Thursday, May 29, 2008

NS tolak pelaburan tidak mesra alam

SEREMBAN 28 Mei - Kerajaan negeri menolak mana-mana industri yang berisiko mencemarkan alam sekitar, sebaliknya menerima baik kemasukan pelabur berteknologi tinggi yang boleh memberi manfaat kepada rakyat.
Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, amat penting pelabur yang datang ke negeri ini diteliti terlebih dahulu, termasuk kesannya terhadap alam sekitar kerana kerajaan lebih mengutamakan pelabur yang mesra kepada alam sekitar, penduduk dan ekonomi.
Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini, beliau berkata, biarpun perkara itu akan menjadi kriteria dalam pemilihan kemasukan pelabur ke negeri ini, ia bukan bermakna kerajaan negeri mengamalkan dasar tertutup.
''Kita sentiasa menjadi tumpuan para pelabur, namun kita tidak mahu lagi menerima sebarangan pelabur. Dalam hubungan ini, kita tidak mahu lagi menerima industri yang banyak mencemarkan alam sekitar,'' jelas beliau.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0529&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_04.htm

Usaha kerajaan N Sembilan yang harus dipuji dalam meneruskan kemajuan dan pembangunan tetapi dalam masa yang sama tidak berkompromi dalam isu isu berkaitan dengan alam sekitar.Juga dijelaskan yang kerajaan N Sembilan sentiasa mengalu ngalukan pelaburan luar ke N Sembilan tetapi tidak akan berkompromi dengan isu isu alam sekitar.Juga dinyatakan yang kerajaan N Sembilan untuk membangunkan industri berkaitan batu-batuan disebabkan sumber dan kemudahan yang ada di Negeri Sembilan satu lagi isyarat jelas kepada rakyat tentang kemajuan dan pembangunan cuma yang perlu diambil kira tentang penglibatan bumiputera terutamanya dalam bidang ekonomi supaya pengagihan kekayaan yang lebih serata diantara kaum.
Dalam berita berasingan TAHNIAH diucapkan kepada badan NGO yang diketuai oleh WAN SHAHARUDDIN dari N Sembilan dalam menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi.Sokongan yang tidak berbelah bagi sentiasa diharapkan tetapi bukan hanya sokongan membuta tuli atau pun sekadar tukang angguk tetapi juga membawa bersama idea idea dan juga pandangan bernas bagi kebaikkan semua.

Kita juga tidak seharusnya meragui niat murni Saudara Ezam kerana menyertai semula Umno kerana telah jelas dia mengakui dan menerangkan sebab sebenar dia kembali kepada Umno, berjuang demi kebenaran dan kebaikkan rakyat semua.Sebelum anda semua meragui niat ikhlas Saudara Ezam seharusnya anda tanya diri anda sendiri sejauh mana keikhlasan anda berjuang didalam Umno sejauh mana keberanian anda dalam menyatakan pandangan dan buah fikiran melalui saluran yang betul.Ini kerana jika ahli ahli Umno kuat dan bersatu tidak kira siapa pun yang menyertai Umno walaupun dengan niat yang tidak baik, ia tidak akan membawa apa apa kesan kerana Umno bukan parti individu tetapi parti yang memperjuangkan kemajuan dan hak orang orang Melayu terutamanya.Ini telah jelas terbukti dari zaman Tunku Abdul Rahman, Tun Abd Razak, Tun Hussein dan ramai lagi pejuang pejuang termasuklah Tun Mahathir hanya Umno yang benar benar dapat memperjuangkan orang Melayu.Dalam PRU12 juga isyarat jelas telah diterima oleh mereka mereka yang kurang berani untuk menyatakan pendirian tetapi berpaling tadah dengan menyokong calon lawan seperti didakwa oleh pimpinan Umno.Sejauh mana keikhlasan saudara Ezam tidak perlu dipersoalkan, tetapi tidak bermakna yang ahli Umno boleh tidur dan berpeluk tubuh kerana ancaman sentiasa ada dimana mana dan dari pelbagai sudut.
Umno Paroi Jaya mengalu ngalukan kepulangan saudara Ezam ke pangkuan Umno.

Monday, May 26, 2008

Universiti Hospital Kejururawatan di Negeri Sembilan26

SEREMBAN: Universiti pertama dan satusatunya di peringkat antarabangsa yang mengkhususkan kepada pendidikan kejururawatan akan dibina di Bandar Seri Sendayan, Negeri Sembilan.Universiti Kolej Kejururawatan Antarabangsa (IUCN) itu akan dibina di kawasan seluas 80 hektar dan fasa pertamanya akan siap pada Julai 2009.Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Fasa Satu itu meliputi pembinaan kampus, kemudahan dan asrama.Beliau berkata, profesion dalam bidang kejururawatan kini mendapat permintaan tinggi dan IUCN akan memenuhi keperluan itu di dalam negara dan antarabangsa.Menteri Besar berkata, demikian kepada pemberita selepas majlis pemeteraian perjanjian projek itu antara Menteri Besar Incorporation (MBI) dan Run Education Sdn Bhd.Mohamad mewakili MBI manakala Run Education Sdn Bhd diwakili pengarahnya Tunku Putera Tunku Nadzaruddin Tuanku Jaafar.Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), nisbah terbaik antara jururawat dan pesakit ialah 1:200 tetapi di Malaysia, nisbahnya 1:645.Mohamad berkata, 130,000 jururawat perlu dilatih menjelang tahun 2020, untuk memenuhi keperluan negara.
http://mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_25051734-c0a85062-b217d500-ec91102b

Lagi usaha kerajaan N Sembilan dibawah pimpinan Dato Seri Mohd Hj Hasan dalam meningkatkan lagi taraf pendidikan dan sosial di N Sembilan penubuhan Universiti Kolej Kejururawatan Antarabangsa (IUCN) di Bandar Seri Sendayan.Diharap dengan penubuhan Universiti ini akan memberi lebih peluang pendidikan dan pembelajaran seterusnya peluang pekerjaan buat para belia/beliawanis terutamanya di N Sembilan.Peluang yang terhidang seharusnya direbut sebaiknya dalam memanfaatkan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan negeri supaya pelaburan dalam bidang pendidikan ini tidak hanya memberi faedah kepada orang luar tetapi juga penduduk tempatan khasnya.Kepimpinan yang mempunyai perancangan dan perlaksanaan teliti memang diperlukan rakyat supaya tidak hanya leka dengan janji janji kosong yang ditabur oleh pihak pembangkang tanpa membuat penyelidikan dan kajian yang terperinci.Mungkin selama ini mereka hanya tahu berkata kata atau pun berjanji tetapi bila masuk fasa perlaksanaan mereka menghadapi kesukaran kerana terlalu seronok berkata kata tanpa penilaian.Setiap isu yang dibawa memang seharusnya dibincang samada kerajaan atau pun pembangkang tetapi perlu dikaji kesan jangka pendek dan jangka masa panjang supaya faedah sebenar dapat dinikmati rakyat.Rata-rata yang kebanyakkan pemimpin pembangkang hanya bagus bila membangkang dan menyalahkan orang lain tetapi dari sudut untuk kebaikkan rakyat dan kemajuan sebenar dari sudut ekonomi, sosial, pendidikan dan kebudayaan tidak dapat dibuktikan kerana tiada perancangan sebenar untuk rakyat.Alasan alasan yang akan didengar sudah pasti menjurus kepada menyalahkan orang lain atau pun pimpinan sebelumnya.Dalam menerajui pimpinan atau pun sebuah kerajaan jika ada pun kesilapan seharusnya mereka sudah bersedia dengan modul dan pembangunan semula bukan hanya cerita menyalahkan orang lain.Strategi menyalahkan orang lain ini tidak akan bertahan lama kerana rakyat pasti akan merasai kesan dalam jangka masa panjang.

Saturday, May 24, 2008

New comment on Dr M quits Umno.

Salam perjuangan dari saya..janganlah kita melatah atas tindakan TDM. Sebagai bangsa yang berbudaya dan berbudi bahasa...jangan kita cepat perlekeh apa yang berlaku di depan mata. TDM banyak jasa, Pak Lah ada amanah nak dilaksana...kesimpulannya, jgn kita membabi buta menghentam pemimpin kita.
Biarlah TDM dengan caranya....tapi sebagai manusia yang berakal dan boleh menilai baik dan buruk...jangan terlalu cepat kita mencerca dan menghina. Yang ada ketika di hotel masa tu pun ramai orang yang kecewa spt x dipilih sbg calon, orang2 yang ingin mendengar dan ahli2 parti2 pembangkang. Siapa yang ada di sana pasti maklum apa yang berlaku. Apa pun itu keputusan TDM...hormatilah dia sebagai orang yang berjasa dan orang yang lebih tua dari kita kerana itu sudah berkurun menjadi amalan kita semua orang Melayu tapi untuk menongkah arus meremeh parti yang telah lama memperjuangkan Agama dan ketuanan Melayu selama ini...jauh sekali.
Jangan terlalu retorik dan hanya pandai bercakap seperti khalid di selangor...malu bercakap sebagai bekas ahli korporat tapi banyak alasan yang diberi bila diminta jawapan kepada janji2 yang ditabur tanpa fakta. Sepatutnya, sebagai bekas seorang CEO harus tahu melihat annual budget dan baru boleh merancang tapi main sedap mulut bercakap...kemudian menyalahkan budget terdahulu kononnya.
Jikalau kurang keyakinan...sila lihat laporan tahunan budget bagi kerajaan negeri Selangor 2007. Apa pun, bagi mereka khususnya generasi muda yang tidak tahu apa yang telah berlaku tendang terajang selama 20 tahun dalam UMNO selama ini...janganlah kita cepat2 membuat kesimpulan kerana masing2 ada alasan kenapa dan mengapa semuanya berlaku. Hanya mereka yang berada di dalam selama ini lebih maklum akan cerita yang sebenarnya. Semoga kesemua pemimpin negara akan diberkati ALLAH atas segala perancangan serta tindakan bagi terus memajukan serta mentadbir tanah air yang tercinta. Amin


Ekhsan.



Friday, May 23, 2008

Tok Mat Cabar Buktikan Tuduhan

Negri MB challenges critics to report allegations
SEREMBAN: Mentri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan on Friday challenged his critics to report allegations of power abuse by him to the Anti Corruption Agency.
Mohamad said he was growing tired of talk that he had been giving away contracts to his siblings and friends since being appointed Mentri Besar.

"Just to let you know, I gave each of my brothers a bungalow and a Mercedez before I was appointed Mentri Besar. Please do not insult me by saying that I deliberately gave my siblings contracts to enrich myself," he said.

Mohamad, who was Cycle and Carriage chief executive officer before being appointed Mentri Besar, said he had enough money to live a comfortable life and that he led a simple lifestyle.

"You can send auditors to check the contracts that had been given out. I do not need that kind of money. I am getting tired of all these allegations but some people have gone overboard," he said when opening the state level council of former MPs and assemblymen (Mubarak) annual general meeting here.

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/5/23/nation/20080523145448&sec=nation

Buktikan tuduhan yang dilemparkan berasas kami selaku ahli Umno yang bertanggungjawab meminta supaya segala tuduhan berkenaan salah laku Menteri Besar N Sembilan dan keluarganya dibuktikan untuk memberi penjelasan sebenar dan ketelusan dalam pentadbiran kerajaan N Sembilan.Seperti yang terbaru oleh Ketua Umno bahagian Seremban Dato Ishak Ismail yang ingin melaporkan kepada BPR berkenaan kes perlantikkan keluarga Menteri Besar yang mempunyai kepentingan dan sebagainya buktikan tuduhan tersebut dan jikalau ada laporan yang dibuat.Ini bukan lagi zaman saya dengar ada orang kata ketelusan dan kebenaran mesti ditunjukkan kepada rakyat supaya tidak menjejaskan reputasi Umno.Sebagai seorang pemimpin mereka harus meneliti dan membuat penilaian atas sebarang laporan dan kami tidak dapat menerima pemimpin yang bertindak melulu tanpa asas yang kukuh kerana ia akan menjejaskan reputasi Umno dan menunjukkan sikap mereka yang tidak membuat homework dalam sebarang aduan.Ia juga ditakuti perkara yang sama akan dilakukan dalam memperjuangkan nasib rakyat Seremban terutamanya ini adalah kerana jika pemimpin tersebut tidak mempunyai kualiti sebagai pemimpin dia seharusnya berundur dari tampuk pemerintahan.Setiap perlaksanaan, lapuran atau apa jua yang berkaitan kepentingan umum haruslah diteliti sebelum dimaklum kepada umum supaya mengelakkan sebarang kekeliruan.Kami bukanlah bermaksud membela Dato Seri Mohd Hasan tetapi mahukan kebenaran dalam sebarang isu yang berlaku.Kami juga sering tertanya tanya dimanakah bukti yang kononnya akan diberitahu kepada umum tetapi sehingga hari ini yang selalu didengar ada orang lapurkan kepada saya, itu adalah kebiasaan kerana manakan mungkin kambing ke atau pun serigala pula yang melapurkan tetapi yang menjadi persoalan dimanakah buktinya?????
Sebagai ahli yang setia kepada parti dan terus percaya dengan matlamat perjuangan Umno kami mahukan pemimpin yang setia dan berani kepada parti juga seperti kes Tun Mahathir yang keluar dari Umno sebagai seorang pemimpin yang banyak berjasa kepada negara bukan hanya diperingkat Malaysia tetapi pemimpin yang juga dihormati dimata dunia kami tetap menghormati Tun sebagai pemimpin tetapi untuk keluar dari Umno mungkin tidak bersesuaian kerana kami percaya yang perubahan boleh dibuat dari dalam dan mampu diselesaikan diperingkat parti.Cuma mereka mereka yang setia membabi buta kepada pemimpin tertentu tanpa berani mengetengahkan kebenaran yang harus keluar dari Umno.Kalau semua keluar dari parti jadi berapa kali kita akan menubuhkan parti baru kerana masalah tetap akan timbul dan ia adalah cabaran dan asam garam dalam perjuangan cuma cara menanganinya sahaja yang perlu diperbaiki dari masa ke semasa.Jika Pak Lah tidak sesuai atau pun tidak berjaya memimpin kita mempunyai cara yang betul untuk melaksanakannya dan cara itu lebih berdiplomasi dan bertamadun.

Tuesday, May 20, 2008

Dr M quits Umno

ALOR STAR: Tun Dr Mahathir Mohamad has announced he is quitting Umno, in what is seen as his final push to force Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi to step down as Prime Minister and party president.
His wife Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali has also quit, according to his website
www.chedet.com
Dr Mahathir also called on Umno members to join him in this radical move, which he likened to “removing gangrene” in order for the party to survive.
Except for two party veterans and one branch in the Merbok division, there were no other takers.

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/5/20/nation/20080520071530&sec=nation

Satu kejutan kepada UMNO di atas tindakan Tun Mahathir yang keluar dari UMNO dan juga ianya dilihat sebagai satu frasa dalam tindakan beliau bagi memberi penekanan kepada YAB Pak Lah walaupun ini bukanlah perkara baru kerana YM Tunku, Tun Hussein dan Dato Onn juga pernah melakukan tindakan yang serupa cuma yang menjadi perbezaan hanya isu dan sebab kenapa mereka keluar dari UMNO. Seharusnya tidaklah akan menjadi masalah pokok atau pun huru hara kepada UMNO kerana UMNO lahir bukanlah parti bagi mana-mana individu atau pun orang2 tertentu dan terpilih yang mana perjuangan bersama lebih diutamakan, cuma yang menjadi persoalan dikotak pemikiran adakah tindakan Tun ini akan lebih membawa kepada kebaikan atau pun ia hanya akan menambah serta menyulitkan usaha yang sedang dan akan digerakkan oleh ahli2 UMNO untuk memperkukuhkan semula parti .
Sebagai seorang pemimpin yang cukup dihormati, tindakan Tun sudah tentu dijangka akan membawa pengaruh dan kesan yang besar tetapi ahli2 UMNO bukanlah tidak bijak sama sekali dalam membuat pertimbangan seperti yang diwar-warkan.Cuma sedikit kerisauan membelenggu ialah pada mereka yang hanya menunggu peluang mengambil kesempatan diatas sedikit kejutan dan kekeruhan yang berlaku. Dalam proses mencari pemimpin, biarlah ditentukan mereka yang ikhlas dalam perjuangan.
Seperti di Bahagian Seremban baru-baru ini mengenai laporan yang dibuat oleh Ketua UMNO Bahagian Seremban kepada BPR tentang salah laku dan monopoli YAB Dato Seri Utama Hj. Mohamad B. Hj. Hassan dalam mentadbir Kerajaan N. Sembilan...apakah status laporan tersebut dan kalau benar sepertimana didakwa YAB Dato Seri Hj. Mohamad B. Hj. Hassan bersalah, kami sebagai rakyat dan ahli UMNO yang bertanggungjawab, merasakan berhak bagi mendapatkan jawapan dan kebenaran atas laporan yang dibuat agar rakyat tahu kisah sebenarnya kelak . Adakah benar2 Tok Mat bersalah atau pun ada pihak yang sekadar hanya sengaja menabur fitnah dan mahu menjatuhkan reputasi beliau semata2? Apakah kesinambungan bagi laporan tersebut? Adakah benar laporan yang dibuat atau sekadar provokasi serta retorik semata? Bukanlah berniat bagi mencampuri urusan pihak berkuasa, cuma sekadar melontar pandangan bagi memastikan kebenaran terjawab juga akhirnya demi kepentingan Agama Bangsa dan Negara. Salam perjuangan......

Ekhsan.

Wednesday, May 14, 2008

Negri MB may go for Umno VP post

SEREMBAN: Negri Sembilan Mentri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan may contest one of the top positions in Umno during the party election scheduled for December.
Mohamad, who had last month said he had no intentions of contesting the post of vice president, said he was now keeping his options open.
“I think it is good for the people and the party if there are more leaders offering themselves ... as for me, I am keeping my options open,” he said after chairing the state exco meeting at Wisma Negri.
He was asked to comment on statements by Pahang Mentri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob, Education Minister Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein and former Perlis Mentri Besar Datuk Seri Shahidan Kassim who had said they may contest the vice presidencies.
Mohamad, who is second term Mentri Besar, said there was nothing wrong with any of these leaders voicing their intentions to contest.
“Umno is a mature party ... we had just celebrated our 62nd anniversary and members know who are good leaders and otherwise.
“If you give them the option to choose from a pool of leaders, they will make the right decision,” said Mohamad who was also Umno supreme council member.
Asked if he was for the abolition of the quota system which required aspirants to obtain a certain number of nominations to contest for the top two posts in the party, Mohamad said there were pros and cons to this.
“The quota system is good because only those who had the support of party members are allowed to contest the top positions. If you have many people contesting for the post of president for example, people would say Umno was a pasar malam (night market) party.
“On the other hand, the quota system may prevent genuine members from contesting ... some may see it as undemocratic,” he said.
However, Mohamad said the present system had been effective in producing good leaders.
He said those who wished to see a proper power transition in Umno would prefer that the quota system be continued.
“However, if there is to be any change, the delegates are the ones who should decide,” he said.

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/5/14/nation/20080514151044&sec=nation

Umno Paroi Jaya Seremban menyokong penuh kepimpinan Dato Seri Utama Mohamad Hasan untuk bertanding sebarang jawatan tertinggi didalam pemilihan yang akan diadakan December nanti.Ini akan menambahkan lagi muka-muka baru dalam kepimpinan Umno Malaysia tetapi kami tetap berpegang kepada prinsip demokrasi dan suara ramai atau pun akar umbi.Secara tidak langsung pembaharuan juga akan dapat dibawa bersama dalam corak pemerintahan dan perjuangan Umno khususnya.Ini adalah kerana pemimpin pemimpin yang ikhlas dan berani harus diketengahkan untuk memastikan yang perjuangan Umno dan orang Melayu khususnya terus relevan dan diterima.
Kami juga menyokong penuh Ketua Cawangan Paroi Jaya untuk bertanding dalam jawatan yang lebih tinggi kerana kami amat percaya yang sudah sampai masanya pemimpin pemimpin muda diberi peluang dalam arena politik yang lebih tinggi supaya perubahan dan suara suara akar umbi sampai ke peringkat yang sepatutnya tidak hanya hilang ditengah jalan.Ini tidaklah bermaksud yang kami ini melanggar adab susila atau pun bersikap kurang ajar cuma kami percaya yang pembaharuan diperlukan untuk corak kepimpinan yang sedia ada dalam membantu kepimpinan Umno Bahagian, Negeri dan seterusnya Malaysia.

Monday, May 12, 2008

Sambutan Umno ke 62



Sunday, May 11, 2008

Selamat Ulang Tahun UMNO ke 62

begitulah perjuangan orang melayu pkr dan pas...seorang manusia jumud memperlekehkan kesultanan dan kuasa mutlaknya tapi hingga kini tiada "suara" dan pandangan kedengaran kerana itulah namanya melayu pkr dan pas. ramai yang hebat berkata....umat Islam yang penting bukan melayu tapi sedarkah ramai pak pandir melayu yang bijak bercakap ini bahawa didalam perlembagaan negara MALAYSIA..seseorang yang berbangsa melayu adalah secara automatisnya diiktiraf agamanya Islam...bila dasar kerajaan Barisan Nasional selama ini membangunkan segala sudut samada dari segi pembangunan perekonomian,pendidikan ,sosial, jatidiri bangsa etc secara langsung memartabatkan umat Islam di negara ini tanpa menidakkan hak dan kepentingan bangsa2 lain yang sama2 membangunkan serta memajukan negara tercinta. Sedarkah melayu "so called hebat" pas dan pkr ini yang Malaysia adalah negara Islam yang menjadi role model kepada kepimpinan negara2 Islam di dunia malahan contoh terbaik dimana pemimpin Melayu yang beragama Islam serta mengamalkan Sistem Pemerintahan Raja Berpelembagaan didalam kerajaan BN bersama2 parti komponen yang berlainan bangsa dan agama mentadbir baik negara dengan penuh kesefahaman serta semangat kenegaraan yang tinggi dan saling hormat menghormati kebudayaan serta pegangan kepercayaan sendiri selama ini......malahan negara superpower yahudi pun tidak mampu mentadbir sebegini rupa...malahan racism,rakyat miskin terbiar@gelandangan serta diskriminasi lebih teruk dan bobrok dari apa yang telah berjaya kita buktikan di sini didalam negara kita yang berbilang bangsa dan Agama ini. Ibarat si kudung mendapat cincin keadaan sekarang ini...si kudung mengajar bangsa dan Raja melayu memakai cincin..si kaduk menyokong ayamnya yang telah dijual awalnya...sipenipu dan perasuah menuduh orang lain mengamalkannya demi menghalalkan cara hanya kerana gilakan kuasa...yang alim sanggup mengkafirkan sesama agama tapi memeluk kafir yang telah pasti akan niatnya...mungkin kerana dah seperti momokan orang2 serta bangsa lain didunia yang bangsa Melayu hanya akan tetap dikenang serta diguna pakai istilah "amuk" didalam kamus antarabangsa. Amalan dan moto, biar putih tulang jangan putih mata..sudah sebati pada pemikiran anak bangsa "melayu hebat" yang banyak tumbuh seperti cendawan selepas pilihanraya ini. betapa bodoh dan jumudnya orang2 ini semua...UMNO bukan seperti yang di gambarkan kelemahannya...tapi kerana sikap segelintir manusia yang yang tak melihat secara total pada kepentingan Agama & anak bangsa...habis seluruh negara di palitkannya "kecelaruan serta kepincangan dalam pemikiran" orang2 yang sepatutnya dah lama mengikut rakan2 mereka di dalam pkr dari dulu lagi. Sedarlah dari lamunan dan mimpi indah anak bangsaku....bantulah kepimpinan Pak Lah dan barisan yang ada dengan sepenuh jiwa dan raga tanpa sekelumit keraguan. Jadikanlah diri kita sebahagian dari pejuang bangsa dan Agama dan bukannya pembodek serta individu yang gilakan kuasa. Yakinlah dan percayalah pada ketentuan Qada dan Qadar yang segala kejadian adalah dengan kehendak dan ketentuan YANG MAHA ESA. Janganlah mendengar guruh di hujung langit...air tempayan dirumah kita buangkan...nanti anak isteri akan mati kehausan....jika hanya guruh sahaja kedengaran dan bukannya hujan. Selamat berjuang pada barisan kepimpinan UMNO dan parti2 komponen yang ada...SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANGTAHUN KELAHIRAN PARTI WADAH PERJUANGAN ORANG MELAYU SELAMA INI KEPADA SEMUA WARGA UMNO.......BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT.

Ekhsan.


Saturday, May 10, 2008

Berdirilah Wahai Orang Orang Islam

Satu lagi bukti yang pakatan rakyat tidak mempunyai formula dalam pentadbiran kerana kenyataan dan perlaksanaan yang bercelaru hingga mengelirukan rakyat.Si Bigfoot mengatakan apa yang dilakukan adalah untuk kepentingan umum sedangkan Menteri Besar Perak pula memohon ampun kepada Dymm Sultan Azlan Shah Sultan Perak, Ini jelas menunjukkan tiada kesepakatan dalam pemerintahan kerana Pengerusi Dap Perak juga mengatakan perkara yang sama seperti bigfoot.Sedangkan rakyat Perak sendiri mengutuk tindakan tersebut yang nyata membelakangkan Sultan dan sekaligus tidak menghormati prinsip Raja Berperlembagaan.Mereka hanya terus menerus mempertikaikan institusi beraja dan bidang kuasa Sultan, sedangkan Menteri Besar Perak hanya membisu sedangkan karpal hanyalah orang luar yang mana dia secara tidak langsung mengajar Menteri Besar Perak yang mana mungkin tidak tahu apa yang harus dilakukan sedangkan apa yang cuba diajar seperti tikus membaiki labu yang karpal sendiri cuba memanipulasi perlembagaan.Inikah contoh pemimpin yang dipilih yang tidak berani mempertahankan Institusi Beraja Perak yang juga simbol dan lambang orang orang Melayu di Perak.Pemimpin harus berani memperjuangkan hak rakyat yang memilih mereka sebagai pemimpin, apa pun yang dikatakan samada manipulasi politik dan sebagainya jelas sekali yang Umno sahaja yang berani menyuarakan kebenaran di Perak walaupun yang memerintah kerajaan air campur batu.Juga jelas yang imej Kesultanan telah dicalarkan.Keldai keldai yang cuba memanipulasi isu isu politik seharusnya sedar dan belajar dari sejarah yang di dalam masyarakat majmuk mereka harus berpegang kepada prinsip muafakat seperti peristiwa 13May terjadi pun bukan disebabkan kesilapan PERLEMBAGAAN dan ini dia mungkin lupa.Kita yang sayangkan keharmonian mengutuk sebarang tindakan yang berbaur hasutan seperti apa yang cuba dilakukan Bigfoot kerana ia hanya akan membawa ketidakharmonian di Malaysia ini dan orang orang seperti ini seharusnya dikenakan hukuman yang berat.
Dengan tidak semena mena ong tee keat pun mahu mengeluarkan kenyataan yang mengeruhkan lagi keadaan yang mana dia seharusnya cuba memulihkan keadaan tetapi mengeruhkan lagi dengan kenyataan yang juga mencerminkan kekeldaiannya sendiri yang mana menunjukkan dia sebagai pemimpin seharusnya jelas dan sedar yang tiada konsep perhambaan yang diamalkan di Malaysia yang mana perasan negatif tersebut mungkin lahir dari diri beliau sendiri.Jika kenyataan ong itu berasas sudah pastilah Malaysia negara pertama didunia yang melahirkan ramai billionaire2 dari golongan hamba yang mempunyai kebebasan dalam pelbagai aktiviti tetapi dengan status hamba.Mungkin dia perlu diberi sedikit pelajaran tentang konsep sistem beraja yang bukan hanya diamalkan di Malaysia tetapi juga negara seperti Spain, United Kingdom, Jepun yang mengamalkan Raja berpelembagaan.Bila perkara perkara seperti ini ditimbulkan ia sudah pasti tidak akan membawa apa apa kebaikkan melainkan hanya menimbulkan pelbagai masalah susulan.Renung renungkan kerana ini bukanlah hasil yang diingini rakyat kerana menang sorak kampung tah mane?

Ulang Tahun Umno ke 62

Renung sejenak dan muhasabah dirilah....yang mengucap kalimah yang sama dikeji dan dibenci tp yang terang-terang menentang dan menjadi alat yahudi disanjung tinggi dan di "dakap" seerat boleh...tepuk dada tanya akal dan iman apa yang telah terjadi?

Ekhsan

Sama samalah kita renungkan perutusan khas dari Ketua Cawangan Umno Taman Paroi Jaya semoga ia menjadi renungan dan panduan, yang silap kita betulkan yang lemah kita kuatkan

Friday, May 09, 2008

Engku Nuzul tidak kesal ceburi ternak ikan keli

Graduan tidak kesal ceburi ternak ikan keli
YUNUS Rahmat melihat Engku Nuzul Liza Engku A. Rahman memberi makan ikan keli ketika membuat lawatan kerja di Nuzul Clarich Enterprise di Kampung Sawah Sunggala, Port Dickson, Negeri Sembilan, semalam.
PORT DICKSON 8 Mei - Jika kebanyakan graduan institut pengajian tinggi lebih gemar memilih kerjaya mengikut kelulusan atau setidak-tidaknya bekerja di pejabat yang berhawa dingin, namun Engku Nuzul Liza Engku A. Rahman, 25, mempunyai pendirian berbeza.
Graduan Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) Politeknik Port Dickson itu memilih untuk memulakan ternakan ikan air tawar di Kampung Sungai Sunggala di sini sejak setahun yang lepas.
Menurut Engku Nuzul, beliau tidak menyesal walaupun bidang yang diceburinya itu jauh berbeza daripada pendidikan akademik yang diperoleh.
"Bergelar usahawan adalah satu cabaran untuk saya, selain itu saya tidak suka bekerja secara rutin iaitu mengikut jadual di pejabat."Lagipun saya cuma ingin menyahut hasrat kerajaan yang kini ingin melihat lebih banyak golongan belia terutama graduan menjalankan projek pertanian dan berdikari," katanya ketika dikunjungi oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Yunus Rahmat di sini kelmarin.Tambah Engku Nuzul, pada masa ini syarikatnya, Nuzul Clarich Enterprise menternak 30,000 ekor ikan dalam 15 buah kolam melibatkan modal sebanyak RM190,000."Sehingga kini kolam-kolam tersebut mampu mengeluarkan hasil lima tan metrik sebulan dan berharap dapat meningkatkan hasil tersebut dalam masa yang terdekat," katanya.Ujar beliau, selain membekalkan ikan keli segar, syarikatnya juga mengeluarkan ikan keli salai sebagai langkah untuk mempelbagaikan produknya.
"Saya berharap untuk mempergunakan segala pengetahuan yang ditimba daripada jabatan perikanan sebelum ini secepat mungkin demi merealisasikan impian bergelar usahawan tani berjaya di peringkat tempatan dan antarabangsa," tambahnya.
Perancangan masa depan, kata beliau, adalah mengusahakan pembiakan anak benih, menghasilkan produk sampingan seperti bebola ikan, keropok lekor dan cip ikan.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0509&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_01.htm

Usaha murni seorang graduan dalam menceburi bidang penternakan ikan keli harus dipandang tinggi dan dijadikan contoh oleh para belia lain terutamanya kerana jika diusahakan secara komersial ia juga menjamin pulangan lumayan kepada pengusahanya.Tahniah diucapkan kepada Engku Nurul diatas kegigihan dan keberanian yang ditunjukkan dalam bidang ini.Juga beliau mungkin boleh menggunakan kelebihan akademik dalam bidang kejuruteraan dan latihan dari jabatan perikanan untuk membawa bidang penternakan ikan keli ini ke suatu peringkat yang lebih tinggi yang mana ia mungkin akan menjadi makanan Mejar Dr Faiz di Iss suatu hari nanti.Kami amat menyanjung tinggi atas usaha murni dan kegigihan gadis manis dari Port Dickson ini.
--------------------------
Hak milik: Penantian 26 tahun penduduk berakhir
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0509&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_02.htm
KUALA PILAH 8 Mei - Seramai 45 penduduk Rumah Rakyat Taman Pemarak, Tanjong Ipoh, di sini, menerima geran hak milik rumah masing-masing, kelmarin.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, penduduk berkenaan menunggu selama 26 tahun untuk mendapat surat hak milik tersebut.
Kata beliau, kerajaan negeri akan memastikan penduduk perumahan rakyat tidak perlu menunggu lama untuk menerima geran hak milik setelah bayaran ansuran rumah dijelaskan sepenuhnya.
''Kawasan perumahan yang asalnya ladang getah ini mempunyai sebanyak 852 unit kediaman dan penduduk Taman Pemarak Fasa 2 merupakan kumpulan pertama yang menerima geran hak milik," ujarnya ketika berucap dalam majlis itu.
Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu negeri, Mohamad Razi Kail dan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Modal Insan, Belia dan Sukan, Abdul Samad Ibrahim.
Pada majlis yang sama, Mohamad turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM5,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Taman Pemarak.


Lagi usaha yang dijalankan dalam menangani masalah masyarakat setempat yang berjaya diselesaikan setelah sekian lama tertangguh dan kami amat percaya jika rakyat dan agensi pentadbiran kerajaan N Sembilan bekerjasama dalam menyelesaikan sesuatu isu sudah pasti lebih banyak permasalahan akan dapat diselesaikan dari menuding jari dan hanya mencari kesalahan orang lain.Juga diharapkan agensi agensi berkaitan, JKKK dan masyarakat dapat bekerjasama dalam apa jua bidang yang boleh membawa manfaat kepada semua ini kerana pandangan dan buah fikiran dari semua adalah lebih baik.Di samping itu ia juga mempercepatkan segala proses dan mengelakkan karenah birokrasi yang hanya membawa kerugian kepada masyarakat

Selamat Ulang Tahun ke 62 Umno Malaysia

Selamat Menyambut Ulang Tahun Umno yang ke 62 semoga dengan limpah kurnia Allah S.w.t Umno akan terus gemilang dan menjadi tunggak perjuangan orang orang islam dan meneruskan kegemilangan dalam memperjuangkan agama, bangsa dan negara.

Selamat Menyambut ulang tahun juga buat
Saudara Affendy Ariffin ahli Umno Taman Paroi Jaya
10/05/08

Wednesday, May 07, 2008

Jalan Jalan Negori Sembilan

SEREMBAN 6 Mei - Tiga produk utama pelancongan sedang dibangunkan oleh kerajaan negeri dalam usaha memartabatkan Negeri Sembilan sebagai pusat biologi mega hutan yang diiktiraf antarabangsa.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan (gambar) berkata, tiga projek itu adalah Hutan Lipur Ulu Bendul yang kini menjadi Taman Ular Sawa, Hutan Simpan Sungai Menyala di Port Dickson dan Taman Alam Liar di Lembah Jemaloi, Jelebu.Menurutnya, ketiga-tiga produk pelancongan itu dijangka dapat memberikan pilihan yang berbeza kepada pelancong tempatan atau luar negara."Saya melihat ketiga-tiga projek ini merupakan langkah yang akan menyumbang kepada ekonomi negeri di samping mewujudkan kepelbagaian menerusi pembangunan lestari secara integrasi.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0507&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_04.htm

Kepelbagaian sumber dan idea untuk menggunakan sumber yang adalah sangat diperlukan dalam pembangunan dan perkembangan ekonomi seperti di Ulu Bendul yang memang terkenal sebagai destinasi perkelahan hujung minggu dengan jarak hanya 20minit dari Seremban dan dengan bakal siapnya lebuhraya baru ia hanya akan mengambil masa 10 minit dari Seremban dan 15minit dari Kuala Pilah.Ia akan memberi lebih banyak pilihan destinasi keluarga pada hujung minggu disamping memberi peluang ekonomi kepada penduduk setempat yang berupaya menjana berbagai sumber perniagaan yang boleh dilakukan dan dijadikan sebagai sumber pendapatan dan peningkatan taraf ekonomi.Tinjauan ke kawasan Ulu Bendul mendapati jika dapat dipertingkatkan lagi taraf tempat tempat penginapan untuk kunjungan yang lebih selesa sudah pasti dapat menarik pelancong pelancong untuk menginap disini disamping menikmati panoroma malam dengan ditemani dengan irama unggas dan hidupan hutan yang lain.Juga di Jelebu dengan Taman Alam Liar yang mungkin memberi pengalaman baru dalam merasai suasana sebenar dihutan dan kehidupan liar.Jarak yang juga hampir dari Seremban lebih kurang 25minit pemanduan atau pun 3jam berjalan kaki.Di samping menghirup udara segar bukit dan gunung pengalaman sendiri di hutan pasti lebih menarik dengan deruan air terjun dan macam macam lagi yang menarik boleh diterokai. Pemantauan juga harus ditingkatkan untuk mengelakkan taman warisan ini dimusnahkan atau pun dirosakkan atau pun membanteras sebarang kegiatan yagn tidak sihat.Hutan Simpan Sungai Menyala di Port Dickson akan diusha tidak lama lagi


Tuesday, May 06, 2008

Karpal langgar ketertiban pembentukan negara

KUALA LUMPUR 6 Mei - Tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang secara berterusan mempersoalkan hak dan kuasa Raja-Raja Melayu melanggar ketertiban pembentukan negara ini yang diamal dan dipertahankan sejak sekian lama.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Malaysia adalah negara raja berperlembagaan yang perlu dihormati oleh semua.
“Raja-Raja Melayu ialah lambang Ketua Agama Persekutuan dan juga kepada negeri-negeri Melayu yang lain. Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu adalah payung yang menaungi seluruh rakyat tanpa mengira kaum dan agama.
``Kita tidak boleh pisahkan urusan kenegaraan di antara institusi raja dengan Perlembagaan Negara. Ia sangat berkait rapat di antara satu sama lain. Kemakmuran dan kerukunan bermasyarakat terbentuk selagi kita menghormati latar belakang ini,'' katanya dalam satu kenyataan yang diedarkan di lobi Parlimen di sini. - Utusan.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0506&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_09.htm

Satu lagi contoh dimana institusi beraja dan orang orang Melayu tidak dihormati lagi bilamana Kapal secara terbuka berani mengkritik Sultan Perak dan ini jelas menunjukkan yang dia tidak menghormati perlembagaan atau pun langsung tidak sensitif atau pun sengaja menimbulkan isu tersebut untuk menduga sejauh mana orang orang Melayu sedar dan tahu mengenai hak hak mereka sendiri kerana dia semestinya sudah membaca perlembagaan itu berkali kali.Perkara ini terjadi adalah kerana orang Melayu terlalu bermurah hati sehingga mereka lupa diri di Malaysia ini.Institusi beraja telah wujud sekian lama berbanding parti politik yang baru setahun jagung jika dibandingkan dengan institusi beraja.Mereka seharusnya tidak lupa diri sehingga mencabar dan menyentuh sensitiviti orang orang Melayu dengan memanipulasi isu isu yang sensisitif.Tiada gunanya jika hanya orang orang Melayu yang terus menerus diingatkan untuk menjaga keharmonian jika mereka tidak ikhlas terhadap orang orang Melayu.Ini adalah kerana mereka harus sedar yang kehadiran, keharmonian dan kemajuan ekonomi hanya dapat dicapai dengan suasana orang orang Melayu membenarkan dan mereka tidak akan dapat berbuat demekian jika suasana di Malaysia ini sebaliknya.Ini juga sebenarnya kesilapan besar pihak pembangkang bila bersekongkol dengan mereka yang tidak tahu menghormati sensitiviti masyarakat majmuk.Seharusnya mereka sedar yang institusi dan agama tidak boleh dipolitikkan kerana didalam Islam tiada pemisahan antara agama dan politik dan ini hanya dapat didukung oleh Umno yang sekian lama telah terbukti berjaya dalam usaha ini semenjak zaman pra merdeka lagi.Sedarlah wahai orang orang Melayu yang ini seharusnya menjadi titik tolak untuk orang orang Melayu bersatu dalam mematahkan usaha usaha atau pun unsur unsur yang membawa ketidakharmonian di Malaysia

Saturday, May 03, 2008

Kongres syor 5 langkah jaga hak Melayu

JOHOR BAHRU 2 Mei – Kongres Permuafakatan Melayu malam ini mencadangkan lima langkah drastik termasuk menubuhkan Majlis Muafakat Melayu (3M) untuk menjaga hal ehwal, hak dan menyelesaikan masalah orang Melayu di negara ini.
Selain penubuhan 3M, kongres itu turut menyarankan dikukuhkan bahasa, budaya dan parti politik Melayu selain mencabar agenda pihak tertentu yang bersikap perkauman.
Ketua Satu Gabungan Penulis Nasional (Gapena), Tan Sri Prof. Emeritus Dr. Ismail Hussein berkata, pembentukan 3M penting untuk menjadi saluran rasmi bagi orang Melayu kerana unsur perkauman kini semakin menebal dalam masyarakat.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0503&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm

Inilah akibatnya jika orang orang Melayu terus menerus dengan tidurnya dan lekanya seharusnya ia menjadi iktibar dan titik tolak untuk orang orang Melayu kembali bersatu supaya kejadian yang tidak diingini tidak berlaku.Sensitiviti orang orang Melayu sudah tidak dipedulikan dan hanya orang orang Melayu sahaja yang terus diperingatkan mengenai sensitiviti bukan Melayu.Institusi kesulatanan juga telah mula dicabar dan sewenangnya Sultan atau pun raja diperlekehkan dengan berbagai kenyataan yang tidak membawa sebarang kebaikkan seperti yang terbaru kenyataan terhadap Sultan Kelantan dan Perak.Seharusnya parti komponen bersama dalam susah dan senang bukan mengeruhkan lagi keadaan dan ini kita dapat menilai sejauh mana keikhlasan mereka dalam perjuangan.Budaya menyalahkan ini seolah olah hanya Umno yang bertanggungjawab sedangkan kesilapan dan kelemahan harus diperbaiki bersama. Wahai warga-warga Umno janganlah terus leka dengan isu-isu yang remeh seperti dibawah gunakanlah kebijaksaan anugerah Allah dengan sewajarnya.

Seperti tulisan oleh Ketua Cawangan Taman Paroi Jaya En Shahrul Ekhsan
'salam...tksh atas cemuhan dan kejian kerana hanya orang yang tahu batas dan adab susila x akan terikut cara biadap melontar pandangan yang tak berfakta...sama mcm orang2 muda yang taksub pada parti pembangkang tanpa memikirkan sebaik2nya pro dan kontra dalam aspek kehidupan yang sementara ini dipinjam ALLAH YANG MAHA ESA... cuma saya terpanggil bagi membuat sedikit penjelasan supaya tidak orang lain keliru dengan tuduhan dari orang2 yang menghantar komen. Dimana puan yuliza ingin menabur bakti kepada umno bukanlah persoalan utama...malahan saya menghormati serta menyanjung tinggi semangat juang puan bagi turut sama menyumbang bagi memperkasakan parti, cuma apabila seseorang bercakap@menuduh tanpa mengetahui apa yang diperkatakan...cuma menampakkan kejahilan diri sendiri. bukan law saya seperti yang dilemparkan oleh "orang yang bijaksana" tp menurut PERLEMBAGAAN UMNO,sesiapa yang dipilih secara sah pada pemilihan terdahulu(2004) akan tetap sah sebagai jawatan yang dipilih sehingga pemilihan akan datang (julai 2008)...dan tiada pula surat perletakan jawatan yang saya terima dari beliau...spt dalam kes puan yuliza, kalau dirujuk dlm senarai keahlian terkini( sehingga dis 2007)beliau masih sah sebagai ahli di cawangan UMNO taman paroi jaya. X tahulah "orang bijaksana" lebih arif tentang kedudukan cawangan ahli2 saya kerana saya yakin dan percaya "orang bijaksana" bukannya datang dari UMNO cawangan saya, kerana yang saya tahu..ahli2 cawangan saya beradap orangnya bila mengutarakan pandangan bukan seperti cara "orang bijaksana". istilah pancung tak pernah ada dalam kamus perjuangan ahli2 saya sepanjang pengetahuan...mungkin amalan kebiasaan dari cawangan "orang bijaksana"...mungkin..bukan tuduhan kerana saya tiada masa nak melayan hal yang remeh temeh seperti komen " orang bijaksana". kepada puan yuliza....terima kasih banyak atas jasa dan sumbangan puan selama ini kepada cawangan kami jika benar seperti yang didakwa oleh "orang bijaksana"...teruskan perjuangan bersama parti UMNO yang telah lama memartabatkan nasib dan halatuju anak bangsa kerana cabaran yang bakal mendatang agak lebih hebat lagi. salam perjuangan serta doa kejayaan pada puan yuliza,tidak kira dimana sekalipun ingin menabur bakti dan jasa. terima kasih sekali lagi.....salam. P/S : tentang jawatan ketua....serahkan sahaja kepada ahli cawangan saya serta ketentuan ILAHI. Yakin dan percayalah segala yang berlaku dalam hidup ini adalah ketentuan ALLAH S.W.T. bukan kehendak kita semua. Maafkan saya jika ada salah dan terkasar bahasa ...cuma rasanya penjelasan harus rasanya di utara....supaya tidak berpanjangan berburuk sangka sesama manusia...kerana fitnah dan tuduhan adalah umpama memakan daging sesama saudara'.
Salurkanlah kebijaksanaan anda semua untuk kearah kebaikkan dan kemajuan orang orang Melayu dulu, kini dan selamanya.

Friday, May 02, 2008

Pemuda Paroi Jaya





Dataran Seremban tarikan baru pengunjung

SEREMBAN 1 Mei - Dataran Seremban yang akan dibuka kepada orang ramai tidak lama lagi akan menjadi tarikan baru pengunjung bandar ini sebagai lokasi bersantai yang istimewa.
Rata-rata penduduk berpendapat, Dataran Seremban akan menjadikan salah satu pusat riadah dan destinasi berhujung minggu yang popular kelak.
Seorang kakitangan awam, Mohammad Munji Abd. Wahab berkata, 38, Dataran Seremban dijangka akan menggamit pengunjung kerana lokasinya strategik dan membolehkan orang ramai menikmati suasana bandar terutamanya di waktu malam.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0502&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_03.htm

Satu lagi landskap baru dalam usaha untuk menjadikan Bandar Seremban lebih menarik & menuju status bandaraya tidak lama lagi dibawah kepimpinan YBhg Dato Halim selaku Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Seremban.Ia bukan sahaja memberi peluang kepada warga Seremban bersantai tetapi juga boleh dijadikan sebagai satu lagi tarikan pelancong ke Seremban.Diharap Kerajaan Negeri Sembilan akan mengambil inisiatif bagi menganjurkan pelbagai aktiviti dan program yang berupaya menarik pelancong dan juga bermanafaat buat seluruh warga bandar Seremban terutamanya.Ia juga boleh dijadikan pusat perkumpulan belia-belia untuk sebarang program seperti diskusi-diskusi secara terbuka, persembahan, kebudayaan, aktiviti pelancongan dan sebagainya.Pengisian ataupun perangkaan program yang membina adalah penting untuk mengelakkan dari ia disalah gunakan.Penglibatan badan-badan korporat juga digalakkan dalam membangunkan Dataran Seremban sebagai salah satu produk pelancongan di Seremban.Forum-forum juga boleh diadakan disini dan juga boleh dijadikan sebagai tempat persembahan dan aktiviti-aktiviti belia yang menjurus kepada kemajuan dan keharmonian bersama.Penglibatan secara langsung dari wakil wakil belia dalam mengenengahkan isu isu terkini dan pandangan para belia juga boleh dilakukan di sini di samping memanfaatkan kegunaan Dataran Seremban seoptimum yang mungkin.
Kami percaya yang kemajuan yang dibawa memerlukan pemantauan dan pengisian yang berkualiti untuk mengelakkan sebarang hasil yang tidak diingini.Persembahan nasyid dan kebudayaan memang bersesuaian dalam mendidik para belia dan sebagainya kerana muzik merupakan salah satu medium yang berkesan dalam pendidikan dan menyampaikan nasihat serta mudah mendekati setiap golongan masyarakat.

Alternatif didik generasi muda
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/AdDin/20070615120553/Article/indexv_html
PERKEMBANGAN muzik masa kini banyak mempengaruhi masyarakat terutama remaja.Justeru, pemilihan muzik alternatif seperti irama nasyid dan marhaban yang memuji kebesaran Ilahi dan kemuliaan nabi dilihat dapat mendidik masyarakat ke arah kebaikan.
Baru-baru ini, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) menganjurkan Pertandingan Nasyid/Marhaban dan Berzanji peringkat negeri di Pusat Dakwah Islamiah Paroi, Seremban.


Tidak dapat dinafikan yang pengaruh muzik dalam kehidupan remaja dan para belia adalah sangat besar dan jika ia boleh dimanipulasikan kemungkinan besar ia boleh dijadikan sebagai medium perhubungan atau pun jalinan antara generasi dapat dieratkan dan secara tidak langsung dapat memahami kehendak dan keperluan belia masa kini.Diharap usaha-usaha seperti ini dapat diteruskan dan diperkayakan lagi dengan kepelbagaian aktiviti dan program.Usahasama dengan Institusi Pengajian mungkin boleh diadakan dalam menarik minat lebih ramai para belia dan ia tidak hanya tertumpu pada aktiviti nyanyian dan persembahan.Dari segi pendidikan untuk menyediakan jurutera-jurutera bunyi, lampu-lampu, multimedia, grafik dan sebagainya boleh dijadikan sebahagian dari aktiviti seperti ini untuk memberi lebih pendedahan dan ilmu terutamanya kepada golongan remaja dan belia.Secara tidak langsung skop bidang ini dapat diperbesarkan lagi tidak hanya menjurus kepada nyanyian sahaja kerana mungkin tidak semua yang berminat untuk menjadi penyanyi mungkin ada yang berminat dari segi teknologi bunyi, rekaan, grafik, multimedia dan macam-macam lagi yang boleh dilakukan seiring dengan konsep hiburan dan pendidikan.


This page is powered by Blogger. Isn't yours?