Friday, May 09, 2008
Engku Nuzul tidak kesal ceburi ternak ikan keli
Graduan tidak kesal ceburi ternak ikan keli
YUNUS Rahmat melihat Engku Nuzul Liza Engku A. Rahman memberi makan ikan keli ketika membuat lawatan kerja di Nuzul Clarich Enterprise di Kampung Sawah Sunggala, Port Dickson, Negeri Sembilan, semalam.
PORT DICKSON 8 Mei - Jika kebanyakan graduan institut pengajian tinggi lebih gemar memilih kerjaya mengikut kelulusan atau setidak-tidaknya bekerja di pejabat yang berhawa dingin, namun Engku Nuzul Liza Engku A. Rahman, 25, mempunyai pendirian berbeza.
Graduan Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) Politeknik Port Dickson itu memilih untuk memulakan ternakan ikan air tawar di Kampung Sungai Sunggala di sini sejak setahun yang lepas.
Menurut Engku Nuzul, beliau tidak menyesal walaupun bidang yang diceburinya itu jauh berbeza daripada pendidikan akademik yang diperoleh.
"Bergelar usahawan adalah satu cabaran untuk saya, selain itu saya tidak suka bekerja secara rutin iaitu mengikut jadual di pejabat."Lagipun saya cuma ingin menyahut hasrat kerajaan yang kini ingin melihat lebih banyak golongan belia terutama graduan menjalankan projek pertanian dan berdikari," katanya ketika dikunjungi oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Yunus Rahmat di sini kelmarin.Tambah Engku Nuzul, pada masa ini syarikatnya, Nuzul Clarich Enterprise menternak 30,000 ekor ikan dalam 15 buah kolam melibatkan modal sebanyak RM190,000."Sehingga kini kolam-kolam tersebut mampu mengeluarkan hasil lima tan metrik sebulan dan berharap dapat meningkatkan hasil tersebut dalam masa yang terdekat," katanya.Ujar beliau, selain membekalkan ikan keli segar, syarikatnya juga mengeluarkan ikan keli salai sebagai langkah untuk mempelbagaikan produknya.
"Saya berharap untuk mempergunakan segala pengetahuan yang ditimba daripada jabatan perikanan sebelum ini secepat mungkin demi merealisasikan impian bergelar usahawan tani berjaya di peringkat tempatan dan antarabangsa," tambahnya.
Perancangan masa depan, kata beliau, adalah mengusahakan pembiakan anak benih, menghasilkan produk sampingan seperti bebola ikan, keropok lekor dan cip ikan.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0509&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_01.htm
Usaha murni seorang graduan dalam menceburi bidang penternakan ikan keli harus dipandang tinggi dan dijadikan contoh oleh para belia lain terutamanya kerana jika diusahakan secara komersial ia juga menjamin pulangan lumayan kepada pengusahanya.Tahniah diucapkan kepada Engku Nurul diatas kegigihan dan keberanian yang ditunjukkan dalam bidang ini.Juga beliau mungkin boleh menggunakan kelebihan akademik dalam bidang kejuruteraan dan latihan dari jabatan perikanan untuk membawa bidang penternakan ikan keli ini ke suatu peringkat yang lebih tinggi yang mana ia mungkin akan menjadi makanan Mejar Dr Faiz di Iss suatu hari nanti.Kami amat menyanjung tinggi atas usaha murni dan kegigihan gadis manis dari Port Dickson ini.
--------------------------
Hak milik: Penantian 26 tahun penduduk berakhir
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0509&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_02.htm
KUALA PILAH 8 Mei - Seramai 45 penduduk Rumah Rakyat Taman Pemarak, Tanjong Ipoh, di sini, menerima geran hak milik rumah masing-masing, kelmarin.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, penduduk berkenaan menunggu selama 26 tahun untuk mendapat surat hak milik tersebut.
Kata beliau, kerajaan negeri akan memastikan penduduk perumahan rakyat tidak perlu menunggu lama untuk menerima geran hak milik setelah bayaran ansuran rumah dijelaskan sepenuhnya.
''Kawasan perumahan yang asalnya ladang getah ini mempunyai sebanyak 852 unit kediaman dan penduduk Taman Pemarak Fasa 2 merupakan kumpulan pertama yang menerima geran hak milik," ujarnya ketika berucap dalam majlis itu.
Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu negeri, Mohamad Razi Kail dan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Modal Insan, Belia dan Sukan, Abdul Samad Ibrahim.
Pada majlis yang sama, Mohamad turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM5,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Taman Pemarak.
Lagi usaha yang dijalankan dalam menangani masalah masyarakat setempat yang berjaya diselesaikan setelah sekian lama tertangguh dan kami amat percaya jika rakyat dan agensi pentadbiran kerajaan N Sembilan bekerjasama dalam menyelesaikan sesuatu isu sudah pasti lebih banyak permasalahan akan dapat diselesaikan dari menuding jari dan hanya mencari kesalahan orang lain.Juga diharapkan agensi agensi berkaitan, JKKK dan masyarakat dapat bekerjasama dalam apa jua bidang yang boleh membawa manfaat kepada semua ini kerana pandangan dan buah fikiran dari semua adalah lebih baik.Di samping itu ia juga mempercepatkan segala proses dan mengelakkan karenah birokrasi yang hanya membawa kerugian kepada masyarakat