Saturday, May 03, 2008

Kongres syor 5 langkah jaga hak Melayu

JOHOR BAHRU 2 Mei – Kongres Permuafakatan Melayu malam ini mencadangkan lima langkah drastik termasuk menubuhkan Majlis Muafakat Melayu (3M) untuk menjaga hal ehwal, hak dan menyelesaikan masalah orang Melayu di negara ini.
Selain penubuhan 3M, kongres itu turut menyarankan dikukuhkan bahasa, budaya dan parti politik Melayu selain mencabar agenda pihak tertentu yang bersikap perkauman.
Ketua Satu Gabungan Penulis Nasional (Gapena), Tan Sri Prof. Emeritus Dr. Ismail Hussein berkata, pembentukan 3M penting untuk menjadi saluran rasmi bagi orang Melayu kerana unsur perkauman kini semakin menebal dalam masyarakat.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0503&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm

Inilah akibatnya jika orang orang Melayu terus menerus dengan tidurnya dan lekanya seharusnya ia menjadi iktibar dan titik tolak untuk orang orang Melayu kembali bersatu supaya kejadian yang tidak diingini tidak berlaku.Sensitiviti orang orang Melayu sudah tidak dipedulikan dan hanya orang orang Melayu sahaja yang terus diperingatkan mengenai sensitiviti bukan Melayu.Institusi kesulatanan juga telah mula dicabar dan sewenangnya Sultan atau pun raja diperlekehkan dengan berbagai kenyataan yang tidak membawa sebarang kebaikkan seperti yang terbaru kenyataan terhadap Sultan Kelantan dan Perak.Seharusnya parti komponen bersama dalam susah dan senang bukan mengeruhkan lagi keadaan dan ini kita dapat menilai sejauh mana keikhlasan mereka dalam perjuangan.Budaya menyalahkan ini seolah olah hanya Umno yang bertanggungjawab sedangkan kesilapan dan kelemahan harus diperbaiki bersama. Wahai warga-warga Umno janganlah terus leka dengan isu-isu yang remeh seperti dibawah gunakanlah kebijaksaan anugerah Allah dengan sewajarnya.

Seperti tulisan oleh Ketua Cawangan Taman Paroi Jaya En Shahrul Ekhsan
'salam...tksh atas cemuhan dan kejian kerana hanya orang yang tahu batas dan adab susila x akan terikut cara biadap melontar pandangan yang tak berfakta...sama mcm orang2 muda yang taksub pada parti pembangkang tanpa memikirkan sebaik2nya pro dan kontra dalam aspek kehidupan yang sementara ini dipinjam ALLAH YANG MAHA ESA... cuma saya terpanggil bagi membuat sedikit penjelasan supaya tidak orang lain keliru dengan tuduhan dari orang2 yang menghantar komen. Dimana puan yuliza ingin menabur bakti kepada umno bukanlah persoalan utama...malahan saya menghormati serta menyanjung tinggi semangat juang puan bagi turut sama menyumbang bagi memperkasakan parti, cuma apabila seseorang bercakap@menuduh tanpa mengetahui apa yang diperkatakan...cuma menampakkan kejahilan diri sendiri. bukan law saya seperti yang dilemparkan oleh "orang yang bijaksana" tp menurut PERLEMBAGAAN UMNO,sesiapa yang dipilih secara sah pada pemilihan terdahulu(2004) akan tetap sah sebagai jawatan yang dipilih sehingga pemilihan akan datang (julai 2008)...dan tiada pula surat perletakan jawatan yang saya terima dari beliau...spt dalam kes puan yuliza, kalau dirujuk dlm senarai keahlian terkini( sehingga dis 2007)beliau masih sah sebagai ahli di cawangan UMNO taman paroi jaya. X tahulah "orang bijaksana" lebih arif tentang kedudukan cawangan ahli2 saya kerana saya yakin dan percaya "orang bijaksana" bukannya datang dari UMNO cawangan saya, kerana yang saya tahu..ahli2 cawangan saya beradap orangnya bila mengutarakan pandangan bukan seperti cara "orang bijaksana". istilah pancung tak pernah ada dalam kamus perjuangan ahli2 saya sepanjang pengetahuan...mungkin amalan kebiasaan dari cawangan "orang bijaksana"...mungkin..bukan tuduhan kerana saya tiada masa nak melayan hal yang remeh temeh seperti komen " orang bijaksana". kepada puan yuliza....terima kasih banyak atas jasa dan sumbangan puan selama ini kepada cawangan kami jika benar seperti yang didakwa oleh "orang bijaksana"...teruskan perjuangan bersama parti UMNO yang telah lama memartabatkan nasib dan halatuju anak bangsa kerana cabaran yang bakal mendatang agak lebih hebat lagi. salam perjuangan serta doa kejayaan pada puan yuliza,tidak kira dimana sekalipun ingin menabur bakti dan jasa. terima kasih sekali lagi.....salam. P/S : tentang jawatan ketua....serahkan sahaja kepada ahli cawangan saya serta ketentuan ILAHI. Yakin dan percayalah segala yang berlaku dalam hidup ini adalah ketentuan ALLAH S.W.T. bukan kehendak kita semua. Maafkan saya jika ada salah dan terkasar bahasa ...cuma rasanya penjelasan harus rasanya di utara....supaya tidak berpanjangan berburuk sangka sesama manusia...kerana fitnah dan tuduhan adalah umpama memakan daging sesama saudara'.
Salurkanlah kebijaksanaan anda semua untuk kearah kebaikkan dan kemajuan orang orang Melayu dulu, kini dan selamanya.

Comments:
salam...

baguslah the real Tok Ketua dh mula menulis ;)
 
tok ketuo dah mulo masuk gelanggang ko? cayolah den memang tunggu yo komen ekau chief.idup chief!!
 
Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?