Friday, August 17, 2007
Pemuda Umno Pendekar Maya
Pemuda Umno akan guna Internet, tangkis serangan pembangkang17-08-2007 08:01:20 PM
KUALA LUMPUR: Pemuda Umno mungkin akan menggunakan internet untuk menangkis serangan pembangkang yang mahu menggunakan medium komunikasi itu bagi menarik pengundi pada pilihan raya umum akan datang.Naib Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata Pemuda Umno melihat usaha parti DAP untuk berkempen melalui dunia siber sebagai perkara serius kerana terdapat ramai pengguna internet terdiri dari golongan muda."Kita akui bahawa ini gelanggang yang kita belum masuk secara total. Ini satu perkara yang perlu kita atasi dalam masa terdekat kerana kita tahu medium internet akan jadi medium komunikasi pada masa akan datang."Kalau tiada kehadiran (Pemuda Umno) maka kita akan kehilangan sokongan dari orang muda yang hanya melihat dunia hakiki melalui dunia siber," katanya kepada pemberita apabila diminta mengulas mengenai hasrat DAP untuk menggunakan internet dalam kempen pilihan raya mereka akan datang.Beliau sebelum itu melancarkan pameran kerjaya selama tiga hari "My Career & Education Fair 2007" anjuran syarikat My Events Sdn Bhd dan Contact Recruitment (M) Sdn Bhd dengan sokongan Biro Pendidikan Pemuda Umno dan kementerian berkenaan, di sini hari ini.Sambil menyifatkan kempen menggunakan internet sebagai antara cabaran utama kepada jentera pilihan raya Barisan Nasional, Khairy berkata Pemuda Umno akan memantau mesej yang disampaikan oleh pembangkang melalui medium itu.Ini kerana maklumat dalam internet lebih cenderung kepada isu sensasi dan belum tentu kesahihannya berbanding media cetak dan elektronik arus perdana, katanya.Ditanya mengenai tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu menyaman beliau kerana menyifatkan bekas timbalan perdana menteri itu sebagai pengkhianat negara dan agen Amerika Syarikat, Khairy berkata: "Saya tidak akan meminta maaf dengan apa yang telah saya katakan."Mengenai pameran kerjaya itu, beliau berkata ia merupakan langkah praktikal untuk mengatasi masalah pengangguran.Beliau berkata pameran yang disertai 65 syarikat itu menawarkan lebih dari 8,000 peluang pekerjaan kepada lepasan graduan dan ia akan diperluaskan ke seluruh negara.Khairy berkata pameran itu membuktikan bahawa peluang pekerjaan masih banyak di negara ini cuma graduan jangan terlalu memilih pekerjaan di samping perlu melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran termasuk penguasaan bahasa Inggeris dan Mandarin. BERNAMA