Friday, August 31, 2007

SELAMAT HARI MERDEKA 50 TAHUN



Monday, August 27, 2007

LANGKAH UMNO PERANGI BLOG LANGKAH BIJAK BIJAK BIJAK

PETALING JAYA: Langkah Umno menubuhkan pasukan khas untuk menjawab isu-isu politik yang ditimbulkan oleh penulis blog merupakan tindakan bijak, kata seorang profesor kajian media dan komunikasi di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Profesor Dr Mohd Safar Hashim berkata Umno perlu menjelaskan isu-isu serius seperti penyalahgunaan kuasa dan rasuah kerana ia boleh menjejaskan imej mereka sebagai parti pemerintah apabila blog semakin mendapat perhatian ramai.
"Langkah menubuhkan pasukan untuk menjawab isu ini adalah lebih baik daripada menutup terus sumber-sumber maklumat (blog)," katanya ketika dihubungi mStar Online hari ini.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Azalina Othman Said, dilantik mengetuai kumpulan itu untuk berdepan dengan tulisan-tulisan blog yang dianggap "fitnah siber".
Beliau dilaporkan berkata jawatankuasa berkenaan telahpun melantik beberapa penulis bagi melaksanakan tugas berkenaan.
"Kita tahu ramai kalangan pegawai, kakitangan awam termasuk pelajar melayari internet dan membaca pelbagai cerita membabitkan pemimpin, terutama Umno.
"Jika kita tidak berbuat demikian, mereka membaca segala maklumat dalam internet akan mempercayai tohmahan itu," katanya seperti dilaporkan.
Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin pula menyifatkan usaha kumpulan Azalina itu sebagai satu bentuk "perang siber".
Katanya, Pemuda perlu berada di barisan depan "untuk menentang idea bukan hanya menerusi perang mulut, malah perang saraf dan perang idea yang disebarkan menerusi alam siber."
Prof Dr Safar menjelaskan, pasukan berkenaan perlu memberi reaksi kepada artikel dan komentar di blog untuk memastikan ketepatan laporan yang disiarkan melalui media berkaitan.
Ditanya kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyanjung penulis blog, Dr Safar berkata saranan bekas Perdana Menteri itu menunjukkan langkah Umno lebih wajar.
"Ini menunjukkan keadaan seolah-olah blog adalah medium yang berkredibiliti, tetapi sebenarnya blog mendapat kredibiliti berkenaan setelah laporan-laporan mereka disiarkan oleh akhbar dan media konvensional lain," katanya.
Jelasnya lagi blog juga mendapat perhatian masyarakat kerana dilihat berupaya menyiarkan laporan-laporan berkaitan isu-isu sensitif seperti rasuah sehingga kerajaan terpaksa bertindak.
Antara laporan paling serius setakat ini adalah laporan berkenaan skandal rasuah seorang timbalan menteri yang disiarkan sebuah laman blog pada awal Mac tahun ini.
Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Mohd Johari Baharom didakwa telah menerima rasuah sebanyak RM5.5 juta di dalam blog berkenaan bagi melepaskan beberapa orang penjenayah yang ditahan di bawah Ordinan Darurat. Bagaimanapun Peguam Negara menutup fail siasatan selepas siasatan mendapati tiada kes terhadapnya.
Dr Safar menambah: "Tetapi siasatan hanya dijalankan selepas akhbar mengutip laporan-laporan daripada blog. Maksudnya, jika akhbar tidak melaporkannya, masyarakat umum tidak akan tahu, contohnya seperti isu (klip video) 'Negarakuku' baru-baru ini."
"Sebab itulah isu-isu ini berlarutan sehingga menimbulkan kegusaran yang keterlaluan di kalangan masyarakat dan Umno patut menjelaskan perkara ini melalui pasukan khas," jelasnya.
Katanya, hal ini menunjukkan blog masih tidak berupaya untuk membentuk pandangan umum secara tersendiri kerana masih perlu bergantung kepada media konvensional untuk dicapai lebih luas oleh masyarakat.
"Akhirnya laporan daripada blog tidak dapat dibuktikan kerana apabila disiasat, ternyata tuduhan-tuduhan itu tidak benar," katanya.
Katanya lagi, perkembangan itu boleh menjadi ukuran terhadap kepentingan media konvensional dan juga media Internet.
Jelasnya, pada masa ini, blog masih lagi dianggap sebagai media sekunder kerana ia masih belum mencapai tahap kematangan dan kredibiliti seperti media cetak.
"Blog harus mengambil masa yang lama untuk membina kredibiliti mereka kerana akhbar sudah wujud lama sebelum blog," katanya lagi.
Jelasnya lagi, trend persuratkhbaran di seluruh dunia kini menunjukkan syarikat-syarikat akhbar mula beralih kepada media dalam talian selepas mengalami kemerosotan jualan.
Tambahnya, keadaan ini akan menggalakkan kemunculan lebih banyak blog dan tambah menyukarkan masyarakat memilih blog yang benar-benar berwibawa.
"Tetapi akhbar dan media konvensional lain akan kekal sebagai sumber utama maklumat masyarakat. Tidak semua orang baca blog. Ada yang mengikuti blog setiap hari, tetapi tidak semua. Kebanyakan mereka masih bergantung kepada maklumat yang disalurkan media konvensional," katanya.

Tok Mat this week

28 Ogos 2007(SELASA)
10.30 pg
Majlis Sambutan Ulangtahun ke-15 Syarikat Samsung Corning (M) Sdn. Bhd. Di SAMSUNG CORNING, TAMAN TUANKU JAAFAR, SEREMBAN
12.30 tgh
Perasmian Program Jejak Merdeka Peringkat Negeri Sembilan 2007 di PERKARANGAN ISTANA RAJA MELEWAR, ASTANA RAJA, REMBAU
30 Ogos 2007
(KHAMIS)
10.45 pg
Majlis Istiadat Penyerahan Watikah Pelantikan kepada DYMM Pemangku Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan di BALAI KECIL,ISTANA SERI MENANTI
8.45 mlm
Majlis Malam Ambang Merdeka Peringkat Negeri Sembilan di PADANG MAJLIS PERBANDARAN SEREMBAN
31 Ogos 2007
(JUMAAT)
8.10 pg
Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan ke-50 Peringkat Negeri Sembilan di HADAPAN BANGUNAN MAJLIS PERBANDARAN SEREMBAN
8.00 mlm
Majlis Perayaan Raksasa Merdeka ke-50 sempena Sambutan Kemerdekaan ke-59 Tahun 2007 di STADIUM MERDEKA, KUALA LUMPUR
02 Sept 2007
(AHAD)
11.00 pg
Majlis Sambutan Kemerdekaan sempena Pertandingan Bulan Kemerdekaan Ke-50 di BALAIRAYA KG. GEDANG, TERACHI, TANJUNG IPOH
4.00 ptg
Perasmian Penutup Karinival Sukan Bulan Kemerdekaan sempena Hari Kemerdekaan Negara ke-50 Pkt. Felda Sendayan di DEWAN ORANG RAMAI SENDAYAN

Thursday, August 23, 2007

Translating CSR into business strategies

KUALA LUMPUR: Corporate social responsibility (CSR) initiatives are not only about philanthropy but translating these ideas into practical business strategies.
Securities Commission chairman Datuk Zarinah Anwar said Malaysian firms were at different levels of development and achievement in implementing CSR-driven efforts.
“It is not about donating money, but more importantly it is about integrating social and ethically practices into business strategies,” she told reporters after delivering the keynote address at the UNDP/ICR Malaysia Corporate Social Responsibility Conference Thursday.
She said Khazanah Nasional’s Silver Boo programme was an example that firms could adopt in their own business practices.
To a question, she said Malaysia’s Islamic funds have a lot in common with socially-responsible funds, which was an important aspect in promoting CSR among the investors.
Earlier in her speech, she said over the last few years, there was a growing trend for investment preferences to be increasingly geared towards ethically or socially-responsible investments.
“In Australia, managed socially responsible investment portfolios grew by 56% during the 2006 financial year.
“In Europe, there are 388 green, social and ethical funds as at June 30, 2006 compared to 280 funds in 2001,” she said.
According to Zarinah, the availability of social and environmental reporting indices such as the Dow Jones Sustainability Index or ACCA’s Malaysian Environmental and Social Reporting Awards (MESRA) have allowed investors to focus their investment strategies on the benefits of socially and environmentally responsible investing.

Wednesday, August 22, 2007

Election Just Around the Corner

PUTRAJAYA: Petunjuk bahawa pilihan raya umum ke 12 semakin hampir kini semakin jelas. Ahad ini, lebih 4,000 anggota Pemuda Barisan Nasional dijangka berkumpulan di Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya di sini untuk mendengar amanat Pengerusi Barisan dan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Selain kumpulan ini, pemimpin-pemimpin tertinggi parti komponen Barisan juga dijangka hadir pada perhimpunan yang diberi tema 'Himpunan Pemuda Merdeka" itu yang akan bermula pada jam 8 malam..
Pada perjumpaan itu juga, Abdullah dijangka akan melancarkan gerak kerja jentera pilihan raya umum pergerakan itu yang membawa slogan 'Sedia Gempur'.
Setiausaha kerja Pemuda Umno Shahrul Zaman Yahya berkata, semua ahli Pemuda Barisan yang akan hadir ke perhimpunan berkenaan akan memakai gelang berwarna oren sebagai simbol bermulanya gerak gempur pilihan raya.
Pemakaian gelang itu juga, katanya, adalah simbol komitmen pergerakan itu untuk bekerja keras memastikan kemenangan besar Barisan pada pilihan raya umum akan datang.
Katanya, program itu juga bertujuan menyemarakkan semangat kemerdekaan di kalangan ahli Pemuda Barisan di setiap peringkat selain mengumpulkan mereka dari seluruh negara untuk mendengar amanat Abdullah.
"Selain amanat Perdana Menteri, majlis itu juga akan digunakan oleh Pemuda Barisan untuk melafazkan ikrar sokongan kepada kerajaan. Pengerusi Barisan Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan melafazkan ikrar itu mewakili semua ahli," katanya.
Kehadiran pemimpin tertinggi parti-parti komponen diharapkan oleh penganjur akan merapatkan lagi kerjasama antara pelbagai kaum untuk mempertahan dan mengisi matlamat kemerdekaan.

Sunday, August 19, 2007

Serah pada pihak berkuasa

Pemuda Umno, MCA sependapat isu Meng Chee diselesai ikut undang-undangMELAKA: Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Ketua Pemuda MCA, Datuk Liow Tiong Lai sependapat bahawa isu kes Wee Meng Chee yang menghina lagu Negaraku dan mencipta satu lagi lagu bertajuk Kawanku/My Friends yang dikatakan menyentuh sensitiviti umat Islam dan orang Melayu, harus diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan sewajarnya.Mereka menganggap isu berkenaan perlu diselesaikan secara baik serta tidak digembar-gemburkan kerana ia adalah satu isu sensitif dan menyentuh sensitiviti kaum.
"Saya baru baca laporan dalam akhbar Berita Harian mengenainya...tapi saya tak tahu sama ada lagu ini lagu baru atau lama (merujuk kepada lagu My Friends). Jadi saya tak tahu bila ia dicipta, sama ada selepas dia (Meng Chee) minta maaf atau sebelum. "Tapi, saya difahamkan lagu itu dicipta sebelum lagu Negaraku. Niatnya saya tak tahu. Tapi yang penting sebagai Pemuda BN, kita percaya bahawa proses undang-undang perlu dijalankan terhadap Meng Chee," kata Khairy ketika ditemui selepas menghadiri perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda MCA ke-44, di sini, semalam. Khairy berkata, lebih baik isu berkenaan diserahkan kepada kerajaan dan pihak berkuasa berkaitan untuk mengkaji sama ada ada lirik lagu Negaraku dan My Friends melanggar undang-undang serta bentuk tindakan yang boleh diambil terhadapnya. "Bagi peniaga yang menjual cakera padat (CD) lagu ini, saya tidak pasti dari segi undang-undang, tapi kalau terbukti mereka mengedar benda yang menyalahi undang-undang, sewajarnya tindakan undang-undang diambil," katanya.Sementara itu, Liow berkata, lagu My Friends dikatakan sudah lama dicipta oleh Meng Wee, iaitu sebelum menghasilkan lagu Negarakuku dalam irama RAP yang diputuskan Kabinet, Rabu lalu agar tindakan undang-undang diambil."Jadi, kita rasa pada masa sekarang, semua pihak janganlah memberi tekanan lagi kepada Meng Chee kerana Peguam Negara juga sedang mengkaji kes ini."Tiada siapapun boleh mengatasi undang-undang, tapi yang penting semua pihak jangan lagi memberi tekanan kepada Meng Chee. Kita selesaikan isu ini secara baik."Kita tak mahu ia dijadikan isu agama, isu bangsa dan isu kaum kerana Malaysia sebuah negara pelbagai kaum. Ia boleh jadi satu isu perkauman lebih besar jika disensasikan dan tidak diuruskan dengan baik," katanya.Liow juga menganggap Meng Chee sebagai belia berusia 24 tahun yang tidak tahu latar belakang dan sensitiviti kaum di negara ini serta apa yang disuarakannya menerusi lirik lagu hanya mewakili dirinya saja.

Friday, August 17, 2007

Pemuda Umno Pendekar Maya

Pemuda Umno akan guna Internet, tangkis serangan pembangkang17-08-2007 08:01:20 PM
KUALA LUMPUR: Pemuda Umno mungkin akan menggunakan internet untuk menangkis serangan pembangkang yang mahu menggunakan medium komunikasi itu bagi menarik pengundi pada pilihan raya umum akan datang.Naib Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata Pemuda Umno melihat usaha parti DAP untuk berkempen melalui dunia siber sebagai perkara serius kerana terdapat ramai pengguna internet terdiri dari golongan muda."Kita akui bahawa ini gelanggang yang kita belum masuk secara total. Ini satu perkara yang perlu kita atasi dalam masa terdekat kerana kita tahu medium internet akan jadi medium komunikasi pada masa akan datang."Kalau tiada kehadiran (Pemuda Umno) maka kita akan kehilangan sokongan dari orang muda yang hanya melihat dunia hakiki melalui dunia siber," katanya kepada pemberita apabila diminta mengulas mengenai hasrat DAP untuk menggunakan internet dalam kempen pilihan raya mereka akan datang.Beliau sebelum itu melancarkan pameran kerjaya selama tiga hari "My Career & Education Fair 2007" anjuran syarikat My Events Sdn Bhd dan Contact Recruitment (M) Sdn Bhd dengan sokongan Biro Pendidikan Pemuda Umno dan kementerian berkenaan, di sini hari ini.Sambil menyifatkan kempen menggunakan internet sebagai antara cabaran utama kepada jentera pilihan raya Barisan Nasional, Khairy berkata Pemuda Umno akan memantau mesej yang disampaikan oleh pembangkang melalui medium itu.Ini kerana maklumat dalam internet lebih cenderung kepada isu sensasi dan belum tentu kesahihannya berbanding media cetak dan elektronik arus perdana, katanya.Ditanya mengenai tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu menyaman beliau kerana menyifatkan bekas timbalan perdana menteri itu sebagai pengkhianat negara dan agen Amerika Syarikat, Khairy berkata: "Saya tidak akan meminta maaf dengan apa yang telah saya katakan."Mengenai pameran kerjaya itu, beliau berkata ia merupakan langkah praktikal untuk mengatasi masalah pengangguran.Beliau berkata pameran yang disertai 65 syarikat itu menawarkan lebih dari 8,000 peluang pekerjaan kepada lepasan graduan dan ia akan diperluaskan ke seluruh negara.Khairy berkata pameran itu membuktikan bahawa peluang pekerjaan masih banyak di negara ini cuma graduan jangan terlalu memilih pekerjaan di samping perlu melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran termasuk penguasaan bahasa Inggeris dan Mandarin. BERNAMA

Negeri Sembilan juga Maju

SEREMBAN: Rakyat di negeri ini tidak harus berkecil hati berikutan banyak projek mega dilaksanakan Kerajaan Persekutuan di bahagian selatan, utara dan timur tanah air kerana proses pembangunan tetap berlaku di Negeri Sembilan.Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata negeri ini tetap mengalami proses pembangunan pesat apabila kerajaan menjadikan sebahagian daripada Seremban dan Port Dickson dalam lingkungan koridor pembangunan Lembah Klang.“Justeru, banyak projek pembangunan dan kemudahan akan dibangunkan bagi dimanfaatkan rakyat negeri ini sekali gus membawa negeri ini maju setanding dengan negeri lain,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Bendera Jalur Gemilang kepada pemimpin pertubuhan dan ketua jabatan kerajaan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Akhir Zaman Rantau dekat sini, petang semalam.
Mohamad berkata, antara pembangunan yang dirancang ialah pembinaan kampus tetap Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Kuala Pilah, yang tertangguh lebih lapan tahun lalu yang dijangka dimulakan dalam tempoh terdekat selepas majlis pecah tanah dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, 23 Ogos ini.Beliau berkata, projek pembinaan kampus tetap UiTM cawangan Kuala Pilah di kawasan seluas kira-kira 32 hektar dijangka siap pada 2009 dengan perbelanjaan RM150 juta.“Projek itu akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut konsep pembinaan kampus Universiti Sains Islam (USIM) di Nilai dan dengan upacara pecah tanah itu nanti, bermakna penantian untuk melihat kampus itu berdiri megah berakhir,” katanya.Mohamad berkata, projek pembinaan kampus tetap UiTM itu adalah antara kemudahan dalam bidang pendidikan yang dibina di negeri ini selain beberapa projek lain dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).“Selain daripada itu, kerajaan negeri dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelajaran akan membina sebuah kolej universiti perubatan di Enstek serta kampus Institut Aminuddin Baki di Nilai,” katanya.Sementara itu, beliau mahu semua rakyat negeri ini meraikan perayaan ke-50 kemerdekaan negara dengan menyertai kempen mengibarkan Jalur Gemilang di kediaman dan kawasan penempatan masing-masing.“Saya tidak mahu bendera yang diberikan ini disimpan saja dan tidak dipasang kerana tindakan seperti itu tidak mencerminkan rasa cintakan negara. Saya berharap semua pihak terutama di premis perniagaan memasang Jalur Gemilang sepanjang kempen ini,” katanya.

Thursday, August 16, 2007

Solat berjamaah imbangi cas dalam badan

SEORANG Profesor Fizik di Amerika Syarikat membuat kajian mengenai keistimewaan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Kajian itu mendapati, tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik, iaitu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita, sama ada bekerja, beribadat atau berehat, sudah tentu banyak tenaga diguna pakaikan.Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.
Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu selepas menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda Profesor itu, mengapa Islam mensyariatkan solat berjemaah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama
Hasil kajian mendapati, sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas diperlukan oleh tubuh kita. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.Katanya, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan berasa segar dan sihat selepas berehat beberapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas positif dan negatif yang hampir seimbang.Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas supaya keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan dua rakaat.Seterusnya, selepas sehari kita bekerja kuat dan memerah otak, semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas.Solat berjemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas berkenaan. Sebab itu, solat Zuhur didirikan empat rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dalam tubuh.Situasi yang sama turut berlaku pada sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak.Seperti Zuhur, empat rakaat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja, kita tidak lagi melakukan aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka Maghrib hanya dikerjakan sebanyak tiga rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding dua waktu sebelumnya.Timbul persoalan di fikiran Profesor itu mengenai Isyak yang mengandungi empat rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.Kajian lanjut, didapati ada keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan empat rakaat dalam Isyak. Kita sedia menunaikan tahajjud pada sepertiga malam. Ringkasnya, Isyak sebanyak empat rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamulllail).Dalam kajiannya, Profesor itu mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri.Beliau berasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk Islam.

Monday, August 13, 2007

Where is Tok Mat

13 Ogos 2007(ISNIN)
3.30 ptg

Majlis Perasmian Penutup Karnival Program COMBI Peringkat Negeri Sembilan di KOMPLEKS RAKAN MUDA, BANDAR SERI JEMPOL, JEMPOL
14 Ogos 2007(SELASA)
7.15 mlm
Majlis Bacaan Yassin, Tahlil & Doa Selamat sempena Sambutan Hari Pahlawan di MASJID NEGERI, SEREMBAN
17 Ogos 2007(JUMAAT)
9.50 pagi
Majlis Perasmian Bangunan Baru SMK Gemas di SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GEMAS
3.00 ptg
Majlis Perasmian Asrama Desa SMRA Gemas, Penyampaian Hadiah Kecemerlangan dan Mesyuarat Agung PIBG di SEKOLAH MENENGAH RENDAH AGAMA GEMAS
18 Ogos 2007
(SABTU)
10.00 pagi
Perasmian Klinik Pakar Hospital Tuanku Jaafar, Seremban di KLINIK PAKAR, HOSPITAL TUANKU JA’AFAR, SEREMBAN
8.30 mlm
Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Sembilan di DATARAN SENAWANG, SEREMBAN
19 Ogos 2007
(AHAD)
8.30 mlm
Perasmian Malam Kebudayaan Amal Soka Gakkai di STADIUM TERTUTUP NILAI

Friday, August 10, 2007

Pak Lah turun N Sembilan

LAWATAN Y.A.B. PERDANA MENTERI KE NEGERI SEMBILAN PADA 23 OGOS 2007

Aturcara Lawatan

1. Perasmian Upacara Pecah Tanah dan Meletak Batu Asas Kampus Baru UiTM, Kuala Pilah
2. Lawatan Ke Kampung Tengkek, Batu Kikir, Kuala Pilah
3. Lawatan ke Bandar Sri Sendayan
4. Pertemuan Dengan UMNO dan Barisan Nasional Negeri Sembilan
5. Jamuan Makan Malam Negeri di Hotel Royal Adelphi


MB MB MB

Tarikh / Hari
Masa
Aktiviti
6 Ogos 07 (Isnin)
8.05 mlm
Majlis Santapan Bersama Rakyat sempena 40 Tahun Pemerintahan DYMM Tuanku Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan di DEWAN MAJLIS PERBANDARAN SEREMBAN
7 Ogos 07 (Selasa)
7.30 pg
Golf Jemputan Pro Am ”Salcon Negeri Masters 2007” di SEREMBAN INTERNATIONAL GOLF CLUB, SEREMBAN
8 Ogos 07 (Rabu)
8.30 mlm
Bola Sepak Liga Super – NS Naza lawan Sabah di STADIUM TUNKU ABDUL RAHMAN, PAROI
9 Ogos 07 (Khamis)
10.00 pg
Majlis Perasmian Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Sembilan 2007 di TAPAK BEKAS KEM PAROI, SEREMBAN
11 Ogos 07 (Sabtu)
3.30 ptg
Majlis Perasmian Israk Mikraj anjuran Yayasan Sofa Negeri Sembilan di MADRASAH AL HASANIAH, KAMPUNG BUKIT 9, CHENGKAU, REMBAU
11 Ogos 07 (Sabtu)
8.45 mlm
Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kapar, Selangor di HOTEL GOLD COURSE, JLN PASAR, KELANG
12 Ogos 07 (Ahad)
10.00 pg
Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Gombak di DEWAN UTAMA PERANSANG TEMPLER GOLF CLUB, RAWANG, SELANGOR
12 Ogos 07 (Ahad)
2.00 ptg
Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan Golf Jemputan Salcon Negeri Masters 2007 di SEREMBAN INTERNATIONAL GOLF CLUB.

Thursday, August 09, 2007

Election just around d corner

PM jumpa 312 ADUN BN -- Beri isyarat pilihan raya umum ke-12 makin hampir
Oleh Nazrullah Rosli dan Arshad Khan

KUANTAN 8 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu kerjasama dan muafakat yang lebih erat diwujudkan antara wakil-wakil rakyat dengan para pegawai tadbir kerajaan bagi melancarkan lagi pembangunan negara.
Beliau berkata, pemerintah dan pentadbir tidak boleh dipisahkan demi memastikan kejayaan agama, bangsa dan negara.
Menurut beliau, jika hanya satu pihak berusaha gigih manakala satu pihak lagi bersikap sebaliknya, usaha untuk memajukan negara demi kebaikan rakyat akan menjadi sukar.
“Ahli Dewan Undangan Negeri yang bergerak pada peringkat kampung atau kawasan-kawasan yang diwakili menjadi barisan hadapan dalam apa yang kita (kerajaan) usahakan, namun segigih mana pun kita tetap harapkan kerjasama dengan pegawai-pegawai daerah.
“Peranan semua peringkat pentadbiran adalah amat penting dan perlu dijayakan,” kata Perdana Menteri ketika berucap pada Majlis Makan Malam dan Perasmian Perhimpunan Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah di sini malam ini.
Hadir sama ialah isteri beliau, Datin Seri Jeanne Abdullah dan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.
Abdullah berkata, wakil rakyat dan pegawai-pegawai kerajaan perlu menyedari bahawa projek-projek yang dirancang untuk pembangunan rakyat amat penting untuk dijayakan.
“Dengan cara ini, hasrat untuk membantu rakyat akan tercapai dan rakyat akan terus menyokong kita (kerajaan),” jelasnya.
Sehubungan itu, beliau menyarankan agar pegawai-pegawai kerajaan terus berusaha meningkatkan kualiti sistem penyampaian dan perkhidmatan kepada masyarakat.
Beliau berkata, dalam usaha menuju ke arah Wawasan 2020, negara tidak ada pilihan lain melainkan memastikan wujud kerjasama yang erat antara semua pihak bagi mencapai objektif pembangunan.
Hari ini Abdullah mengadakan perjumpaan dengan 312 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) dari seluruh negara di sini.
Perjumpaan tertutup itu merupakan perhimpunan BNBBC yang kedua selepas program di Ipoh, Perak sebelum ini dan program politik itu memberi isyarat bahawa pilihan raya umum ke-12 semakin hampir.
Ketua Sekretariat perhimpunan itu, Datuk Shamsuddin Nawawi berkata, perhimpunan itu disertai 312 daripada 352 ADUN Barisan Nasional (BN) dari seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Katanya, perhimpunan itu berjalan lancar dan berlangsung dalam suasana mesra.
Sementara itu, beberapa wakil rakyat yang ditemui selepas perhimpunan itu berkata, Perdana Menteri memberi amanat yang amat berguna kepada mereka khususnya dalam menghadapi pilihan raya umum.
ADUN Galas, Kelantan, Mohamad Saufi Deraman berkata, peringatan terpenting Perdana Menteri ialah agar mereka terus berkhidmat kepada rakyat tanpa memikirkan mengenai pilihan raya yang kini menjadi buah mulut banyak pihak.
Beliau berkata, Abdullah menasihatkan mereka memberikan fokus yang mendalam terhadap tugas hakiki iaitu membantu rakyat setiap masa tanpa mengalih perhatian kepada perkara lain.
‘‘Amanat yang diberikan amat jelas sekali iaitu tumpuan utama adalah rakyat dan bukan perkara-perkara lain,” katanya.
ADUN Gadek, Melaka, Datuk Abdul Ghafaar Atan berkata, Perdana Menteri turut menasihatkan agar mereka menitikberatkan aspek perpaduan dalam parti.
‘‘Kami dinasihatkan agar menjauhkan pergeseran yang tidak mendatangkan sebarang faedah dalam tugas membantu rakyat,” katanya.


Wednesday, August 08, 2007

Football In Negeri Sembilan

NSFA president says NS NAZA team is disillusioned
By SARBAN SINGH
SEREMBAN: The NS Naza football team is a "broken family".
NSFA president Datuk Seri Mohamad Hasan said the team was disillusioned and this could be clearly seen from their performance on the pitch.
"As we can all see, the team has fared miserably this season. The juniors and seniors do not seem to be talking and are not giving their best," he said.
Mohamad said this was unbecoming of a team which won the second division title two years ago and the Super League title last year.
The state also emerged runner-up in last year's FA competition.
"If you compare player to player, we surely have a better team this year. In fact, the salaries have gone up by 30 per cent.
"I cannot understanding why they have been playing miserably," he said.
By mid-season, Mohamad said he had summed up that the team would end up in the lower half of the league.
As of Sunday, the state team had won only six and lost 12 of their 24 Super League games, conceding 46 goals in the process.
Last week, they received their heaviest defeat when they were humiliated 7-0 by Kedah in Alor Star.
Mohamad, who plans to give up the NSFA presidency by the end of this year, said it was probably a blessing in disguise.

Tok Mat The genuine Leader

Negri Sembilan MB to give up posts in 2 sports bodies
By SARBAN SINGH
SEREMBAN: Negri Sembilan Mentri Besar Datuk Mohamad Hasan will relinquish his posts in two sports bodies in the state by the end of this year.
Mohamad is president of the state football and hockey associations.
He said although there was no directive from Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi to all mentris besar and chief ministers to give up their positions in sports organisations, he wished to devote more time to develop the state.
"I could relinquish my positions today if I wished to but I do not want to leave these associations in a spot.
"I feel any handing over should be done in a proper manner to enable the bodies to plan their activities accordingly," he said.
Mohamad said he had notified the councils of both associations of his desire to step down. However, both bodies have appealed to the Mentri Besar to stay on.
"We will have to amend the constitutions of both sports bodies which now state that their president has to be the Mentri Besar," he said.
Mohamad said he had no problems giving up the posts as he had in May given up his post as president of Pesaka (Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia).
He also invited people who felt they could contribute effectively to the running of the sport to offer themselves for the positions.

Saturday, August 04, 2007

Khairy tidak fikir soal Ketua Pemuda

KEMAMAN 3 Ogos – Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, beliau tidak mahu memikirkan soal bertanding jawatan tertinggi pergerakan itu, sebaliknya mahu memberi tumpuan kepada usaha menghadapi pilihan raya umum.
Menurutnya, pada masa ini beliau hanya mahu menumpukan tugasnya sebagai orang nombor dua dalam Pemuda UMNO dan meminta semua ahli Pemuda berdiri teguh di belakang kepimpinan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
“Kita belum menghadapi pilihan raya lagi. Sekarang kita hendak cakap soal pilihan raya umum. Saya sendiri mahu tumpu kepada kerja saya sebagai Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, itu lebih penting,” tegasnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Kemaman di sini hari ini.
Semalam, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali berkata, Pemuda UMNO Perak sedia mencalonkan Khairy sebagai Ketua Pemuda UMNO jika Hishammuddin memutuskan untuk tidak mengekalkan jawatan itu.
Mohd. Tajol dilaporkan berkata, Pemuda UMNO Perak akan menjadi negeri pertama mencalonkan Khairy kerana ia melihat beliau sebagai anak muda yang akan menjadi wira bangsa dan memartabatkan Melayu.
Terdahulu dalam ucapannya, Khairy meminta ahli UMNO supaya tidak terus berteka-teki tentang tarikh pilihan raya, sebaliknya harus terus memantapkan jentera parti bagi menghadapi pilihan raya yang akan diadakan pada bila-bila masa.
“UMNO adalah tunjang Barisan Nasional (BN). Kalau berlaku perpecahan di kalangan ahli UMNO, ia akan memberi kesan kepada perpaduan dan keutuhan negara.
“Suatu masa dahulu, kita pernah perintah Kelantan tetapi terlepas kerana masalah perpaduan antara pucuk pimpinan,” katanya.
Katanya, secara keseluruhan, perpaduan di kalangan parti komponen BN tidak menghadapi sebarang masalah kecuali satu dua kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin tertentu yang disifatkan boleh menggugat semangat perpaduan.

Wednesday, August 01, 2007

MB beri jaminan tidak naik tarif air 10 tahun lagi

Steady la Tok Mat

SEREMBAN: Tarif air di Negeri Sembilan tidak akan dinaikkan dalam tempoh 10 tahun walaupun Jabatan Bekalan Air Negeri Sembilan (JBANS) akan diperbadankan, Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan memberi jaminan hari ini.
Beliau berkata keadaan itu boleh berlaku kerana kerajaan negeri mendapat laba dengan bayaran sagu hati tahunan sebanyak RM10 juta yang akan dibayar oleh Syarikat Air Negeri Sembilan (SANS), syarikat hasil perbadanan itu.
"Proses memperbadankan JBANS ini akan dilaksanakan selepas pindaan enakmen bekalan air yang akan dibentangkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat exco negeri hari ini.
Katanya kerajaan negeri melalui Menteri Besar Incorporated (MBI) akan mengambil alih aset JBANS seperti empangan dan loji rawatan air serta tanggungan hutang kerajaan negeri sebanyak RM1.1 bilion.
"MBI akan menyewakan aset JBANS kepada syarikat Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) di bawah kerajaan pusat termasuk pelupusan hutang kerajaan negeri dengan kerajaan pusat.
"Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) melalui PAAB kemudian akan menyewakan semula aset berkenaan kepada SANS yang akan menguruskan perkhidmatan bekalan air serta sumber air mentah di negeri ini," katanya.
Sementara itu, Mohamad berkata selepas kelulusan pindaan enakmen itu, kerajaan negeri akan mewujudkan peraturan baru bagi mengawal sumber air mentah di negeri ini, sebagai contoh sekiranya ada pihak yang melencongkan air sungai ke kawasan mereka untuk tujuan pengairan atau sebaliknya, perlu terlebih dahulu membuat permohonan kepada kerajaan negeri.
Selain itu, beliau berkata JBANS diperbadankan dengan tujuan memastikan operasi pembekalan air dikawal selia dengan lebih teratur tanpa mengganggu fungsi kerajaan negeri yang masih bertanggungjawab terhadap sumber air.
Selain itu ia memastikan pengguna mendapat perkhidmatan lebih cekap dan berkesan berbanding sekarang, katanya. BERNAMA

Pemuda desak siasat Raja Petra

Kerajaan, polis diminta wujud unit pantau blogKUALA LUMPUR: Semua 13 Ketua Pemuda Umno negeri mendesak polis menjalankan siasatan terperinci terhadap pengendali laman blog Malaysia-Today, Raja Petra Kamarudin mengikut peruntukan undang-undang kerana menyiarkan komen sensitif, termasuk berkaitan Yang di-Pertuan Agong. Jurucakap mereka, Datuk Mohamad Norza Zakaria yang juga Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, berkata siasatan boleh dibuat mengikut peruntukan undang-undang seperti Kanun Keseksaan, Akta Hasutan 1948 serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi memastikan hukuman setimpal dijatuhkan atas setiap kesalahan dilakukan.Sambil menyifatkan Raja Petra sebagai pengkhianat negara, mereka mendesak supaya kerajaan dan polis menubuhkan unit siber polis untuk memantau kegiatan dunia siber di negara ini dan menjejaki dalang di sebalik laman blog, terutama yang mendapat tajaan dari luar negara.“Kita mahu kerajaan ambil tindakan segera terhadap Raja Petra dan pengkhianat lain mengikut peruntukan sedia ada, termasuk mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).“Perbuatan mereka ibarat baling batu sembunyi tangan dan bersikap bukan anak jantan dan pengecut kerana menyiarkan isu sensitif seperti peristiwa 13 Mei serta cuba mensabotaj dan mencerca kepemimpinan negara,” katanya pada sidang media di pejabat Pergerakan Pemuda Umno, di sini, semalam.Mohamad Norza berkata, Pemuda Umno mahukan undang-undang lebih menyeluruh digubal untuk memastikan pemilik dan pengendali laman web dipertanggungjawabkan sepenuhnya terhadap semua isi kandungan laman web masing-masing bagi mengelakkan komen sensitif berulang.Beliau berkata, pergerakan itu tidak akan berdiam diri sehingga pengendali laman blog tidak bertanggungjawab dikenakan tindakan.“Kami akan mengambil tindakan susulan untuk memantau kegiatan pengendali laman web yang tidak bertanggungjawab dan Pemuda Umno sudah bosan kerana tiada tindakan dan penguatkuasaan terhadap mereka,” katanya.Isnin lalu, Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi terhadap laman blog itu kerana didakwa menghasut rakyat supaya menentang pemimpin negara termasuk Yang di-Pertuan Agong, selain Islam.Mohamad Norza berkata, mereka turut meminta media arus perdana supaya tidak memberikan kredibiliti kepada maklumat disiarkan pengendali laman blog tanpa memastikan kesahihannya.Beliau berkata, Pemuda Umno membidas kenyataan yang menyatakan laman web tidak tertakluk mengikut undang-undang Malaysia, sedangkan maklumat dan berita yang disiarkan khusus mengenai negara ini dan untuk tatapan rakyat.Katanya, Pemuda Umno berani berdepan dengan Raja Petra sekiranya pengendali laman blog itu bersedia mengadakan pertemuan bagi menjelaskan semua kenyataan yang disiarkan dalam Malaysia-Today.

This page is powered by Blogger. Isn't yours?