Wednesday, May 07, 2008
Jalan Jalan Negori Sembilan
SEREMBAN 6 Mei - Tiga produk utama pelancongan sedang dibangunkan oleh kerajaan negeri dalam usaha memartabatkan Negeri Sembilan sebagai pusat biologi mega hutan yang diiktiraf antarabangsa.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan (gambar) berkata, tiga projek itu adalah Hutan Lipur Ulu Bendul yang kini menjadi Taman Ular Sawa, Hutan Simpan Sungai Menyala di Port Dickson dan Taman Alam Liar di Lembah Jemaloi, Jelebu.Menurutnya, ketiga-tiga produk pelancongan itu dijangka dapat memberikan pilihan yang berbeza kepada pelancong tempatan atau luar negara."Saya melihat ketiga-tiga projek ini merupakan langkah yang akan menyumbang kepada ekonomi negeri di samping mewujudkan kepelbagaian menerusi pembangunan lestari secara integrasi.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0507&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_04.htm
Kepelbagaian sumber dan idea untuk menggunakan sumber yang adalah sangat diperlukan dalam pembangunan dan perkembangan ekonomi seperti di Ulu Bendul yang memang terkenal sebagai destinasi perkelahan hujung minggu dengan jarak hanya 20minit dari Seremban dan dengan bakal siapnya lebuhraya baru ia hanya akan mengambil masa 10 minit dari Seremban dan 15minit dari Kuala Pilah.Ia akan memberi lebih banyak pilihan destinasi keluarga pada hujung minggu disamping memberi peluang ekonomi kepada penduduk setempat yang berupaya menjana berbagai sumber perniagaan yang boleh dilakukan dan dijadikan sebagai sumber pendapatan dan peningkatan taraf ekonomi.Tinjauan ke kawasan Ulu Bendul mendapati jika dapat dipertingkatkan lagi taraf tempat tempat penginapan untuk kunjungan yang lebih selesa sudah pasti dapat menarik pelancong pelancong untuk menginap disini disamping menikmati panoroma malam dengan ditemani dengan irama unggas dan hidupan hutan yang lain.Juga di Jelebu dengan Taman Alam Liar yang mungkin memberi pengalaman baru dalam merasai suasana sebenar dihutan dan kehidupan liar.Jarak yang juga hampir dari Seremban lebih kurang 25minit pemanduan atau pun 3jam berjalan kaki.Di samping menghirup udara segar bukit dan gunung pengalaman sendiri di hutan pasti lebih menarik dengan deruan air terjun dan macam macam lagi yang menarik boleh diterokai. Pemantauan juga harus ditingkatkan untuk mengelakkan taman warisan ini dimusnahkan atau pun dirosakkan atau pun membanteras sebarang kegiatan yagn tidak sihat.Hutan Simpan Sungai Menyala di Port Dickson akan diusha tidak lama lagi