Monday, May 26, 2008

Universiti Hospital Kejururawatan di Negeri Sembilan26

SEREMBAN: Universiti pertama dan satusatunya di peringkat antarabangsa yang mengkhususkan kepada pendidikan kejururawatan akan dibina di Bandar Seri Sendayan, Negeri Sembilan.Universiti Kolej Kejururawatan Antarabangsa (IUCN) itu akan dibina di kawasan seluas 80 hektar dan fasa pertamanya akan siap pada Julai 2009.Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Fasa Satu itu meliputi pembinaan kampus, kemudahan dan asrama.Beliau berkata, profesion dalam bidang kejururawatan kini mendapat permintaan tinggi dan IUCN akan memenuhi keperluan itu di dalam negara dan antarabangsa.Menteri Besar berkata, demikian kepada pemberita selepas majlis pemeteraian perjanjian projek itu antara Menteri Besar Incorporation (MBI) dan Run Education Sdn Bhd.Mohamad mewakili MBI manakala Run Education Sdn Bhd diwakili pengarahnya Tunku Putera Tunku Nadzaruddin Tuanku Jaafar.Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), nisbah terbaik antara jururawat dan pesakit ialah 1:200 tetapi di Malaysia, nisbahnya 1:645.Mohamad berkata, 130,000 jururawat perlu dilatih menjelang tahun 2020, untuk memenuhi keperluan negara.
http://mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_25051734-c0a85062-b217d500-ec91102b

Lagi usaha kerajaan N Sembilan dibawah pimpinan Dato Seri Mohd Hj Hasan dalam meningkatkan lagi taraf pendidikan dan sosial di N Sembilan penubuhan Universiti Kolej Kejururawatan Antarabangsa (IUCN) di Bandar Seri Sendayan.Diharap dengan penubuhan Universiti ini akan memberi lebih peluang pendidikan dan pembelajaran seterusnya peluang pekerjaan buat para belia/beliawanis terutamanya di N Sembilan.Peluang yang terhidang seharusnya direbut sebaiknya dalam memanfaatkan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan negeri supaya pelaburan dalam bidang pendidikan ini tidak hanya memberi faedah kepada orang luar tetapi juga penduduk tempatan khasnya.Kepimpinan yang mempunyai perancangan dan perlaksanaan teliti memang diperlukan rakyat supaya tidak hanya leka dengan janji janji kosong yang ditabur oleh pihak pembangkang tanpa membuat penyelidikan dan kajian yang terperinci.Mungkin selama ini mereka hanya tahu berkata kata atau pun berjanji tetapi bila masuk fasa perlaksanaan mereka menghadapi kesukaran kerana terlalu seronok berkata kata tanpa penilaian.Setiap isu yang dibawa memang seharusnya dibincang samada kerajaan atau pun pembangkang tetapi perlu dikaji kesan jangka pendek dan jangka masa panjang supaya faedah sebenar dapat dinikmati rakyat.Rata-rata yang kebanyakkan pemimpin pembangkang hanya bagus bila membangkang dan menyalahkan orang lain tetapi dari sudut untuk kebaikkan rakyat dan kemajuan sebenar dari sudut ekonomi, sosial, pendidikan dan kebudayaan tidak dapat dibuktikan kerana tiada perancangan sebenar untuk rakyat.Alasan alasan yang akan didengar sudah pasti menjurus kepada menyalahkan orang lain atau pun pimpinan sebelumnya.Dalam menerajui pimpinan atau pun sebuah kerajaan jika ada pun kesilapan seharusnya mereka sudah bersedia dengan modul dan pembangunan semula bukan hanya cerita menyalahkan orang lain.Strategi menyalahkan orang lain ini tidak akan bertahan lama kerana rakyat pasti akan merasai kesan dalam jangka masa panjang.

Comments:
Sdr Ketua Caw memang betul universiti tu bagus tapi buat atas tanah org kg. yg sehingg kini belum terbela. Sdr tahu tak org kg diberikan tanah 2 ekar tanah dusun antara balasan perjanjian jualbeli tempohari. Bila geran keluar tapi sebenarnya tanah belum diukur & org kg pun tak tahu lokasi tanah. Mcm mana pentadbiran MB blh keluarkan geran tanpa tanah diukur?
Mana org kg nak mengadu? Nak mengadu kat wakil rakyat, wakil rakyat mereka adalah MB. Mana org Umno yg nak bela org kg ni? Tak ada kerana org Umno leka nak bodek MB. Saya harap Sdr Ehsan selaku pejuang bangsa dapat la perjuangkan nasb mereka. Jgn kita hanya cerita pasal perjuangan di dlm blog aje tapi dari segi praktikalnya abuk pun tak de!
 
Halo Ketua Caw! Awak tahu tak MBI pajak kan kelapa sawit org kg kat satu sykt org Umno Sendayan yg mana sykt tu sebenarnya dah "dissolve" statusnya di ROC?
Kalau tak percaya tanya la MBI kpd sykt mana dia pajakkan tanah sawit tu?
 
Salam. Bro mcm mana MB pilih calon ari tu masa PRU? Dun Sikamat pun blh kalah. MB tak nak bertanggungjawab ke? Tlg tanya MB blh tak? Jgn bodek je tau, tak baik!
 
Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?