begitulah perjuangan orang melayu pkr dan pas...seorang manusia jumud memperlekehkan kesultanan dan kuasa mutlaknya tapi hingga kini tiada "suara" dan pandangan kedengaran kerana itulah namanya melayu pkr dan pas. ramai yang hebat berkata....umat Islam yang penting bukan melayu tapi sedarkah ramai pak pandir melayu yang bijak bercakap ini bahawa didalam perlembagaan negara MALAYSIA..seseorang yang berbangsa melayu adalah secara automatisnya diiktiraf agamanya Islam...bila dasar kerajaan Barisan Nasional selama ini membangunkan segala sudut samada dari segi pembangunan perekonomian,pendidikan ,sosial, jatidiri bangsa etc secara langsung memartabatkan umat Islam di negara ini tanpa menidakkan hak dan kepentingan bangsa2 lain yang sama2 membangunkan serta memajukan negara tercinta. Sedarkah melayu "so called hebat" pas dan pkr ini yang Malaysia adalah negara Islam yang menjadi role model kepada kepimpinan negara2 Islam di dunia malahan contoh terbaik dimana pemimpin Melayu yang beragama Islam serta mengamalkan Sistem Pemerintahan Raja Berpelembagaan didalam kerajaan BN bersama2 parti komponen yang berlainan bangsa dan agama mentadbir baik negara dengan penuh kesefahaman serta semangat kenegaraan yang tinggi dan saling hormat menghormati kebudayaan serta pegangan kepercayaan sendiri selama ini......malahan negara superpower yahudi pun tidak mampu mentadbir sebegini rupa...malahan racism,rakyat miskin terbiar@gelandangan serta diskriminasi lebih teruk dan bobrok dari apa yang telah berjaya kita buktikan di sini didalam negara kita yang berbilang bangsa dan Agama ini. Ibarat si kudung mendapat cincin keadaan sekarang ini...si kudung mengajar bangsa dan Raja melayu memakai cincin..si kaduk menyokong ayamnya yang telah dijual awalnya...sipenipu dan perasuah menuduh orang lain mengamalkannya demi menghalalkan cara hanya kerana gilakan kuasa...yang alim sanggup mengkafirkan sesama agama tapi memeluk kafir yang telah pasti akan niatnya...mungkin kerana dah seperti momokan orang2 serta bangsa lain didunia yang bangsa Melayu hanya akan tetap dikenang serta diguna pakai istilah "amuk" didalam kamus antarabangsa. Amalan dan moto, biar putih tulang jangan putih mata..sudah sebati pada pemikiran anak bangsa "melayu hebat" yang banyak tumbuh seperti cendawan selepas pilihanraya ini. betapa bodoh dan jumudnya orang2 ini semua...UMNO bukan seperti yang di gambarkan kelemahannya...tapi kerana sikap segelintir manusia yang yang tak melihat secara total pada kepentingan Agama & anak bangsa...habis seluruh negara di palitkannya "kecelaruan serta kepincangan dalam pemikiran" orang2 yang sepatutnya dah lama mengikut rakan2 mereka di dalam pkr dari dulu lagi. Sedarlah dari lamunan dan mimpi indah anak bangsaku....bantulah kepimpinan Pak Lah dan barisan yang ada dengan sepenuh jiwa dan raga tanpa sekelumit keraguan. Jadikanlah diri kita sebahagian dari pejuang bangsa dan Agama dan bukannya pembodek serta individu yang gilakan kuasa. Yakinlah dan percayalah pada ketentuan Qada dan Qadar yang segala kejadian adalah dengan kehendak dan ketentuan YANG MAHA ESA. Janganlah mendengar guruh di hujung langit...air tempayan dirumah kita buangkan...nanti anak isteri akan mati kehausan....jika hanya guruh sahaja kedengaran dan bukannya hujan. Selamat berjuang pada barisan kepimpinan UMNO dan parti2 komponen yang ada...SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANGTAHUN KELAHIRAN PARTI WADAH PERJUANGAN ORANG MELAYU SELAMA INI KEPADA SEMUA WARGA UMNO.......BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT.
Ekhsan.
# posted by umnoparoijaya : 4:10 PM