Thursday, November 27, 2008

Guna Bpr Buat Aniaya

PORT DICKSON: Badan Pencegah Rasuah (BPR) menyedari ada pihak cuba mempergunakan badan itu untuk menganiayai individu tertentu terutama membabitkan kepentingan politik dengan membuat laporan palsu.

Sehubungan itu, Ketua Pengarah BPR, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, mengarahkan setiap pegawainya supaya sentiasa berhati-hati setiap kali menerima maklumat dan menjalankan siasatan secara terperinci.

Menurutnya, langkah itu menyebabkan siasatan BPR mengambil masa sebelum tindakan sewajarnya dilakukan.

"Saya faham memang ada cubaan pihak tertentu menggunakan BPR bagi menganiayai orang lain, sebab itu saya minta pegawai supaya menapis segala maklumat dengan hati-hati.

"Saya memberi amaran supaya tidak membuat laporan palsu kerana mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang boleh dijatuhkan hukuman penjara dan denda," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Konvensyen Siasatan BPR 2008 di sini, semalam.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/Setempat/20081126092020/Article/index_html

Kenyataan yang seharusnya menjadi kayu mengukur dalam perkiraan dan pertimbangan dalam melaksanakan hukuman ke atas ahli yang dilaporkan terlibat dalam kegiatan politik wang oleh Lembaga Disiplin Umno.

Siasatan terperinci akan dilaksanakan seperti jaminan KP BPR Dato Seri Ahmad Said Hamdan dan setiap individu yang didapati bersalah pasti akan menerima hukuman yang setimpal dan tidak timbul keraguan atas individu yang bersalah ataupun tidak.

Justeru itu Lembaga Disiplin Umno perlu mengambil tindakan tegas dan berhati hati supaya ini tidak berlaku di Umno Bahagian Seremban. Hukuman yang dikenakan tidak mencerminkan kematangan dan tidak langsung masuk akal kerana mereka yang terlibat belum lagi diputuskan bersalah Yb Mustapha Salim dan juga calon Ketua Bahagian Seremban En Mohd Nor Awang telah tidak dibenarkan dari bertanding.

Sedangkan Dato  Ishak Ismail yang telah terbukti oleh Lembaga Disiplin Umno bebas untuk bertanding dan mempertahankan jawatan yang telah disandang selama 20 tahun. Dimanakah logiknya keputusan dan pertimbangan Lembaga Disiplin Umno calon yang mensabotaj Barisan Nasional hanya diberikan amaran. Adakah Lembaga disiplin sedar yang ini adalah kesalahan serius yang mengakibatkan Umno hilang banyak kerusi kerusi Dun dan Parlimen.

Kami juga tidak menolak tentang provokasi yang mungkin dilakukan sehingga tercetusnya pergaduhan yang amat memalukan di perhimpunan Umno Bahagian Seremban tetapi adakah kita telah benar benar menyelami hasrat akar umbi yang mahukan perubahan, juga perbuatan Dato Ishak yang menggunakan sehingga empat buah kamera dalam persidangan tersebut juga menimbulkan tanda tanya kerana apakah keperluan kamera kamera tersebut melainkan beliau telah menjangkakan sesuatu akan berlaku ditambah dengan penjaga penjaga keselamatan yang kononnya menjaga keselamatan seolah olah hari perhimpunan itu keadaan tidak selamat memang telah dijangkakan. Kami tidak menolak ini satu lagi kemungkinan atau pun pengkhianatan yang dilakukan terhadap Umno Bahagian Seremban dan Barisan Nasional seperti yang telah berlaku dalam pilihanraya 12 yang lalu.

Jika Lembaga Disiplin benar benar mahukan perubahan diakar umbi perubahan juga harus dilakukan oleh pihak Lembaga Disiplin dalam melaksanakan ketelusan didalam Umno. Umno sekarang bukan lagi parti monopoli dan jika perkara seperti ini terus berlaku pasti Umno akan tumbang akhirnya pada pemilihan ke 13 nanti. Jangan menang sorak(pemilihan) tetapi kerusi kerusi Dun dan Parlimen akan terus tergadai.

Rakyat pasti akan terus yakin dan kembali memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Umno bila mereka telah melihat senario yang berlaku dan janji janji kosong pihak pembangkang dan perpecahan yang timbul akibat ketamakan kuasa dan pangkat dan melupakan manisfesto manisfesto yang ditabur semasa pilihanraya dan pemimpin pemimpin PKR yang tidak bersepakat dengan pucuk pimpinan PAS & DAP dan ini bukanlah rahsia lagi tetapi dalam masa yang sama Umno juga perlu perubahan ke tingkat yang lebih baik dan berkualiti.

Jangan persidangan Umno Bahagian Seremban yang akan diadakan semula tetap tercemar walaupun mungkin tiada lagi kerus yang terbang tetapi integriti dan kewibawaan Umno sebagai sebuah parti yang memperjuangkan demokrasi akan tercalar kerana kesilapan Lembaga Disiplin dalam membuat keputusan.

 


Comments:
baru lah dinamakan kumpulan pendesak...yang salah tetap kite kate salah....yang betul same2 kite tegak kan.
 
Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?