Sunday, November 09, 2008

Persidangan Pemuda UMNO Bahagian Seremban tegang

SEREMBAN 8 Nov. - Suasana tegang berlaku pada persidangan Pemuda UMNO Bahagian Seremban apabila tercetus pertikaman lidah berpunca daripada kehadiran 'orang luar' yang didakwa bukan dari kalangan pemerhati dan ahli ke dalam dewan bersidang.

Usaha Ketua UMNO Bahagian Seremban, Datuk Ishak Ismail untuk memberi penjelasan tentang kedudukan beberapa perwakilan daripada dua cawangan yang diragui bagaimanapun gagal menenangkan keadaan.

Perwakilan yang hadir menolak penjelasan Ishak, sambil membangkitkan beberapa isu yang 'tersangkut' seperti dakwaan kegagalan UMNO Bahagian Seremban menghantar notis bersidang semula pada 2 November lalu kepada cawangan yang diarah berbuat demikian oleh Ibu Pejabat UMNO.

Persidangan Pemuda di Kelab Golf Tuanku Ja'afar di sini juga menyifatkan tindakan hari ini sebagai usaha campur tangan dalam urusan perwakilan pergerakan itu di bahagian berkenaan.

Berikutan tindakan yang semakin tidak terkawal, Timbalan Pengerusi Tetap, Suhaimee Arshad meminta tiga perwakilan supaya meninggalkan dewan persidangan, sementara Ishak turut berbuat demikian untuk memberi laluan persidangan disambung semula.

''Kalau hendak buat protes, lakukan secara beradab. Gunakan saluran yang betul. Jangan buat kecoh dalam dewan sehingga timbulkan ketegangan.

''Sepatutnya perkara ini tidak terjadi. Saya percaya ada dalang yang menyebabkan insiden ketegangan dalam dewan persidangan ini berlaku," kata Ishak ketika dihubungi di sini malam ini.

Persidangan itu berakhir dengan mencalonkan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohd. Khir Toyo bertanding merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO, sementara Datuk Razali Ibrahim, sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO.

---------
Syabas dan tahniah kepada Pemuda Bahagian Seremban kerana telah berjaya bersidang dan berjaya menjalankan pemilihan dengan jayanya. Juga tahniah diucapkan kepada Saudara Shahrul Ekhsan dan rakan-rakan yang telah berjaya dalam pemilihan kali ini sebagai Ketua Pemuda Umno Bahagian Seremban.

Adalah tidak benar seperti yang didakwa oleh Dato Ishak kerana majlis telah berjalan dengan sempurna cuma sedikit kekeliruan dan kelantangan suara yang dilontarkan oleh Pemuda yang sememangnya agresif yang mungkin disalah tafsir oleh Dato Ishak Ismail. Selepas sahaja beliau meninggalkan dewan dan juga perwakilan yang diminta berbuat demikian semuanya kembali berjalan lancar sehingga selesai proses pemilihan. Sebagai orang yang berpengalaman beliau seharusnya menerima dengan positif pembaharuan yang dimahukan oleh Pemuda jika mahu benar benar merubah dan memperkukuhkan semula Umno

Adalah tidak benar sama sekali seperti dakwaan beliau yang ada dalang dan sebagainya kerana inilah kehendak akar umbi di Bahagian Seremban dan Pemuda Seremban juga telah menunjukkan kematangan dan mahukan pembaharuan dalam pemilihan kali ini. Majlis tertinggi mungkin boleh memperincikan dan menambahbaikan proses pemilihan dari semasa ke semasa untuk melancarkan lagi proses pemilihan supaya mereka yang menjadi penganjur tidak melakukan kesilapan dan mempermudahkan proses pemilihan disamping pendekatan dan perlaksanaan mesyuarat masih ditakuk lama. Setiap ahli semakin bijak dalam menggunakan hak mereka sebagai ahli yang datang dari cawangan cawangan Sikamat, Lenggeng, Nilai dan Ampangan.

Segala protes dan pertanyaan telah dibuat secara sopan dan tertib dan mengikut suara demokrasi dan Pemuda Umno sentiasa percaya dan yakin Umno sebuah parti yang mengamalkan sikap demokrasi dan toleransi yang tinggi. Justeru itu menang dan kalah bukan lagi persolannya dan yang utama kembali bersatu dan lupakan pertandingan kerana Pemuda Umno Seremban telah bersuara.

Comments:
sahak malu kerana generasi muda menolak serta mempersilakan dia keluar dari dewan secara terhormat dan tak dibenarkan campurtangan urusan pemuda tempohari dan ini tak pernah berlaku selama lebih 20 tahun pemerintahan kuku besinya dibahagian seremban selama ini. syabas pemuda
 
mana tak ae? 9 cwngan budak2 ehsan dinafikan dan tak diberi jawapan tentang status yang diragui dan ada diantaranya telah diambil keputusan oleh jwtnkuasa pemantau negeri tapi sahak tak pedulikan. abih camno?

apo pun syabas saudara ehsan kerana berani menentag arus tanpa 9cwngan yang tak ado keputusan walaupun kesemua 9 cwgn pemudo tu pro pada beliau jika disahkan mengikut perlembagaan UMNO. sahak takut tak dapek control ehsan dan rakan2nya mcm biaso. peduli an sahak saudara ehsan. eden sokong kau 130% bagi menghubah caro lamo sahak memerintah di somban ni.syabas beta.
 
Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?