Wednesday, November 12, 2008
MB kecewa kenyataan Tengku Adnan
SEREMBAN 10 Nov. - Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan melahirkan rasa kecewa berhubung kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang melabelkan wujudnya keretakan dalam hubungan badan itu dengan UMNO Bahagian Seremban.
Pengerusinya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kenyataan itu hanyalah bersifat peribadi dan adalah tidak adil bagi Tengku Adnan berkata demikian.
''Saya tidak akan memberi pandangan mengenai perkara ini kerana telah wujudnya 'mental block' daripada UMNO Pusat terhadap hubungan badan perhubungan dengan UMNO Bahagian Seremban.
Cuma orang biasa tidak buat kenyataan akhbar. Wadah orang biasa adalah sembang-sembang.
Keretakan telah bermula lama. Sebelum nama M. Nor Awang naik sebagai calon. Sebelum nama Ishak Ismail gugur sebagai calon. Sebelum nama Zakaria Nordin digugurkan lagi.
Sebenarnya seawal Mohamad Hasan memegang hampir sepuluh portfolio waktu awal-awal memerintah. Orang ramai hanya memerhati betapa Mohamad tidak amalkan teamwork. Betapa Mohamad sukar percaya pemimpin-pemimpin setempat.
Lalu ramai beranggapan Mohamad sangat akur dengan abangnya sendiri. Disitulah bermulanya anggapan UMNO Negeri Sembilan mulai retak.
Bila rakyat menurunkan majoriti BN di Rembau untuk menconteng keghairahan Khairy, Mohamad sudah sedar siapa Mohamad, siapa Khairy, siapa pejuang UMNO Negeri Sembilan.
Kalau Isa Samad mampu bermain silat dan menari dengan lengguk Ishak Ismail, kenapa Mohamad tidak mampu?
Yang takut akhirnya akan menyorok belakang tiang. Mohamad sendiri tahu, trend politik beliau mampu mengikis keyakinan disebalik mengikis kekayaan!
Ada banyak perkara yang tidak kena dengan Mohamad Hasan! Ketua Bahagian dalam Negeri Sembilan akan berterus terang tidak lama lagi.
Bijaklah dalam membuat sebarang keputusan, walaupun anda berada disingahsana kekuasaan. Atau hanya seorang Guru ugama di sebuah masjid di Seremban.
Kedua-duanya saya kawan, Ishak Ismail maupun Tengku Adnan.
Istilah bunga silat dan tarian yang dimaksudkan membuatkan saya lebih terpanggil bagi mencampuri urusan bagi memperbetulkan sedikit kekalutan serta kesilapan saudara dalam memberikan penilaian. Saya amat berharap saudara menggunakan akal dan iman sebelum membuat tuduhan, kerana kalau ditanya selera pasti akan memualkan.
Kesimpulannya, Tok Mat banyak membawa perubahan drastik pada kemajuan dan pembangunan serta menyelesaikan kemelut permasalahan yang selama ini tersimpul selama lebih 20 tahun di Negeri Sembilan serta kemajuan anak bangsa dan bukan hanya asyik retorik dan polemik dlm berpolitik sepanjang masa dan dengan menabur janji-janji yang lambat atau sama sekali tidak di kota. Tan Sri Isa ada jasa tersendiri kepada Negeri Sembilan, berilah ruang kepada Tok Mat bagi mentadbir mengikut acuan dan corak kepimpinan yang ingin dibawa.
Tapi dalam memperkatakan tentang ishak ismail dan zakaria nordin.....saya rasa tuan tak layak dan tak berhak membuat kesimpulana bagi kami di Bhgn Seremban. Kenyataan yang berlaku di Seremban hari ini, sebenarnya adalah atas keangkuhan seorang dua pemimpin yang menghalalkan cara demi kesinambungan survival politik yang telah tidak diterima pakai oleh akar umbi yang telah lama memberontak bagi mengharapkan perubahan dalam memperkasakan serta perpaduan melayu khususnya di Seremban dari terus diperbodohkan dan diperkotak katikkan hak orang2 melayu dengan bunga-bunga silat lama serta amalan pecah dan perintah serta disulam dengan fitnah dan tohmahan serta adu domba.
Ramai "pemimpin" di Seremban telah hilang jatidiri serta amanah bagi memperjuangkan hak yang sebenarnya serta lari dari landasan perjuangan sebenarnya. Saudara boleh merujuk kepada zakaria nordin bagi mendapatkan kepastian kerana beliau dalah pemimpin utama yang bermati-matian menentang corak kepimpinan ishak ismail di seremban terdahulu ketika Tan Sri Isa memimpin Negeri Sembilan. Tak perlulah salahkan orang lain kalau kita tidak tahu menari tapi asyik hanya menyalahkan lantai yang tinggi rendah pula padahal seharusnya kita belajarlah menari bagi mencapai matlamat yang diidamkan dan bukan hanya sekadar bercakap dari jauh tanpa fakta yang betul.
Sebagai seorang yang telah biasa dengan corak pentadbiran Tan Sri Isa serta ishak ismail.....saya rasa tuduhan saudara adalah amat tidak berasas sama sekali. Salam perjuangan dan jika ada masa terluang, saya akan menjawab segala tohmahan didalam blog cawangan saya yang dikendalikan oleh rakan2 seperjuangan saya. Tksh. ini.
Ketua UMNO Cawangan
Taman Paroi Jaya....ulasan yang di atas tersebut. maaf atas kesilapana teknikal dan saya bertanggungjawab atas apa yang saya perkatakan di dalam penjelasan tersebut. Salam....
Dalam politik Umno ada dua tahap, yang bergiat cergas dalam struktur kepimpinan umno dan ahli biasa.
Dalam yang ramai berduyun-duyun ke pusat mengundi, ada ramai ahli Umno biasa. Mereka juga turut mengundi Umno atau Barisan Nasional, kerana mereka tahu bahawa akhirnya siapa calon bukan isu utama.
Ia tidak menjadi isu utama, kerana ahli biasa sedar dan sangat-sangat tahu bahawa hak menentukan siapa calon bukan ditangan mereka.
Ada masanya wajar dan manis kita sedar bahawa beribu ahli yang kekal ahli adalah pengundi tulin yang juga turut berjuang dan memberi penafsiran terhadap perjuangan Umno untuk bangsa melayu dengan cara mereka sendiri.
Bukan isu utama siapa rapat dan kenal dengan siapa. Gedong Lalang, Jiboi, Ismail adalah ruang untuk orang Melayu berkenal-kenal dengan tanah dan jiran.
Kita berada dalam kerangka masyarakat Melayu yang besar. Dalam hidup berbaik-baik, jiran belum tentu suka dan selesa dengan kita.
Maaf dan terima kasih.
<< Home