Thursday, November 27, 2008

Rasuah Dan Keazaman Politik Dari Kacamata Ketua Pemuda Umno Seremban

Assalamualaikum...terpanggil juga saya untuk memberi pendapat dalam hal yang diperkatakan oleh semua pihak baik dikedai kopi mahupun diperingkat yang tertinggi.Saya ingin sekadar memberi pandangan yang tidak seberapa tentang polemik yang terlalu berleluasa menjadi bahan bualan dikala ini khususnya setiap kali berlangsung pemilihan parti UMNO.

Saya sekadar ingin bertanya sepintas lalu kepada semua....terlalu bodoh dan naif sangatkah semua ahli UMNO sekarang ini berbanding ahli2 UMNO yang terdahulu? Terlalu tamak sangatkah seluruh ahli2 UMNO pada pandangan orangramai atau sekadar orang2 tertentu sahaja yang ada tika ini hinggakan tidak tahu membezakan intan dan permata dalam dalam proses memilih kepimpinan yang bakal menerajui negara?? Kenapa hanya ahli UMNO sahaja dikaitkan dengan politik wang??
 
Sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian yang baru dimana saya juga perwakilan yang bakal terlibat dalam memilih barisan kepimpinan pada bulan Mac ini dan untuk makluman umum ,saya telah mengikuti secara dekat, langsung serta tidak langsung proses2 pemilihan UMNO yang terdahulu ketika dari pertembungan Tun dengan Tengku Razali lagi...pada pemerhatian saya tiada banyak bezanya cuma kenapa kali ini terlalu bobrok tuduhan serta cemuhan dilontarkan kepada kepimpinan yang sedia ada seolah olah terlalu ramai yang seolah olah hanya mereka sahaja mempunyai sifat ciri ciri kenabian tetapi ketika Tun Ghafar ditandingi juga umum sedia maklum keadaan lebih hebat rasanya dari apa yang saya lalui sehingga kini.

Dalam hal kekeluargaan UMNO, saya rasa biarlah perwakilan2 menentukan kepimpinan yang bakal dipilih dan tidak perlulah rasanya individu individu tertentu menuding jari serta memburukkkan lagi keadaan yang sedang cuba kita perbaiki melalui proses kepimpinan yang seperti biasa. Pemimpin datang dan pergi dan berilah ruang kepada Dato Seri Najib mengepalai barisan kepimpinan yang bakal dicorak oleh ahli ahli UMNO sendiri pada awal tahun hadapan nanti. Harus barang diingat...UMNO adalah bukan milik individu atau keluarga sesiapa tetapi lebih merupakan sebuah parti semua orang Melayu yang memperjuangkan nasib serta tempat mengadu bangsa Melayu selama ini dan saya yakin bahawa ianya akan masih dan tetap releven dalam masa2yang mendatang kerana majoriti kepimpinan generasi muda yang akan mengambilalih dengan approach serta iltizam yang lebih membara bagi mengembalikan kemalapan keyakinan pengundi kembali kepangkuan bagi terus menyokong BN dan UMNO khususnya dalam pilihanraya yang bakal mendatang.

Yakinlah bahawa majoriti kami generasi muda tidaklah terlalu gelap mata bila dihulur dan dijanji dengan wang ringgit kerana dalam proses transformasi perubahan, kita yang seharusnya berubah mengikut keadaan dan tidak perlu kita menunggu masa bagi merubah nasib kita semua. Dalam perjuangan kita setiap pemimpin baik dibawah sehinggalah kepimpinan atasan, haruslah memilih dan meletakkan diri bagi berkorban,terkorban atau dikorbankan bagi mengapai proses membina kekuatan dan penyusunan semula UMNO bagi direlevankan mengikut kesesuaian mengikut bahasa generasi muda seterusnya bergerak dalam satu suara dan nada serta misi dan misi yang jelas dan nyata khususnya dalam mengembalikan keyakinan masyarakat kepangkuan BN/UMNO.

Yang terdahulu kita jadikan sempadan serta panduan dalam perjuangan tetapi dalam masa yang sama kita tidaklah perlu terikut2 cara lama jika pendekatan ianya berbeza mengikut zaman/keadaan pemimpin itu sendiri. Yang molek kiranya yang tua menegur secara kekeluargaan kepada yang muda dan yang muda harus menghormati nasihat dari yang lebih berusia tetapi janganlah pula hingga menidakkan kita dalam membuat keputusan mengikut kesesuaian keadaan dan zaman...tidak akan berjaya kita semua juga jika sifat dan pegangan sebegini menjadi panduan serta amalan. Bagi yang cuba mengamalkan seperti apa yang diperkatakan...saya yakin majoriti tahu bagi menolak pemimpin yang mengamalkan unsur2 sedemikian.

Hentikanlah kenyatan serta momokan yang tiada bukti dan berasas dan biarkanlah pihak2 yang berkuasa yang lebih arif dan yang telah diberikan amanah bagi memantau keadaan serta yakinkanlah bahawa amanah yang diberi kepada pemantau serta pihak berkuasa bagi melancarkan tugas2 mereka mengikut lunas2 serta undang2 juga perlembagaan UMNO yag telah sedia tersergam dan telahpun lama dibukukan sebagai rujukan dan panduan...bersatu bersetia berkhidmatlah kepada semua seperti yang telah banyak diperkatakan. Kerana pada saya semua yang berlaku dalam sekeiling kehidupan kita, sebenarnya ada kena mengena dengan diri serta tindak tanduk kita selama ini. Ada masa akan saya ulas lagi dari masa ke semasa dalam memberi pandangan sbg budak hingusan dalam politik tetapi dalam proses menjadi pemimpin yang ada jatidiri...
 
kita harus berani dalam menyuarakan hasrat dan pendapat walaupun ada kala ianya bercanggah dengan kepimpinan atasan kerana sudah menjadi lumrah alam yang pahit itu biasanya ubat dan yang manis itu adalah biasanya mudarat. Akhir sekali sebelum mengundurkan diri dari memmberi pandangan sebagai generasi muda...pemimpin yang benar dan ikhlas, kita haruslah imarahkan keadaan dengan memberikannya sokongan manakala pemimpin yang retorik serta banyak berpolemik semata2 dan menaburkan wang ringit(jika ada kebenaran serta bukti yang sahih seperti yang didakwa) yang seharusnya kita sanggah.

Akhir kata...setiap kejadian ada hikmah disebalik ketentuan kita sebagai manusia yang lemah dan sebagai contohnya hasil keputusan pilihanraya terbaru dan ini juga kita harus menggunapakai dalam proses bermuhasabah diri bagi persiapan dalam menghadapi masa2 mendatang dan sesungguh saya yakin sesungguhnya ALLAH tidak akan menghampakan usaha serta kegigihan kita semua berubah kearah yang lebih baik dari sebelumnya dalam memperjuangkan Agama Bangsa serta Tanahair tercinta ini. Salam perjuangan dari saya dan kita renungkanlah bersama apa yang saya perkatakan ini. Jika ada kebenaran maka kita ambillah sebagai panduan tetapi jka tidak, anggaplah ianya sekadar celoteh kedaifan dari seorang anak muda yang hanya ingin melhat bangsanya berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa2 yang lain. Waulahualam....
 
Shahrul Ekhsan Hj Osman
Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Seremban

Comments:
assalamualaikum
Yang takutkan perubahan dan tidak mahu berubah segala jenis alasan dan tuduhan akan dikeluarkan
jika mahukan perubahan apa yang perlu dilakukan mesti dilakukan
jika nak cari kesalahan pakatan pembangkang yang belum setahun jagung memerintah negeri juga sudah banyak kes kes rasuah dan salah laku
tetapi itu mereka biarlah rakyat yang menilai yang penting ia tidak berlaku di bahagian seremban dan pengundi sudah tentunya lebih bijak dengan penilaian dan pemerhatian sendiri
kerana undi tetap rahsia dan politik dan salah laku lebih kabar dari berita sebenarnya..
 
usaha mesti diteruskan samada berjaya atau pun tidak itu cerita lain yang penting dah berusaha
en ekhsan perlu meneruskan apa yang telah dimulakan kerana rakan rakan tetap percaya dan memberi sokongan
orang hanya akan melihat yang mudah tetapi segala kesusahan dan usaha hanya segelintir yang berfikir
langgar tetap langgar
 
Salam,

Sesungguhnya apabila bangsa melayu itu dilihat berpuak-puak, maka mudahlah puak imigrant tu mengambil kesempatan atas perkara yang terjadi kini, hinggakan titah raja-raja melayu tidak endahkan...Bersatulah seperti mana terdapat dalam lagu umno
 
Salam,
'Raja'
Segelintir Raja2 mempunyai tabiat yang memalukan orang2 melayu sendiri. Tak bayar hutang!!! Minta immuniti!!! Macam mana orang2 melayu nak ada rasa hormat pada mereka??? Siapa yang menasihati Raja2 Melayu? Patut pun rakyat tak nak dengar titah2 mereka!

Orang2 UMNO jangan syok sendiri!
Rakyat melihat aksi-aksi antik anda. Sistem pemilihan melalui perwakilan2 semacam dilihat bahawa perwakilan boleh dibeli! dan tidak mengikut arahan bahagian/cawangan. Minta ahli2 UMNO yang inginkan perubahan dalam UMNO mengubah sistem yang dilihat semacam tidak telus itu. Biar ahli2 sendiri yang tentukan pilihan mereka, bukan diserah kepada perwakilan2. Berani berubah?
 
Mestilah Berani berubah tapi menerusi saluran yang betul lerrr...jangan disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga...tak perlu raja pun..."bukan raja" pun kalau diberi peluang, sapu jugak...kekadang tu guna "raja" lagi kalau nak dapat projek...kalau tak cukup...yang mana mana dekat ngan raja pun boleh jalan gak seperti orang kanan raja, orang kiri raja, - janji hujung hujung bermotifkan keuntungan.Jadi sebenarnya jati diri seseorang. Itu saja.

Andai kata mahukan perubahan sang anaqani ingin saya anjurkan pemimpin yang patut dipilih berlandaskan hukum Allah swt - tak minum arak, bukan kaki perempuan, ponteng puasa atau menghalalkan yang haram termasuk menerima riba dan kawasan yang sama waktu dengannya. Kalau sifat sifat ini ada tak payahlah nak pilih sebab diri sendiri pun tak terjaga. Dengan berlandaskan Islam dan akal yang dapat mengawal nafsu - maka hati itu bersih dari segala hasad dengki demi memperjuangkan bangsa...orang sebegini yang perlu dicari.
 
salam
perubahan dan keazaman setiap ahli diperlukan dalam memastikan umno kembali kukuh, seperti juga parti pembangkang yang baru setahun pun berbagai masalah sudah ditimbulkan kerana apabila berkuasa dan melaksanakan adalah dua perkara berbeza dan itulah yang terjadi pas selangor, nada berbeza memang telah jelas diantara pas dan pkr dan juga dap

tetapi itu semua tidak penting yang diutamakan umno mesti kembali kukuh dan bersih..

sistem beraja yang telah lama dan jauh lebih matang dari sistem politik di malaysia ini masih perlu dihormati kerana yang baik tetap disanjung dan yang buruk jadikan sempadan, bukan penolakan total kerana tiada raja atau pun mana mana parti politik yang sempurna
 
Syabas dan selamat berjuang.

Antara yang sukar pada pandangan saya ialah bagaimana pada peringkat cawangan dan bahagian, persepsi sihat dan positif dapat dijelmakan di kalangan ahli dan masyarakat.
 
Post a Comment

Links to this post:

Create a Link



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?