Friday, May 02, 2008

Dataran Seremban tarikan baru pengunjung

SEREMBAN 1 Mei - Dataran Seremban yang akan dibuka kepada orang ramai tidak lama lagi akan menjadi tarikan baru pengunjung bandar ini sebagai lokasi bersantai yang istimewa.
Rata-rata penduduk berpendapat, Dataran Seremban akan menjadikan salah satu pusat riadah dan destinasi berhujung minggu yang popular kelak.
Seorang kakitangan awam, Mohammad Munji Abd. Wahab berkata, 38, Dataran Seremban dijangka akan menggamit pengunjung kerana lokasinya strategik dan membolehkan orang ramai menikmati suasana bandar terutamanya di waktu malam.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0502&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_03.htm

Satu lagi landskap baru dalam usaha untuk menjadikan Bandar Seremban lebih menarik & menuju status bandaraya tidak lama lagi dibawah kepimpinan YBhg Dato Halim selaku Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Seremban.Ia bukan sahaja memberi peluang kepada warga Seremban bersantai tetapi juga boleh dijadikan sebagai satu lagi tarikan pelancong ke Seremban.Diharap Kerajaan Negeri Sembilan akan mengambil inisiatif bagi menganjurkan pelbagai aktiviti dan program yang berupaya menarik pelancong dan juga bermanafaat buat seluruh warga bandar Seremban terutamanya.Ia juga boleh dijadikan pusat perkumpulan belia-belia untuk sebarang program seperti diskusi-diskusi secara terbuka, persembahan, kebudayaan, aktiviti pelancongan dan sebagainya.Pengisian ataupun perangkaan program yang membina adalah penting untuk mengelakkan dari ia disalah gunakan.Penglibatan badan-badan korporat juga digalakkan dalam membangunkan Dataran Seremban sebagai salah satu produk pelancongan di Seremban.Forum-forum juga boleh diadakan disini dan juga boleh dijadikan sebagai tempat persembahan dan aktiviti-aktiviti belia yang menjurus kepada kemajuan dan keharmonian bersama.Penglibatan secara langsung dari wakil wakil belia dalam mengenengahkan isu isu terkini dan pandangan para belia juga boleh dilakukan di sini di samping memanfaatkan kegunaan Dataran Seremban seoptimum yang mungkin.
Kami percaya yang kemajuan yang dibawa memerlukan pemantauan dan pengisian yang berkualiti untuk mengelakkan sebarang hasil yang tidak diingini.Persembahan nasyid dan kebudayaan memang bersesuaian dalam mendidik para belia dan sebagainya kerana muzik merupakan salah satu medium yang berkesan dalam pendidikan dan menyampaikan nasihat serta mudah mendekati setiap golongan masyarakat.

Alternatif didik generasi muda
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/AdDin/20070615120553/Article/indexv_html
PERKEMBANGAN muzik masa kini banyak mempengaruhi masyarakat terutama remaja.Justeru, pemilihan muzik alternatif seperti irama nasyid dan marhaban yang memuji kebesaran Ilahi dan kemuliaan nabi dilihat dapat mendidik masyarakat ke arah kebaikan.
Baru-baru ini, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) menganjurkan Pertandingan Nasyid/Marhaban dan Berzanji peringkat negeri di Pusat Dakwah Islamiah Paroi, Seremban.


Tidak dapat dinafikan yang pengaruh muzik dalam kehidupan remaja dan para belia adalah sangat besar dan jika ia boleh dimanipulasikan kemungkinan besar ia boleh dijadikan sebagai medium perhubungan atau pun jalinan antara generasi dapat dieratkan dan secara tidak langsung dapat memahami kehendak dan keperluan belia masa kini.Diharap usaha-usaha seperti ini dapat diteruskan dan diperkayakan lagi dengan kepelbagaian aktiviti dan program.Usahasama dengan Institusi Pengajian mungkin boleh diadakan dalam menarik minat lebih ramai para belia dan ia tidak hanya tertumpu pada aktiviti nyanyian dan persembahan.Dari segi pendidikan untuk menyediakan jurutera-jurutera bunyi, lampu-lampu, multimedia, grafik dan sebagainya boleh dijadikan sebahagian dari aktiviti seperti ini untuk memberi lebih pendedahan dan ilmu terutamanya kepada golongan remaja dan belia.Secara tidak langsung skop bidang ini dapat diperbesarkan lagi tidak hanya menjurus kepada nyanyian sahaja kerana mungkin tidak semua yang berminat untuk menjadi penyanyi mungkin ada yang berminat dari segi teknologi bunyi, rekaan, grafik, multimedia dan macam-macam lagi yang boleh dilakukan seiring dengan konsep hiburan dan pendidikan.


Comments: Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?