Saturday, May 24, 2008

New comment on Dr M quits Umno.

Salam perjuangan dari saya..janganlah kita melatah atas tindakan TDM. Sebagai bangsa yang berbudaya dan berbudi bahasa...jangan kita cepat perlekeh apa yang berlaku di depan mata. TDM banyak jasa, Pak Lah ada amanah nak dilaksana...kesimpulannya, jgn kita membabi buta menghentam pemimpin kita.
Biarlah TDM dengan caranya....tapi sebagai manusia yang berakal dan boleh menilai baik dan buruk...jangan terlalu cepat kita mencerca dan menghina. Yang ada ketika di hotel masa tu pun ramai orang yang kecewa spt x dipilih sbg calon, orang2 yang ingin mendengar dan ahli2 parti2 pembangkang. Siapa yang ada di sana pasti maklum apa yang berlaku. Apa pun itu keputusan TDM...hormatilah dia sebagai orang yang berjasa dan orang yang lebih tua dari kita kerana itu sudah berkurun menjadi amalan kita semua orang Melayu tapi untuk menongkah arus meremeh parti yang telah lama memperjuangkan Agama dan ketuanan Melayu selama ini...jauh sekali.
Jangan terlalu retorik dan hanya pandai bercakap seperti khalid di selangor...malu bercakap sebagai bekas ahli korporat tapi banyak alasan yang diberi bila diminta jawapan kepada janji2 yang ditabur tanpa fakta. Sepatutnya, sebagai bekas seorang CEO harus tahu melihat annual budget dan baru boleh merancang tapi main sedap mulut bercakap...kemudian menyalahkan budget terdahulu kononnya.
Jikalau kurang keyakinan...sila lihat laporan tahunan budget bagi kerajaan negeri Selangor 2007. Apa pun, bagi mereka khususnya generasi muda yang tidak tahu apa yang telah berlaku tendang terajang selama 20 tahun dalam UMNO selama ini...janganlah kita cepat2 membuat kesimpulan kerana masing2 ada alasan kenapa dan mengapa semuanya berlaku. Hanya mereka yang berada di dalam selama ini lebih maklum akan cerita yang sebenarnya. Semoga kesemua pemimpin negara akan diberkati ALLAH atas segala perancangan serta tindakan bagi terus memajukan serta mentadbir tanah air yang tercinta. Amin


Ekhsan.



Comments:
xqpSaudara,
Apa-apa pun UMNO jelas telah gagal dalam misinya meyakinkan rakyat dan orang melayu sendiri sebagai penggerak membela melayu di abad ini. Pemimpin cuba mengekalkan sistem lama sediaada tanpa idea-idea baru. Amaran Tun dalam tahun pertama kepimpinan Pak Lah telah nampak kepincangan kepimpinannya. Tapi kepimpinan tertinggi UMNO tak ambil peduli. Kami akar umbi peduli. Setakat peduli sahajalah pasal wakil kat atas tu 'yes man', sayur dan tak do tolur. Nak jago aset peribadi sahaja. Amaran dan kerisauan Tun jelas dalam PRU12 lalu, bungkus kita.......... jangan menuding parti komponen yang kalah, tapi disitulah kegagalan UMNO meyakinkan rakan-rakan komponen.
Pasal dek berbueh mulut Tun menasihat, dio pun keluarlah UMNO. Tapi suaranya dalam chedet.com adalah modus operandinya untuk membantu menyedarkan kita orang UMNO yang dikatakan pejuang Melayu. Jadi nak jadi pejuang idea, Tun dah set kan contoh, bloglah salurannya. Good luck dalam pemilihan akan datang......... Kami menunggu HERO dalam UMNO untuk bangkit menyelamatkan keadaan dan keparahan UMNO. sapo dio agak eh...?

miniclubman
 
New Cabinet:



Prime Minister - Anwar

Deputy Prime Minister - Lim Kit Siang

Culture Minister - Farish Noor

Defence Minister -

Education Minister - Nga Kor Ming

Environment Minister - Teresa Kok

Finance Minister - Tony Pua

Foreign Minister - Ramasamy

Health Minister - Tan Seng Giaw

Home Minister -

Information Minister - Jeff Ooi

Law Minister - Teng Chang Khim

Manpower Minister -

Sports Minister -

Technology Minister -

Trade Minister - Khalid

Transport Minister - Liew Chin Tong

(Penang Chief Minister - Lim Guan Eng)
 
ni line up pkr cina anwar jadi boneka cam skrang jugak la huahuahua-adun cut hill
 
Penipu bangsa jugalah kiranye. pak kaduk dah rame kat msia ni
 
Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?