Thursday, November 13, 2008

JKNS lancar gerakan kesedaran larangan merokok

SEREMBAN: Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNS) melancarkan gerakan meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai peraturan larangan merokok di tempat awam.

Pengarahnya, Dr Zainal Ariffin Omar, berkata fasa pertama Ops Sedar itu bertumpu ke kompleks beli-belah dan perhentian pengangkutan awam di bandar ini dengan mereka yang dikesan merokok di tempat berkenaan dinasihatkan supaya tidak mengulangi perbuatan itu.

"Operasi ini bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai pindaan baru Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 yang menambah zon larangan merokok di kaki lima kompleks beli-belah termasuk restoran dan kafe.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Wilayah/20081113105314/Article/index_html

Peringatan kepada perokok perokok tegar supaya mematuhi larangan merokok yang akan dikuatkuasakan tidak lama lagi. Walaupun pada peringkat ini tiada saman yang akan dikeluarkan tetapi ia boleh menjadi titik tolak untuk menjadikan bandar Seremban lebih bersih dan segar.

Juga diharap pihak berkuasa dan JPJ dapat memantau kenderaan yang menggunakan jalan jalan di Seremban dengan mematuhi piawaian yang telah ditetapkan kerana asap dan gas dari pencemaran kenderaan adalah jauh lebih tinggi berbanding asap rokok. Gas gas seperti sulfur, karbon monoksida, plumbum, karbon dioksida dan bermacam macam gas lagi. Ini juga perkembangan yang sihat yang menampakkan perkembangan sihat dari sudut ekonomi bilamana lebih banyak dan pertambahan kenderaan di Seremban.

Diharap juga dari segi pegangan ekuiti 30% bumiputra akan dapat dihampiri atau pun dikecapi kerana orang orang Melayu juga berhak menikmati kemakmuran ekonomi di Malaysia tetapi orang kita jangan malas...Lebih program program keusahawanan dan pendedahan yang harus dilakukan supaya orang orang Melayu dapat berkongsi maklumat dan peluang yang ada.

Berbalik kepada bandar yang lebih bersih dan sihat diharapkan kempen kesedaran merokok ini akan dapat dilaksanakan dengan jayanya dan diharap lebih banyak tempat akan dijadikan kawasan larangan merokok. Juga lebih pemantauan di sekolah sekolah kerana hari ini pelajar pelajar sekolah tanpa segan silu lagi merokok di kawasan awam dengan memakai uniform sekolah. Bersama kita kearah bandar dan kehidupan yang lebih sihat dan bersih walaupun pedih jika selepas makan tak boleh merokok....

Comments:
Rasanya ramai juga yang terasa pedas dengan komen in ya! Untuk kebaikan diri, apa salahnya, kan?
 
Post a Comment

Links to this post:

Create a Link



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?