam pimpinan Umno Bahagian Seremban dengan keputusan jelas dari Lembaga Disiplin Umno atau pun adakah kita akan bersedia bertanggungjawab apabila dipersalahkan oleh generasi akan datang bila kita dengan terang terangan memilih orang yang telah didapati bersalah sebagai wakil kita??
Kita sudah semestinya tidak mahu menjadi pengkhianat atau pun mengkhianati parti keramat kita Umno yang mulia ini dengan membuat pilihan yang kurang bijak dan tidak tepat dan menyebabkan generasi seterusnya seperti anak anak , cucu dan seterusnya mewarisi kesilapan hari ini.
Mengkhianati Umno bukan hanya kita melihat dari sudut pilihanraya tetapi secara keseluruhan yang melibatkan ekonomi, pendidikan, sosial dan politik. Jika amanah yang diberikan tidak dilaksanakan dan tiada perubahan yang signifikan dilakukan untuk orang orang Melayu khususnya ini juga dikira suatu pengkhianatan dalam melaksanakan tanggungjawab. Dari aspek pendidikan adakah peratusan pelajar pelajar Melayu yang berjaya selari dengan bukan Melayu. Kita bukan mahukan bangsa lain mundur tetapi kita mahukan bangsa kita berjaya dan maju seperti bangsa bangsa yang lain.
Dari segi pegangan ekuiti bumiputra dalam tempoh 20 tahun adakah peningkatan dalam pegangan bumiputra dalam bahagian Seremban terutamanya, peningkatan yang dikecapi adakah selaras dengan pendapatan perkapita dan isi rumah dan pegangan ekonomi orang Melayu adakah menghampiri sasaran 30% yang terkandung dalam Dasar Ekonomi Baru@DPN 1991.
Jika kita terlalu takut untuk bersuara atau pun membuat pilihan dan perubahan ini juga dikira suatu pengkhianatan bilamana kita sudah mengetahui pilihan dan peluang yang ada. Kita seharusnya menolak sekeras kerasnya politik kotor, politik wang, gangsterisma dan sebagainya kerana ia hanya akan membuatkan parti Umno syok sendiri dan tidak akan dapat mengembalikan kepercayaan rakyat dalam pilihanraya 13 nanti. Sebagai ahli kita berhak bersuara dan mempunyai hak untuk berbuat demikian seperti termaktub dalam fasal 6:2:1 Bercakap dan mengemukakan pendapat-pendapat dan mengundi di dalam mesyuarat-mesyuarat parti
Kita sudah tiada masa lagi untuk melayan ahli politik murahan dengan memburuk burukkan orang lain dalam menutupi kelemahan sendiri. Ini adalah kerana pemimpin yang asyik bercerita tentang keburukan orang lain sudah tentu tiada masa atau pun membicarakan unsur unsur yang berfaedah untuk penduduk Seremban. Kita mendukung politik yang bersih dan amanah tetapi jika sebarang usul, tuduhan dan sebagainya perlulah disertakan bukti dan bukan hanya bercakap cakap kosong.
Kita tidak boleh menghukum selagi tidak disabitkan bersalah oleh mahkamah. Jangan kita tersalah pilih permimpin yang "kokoknya berderai derai tetapi ekornya" bak kata Nabil ' lu pikirlah sendiri' walaupun dalam konteks Umno Bahagian Seremban kita perlu bersama sama memikirkannya.
Semoga dengan pemilihan Umno kali ini kita berupaya menyuarakan hasrat dan kehendak sebenar akar umbi dan rakyat dan bukan hanya suara suara tertentu. Para perwakilan dari Lenggeng, Ampangan, Sikamat, Nilai sudah tentu dapat melihat dengan jelas segala aspek dan sudut tentang senario yang berlaku dan pastinya akan membuat pilihan yang bijak kerana jika Umno Seremban tidak bersuara pasti orang lain tidak akan bersuara untuk Umno Seremban semestinya.