Saturday, May 10, 2008

Berdirilah Wahai Orang Orang Islam

Satu lagi bukti yang pakatan rakyat tidak mempunyai formula dalam pentadbiran kerana kenyataan dan perlaksanaan yang bercelaru hingga mengelirukan rakyat.Si Bigfoot mengatakan apa yang dilakukan adalah untuk kepentingan umum sedangkan Menteri Besar Perak pula memohon ampun kepada Dymm Sultan Azlan Shah Sultan Perak, Ini jelas menunjukkan tiada kesepakatan dalam pemerintahan kerana Pengerusi Dap Perak juga mengatakan perkara yang sama seperti bigfoot.Sedangkan rakyat Perak sendiri mengutuk tindakan tersebut yang nyata membelakangkan Sultan dan sekaligus tidak menghormati prinsip Raja Berperlembagaan.Mereka hanya terus menerus mempertikaikan institusi beraja dan bidang kuasa Sultan, sedangkan Menteri Besar Perak hanya membisu sedangkan karpal hanyalah orang luar yang mana dia secara tidak langsung mengajar Menteri Besar Perak yang mana mungkin tidak tahu apa yang harus dilakukan sedangkan apa yang cuba diajar seperti tikus membaiki labu yang karpal sendiri cuba memanipulasi perlembagaan.Inikah contoh pemimpin yang dipilih yang tidak berani mempertahankan Institusi Beraja Perak yang juga simbol dan lambang orang orang Melayu di Perak.Pemimpin harus berani memperjuangkan hak rakyat yang memilih mereka sebagai pemimpin, apa pun yang dikatakan samada manipulasi politik dan sebagainya jelas sekali yang Umno sahaja yang berani menyuarakan kebenaran di Perak walaupun yang memerintah kerajaan air campur batu.Juga jelas yang imej Kesultanan telah dicalarkan.Keldai keldai yang cuba memanipulasi isu isu politik seharusnya sedar dan belajar dari sejarah yang di dalam masyarakat majmuk mereka harus berpegang kepada prinsip muafakat seperti peristiwa 13May terjadi pun bukan disebabkan kesilapan PERLEMBAGAAN dan ini dia mungkin lupa.Kita yang sayangkan keharmonian mengutuk sebarang tindakan yang berbaur hasutan seperti apa yang cuba dilakukan Bigfoot kerana ia hanya akan membawa ketidakharmonian di Malaysia ini dan orang orang seperti ini seharusnya dikenakan hukuman yang berat.
Dengan tidak semena mena ong tee keat pun mahu mengeluarkan kenyataan yang mengeruhkan lagi keadaan yang mana dia seharusnya cuba memulihkan keadaan tetapi mengeruhkan lagi dengan kenyataan yang juga mencerminkan kekeldaiannya sendiri yang mana menunjukkan dia sebagai pemimpin seharusnya jelas dan sedar yang tiada konsep perhambaan yang diamalkan di Malaysia yang mana perasan negatif tersebut mungkin lahir dari diri beliau sendiri.Jika kenyataan ong itu berasas sudah pastilah Malaysia negara pertama didunia yang melahirkan ramai billionaire2 dari golongan hamba yang mempunyai kebebasan dalam pelbagai aktiviti tetapi dengan status hamba.Mungkin dia perlu diberi sedikit pelajaran tentang konsep sistem beraja yang bukan hanya diamalkan di Malaysia tetapi juga negara seperti Spain, United Kingdom, Jepun yang mengamalkan Raja berpelembagaan.Bila perkara perkara seperti ini ditimbulkan ia sudah pasti tidak akan membawa apa apa kebaikkan melainkan hanya menimbulkan pelbagai masalah susulan.Renung renungkan kerana ini bukanlah hasil yang diingini rakyat kerana menang sorak kampung tah mane?

Comments:
begitulah perjuangan orang melayu pkr dan pas...seorang manusia jumud memperlekehkan kesultanan dan kuasa mutlaknya tapi hingga kini tiada "suara" dan pandangan kedengaran kerana itulah namanya melayu pkr dan pas. ramai yang hebat berkata....umat Islam yang penting bukan melayu tapi sedarkah ramai pak pandir melayu yang bijak bercakap ini bahawa didalam perlembagaan negara MALAYSIA..seseorang yang berbangsa melayu adalah secara automatisnya diiktiraf agamanya Islam...bila dasar kerajaan Barisan Nasional selama ini membangunkan segala sudut samada dari segi pembangunan perekonomian,pendidikan ,sosial, jatidiri bangsa etc secara langsung memartabatkan umat Islam di negara ini tanpa menidakkan hak dan kepentingan bangsa2 lain yang sama2 membangunkan serta memajukan negara tercinta. Sedarkah melayu "so callad hebat" pas dan pkr ini yang Malaysia adalah negara Islam yang menjadi role model kepada kepimpinan negara2 Islam di dunia malahan contoh terbaik dimana pemimpin Melayu yang beragama Islam serta mengamalkan Sistem Pemerintahan Raja Berpelembagaan didalam kerajaan BN bersama2 parti komponen yang berlainan bangsa dan agama mentadbir baik negara dengan penuh kesefahaman serta semangat kenegaraan yang tinggi dan saling hormat menghormati kebudayaan serta pegangan kepercayaan sendiri selama ini......malahan negara superpower yahudi pun tidak mampu mentadbir sebegini rupa...malahan racism,rakyat miskin terbiar@gelandangan serta diskriminasi lebih teruk dan bobrok dari apa yang telah berjaya kita buktikan di sini didalam negara kita yang berbilang bangsa dan Agama ini. Ibarat si kudung mendapat cincin keadaan sekarang ini...si kudung mengajar bangsa dan Raja melayu memakai cincin..si kaduk menyokong ayamnya yang telah dijual awalnya...sipenipu dan perasuah menuduh orang lain mengamalkannya demi menghalalkan cara hanya kerana gilakan kuasa...yang alim sanggup mengkafirkan sesama agama tapi memeluk kafir yang telah pasti akan niatnya...mungkin kerana dah seperti momokan orang2 serta bangsa lain didunia yang bangsa Melayu hanya akan tetap dikenang serta diguna pakai istilah "amuk" didalam kamus antarabangsa. Amalan dan moto, biar putih tulang jangan putih mata..sudah sebati pada pemikiran anak bangsa "melayu hebat" yang banyak tumbuh seperti cendawan selepas pilihanraya ini. betapa bodoh dan jumudnya orang2 ini semua...UMNO bukan seperti yang di gambarkan kelemahannya...tapi kerana sikap segelintir manusia yang yang tak melihat secara total pada kepentingan Agama & anak bangsa...habis seluruh negara di palitkannya "kecelaruan serta kepincangan dalam pemikiran" orang2 yang sepatutnya dah lama mengikut rakan2 mereka di dalam pkr dari dulu lagi. Sedarlah dari lamunan dan mimpi indah anak bangsaku....bantulah kepimpinan Pak Lah dan barisan yang ada dengan sepenuh jiwa dan raga tanpa sekelumit keraguan. Jadikanlah diri kita sebahagian dari pejuang bangsa dan Agama dan bukannya pembodek serta individu yang gilakan kuasa. Yakinlah dan percayalah pada ketentuan Qada dan Qadar yang segala kejadian adalah dengan kehendak dan ketentuan YANG MAHA ESA. Janganlah mendengar guruh di hujung langit...air tempayan dirumah kita buangkan...nanti anak isteri akan mati kehausan....jika hanya guruh sahaja kedengaran dan bukannya hujan. Selamat berjuang pada barisan kepimpinan UMNO dan parti2 komponen yang ada...
 
En Ekhsan..

make you points in paragraphs la.. susahnya nk baca macam ni..

and how can you expect people to get the message with phrases and phrases mixed and jumbled up.. hmm
 
perjuangan berdasarkan kaum tidak lagi sesuai bagi malaysia. Islam itu universal. jangan kelirukan diri dan orang melayu yang lain.
 
Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?