Wednesday, August 22, 2007
Election Just Around the Corner
PUTRAJAYA: Petunjuk bahawa pilihan raya umum ke 12 semakin hampir kini semakin jelas. Ahad ini, lebih 4,000 anggota Pemuda Barisan Nasional dijangka berkumpulan di Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya di sini untuk mendengar amanat Pengerusi Barisan dan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Selain kumpulan ini, pemimpin-pemimpin tertinggi parti komponen Barisan juga dijangka hadir pada perhimpunan yang diberi tema 'Himpunan Pemuda Merdeka" itu yang akan bermula pada jam 8 malam..
Pada perjumpaan itu juga, Abdullah dijangka akan melancarkan gerak kerja jentera pilihan raya umum pergerakan itu yang membawa slogan 'Sedia Gempur'.
Setiausaha kerja Pemuda Umno Shahrul Zaman Yahya berkata, semua ahli Pemuda Barisan yang akan hadir ke perhimpunan berkenaan akan memakai gelang berwarna oren sebagai simbol bermulanya gerak gempur pilihan raya.
Pemakaian gelang itu juga, katanya, adalah simbol komitmen pergerakan itu untuk bekerja keras memastikan kemenangan besar Barisan pada pilihan raya umum akan datang.
Katanya, program itu juga bertujuan menyemarakkan semangat kemerdekaan di kalangan ahli Pemuda Barisan di setiap peringkat selain mengumpulkan mereka dari seluruh negara untuk mendengar amanat Abdullah.
"Selain amanat Perdana Menteri, majlis itu juga akan digunakan oleh Pemuda Barisan untuk melafazkan ikrar sokongan kepada kerajaan. Pengerusi Barisan Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan melafazkan ikrar itu mewakili semua ahli," katanya.
Kehadiran pemimpin tertinggi parti-parti komponen diharapkan oleh penganjur akan merapatkan lagi kerjasama antara pelbagai kaum untuk mempertahan dan mengisi matlamat kemerdekaan.