Monday, August 27, 2007
LANGKAH UMNO PERANGI BLOG LANGKAH BIJAK BIJAK BIJAK
PETALING JAYA: Langkah Umno menubuhkan pasukan khas untuk menjawab isu-isu politik yang ditimbulkan oleh penulis blog merupakan tindakan bijak, kata seorang profesor kajian media dan komunikasi di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Profesor Dr Mohd Safar Hashim berkata Umno perlu menjelaskan isu-isu serius seperti penyalahgunaan kuasa dan rasuah kerana ia boleh menjejaskan imej mereka sebagai parti pemerintah apabila blog semakin mendapat perhatian ramai.
"Langkah menubuhkan pasukan untuk menjawab isu ini adalah lebih baik daripada menutup terus sumber-sumber maklumat (blog)," katanya ketika dihubungi mStar Online hari ini.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Azalina Othman Said, dilantik mengetuai kumpulan itu untuk berdepan dengan tulisan-tulisan blog yang dianggap "fitnah siber".
Beliau dilaporkan berkata jawatankuasa berkenaan telahpun melantik beberapa penulis bagi melaksanakan tugas berkenaan.
"Kita tahu ramai kalangan pegawai, kakitangan awam termasuk pelajar melayari internet dan membaca pelbagai cerita membabitkan pemimpin, terutama Umno.
"Jika kita tidak berbuat demikian, mereka membaca segala maklumat dalam internet akan mempercayai tohmahan itu," katanya seperti dilaporkan.
Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin pula menyifatkan usaha kumpulan Azalina itu sebagai satu bentuk "perang siber".
Katanya, Pemuda perlu berada di barisan depan "untuk menentang idea bukan hanya menerusi perang mulut, malah perang saraf dan perang idea yang disebarkan menerusi alam siber."
Prof Dr Safar menjelaskan, pasukan berkenaan perlu memberi reaksi kepada artikel dan komentar di blog untuk memastikan ketepatan laporan yang disiarkan melalui media berkaitan.
Ditanya kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyanjung penulis blog, Dr Safar berkata saranan bekas Perdana Menteri itu menunjukkan langkah Umno lebih wajar.
"Ini menunjukkan keadaan seolah-olah blog adalah medium yang berkredibiliti, tetapi sebenarnya blog mendapat kredibiliti berkenaan setelah laporan-laporan mereka disiarkan oleh akhbar dan media konvensional lain," katanya.
Jelasnya lagi blog juga mendapat perhatian masyarakat kerana dilihat berupaya menyiarkan laporan-laporan berkaitan isu-isu sensitif seperti rasuah sehingga kerajaan terpaksa bertindak.
Antara laporan paling serius setakat ini adalah laporan berkenaan skandal rasuah seorang timbalan menteri yang disiarkan sebuah laman blog pada awal Mac tahun ini.
Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Mohd Johari Baharom didakwa telah menerima rasuah sebanyak RM5.5 juta di dalam blog berkenaan bagi melepaskan beberapa orang penjenayah yang ditahan di bawah Ordinan Darurat. Bagaimanapun Peguam Negara menutup fail siasatan selepas siasatan mendapati tiada kes terhadapnya.
Dr Safar menambah: "Tetapi siasatan hanya dijalankan selepas akhbar mengutip laporan-laporan daripada blog. Maksudnya, jika akhbar tidak melaporkannya, masyarakat umum tidak akan tahu, contohnya seperti isu (klip video) 'Negarakuku' baru-baru ini."
"Sebab itulah isu-isu ini berlarutan sehingga menimbulkan kegusaran yang keterlaluan di kalangan masyarakat dan Umno patut menjelaskan perkara ini melalui pasukan khas," jelasnya.
Katanya, hal ini menunjukkan blog masih tidak berupaya untuk membentuk pandangan umum secara tersendiri kerana masih perlu bergantung kepada media konvensional untuk dicapai lebih luas oleh masyarakat.
"Akhirnya laporan daripada blog tidak dapat dibuktikan kerana apabila disiasat, ternyata tuduhan-tuduhan itu tidak benar," katanya.
Katanya lagi, perkembangan itu boleh menjadi ukuran terhadap kepentingan media konvensional dan juga media Internet.
Jelasnya, pada masa ini, blog masih lagi dianggap sebagai media sekunder kerana ia masih belum mencapai tahap kematangan dan kredibiliti seperti media cetak.
"Blog harus mengambil masa yang lama untuk membina kredibiliti mereka kerana akhbar sudah wujud lama sebelum blog," katanya lagi.
Jelasnya lagi, trend persuratkhbaran di seluruh dunia kini menunjukkan syarikat-syarikat akhbar mula beralih kepada media dalam talian selepas mengalami kemerosotan jualan.
Tambahnya, keadaan ini akan menggalakkan kemunculan lebih banyak blog dan tambah menyukarkan masyarakat memilih blog yang benar-benar berwibawa.
"Tetapi akhbar dan media konvensional lain akan kekal sebagai sumber utama maklumat masyarakat. Tidak semua orang baca blog. Ada yang mengikuti blog setiap hari, tetapi tidak semua. Kebanyakan mereka masih bergantung kepada maklumat yang disalurkan media konvensional," katanya.