Sunday, November 09, 2008

TAHNIAH SHAHRUL EKHSAN & RAKAN RAKAN PEMUDA BAHAGIAN SEREMBAN

Ucapan setinggi-tinggi tahniah serta Terima Kasih yang tidak terhingga kepada mereka mereka yang berani dan mahukan perubahan di Umno Bahagian Seremban serta membantu dalam usaha pencalonan Ketua Pemuda Seremban yang baru dengan tidak mengira siang dan malam, penat dan lelah serta mengorbankan masa dengan keluarga demi perjuangan Umno Seremban.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat
secara langsung dan tidak langsung dalam misi perubahan Pemuda bahagian Seremban
Pemuda Seremban telah bersuara

Comments:
usaha yang berterusan dan tanpa mengalah lama kelamaan pasti akan mendapat kepercayaan
pemimpim yang berpura pura juga pasti akan diketahui
 
tahniah abg shahrul...saye nak join pemuda seremban....
 
tahniah shahrul atas kerana rancangan anda berjaya..anda tak layak jadi pemimpin...memcetus kan huru hara tanpa memikirkan keselamatan kaum wanita,warga emas dan ibu mengandung..ALLAH itu wujud
 
kau tau x orang kau buat kacau kat cawangan ari tu lagi teruk...kerusi terbang kat kepale warge emas..orang tue tu cikgu aku dulu kau tau,,,,,....kenape nak sanjung pengkianat.....org seremban nak jadi pejuang..bukan pengkianat....siap pakai bongser b.b...tapi lepas tu sorok tangan...aku sokong abg shahrul
 
salam...layak atau tidak bukan hak tuan/puan yang menentukan semuanya. ianya adalh hak para perwakilan pemuda yang telah diberi mandat dan amanah oleh cawangan masing2 dalam memilih barisan kepimpinan pemuda yang baru serta yang paling utama dengan izinNYA YANG MAHA ESA.

Warga emas???ibu mengandung??? nampak sangat memang saudara/saudari tidak berada tempat kejadian atau mungkin dah dilahirkan sebagai salah seorang yang memang khas untuk menabur fitnah serta mengadu domba atau hati serta keturunan memang sudah sebati dengan cara sebegitu...hanya ALLAH MAHA MENGETAHUI apa yang terbuku dihati kerana fakta yang diberi terlalu bercanggah dari hal yang sebenarnya. Muhasabahlah diri sebelum melontar tuduhan serta fitnah dan lontarkan jauh2 sifat sedemikian dari dalam diri kita kerana sesungguhnya apa yang berlaku disekeliling kita sebenarnya ada kaitan dan kena mengena dengan apa yang kita lakukan.

Shahrul Ekhsan Hj Osman
 
assalamualaikum
pemuda seremban telah bersuara, buat yang merasakan shahrul tidak layak kenapa tidak bertanding kenapa hj azman sahaje yang bertanding..ataukah anda semua berani dibelakang sahaja ingatlah tuan2 jangan main belakang..tapi terbukti tuan2 dikalangan yang dibelakang itulah sebabnya Umno rosak
 
Tahniah pada En. Shahrul Ekhsan sebagai Ketua Pemuda Bahagian yang baru. Tahniah juga kerana berjaya membuka laman blog ini.
Ke mana hala tuju anda? Ya... setinggi yang boleh..Adun? Parlimen? etc. Ya seharusnya bercita-cita setinggi yang boleh. Tapi ingatlah, pada zaman kini semuanya akan dilihat pada latarbelakang pendidikan, curriculum vitae etc.. Tentunya En. Shahrul faham apa yang dimaksudkan. Tepuk dada tanya selera. Di harap tidak hanya menjadi orang suruhan 'political master' anda. Mereka tahu setakat mana anda boleh pergi dalam politik. Mereka akan gunakan anda!!! You're the pawn!!!
Duit... ya..kita perlu duit untuk hidup. Tapi jangan sampai macam lembu dicucuk hidung. Terikat sangat..
Jangan disebabkan 3 undi.. kawan yang dah kenal lama pun jadi musuh.
Pandai-pandailah diplomasi...
Hanya pandangan... Thanks and take care.
 
hai anaqani tak pernah ke dengar pasal "street smart" - ramai jugak yang dah berjaya....setengah orang tuh pergi negara UK, US sampai la ni habuk pun tarak - buat hutang tipu orang juga ada...ada tu sampai nyaris nak masuk jel...

yang kena cucuk hidung tu rasanya anaqani juga ada - cakap orang lebih lebih tapi kalau citer menggunung pastu nak buat sumer atas angin - boleh blah lah...kalau anaqani dapat untung lembu cucuk hidung telinga perut boyot sumer orait! nilah contoh melayu yang tak ikhlas -

oh ya satu lagi saya nak komen - kalau kawan sebenarnya musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan - itu ke nama kawan??? cakap gedegang gedegung sumer kenal - last last kenal nama jer...pirrah...

Kesimpulan - anaqani sudah tak de modal - kalau nak citer pasal politik citer lah dari aspek politik ni tak citer pasal personal pulak...mcm lah anaqani tu keluaran havard?!haprak!

kepada Ekhsan - ekau memang ada kekuatan sendiri - cuma terus majukan diri kau - insyallah, kita doakan...amin
 
Salam ....tak perlulaah kita membuang masa asyik nak bertelagah sahaja dalam blog ini..bukan itu tujuan ianya diadakan. Pendapat serta cadangan yang konstruktif serta teguran yang membina serta penuh keikhlasan adalah lebih mulia jika saudara/saudari muatkan dalam blog ini.

Pada yang buruk sangka..cuma ingin saya jelaskan yang jauh dalam sudut hati tiada niat sama sekali untuk mengejar apa yang dikata. sekadar ingin menyumbang bagi membantu anak bangsa...that"s all. Tapi kalau hati telah dipenuhi dengan buruk sangka serta keangkuahn diri seolah2 diri lebih bijak dari sesiapa yang ada disekeliling kita...riak akan menguasai jiwa dan bukanlah salah ibu mengandungkan saudara/i, tapi sekeping hati yang menentukan segala dan bercerita. Janganlah hanya pandai bercakap mcm burung kakak tua tapi diri sendiri bergelumang dengan najis merata. Janganlah tanya halatuju serta arah orang lain kalau diri sendiri tak tentu arah dan hala...asyik memandang salah orang senantiasa tanpa melihat apa pula sumbangan kita selama ini???

Prinsip saya,biar 300 undi dan kawan lama hilang mahupun saudara sekalipun tidak mengapa....yang penting keihklasan dalam membuat sesuatu perkara dan tanpa mengharapkan balasan harus menjadi agenda utama khususnya dalam membantu sedikit sebanyak halatuju dan arah anak bangsa. Mungkin berani bersuara tanpa menunjukkan diri siapa dan tidak berani bertanggungjawab apa yang dikata sudah sebati dengan keturunan saudara/i...tapi pesan saya jika menepuk dada jangan sesekali kita tanyakan selera tapi tanyalah akal dan iman...insyaALLAH TUHAN akan memudahkan segala jalan. Bezanya lembu dengan manusia ALLAH anugerahkan akal dan iman...tapi mungkin hati yang yang menulis sudah faham dan sebati dengan lembu atau sememangnya dari keturunan lembu...asyik makan banyak sangat dan otak dah jadi lembab macam lembu...:)

Pemuda Seremban hari ini berdiri sendiri atas kekuatan setiakawan dan bukan seperti tuduhan melulu seperti yang dilontarkan. Janganlah samakan manusia dengan lembu kerana dari segi taraf di anugerah ALLAH, kita sbg khalifah dimukabumi ini dan ada amanah dan tanggungjawab yang harus kita laksanakan. Tapi mungkin ada kebenaran yang ditulis...ada kalanya kita ketemu kawan yang berlagak bijak tapi sebenarnya cerdik sedikit dari lembu...mungkin kerana byk memakan hati lembu atau terlampau pandai hinggakan tertunjuk kebodohan yang cerdik sedikit dari lembu kerana sudah tidak berfikir secara rasional lagi akibat sekeping daging dalam badan yang telah lama busuk@hati.

Pendekatan Pemuda Seremban hari ini...pemimpin yang benar kita sokonglah tapi pemimpin yang tidak benar maka harus kita sanggah. Tiada kompromi dalam hal ini....tapi akhir kata dari saya...eloklah jika dapat mencari doktor pakar jiwa kerana ada sesuatu yang tidak kena pada saudara/i rasanya atau dekatkanlah diri pada YANG ESA semuga mendapat petunjuk tentang yang baik dariNYA. Beranilah dalam bersuara dan bertanggunjawablah dalam apa yang kita kata semuga diri kita lebih dihormati dari setakat menjadi seperti anjing menyalak bukit tapi tiada apapun sumbangan dari diri kita. Renung2kanlah kita bersama....Salam perjuangan dari saya.

Ketua UMNO Cawangan Taman Paroi Jaya/ Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban .
 
boto tu apo yang dikoba ekau tu ehsan. den dah lamo dongar ada 2 ekor lombu yang terlopeh kek tompek ekau tu. pedulik an lombu tu, ekau buek yo apo yang ekau nak buek.den dan kengkawan akan nykong ekau yo dan bukan ae lombu lombu tu. kita leh agak siapo yang ghantar cerito semuo tu. lu pikirlah sendiri? memang dio oghang tu dah sebijik cam lombu. sapo makan cili diolah dapek podeh ae.
 
Salam,
UMNO...penting untuk 'survival' orang melayu. Tapi kenapa orang melayu berpecah dan tidak bersatu menyokong UMNO? Kita makin berpecah dan makin dilihat tidak kukuh lagi. Mungkin orang sudah muak tengok perangai segelintir ahli2 UMNO!. Kenapa jadi begini..duit? kontrak? etc. Begitulah persepsinya orang yang bukan ahli UMNO melihat ahli2 UMNO kini. Jadi apa tindakan ahli2 UMNO untuk mengatasi persepsi sebegini?

'Street smart'
Kita boleh berjaya jika kita rajin berusaha, tekun, sabar, berilmu, dan berusaha menambahkan ilmu pengetahuan. Realiti kehidupan kini yang semuanya bersandarkan kepada ilmu pengetahun yang diikhtiraf. Persepsi ini yang akan dilihat siapa yang akan tertinggal dan siapa yang pergi jauh.. itulah politik. Saya tidak akan terperanjat jika pada masa hadapan saudara Azrul Ryne Ayop boleh pergi jauh lagi jika dia betul2 minat dan ikhlas. Perlu bersih dan dilihat bersih!.

Undi rakyat adalah penting untuk UMNO terus relevan. Pemimpin yang UMNO pilih mestilah diterima rakyat. Kalau sudah dilihat semacam rasuah, apa pilihan lagi yang orang melayu ada?. Orang melayu sekarang semacam dalam dilemma!.
Saya mohon maaf pada Ketua UMNO Cawangan Taman Paroi Jaya/ Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban kalau tersinggung. Asam garam berpolitik.. kena bertelinga tebal dan tidak cepat melenting bila di kritik dan berilmu bila berhujah. Diplomasi selalu..
Wassalam . C U

p/s
Pengundi DUN Sikamat.
Anak Jati Taman Paroi Jaya
Penyokong Kerajaan BN
(Kalau takut kena kritik oleh orang yang tak dikenali, saya cadangkan anda tutup aje 'identity Anonymous' tersebut!)
 
Awak saper nak cakap pasal ilmu pengetahuan ?? Ilmu datang berbagai cara - kekadang tu orang yang berilmu pun letak ilmu di lutut - contohnya ada yang dididik agama tapi tup tup melakukan dosa besar...

Biasanya orang ni bermacam cara dan ragam - it makes life more colourful - kalau sumer sehalo yo apo citor?

Sudahlah cuba bukalah minda - kalau awak bertanding adakah awak dianggap layak? Mungkin awak ada degree tapi ia tak menjaminkan yang awak ni ada "leadership criteria"..

jadi apa yang saya nak utarakan di sini adalah tak payahlah nak cari kelemahan orang - awak sendiri mungkin lagi lemah cuma orang kesian dan tak nak bersuara - sebab kalau dah mula bersuara - maka terbukalah keaiban awak dan kawasan kawasan yang sama waktu dengannya - jadi berhati hatilah bila nak "membantai" orang. Tengok diri tu orait ko all "wrong"...

Saya pasti KETUA PEMUDA BHG SEREMBAN tahu apa yang dia buat ...menurut acuan dia sendiri...kalau cam awak setakat jadi pengundi jer...belum tentu layak nak jadi ketua cawangan /ketua wanita /ketua puteri di kawasan sendiri...wallahualam
 
Salam,
'Pengundi jer'2 inilah yang akhirnya akan menentukan di mana mereka akan meletakkan UMNO dan pemimpin2 Umno pada setiap PRU.
Berjaya atau tersungkur!

'Realiti kehidupan' masakini.. Tiada 'MB' yang hanya lulusan SPM.. sorry to say this..
Jangan jadi katak di bawah tempurung..

Kenapa mesti 'either you are with Sahak or you are with Mat Nor Awang'? Kalau dua2 korup, amacam? Tak boleh jadi 'independent' ke bro?
 
Sungguh busuk hati awak tu! Membuat andaian - memang hati setan agaknya...mungkin dah lama diperap atau jadi darah yang mengalir - hanya tinggal menanti azab.

Sebagai pemerhati, tiada "MB" yang hanya berpendidikan SPM ya betul...belum lagi... tapi lebih mulia kalau hanya berpendidikan SPM tapi jujur dalam menjalankan tugas...sesetengah orang tu walapun belajar tak setinggi mungkin ijazahlah katakan (mungkin level lopeh yo) paper di kononnya LUAR NEGARA tapi bila balik - ingatkan orang TERPELAJAR NI boleh dijadikan pagar - rupa rupa nya pagar makan padi...ada tu PECAH AMANAH! - Orang orang mcm ni lagi BURUK dan harus diusir dari bermasyarakat...

Kepada KPS yang baru - tak per sambutlah cabaran anaqani ni - manatau tup tup boleh buat masters kek tongah tongah highway tu! Lopeh tu anaqani tak do modal do...kami memberi sokongan penuh kepada KPS!
 
Salam,

Saya bukan busuk hati! Bukan membuat andaian - memang kenyataan dizaman sains dan teknologi ini. Cuba perhatikan di sekeliling kita dan jangan nanti kita dicap sebagai 'bodoh sombong' atau katak di bawah tempurung.

Rasuah boleh berlaku kepada sesiapa sahaja sebenarnya. Janganlah En. Otai bersikap prejudis.

Adakah kita mahu lihat orang melayu diperlekehkan oleh kaum2 lain disebabkan oleh sikap kita sendiri!.

Wassalam
 
Siapa yang bodoh sombong atau nak jadi katak ni? Memang ler rasuah boleh terjadi di mana mana...niat Allah jer tau...

Apa yang saya nak utarakan disini adalah walaupun setinggi mana pun orang tu belajar tapi ada attitude problem pun tak guna. Saya tak nafikan bahawa paper qualification memang penting tapi saya berpendapat - elok anaqani beri semangat daripada memberi kata kata sinis - saya pun tak boleh nak baca nita anaqani...sama ada ni nasihat ke perli atau nak jatuhkan - itu antara anaqani dan Allah swt.

Kadang kadang kita memandang rendah pada seseorang mungkin kerana kemiskinan, atau kurang pintar, atau tiada tahap pelajaran yang tinggi. TAPI sapakah kita untuk berbuat demikian sedangkan Allah menjadikan umat bangsanya berlainan...Jadi SAPAKAH kita untuk MEMBERITAHU itu betul itu caranya...contoh tanah runtuh di BUKIT ANTARABANGSA - bila tanah dah runtuh, orang yang menyelamatkan ramai - ada ke orang yang meminta bantuan atau yang memberi bantuan bertanya - AWAK SAPER atau PASS APA? Cuma apa yang penting adalah keselamatan nyawa aka DARURIYYAT...

Jadi Anaqani - Saya bukan nak jadi bodoh sombong ker tapi TAK SETUJU dengan pendapat Anaqani - Itu sahaja...biasanya orang yang berpelajaran tinggi memang lebih terbuka rasanya dan tinggi budibahasa - mungkin Anaqani belum lagi tergolong dalam kumpulan sebegini ...wallahualam
 
Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?