Wednesday, April 30, 2008

UMNO TAMAN PAROI JAYA: 'Jangan tuduh sebarangan' Dato Seri Mohd Hassan

UMNO TAMAN PAROI JAYA: 'Jangan tuduh sebarangan' Dato Seri Mohd Hassan

UMNO TAMAN PAROI JAYA LANGGAR TETAP LANGGAR

berfikir biarlah cara tuah jadi ikutan
bertindak biarlah jebat jadi panduan
bersatulah dan bekerjalah ikut satu kefahaman
Nescaya UMNO tak akan mudah diperlekehkan

Tuesday, April 29, 2008

Semoga Dipanjangkan Umur & Dilindungi Allah S.W.T

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt
YAB Dato Seri Utama Hj Mohamad B. Hj Hassan Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus
SPNS,DSNS,PSD,DSSA,ANS
Kami warga Umno Taman Paroi Jaya dari Bahagian Seremban ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun yang ke 52 pada 2hb Mei kepada YAB Dato semoga dipanjangkan umur, dikurniakan kesihatan yang sempurna dibawah lindungan ALLAH S.W.T serta diberkati kepimpinan untuk terus mentadbir dan memajukan negeri ini walaupun apa juga halangan dan rintangan yang bakal mendatang . Kami menyokong penuh kepimpinan YAB Dato serta YAB Dato Presiden serta Timbalan Presiden UMNO didalam "mengemudi bahtera" UMNO tanpa berbelah bagi dgn sepenuh hati demi niat bagi membantu kepimpinan memartabatkan serta memperkasakan kembali parti yang di sayangi.
Juga tidak dilupakan buat ahli-ahli Umno Taman Paroi Jaya yang telah dan akan menyambut hari lahir masing-masing dalam tempoh terdekat.....semuga ALLAH S.W.T merahmati serta memberkati kehidupan dunia dan akhirat.

En Shahrul Ekhsan-30-04
En Halim-27-04
En Shahril Suzli Sham-9-04
En Rustam-1-05

'Jangan tuduh sebarangan' Dato Seri Mohd Hassan

SEREMBAN 28 April - Perbahasan sidang Dewan Undangan Negeri hari ini menjadi hangat seketika apabila Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan meminta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repah (DAP), S. Veerappan supaya mengemukakan bukti atas tuduhannya wujud ketidakadilan dan unsur berat sebelah dalam pembahagian kontrak kerajaan di negeri ini.
Mohamad (BN-Rantau) berkata, kerajaan negeri mengamalkan sistem tender terbuka dan kontraktor yang berkelayakan boleh menyertai tender yang ditawarkan mengikut kesesuaian kelas masing-masing.
Katanya, memang ada beberapa kontrak yang ditawarkan secara tertutup namun ia hanya melibatkan projek-projek yang memerlukan kepakaran tertentu.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0429&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_01.htm

Satu lagu contoh ketidakmatangan pihak pembangkang di dalam dewan undangan negeri yang mana mungkin terbawa bawa sikap tanpa usul periksa ke dalam dewan yang mulia ini.Sebagai seorang pemimpin mereka harus menimbang dan menyiasat secara terperinci sebelum melakukan sesuatu tindakan atau pun tuduhan yang tidak berasas.Bagaimanakan mereka hendak menyelesaikan masalah rakyat atau pun isu isu penting jika tindakan yang dibuat tanpa usul periksa.Rakyat sekarang lebih bijak untuk menilai dan kita akan mengetahui samada mereka yang dipilih itu boleh memimpin dan menyumbang untuk kemajuan dan kebaikkan bersama.Jika mahu membawa isu biarlah ia yang membawa kebaikkan bersama bukan hanya isu isu politik yang hanya memberi kepentingan peribadi.Tetapi bagaimanapun Adun Repah itu telah menarik semula tuduhannya bila beliau mungkin sedar dan mengakui kesilapan yang dilakukannya.
Hari ini juga Dato Ishak Ismail bekas ADUN Lenggeng merangkap Ketua Bahagian Seremban melaporkan kepada BPR berkenaan salah laku Yab Dato Seri Mohd Hasan yang didakwa melakukan penyelewengan didalam pentadbiran kerajaan N sembilan tetapi yang menjadi persoalannya mengapa hanya isu isu begini sahaja yang diketengahkan sedangkan isu ini telah lama pd tahun 2004 dulu...apa pun mungkin beliau ada pertimbangan serta perkiraan sendiri yang tidak diketahui akan nawaitu beliau cuma dirasakan ada keutamaan isu-isu yang lebih penting dan utama untuk di perjuangkan seperti pembangunan modal insan serta pengembangan perekonomian serta pelan pembangunan terperinci di bahagian Seremban, kerosakkan kepada alam sekitar, penempatan kaum asli yang kini boleh dilihat dari jalan besar, keruntuhan moral muda-mudi, sosio pembangunan serta penambahbaikkan mutu dan taraf pencapaian pendidikan orang Melayu berbanding kaum lain dan berbagai-bagai lagi isu yang penting.Kami amat berharap dan berdoa pemimpin-pemimpin yang benar-benar ikhlas dan berkaliber akan muncul dalam menerajui pimpinan Umno Bahagian Seremban yang dicintai ini kelak. Berjuanglah dengan penuh keikhlasan demi kepentingan semua terutamanya orang Melayu dan memacu anak bangsa kearah yang lebih berfaedah dan bukan sekadar beretorik dan berpolemik semata-mata dan membuang masa serta asyik menyalahkan orang lain sahaja tanpa melihat gajah didepan mata tapi nyamuk diseberang jelas kelihatan . Mungkin tidak sopan dan wajar jika kami meminta supaya Dato Ishak untuk melepaskan jawatan sebagai Ketua Bahagian tetapi kami percaya yang perubahan yang agak kritikal amat diperlukan di Bahagian Seremban ini supaya lebih banyak aktiviti aktiviti penjanaan perekonomian yang mampan dan terancang, dasar bantuan dan pengembangan pendidikan dapat dilaksanakan dengan lebih baik dan efisyen disamping membantu kepimpinan tempatan serta khususnya YAB Dato Seri Hj. Mohamad B. Hj. Hassan dan Presiden serta Timbalan Presiden Umno dalam proses memperkasakan semula UMNO setelah melalui detik sejarah yang agak mengecewakan baru-baru ini. bersamalah kita bangun dan bukan sekadar menuding jari sahaja kerana jika satu jari ditunjuk pada orang lain, sebenarnya sekurang-kurangnya 3 jari pula yang mengarah kapada kita. muhasabah dirilah sesama kita....semuga pemerintahan YAB Dato Menteri Besar akan mendapat keberkatan serta perlindunganNYA dalam ap yang direncanakan yang terbaik bagi negeri ini. ikutlah resmi lidi...kalau sebatangn ianya mudah di patah...tapi kalau segengam, belakang orang boleh di sesah. salam perjuangan dari saya.....

Monday, April 28, 2008

Kembali ke matlamat asal UMNO - Shahrir

JOHOR BAHRU 27 April - Perpecahan akibat perebutan jawatan dalam UMNO boleh dielakkan sekiranya semua pihak dalam parti itu kembali kepada matlamat asal memperjuangkan kepentingan masyarakat.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, perebutan jawatan hanya akan membawa tanggapan bahawa UMNO merupakan parti politik yang terlalu eksklusif sehingga merenggangkan hubungan dengan masyarakat.
"Kalau kita tidak terlalu eksklusif sebagai parti politik dan tidak melihat kepada jawatan dalam parti tetapi melihat kembali kedudukan asal dan tujuan asal kita sebagai parti politik yang membela kepentingan orang ramai, ini akan mengekalkan sokongan rakyat kepada UMNO," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pergerakan Belia Malaysia (YMM) daerah Johor Bahru di sini hari ini.

Berita Penuh
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0428&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm

Jika semua ahli Umno kembali bersatu dan merenung kembali matlamat perjuangan yang sebenar pasti tidak akan timbul isu isu perebutan jawatan dan mengetepikan kepentingan peribadi. Seharusnya tidak timbul isu isu yang remeh yang boleh merosakkan Umno ini kerana warga Umno seharusnya matang dalam membuat penilaian dan keputusan.Idea idea yang bernas boleh disalurkan dan dibincangkan bersama untuk mencapai kata sepakat seterusnya melaksanakan seperti yang telah dipersetujui.Kami di Umno Paroi Jaya ingin mencadangkan supaya Warga Umno atau pun pertubuhan Belia mengembeling tenaga bersama pihak berkuasa tempatan melakukan kerja kerja pemantauan mengawal harga harga barangan, aktiviti pelancongan dan sebagainya yang mana boleh dilakukan sebagai kerja-kerja kebajikan atau pun kerja amal.Usahasama dengan pihak berkuasa atau pun pihak polis juga amat digalakkan kerana mungkin bila melakukan kerja kerja pemantauan, pemerhatian, gejala rempit dan sebagainya faktor keselamatan tidak boleh diabaikan.Jika dirasakan perlu mungkin para ahli atau pun belia yang menganggur boleh ditawarkan kerja sepenuh masa kerana masih ramai lagi belia, siswazah yang menganggur dan secara tidak langsung ia mewujudkan peluang pekerjaan baru kerana kita selalu mendengar rungutan yang pihak berkuasa tempatan kekurangan kakitangan dan sebagainya.Latihan latihan asas perlu terlebih dahulu diberikan untuk memastikan program program dan kerja kerja berkenaan dapat dilakukan dengan sempurna.Ini kerana kami percaya yang belia belia dah para warga Umno mempunyai idea yang kreatif dan bijak jika digunakan sebaiknya.Mereka ini bertindak sebagai pembantu atau pemerhati sahaja kerana jika hendak melakukan tugas tugas sebenar mungkin risikonya terlalu tinggi, tetapi mereka boleh bergerak secara aktif dalam bidang yang mungkin berisiko rendah seperti aktiviti aktiviti pelancongan, homestay, kebudayaan dan bermacam macam lagi.Disinilah kita cungkil bakat-bakat dan kreativiti mereka dalam melaksanakan program program tersebut.Pemantauan tetap diperlukan kerana pelbagai kemungkinan akan berlaku dan untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
Kerjasama dengan JKKK dan juga skim kepolisian mungkin boleh memanfaatkan belia belia yang gemar berjaga malam untuk mengawasi dan memantau keadaan sekeliling dengan kerjasama pihak polis dan JKKK.Ini kerana kurangnya penglibatan belia mungkin disebabkan tiada pendedahan yang diberikan atau pun mereka tidak diberikan peluang untuk menunjukkan bakat terpendam itulah sebabnya kita banyak melihat bakat bakat mereka hanya di jalan Senawang atau pun di jalan Ampangan pada setiap malam minggu.Berbagai bagai aktiviti dan idea boleh dikembangkan jika warga Umno mahu duduk berbincang dan bukan hanya menyalahkan orang lain.

Sunday, April 27, 2008

Al FATIHAH

Umno Cawangan Taman Paroi Jaya mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham Ruzaiman Zainal(En Net) yang telah kembali kerahmatullah pada pagi 18April 2008 bersamaan 11 Rabiulakhir 1429 Hijrah.Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.Al Fatihah

Jawatankuasa Umno Taman Paroi Jaya

UMNO TAMAN PAROI JAYA: Jawatankuasa Umno Taman Paroi Jaya

UMNO TAMAN PAROI JAYA LANGGAR TETAP LANGGAR

Jawatankuasa Umno Taman Paroi Jaya


Pengerusi Tetap :Tn Hj Abdul Khalid B Hj Muhammad
Timbalan Pengerusi Tetap :tiada
Ketua Cawangan:En Shahrul Ekhsan B Hj Osman
Timb Ketua Cawangan:En Abd Rashid B Jamaluddin
Ketua Pemuda :En Shahrul Nuwi B Hj Osman
Ketua Wanita :Pn Hjh Zaiton Hj Mohd Ishah
Ketua Puteri :Pn Yuliza Hadzri
Setiausaha :En. Mohd Nizam B Mohd Hisa
Bendahari :En Anuar B Mat Najri
Ketua Penerangan :En Junazree Junid
Ahli-ahli Jawatankuasa:
En Mohd Rafli B Baharuddin
En Syed Naquib B Syed Mohamaed
Pn Soraiyah Bt Gharib Khan
En Abd Aziz B Hj Ismail
Cik Shaidatul Zahirim Bt Hj Osman
En Sharain B Hj Sharif
Cik Siti Alina Bt Mohd Shapaai
Pemeriksa Kira-kira :En Shahril Suzli Sham
UMNO Paroi Jaya
Jawatankuasa Pemuda Taman Paroi Jaya
K Pemuda:En Azrul Ryne B Ayub
Setiausaha:En Affendy Ariffin
AJK
En Syukri Kassim
En Norhalim Mohd Nor
En Syahril
En Junazree
En Elmeizal
Jawatankuasa Wanita Taman Paroi Jaya
Jawatankuasa Puteri Taman Paroi Jaya

Saturday, April 26, 2008

pAS minta Maaf kepada dap

PASJB dengan ini meminta maaf dan sangat kesal dengan apa yang berlaku setelah rakyat meletakkan harapan tinggi kepada PAS,DAP dan PKR yang mahukan era baru politik tanah air yang gemilang di bawah gabungan yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat.
"Barangkali juga salah faham tentang Islam itu wujud dan berpunca dari Umno yang majoritinya terdiri dari orang Islam tetapi tidak beramal dan menunjukkan contoh teladan yang baik kepada bukan Islam."

http://www.pasjohorbahru.com/isu.php?no=242

Inikah contoh parti yang memperjuangkan Islam? bilamana ada masalah atau isu berbangkit terus menyalahkan Umno atau pun orang lain.Ini bukanlah budaya atau cara Islam sebenar adakah orang orang PAS sendiri telah faham tentang konsep sebenar Islam atau pun hanya menyuruh DAP memahaminya."Pertahankanlah iman kamu hatta dengan nyawa kamu sekali pun" tetapi PAS hanya menyalahkan Umno sedangkan itu lebih kepada andaian dan tuduhan tanpa bukti yang sah.Bukan ke tuduhan tanpa bukti itu fitnah namanya. Isunya berkaitan mesej atau komen yang dipaparkan di web Pas Johor mengenai karpal singh 'darahnya halal dibunuh' tetapi penerangannya menyalahkan Umno.Inikah contoh mereka yang bertanggungjawab ataupun ciri ciri mereka yang hendak memimpin negara?Mengatakan orang lain salah memang mudah tetapi mencari salah sendiri memang sukar kerana ini telah menjadi makanan atau pun kebiasaan mereka.Adalah tidak adil bila mengatakan keseluruhan orang PAS begitu tetapi komen yang sebegitu seharusnya diolah oleh pemimpin mereka yang mempunyai pengetahuan bukan hanya menjaga kepentingan politik mereka.Beserban sahaja tidak menunjukkan anda lebih Islam kerana yang menentukan adalah Allah s.w.t. dan adalah sangat tidak wajar membuat andaian atau pun tuduhan tanpa asas yang kukuh.
UmnoParoiJaya

Isu keris Panca Warisan selesai

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0426&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm
KUALA LUMPUR 25 April - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini secara terbuka memohon maaf kepada rakyat negara ini sama ada Melayu atau bukan Melayu jika isu keris Panca Warisan telah menyinggung perasaan mereka.
Hishammuddin berkata, beliau bertanggungjawab jika tindakan menghunus keris Panca Warisan sewaktu Persidangan Perwakilan Tahunan pergerakan itu pada 2005 merupakan faktor yang menjejaskan prestasi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum, 8 Mac lalu


Satu lagi isu orang Melayu yang cuba dipolitikkan kerana ketiadaan isu dan mencabar kewibawaan pemimpin pemimpin Melayu.Ini lebih kepada manipulasi politik kerana tiada isu yang sepatutnya dibangkitkan dalam masyarakat majmuk di Malaysia ini.Ini adalah kerana setiap kaum mempunyai tradisi dan cara yang berbeza mengikut sosio budaya dan adat resam masing masing.Seperti kaum Cina dengan tarian naganya dan kaum India dengan perayaan Taipusam dan macam macam lagi yang mana telah menjadi satu tarikan dan budaya Malaysia.Dalam sejarah Malaysia pun tiada orang yang dimakan naga tetapi yang berperangai seperti naga mungkin ramai. Tidak perlu sebenarnya komen yang mengada ngada dan berbaur perkauman oleh pemimpin politik yang seharusnya matang dalam masyarakat majmuk di Malaysia ini.Simbolik keris adalah kerana orang orang Melayu yang dahulunya berjuang menggunakan keris, lembing, tombak dan sebagainya untuk Tanah Melayu dan ini sebagai lambang untuk memperingati jasa dan pengorbanan pejuang Melayu mungkin kalau ada kaum lain yang berjuang bersama pada masa itu kemungkinan kita akan melihat berbagai bagai jenis senjata.Tetapi hanya orang orang Melayu yang berjuang pada masa itu bukan kaum lain dan ini haruslah disedari dan difahami supaya tidak menyinggung dan menjaga sensitiviti orang orang Melayu.Yang paling penting kita pun belum melihat Yb2 dan ahli Parlimen yang membawa keris berjalan atau pun pergi ke persidangan melainkan kita dapat lihat di Muzium dan rumah budaya.

Friday, April 25, 2008

UMNO melarang pengundian ala 'sistem rakit'

KUALA LUMPUR 24 April - UMNO melarang pengundian ala 'sistem rakit' yang menetapkan 'kabinet bayangan' kepimpinan tertinggi secara pakej atau kem untuk dipilih oleh perwakilan pada pemilihan semua peringkat parti tahun ini.
Peraturan itu terkandung dalam Tataetika Ahli UMNO terbaru yang diluluskan oleh Majlis Tertinggi (MT) pada mesyuarat yang dipengerusikan Presiden parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini.


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0425&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm

Semoga ahli Umno di Bahagian Seremban akan membuat pilihan dengan bijak dan sewajarnya.Bukan hanya mengikut telunjuk pemimpin tertentu dan inilah peluang yang ada untuk menentukan halatuju dan matlamat perjuangan Umno.Bermula di peringkat cawangan setiap ahli seharusnya memilih Ketua yang beretika dan bertanggungjawab kepada ahli dan bangsa Melayu bukan hanya jadi tukang angguk dan geleng-geleng ketua bahagian sahaja.Renungkan masa depan anak bangsa Melayu dan renungkan juga sumbangan yang selama ini telah pun dilakukan adakah berbaloi untuk memilih orang yang sama atau pun kita berikan kepercayaan kepada mereka yang lebih berkaliber.Kita seharusnya memilih mereka yang boleh membantu kepimpinan diperingkat yang lebih tinggi seperti pentadbiran Dato Seri Mohd Hasan dan juga Presiden Umno.Sebenarnya akar umbi akan menentukan kekuatan sebenar sesuatu bangsa kerana bila tiba pilihanraya akar umbilah yang akan menentukan kerajaan yang bakal dipilih.Peluang harus diberikan kepada muka baru yang berani dan bermatlamat dalam meneruskan perjuangan Umno supaya Umno dapat mengembalikan kegemilangan dan kepercayaan rakyat.Kita perlukan pemimpin muda dibahagian Seremban yang mana mempunyai variasi dan berpandangan jauh bukan sekadar pemimpin yang terjerit jerit tetapi tiada perlaksanaan yang seimbang untuk kemajuan orang Melayu dan bukan sekadar melepas batuk ditangga dan yang paling utama bukan pemimpin yang hanya mencari kesalahan orang lain.Kita perlukan pemimpin yang mempunyai visi yang jelas, idea idea dan perlaksanaan apa yang diucapkan bukan sekadar menabur janji janji kosong.Semua jentera yang terlibat diharap dapat melaksanakan tanggungjawab seikhlas mungkin demi untuk bangsa Melayu samada Puteri, Pemuda, Wanita dan Cawangan Umno.Pilihlah ketua yang benar benar berwibawa bukan hanya kata kata sahaja dan yang boleh menyokong perjuangan dan kemajuan orang Melayu terutamanya.
Rata-rata maklumbalas yang diterima dan sms yang diterima mahukan perubahan di Bahagian Seremban dan dengan pemilihan yang akan berlangsung pilihlah demi masa depan orang Melayu.buat para penghantar sms dan yang sudi memberi maklumbalas terima kasih kami ucapkan.

Water festival in Port Dickson attracts 100,000 people

The annual event launched by Negri Sembilan Mentri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan attracted locals and tourists.
Mohamad Hasan said similar events would be held in the future to draw more visitors to the state.
Good time: Children having fun at the bouncy ‘castles’.
“We should focus on key areas such as cleanliness, upgrading current infrastructure, organising events that have wider appeal, developing up-to-date tourism packages and implementing an effective marketing campaign,” he said.
http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2008/4/25/central/21032487&sec=central


Sebut sahaja PD pasti semua akan tahu dimana dan apa yang ada disana.Pesta Air Port Dickson memang terkenal dan juga merupakan salah satu destinasi pelancongan tepi pantai yang paling terkenal di pantai barat Semenanjung Malaysia justeru itu langkah untuk menyediakan lebih prasana dan kemudahan memang selari dengan kehendak kemajuan dan pelancong dalam dan luar negeri.Ini juga salah satu usaha kerajaan negeri dengan kerjasama badan pelancongan N Sembilan untuk menarik lebih ramai pengunjung ke Port Dickson.Ia dapat menjadi pemangkin kepada perkemabangan ekonomi dan gayahidup yang sihat.Diharap lebih banyak aktiviti dapat dijalankan dan penglibatan lebih ramai penduduk tempatan dalam pesta Air Port Dickson.Perkongsian nikmat ekonomi amatlah penting untuk menjamin kesejahteraan rakyat dan penduduk setempat.Sebagai wargaumno yang bertanggungjawab kami di Paroi Jaya menyokong penuh atas usaha usaha yang dijalankan dan bersedia melibatkan diri dalam apa juga aktiviti jika diperlukan.

Tuesday, April 22, 2008

Rais: Tun Dr. Mahathir sekadar sebut nama saya

PUTRAJAYA 21 April - Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menganggap kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menamakan beliau sebagai bakal Perdana Menteri adalah 'sebutan semata-mata'.
Menurut Rais, beliau lebih senang menjalankan tugas sebagai Menteri Luar dan yakin dengan usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memulihkan imej UMNO.


Berita Penuh
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0422&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_04.htm

Pemimpin datang dan pergi dan adalah mustahil untuk setiap pemimpin mempunyai kredibiliti atau pun perwatakan yang sama.Ini terbukti yang dari zaman Rasulallah S.A.W lagi pun pemimpin datang dan pergi dan jatuh bangun sesuatu kerajaan itu juga bergantung kepada rakyat dan pengaruh masyarakat itu sendiri.Ini jelas terbukti yang walaupun sesuatu kaum itu diutuskan pemimpin yang hebat tetapi tidak semestinya kaum itu akan berjaya jika mereka tidak mempunyai iltizam atau pun kemahuan untuk berubah.

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. (QS 13:11)

Seperti di Malaysia yang tercinta ini adakah jaminan bila kepimpinan ditukar ia akan membawa kebaikkan atau adakah persediaan untuk sesuatu keadaan yang tidak dijangkakan atau pun pelan kedua yang mana telah sedia jika berlaku sebarang keadaan yang tidak diingini.Seperti komen diatas jika peralihan kuasa berlaku dengan lebih cepat adakah jaminan yang mereka menerima tampuk pimpinan pasti akan lebih baik dari Pak Lah atau sudah adakah pelan penerimaan kuasa yang telah disediakan supaya peralihan benar benar dalam keadaan harmoni.Adakah mereka telah benar benar bersedia untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia bukan hanya Presiden Umno atau pun hanya wakil untuk negeri tertentu.Pelan pembangunan untuk orang Melayu adakah sudah disediakan sewajarnya atau pun rakyat akan mendengar alasan 'saya baru menerima tampuk pimpinan so tunggu lah dulu'.Telah menjadi trend atau pun budaya bila seorang bersuara yang lain lain pun akan bersuara atau pun budaya kem sana kem sini masih lagi wujud didalam Umno.Kita seharusnya membantu Presiden dalam memperbetulkan Umno bukan hanya terus menerus menyalahkan orang lain.Budaya kem ni tidak lagi relevan kerana perjuangan untuk orang orang Melayu mestilah dalam keadaan menyeluruh bukan hanya kem tertentu dan isyarat ini telah diterima dengan jelas dalam PRU12.Seperti komen Dr Khir Toyo ini lebih kepada luahan orang yang kecewa jika dia benar benar berwibawa dia seharusnya mempunyai pelan sendiri dengan tidak membiarkan Selangor bertukar angin bukanlah hanya menyalahkan Pak Lah seorang begitu juga dengan Dato Ishak Ketua Bhgn Seremban yang menyalahkan orang lain sedangkan salah sendiri cuba ditutup.Rata-rata sekarang ini rakyat lebih bijak berfikir sekarang dan menilai dengan mata dan fikiran yang terbuka.Jika kita sayangkan Umno dan orang Melayu berubahlah dan muhasabahlah kearah corak politik yang berkualiti.Janganlah nak jadi hero bila semuanya telah diketahui kenapa tidak ada pelan yang bernas untuk orang orang Melayu yang boleh dilaksanakan sebelum pilihanraya atau pun dalam keadaan semasa.
Jangan lupa rakyat sekarang bukan lagi pekak dan buta.

Monday, April 21, 2008

Aktiviti belia hendaklah membawa impak-MB

SEREMBAN 20 April - Jabatan Belia dan Sukan negeri perlu mengenal pasti aktiviti sukan dan riadah yang diminati belia supaya ia benar-benar memberi impak kepada mereka.Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, amat malang jika produk aktiviti sedia ada tidak mendapat sambutan atau manfaat kepada generasi belia sehingga membawa kepada keruntuhan moral mereka.

berita penuh
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0421&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_03.htm

Lagi usaha bersama rakyat yang mana ini akan mendekatkan lagi dan mengenalpasti dengan lebih dekat tentang keperluan dan kehendak belia masa kini.Tok Mat bakal turun padang untuk melihat dan menggerakkan belia dalam apa juga aktiviti berkaitan dan memberi manfaat kepada semua.
Umno Bahagian Seremban seharusnya mengambil inisiatif serupa dalam pembangunan modal insan dan juga keperluan remaja dan belia.Cara-cara lama dan tidak berkesan harus diubah supaya penerapan ciri-ciri rohani dan spiritual selari dengan kemajuan dan kehendak semasa.Mungkin sudah sampai masanya kepimpinan Umno Bahagian Seremban juga ditukar kerana ini juga adalah pandangan dari akar umbi yang mahukan pembaharuan dalam memastikan misi dan matlamat perjuangan Umno dapat dicapai.Seharusnya sekarang bukan lagi masa bercakaran atau pun hanya bercakap inilah masa untuk bergerak dan meneruskan misi perjuangan tetapi jika terus menerus mencari salah dan silap sahaja tidak akan membawa apa apa perubahan dan budaya yesman dan yesboss pasti akan berterusan.Kami mahukan perubahan dan peluang harus diberikan kepada mereka yang lebih berkaliber di Umno Bahagian Seremban.
Pembaharuan dari segi ekonomi dan sosio budaya juga perlu dititik beratkan kerana jurang perbezaan pendapatan antara orang Islam dan kaum lain dapat dikurangkan dan lebih peluang dan pendedahan diberikan kepada para belia dan remaja terutamanya.Ini adalah kerana kemudahan telah sedia ada dan hanya perlaksanaan yang lebih berkesan diperlukan untuk memastikan ia sampai ke golongan sasaran dengan lebih berkesan.Seharusnya PRU12 menjadi isyarat jelas tentang pembaharuan yang diperlukan kerana terbukti calon calon baru pun boleh memenangi kerusi dan mendapat kepercayaan seperti di Lenggeng tetapi ahli ahli Umno sendiri yang harus bermuhasabah kepada perubahan yang lebih berkualiti.Isu tentang pemilihan calon tanpa perundingan tidak begitu relevan kerana mereka mempunyai masa 5 tahun untuk membuktikan kepada rakyat apa yang boleh mereka lakukan.
ps:Tahniah diucapkan kepada Tan Sri Muhd Taib kerana telah mewujudkan blog sendiri yang mana beliau yang terkenal dengan gelaran Mr Nice guy akan dapat memberikan pandangan dan buah fikiran yang bernas.

Sunday, April 20, 2008

PD PROJECTS

petikan thestar 17/04/08
MB: Projects in PD will benefit people
SEREMBAN: Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan has lashed out at bloggers over development projects in Port Dickson. He said they should check their facts before criticising the projects which would benefit the people.
Mohamad Hasan had announced that the popular beach destination would have a duty-free zone and a new Customs, Immigration and Quarantine complex after a multi-million ringgit land reclamation project is completed.
The other tourist support facilities planned are a multi-purpose jetty, hotels, shopping complexes and office block.

Kepentingan Port Dickson dari segi pelancongan memang tidak dapat dinafikan justeru dengan sentuhan baru yang diberikan mungkin dapat mengembalikan semula kegemilangan dan nama Port Dickson sebagai pusat pelancongan yang masyur, mereka mungkin tidak memahami dengan jelas kitaran ekonomi yang mana pembangunan ini dapat memberi pulangan secara tidak langsung kepada penduduk dan ekonomi di Port Dickson.Kami cuma berharap yang penglibatan lebih besar orang-orang Melayu dalam projek projek seperti ini.Kemungkinan mereka lebih suka jika Tok Mat tidak menutup Beef Valley Bukit Pelanduk kerana ini mungkin tidak ada kesan alam sekitar,kesihatan atau pun pulangan lebih lumayan.Tetapi hari ini sebagai orang N Sembilan kami bangga yang tak halal hub itu telah berjaya dikecilkan dengan drastik.Lebih banyak isu yang perlu difokuskan dari isu-isu yang mana dibangkitkan tanpa memikirkan kebaikkan penduduk setempat.Isu ketuanan Melayu yang kini dicabar oleh mereka mereka yang tidak memahami secara jelas bagaimana wujudnya perlembagaan Malaysia dan tidak sayangkan keharmonian di Malaysia ini.Dimana mereka yang mengatakan diri mereka pejuang Melayu ini tidak berani ke depan atau memang suka dengan budaya hero dengan orang sendiri sahaja.Seharusnya mereka lebih peka dengan isu yang seharusnya diberi keutamaan.Janganlah kita kononnya lantang tetapi sebenarnya tidak berani untuk berjuang di atas landasan sebenar.
Orang orang Melayu perlu sedar yang kuasa politik merupakan kuasa yang dimiliki dan seharusnya digunakan sebaik-baiknya supaya tidak mudah dipergunakan oleh orang lain.

Saturday, April 19, 2008

Jangan Politik Titah sultan

Petikan dari Utusan Malaysia (18/04/2008) di bawah tajuk: Jangan politikkan titah Tengku Faris
Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Mohammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail berkata, adalah tidak wajar bagi kaum-kaum bukan Melayu yang mendapat kerakyatan, menuntut persamaan hak dan keistimewaan sebagaimana orang Melayu.

Dalam keseronokkan dan keghairahan memberi maklum balas atau pun komen yang kononnya membina ramai yang telah lupa tentang betapa mudanya institusi politik di Malaysia ini berbanding institusi beraja yang telah wujud sekian lama.Seperti komen Ka ting dan juga Karpal mungkin mereka tidak membaca sejarah yang kerajaan Malaysia hanya ditubuhkan selepas merdeka tetapi institusi beraja telah wujud sebelum kedatangan imigran-imigran ke Tanah Melayu.Sebarang kenyataan yang hanya bersandarkan pada Perlembagaan Tanah Melayu atau pun perlembagaan Wenminster tidak perlulah diulang tayang atau pun diulang sebut kerana ke bawah Duli raja-raja sudah tentulah lebih maklum kerana institusi beraja telah wujud pada masa penubuhan kerajaan Malaysia.Ini adalah perlu kerana kalau mereka benar-benar ikhlas untuk kesejahteraan penduduk di Malaysia bukan hanya memberi komen untuk provokasi.Kenyataan yang dibuat haruslah diperhalusi dahulu sebelum sebarang kenyataan dibuat kerana sebarang persetujuan dan perbincangan semasa kemerdekaan dan instutusi beraja dibuat dalam suasana orang orang Melayu dan institusi beraja membenarkan.Sebarang komen yang dibuat hendaklah ikhlas dan jangan sampai menyinggung sensitiviti dan keharmonian orang-orang Melayu.

6 beradik merempat-Jom Tolong

SEREMBAN: Enam beradik di Kampung Baru Paroi, dekat Paroi, di sini, bukan saja terpaksa hidup sendirian selepas ditinggalkan ibu bapa lebih enam bulan lalu, malah terpaksa mendiami sebuah bilik sempit di belakang sebuah rumah papan yang tidak ubah seperti pondok dusun buahan. Keenam-enam mereka berusia antara lima hingga 18 tahun terpaksa menumpang di sebuah bilik sepanjang dua meter dengan lebar satu meter yang hanya mampu memuatkan dua katil dan sebuah almari pakaian. Bapa mereka berketurunan Cina berusia 58 tahun dan ibu berbangsa India berusia 34 tahun dikatakan melarikan diri lebih enam bulan lalu akibat kesempitan wang dan kini tanggungjawab menjaga adik-beradik terletak pada anak kedua, Too Chee How, 18, yang mengambil upah harian sebagai buruh kasar di sebuah bengkel kereta berdekatan. Chee How berkata, mereka sebenarnya mempunyai 16 adik-beradik tetapi hanya enam yang menetap bersama ibu bapa manakala abang sulungnya berusia 19 tahun dan adik-beradik lain diserahkan kepada orang sejak lahir dan tidak diketahui di mana mereka berada.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Saturday/Setempat/20080419101529/Article/index_html

Hulurkan tangan ringankan beban, marilah kita bersama-sama membantu 6 beradik ini yang dalam kesusahan, semoga dengan bantuan saudara dan saudari akan dapat meringankan beban mereka adik-beradik.Biar pun ibu dan bapa mereka melarikan diri tetapi janganlah kita warga yang berdekatan terutamanya disekitar Paroi melarikan diri dari menghulurkan bantuan sekadar yang termampu buat mereka.

Thursday, April 17, 2008

YNS mahu mohon permit teksi

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0417&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_01.htm

SEREMBAN 16 April - Kerajaan negeri melalui Yayasan Negeri Sembilan (YNS) akan membuat permohonan kepada Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) untuk mendapatkan 500 permit teksi dalam usaha meringankan beban pemandu teksi.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan bagaimanapun berkata, perkara itu masih di peringkat cadangan.
Katanya, beliau telah mengarahkan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kampung Baru dan Pengangkutan Awam negeri, Siow Chen Pin serta pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri untuk melihat perkara berkenaan secara terperinci.


Lagi usaha kerajaan N Sembilan untuk meningkatkan taraf ekonomi dan mengurangkan kebergantungan pemandu teksi kepada syarikat tertentu.Kadar sewa yang lebih murah diharap dapat membantu para pemandu dari segi pulangan dan kos yang terpaksa ditanggung.Disamping itu dengan faedah yang dinikmati diharap mutu perkhidmatan juga dipertingkatkan lagi untuk memberikan kepuasan optimum kepada pelanggan terutamanya pelancong-pelancong dari luar.Stesen teksi yang lebih bersistematik dan teratur juga memang diperlukan dan bersesuaian dengan status Seremban yang akan menjadi bandaraya tidak lama lagi.Diharap juga penggunaan teknologi seperti sms, online booking dan lain lain juga diperkenalkan untuk meningkatkan lagi prestasi perkhidmatan kepada orang ramai.Kesempatan untuk mempromosikan N Sembilan kepada pelancong luar terutamanya dari Negara Arab amatlah diharapkan dari Kementerian Pelancongan dengan penubuhan Cawangan Universiti Al Azhar, pusat bebas cukai di Port Dickson, Taman Ular di Ulu Bendul dan macam-macam lagi, kayo pakcik.Umno Seremban seharusnya memulakan langkah proaktif untuk membantu dengan informasi terkini dan pendekatan terbaru yang disesuaikan dengan keperluan semasa terutamanya kepada golongan Melayu sekitar Seremban dan N Sembilan.Ini bukan lagi masa menuding jari atau berpeluk tubuh supaya matlamat untuk meningkatkan ekonomi golongan Melayu dapat dijalankan kerana selama ini pendekatan yang digunakan mungkin tidak lagi sesuai dan tidak sampai ke golongan sasaran.Dengan ini ekuiti dan pegangan ekonomi golongan Melayu akan meningkat dan seterusnya mencapai matlamat 30% DEB.Kalau nak diharapkan Tok Mat buat semua apa gunanya ketua bahagian ketua cawangan dan ahli2 yang profesional.
malu bertanya kawan sesat cari jalan pulang

TOK MAT ‘Jangan biarkan nasi jadi bubur’

SEREMBAN: “Nasi hanya jadi bubur bila kita masukkan air banyak-banyak,” demikian reaksi spontan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan mengenai kenyataan Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri Rafidah Aziz bahawa peralihan kuasa di antara Presiden dan Timbalan Presiden Umno perlu dibuat pada masa sesuai sebelum ‘nasi sudah menjadi bubur’.Beliau berkata, perumpamaan ‘nasi sudah menjadi bubur’ hanya boleh diterima sekiranya ahli Umno sendiri yang mahu melihat parti terus tenggelam tanpa berusaha membangunkan semula semangat parti terutama kepercayaan terhadap kepimpinan.
Berita Penuh
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Thursday/Setempat/20080417093603/Article/index_html

Ahli dan pemimpin Umno seharusnya pro aktif dan tidak pasif dan tidak hanya leka dengan isu dan masalah peralihan kuasa yang sudah menjadi isu wajib dikedai kopi.Seharusnya ahli Umno mengambil pendekatan yang disarankan oleh Yab Dato seri Mohd Hasan supaya tidak hanya merosakkan lagi keadaan sedia ada tetapi cuba memperbaiki atau pun merperkasakan semula Umno(bubur tetap bubur).Pendekatan menghukum yang cuba diamalkan tidak akan membawa apa-apa kebaikkan kerana peralihan kuasa tidak akan membawa makna jika mereka yang akan menerima kuasa tidak melakukan atau pun mempunyai persediaan dalam memperkuatkan semula Umno.Lantaran itu kita hanya akan mendengar alasan 'baru menerima tampuk pimpinan' tetapi sebenarnya tiada persediaan dalam situasi sekarang memang mudah diperkatakan tentang kesalahan orang lain atau Pak Lah tetapi adakah pemimpin baru atau pun selepas peralihan sudah mempunyai agenda dan pelan perlaksanaan perubahan yang efektif.Kenapa tidak cuba dilaksanakan secara sedikit demi sedikit untuk membuktikan anda layak untuk memimpin dan menerima tampuk pimpinan dari mengulangi kenyataan yang sama.(bubur & bubur nasi& bubur kacang).Pemimpin Umno tidak seharusnya mengambil kesempatan atas kelemahan pemimpin Umno lain jika betul ikhlas dan sayangkan Umno, Hj Hadi pun boleh nampak visual yang jelas masalah dalaman tidak seharusnya dibicarakan atau pun dibincangkan secara terbuka melainkan memang sudah ada agenda tertentu, ini tidak akan mengambil masa yang lama kerana untuk dilihat kerana apabila tiada sebarang pembaharuan atau pun apa apa perlaksanaan rakyat pasti akan dapat menilai sejauh mana keikhlasan dan kredibiliti pemimpin tersebut. Kok nak jadi hero pon janganla dongan highlight salah orang jo.Obama pon ado komen Hillary tapi dia pon ado plan bukan komen jo.Audacity of Hope.

Wednesday, April 16, 2008

Tok Mat beri tumpuan perkukuh, perkemas parti

SEREMBAN: Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata beliau lebih suka menumpukan perhatian kepada usaha memperkukuhkan Umno daripada memikirkan mengenai pertandingan parti Disember ini, termasuk sama ada mempertahankan jawatan Ahli Majlis Tertinggi (MT) yang dimenanginya pada 2004. "Pada saya sekarang yang penting adalah pengukuhan Umno. Soal jawatan, letak ke tepi dulu. Jika parti dan akar umbi berasa saya boleh memberikan khidmat berkesan, insya-Allah saya akan mempertahankan jawatan... jika tidak, berilah sokongan kepada orang lain yang ada banyak masa dan benar-benar mahu berkhidmat kepada parti.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Nasional/20080415232252/Article/index_html

Kami Umno Taman Paroi Jaya menyokong penuh atas sebarang keputusan Yab Dato Seri Mohd Hasan dan Umno Bahagian Seremban untuk mempertahankan jawatan Mt dan juga menghormati jika Dato memutuskan untuk tidak bertanding.Kami amat bersetuju yang pengukuhan Umno diperingkat akar umbi rebung yang mesti didahulukan kerana kalau nak melentur buluh biarlah dari rebungnya.Ini adalah kerana kekuatan di peringkat cawangan, bahagian dan negeri yang mesti diutamakan dan kami amat percaya dan menyokong penuh sebarang usaha dan tindakan ke arah usaha tersebut.Kami mencadangkan supaya lebih banyak sesi-sesi seminar atau pun musyawarah diantara ahli-ahli Umno terutamanya di bahagian Seremban terhadap isu-isu terkini dan semasa.Para ahli Umno juga boleh berhubung samada melalui laman web, teleconference atau pun video conference kerana semua kemudahan memang sudah tersedia cuma perlaksanaan sahaja yang diperlukan.Kami juga mencadangkan diadakan sesi-sesi perbahasan atau pun sesi bertukar tukar pendapat dengan Umno dari bahagian atau pun Negeri-negeri lain.

Tuesday, April 15, 2008

Pelantikan wakil belia dalam JKKK amat dialu-alukan

SEREMBAN 14 April - Golongan belia menyambut baik langkah kerajaan negeri menempatkan seorang wakil pertubuhan belia dalam Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).
Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan (MBNS), Khaidir Jamal, berkata, langkah yang diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Modal Insan, Belia dan Sukan, Abdul Samad Ibrahim,baru-baru ini memang sangat dialu-alukan.

Berita Penuh
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0415&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_02.htm

Langkah pro aktif kerajaan N Sembilan dalam melibatkan belia secara terus dalam JKKK adalah tepat dan sesuai dengan kehendak semasa yang memerlukan penglibatan para belia secara aktif dan bukan hanya sebagai pemerhati atau pun pengikut(yesman).Kini belia akan mempunyai wakil yang boleh bersuara dan mengetengahkan pandangan-pandangan mereka terhadap apa jua isu yang berkaitan.Ini adalah kerana jika diharap warga dewasa atau pun warga emas sahaja sudah tidak memadai kerana atuk-atuk dan uwan-uwan manolah terdaya jika ia melibatkan aktiviti yang agresif dan memerlukan kelebihan fizikal.Seharusnya peluang ini juga digunakan para belia sebaiknya untuk berinteraksi dengan lebih efektif melalui JKKK dalam menyuarakan pandangan dan pendapat seperti Skim Kepolisian yang kurang mendapat perhatian dan penyertaan para belia.Mereka mungkin mempunyai kaedah yang lebih efektif dan berkesan dalam menangani jenayah dan isu isu berkaitan keselamatan.Tetapi sebarang pandangan dan usaha mestilah dibuat atas matlamat kebaikan bersama dan semua dan sebarang keputusan mestilah diputuskan bersama.Mereka juga diharap dapat menyalurkan buah fikiran mengenai sebarang idea-idea bernas dan aktiviti-aktivit yang sihat belia seperti Bungee Jumping, Sky climbing, F1, Motogp, radio amatur dan sebagainya kepada mereka yang berkenaan, seperti di Taman Paroi Jaya mereka boleh menghubungi Pengerusi Belia En Shahrul Nuwi atau pun En Junazree@0172197801 untuk sebarang pertanyaan dan juga cadangan.

Monday, April 14, 2008

Lagi Kemajuan dan Pembangunan di N Sembilan Darul Khusus

Seremban set to become a city

SEREMBAN is on its way to be declared a city on Sept 9 next year, said Mentri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.
He said the state government has written to the Housing and Local Government Ministry on this and was expecting a favourable reply.
Hasan: 'We are also waiting for the Seremban Municipal Council and Nilai Municipal Council to merge'.

Berita penuh
http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2008/4/11/central/20903411&sec=central

Multi-million ringgit plan to transform Negri beach resort
By SARBAN SINGH
SEREMBAN: Port Dickson will have a duty-free zone and a new Customs, Immigration and Quarantine complex after a multi-million ringgit land reclamation project is completed.
Mentri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan said the facility would be similar to the one in Stulang Laut, Johor. The other tourist support facilities planned are a multi-purpose jetty, hotels, shopping complexes and office blocks.
"Since PD already has the necessary infrastructure, we hope this will further boost tourism and business.
Berita penuh
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/4/14/nation/20943172&sec=nation

Syabas dan tahniah kerajaan N Sembilan.Lagi pembangunan yang bakal dinikmati penduduk N Sembilan iaitu status bandaraya yang dijangka pada tahun hadapan dan juga zon bebas cukai di Port Dickson.Dengan ini diharap yang penduduk N Sembilan terutamanya akan menikmati atau mendapat faedah langsung dari perlaksanaan projek-projek tersebut dengan penglibatan secara terus samada sebagai usahawan, kontraktor, pengusaha dan sebagainya di zon bebas cukai atau pun dengan status bandaraya di N sembilan.Tiada gunanya status bandaraya atau pun zon bebas cukai jika penglibatan kaum Melayu terus terpinggir dan beban yang lebih besar terpaksa ditanggung rakyat dari segi bayaran cukai dan sebagainya hanya kerana untuk mendapatkan status bandaraya tetapi kami percaya yang Dato Seri Mohd Hasan mempunyai formulanya yang akan mengimbangi kemajuan dan keselesaan warga N Sembilan khususnya.Diharap jabatan dan agensi yang berkenaan dapat memberi dan membuka peluang terutamanya kepada orang Melayu supaya dapat menikmati faedah langsung hasil dari usaha kerajaan N sembilan atau pun penerangan lebih terperinci diberikan kepada kaum Melayu.Status Port Dickson sebagai pusat pelancongan memang sudah diketahui ramai tetapi bilangan pengusaha berjaya atau pun peluang peluang baru yang dikongsi oleh kaum Melayu mungkin masih ditahap lama. Penglibatan dan usaha keras juga diharap dari para pengusaha dan mereka yang berminat kerana tanpa usaha dan kerjasama dari mereka pastilah peluang yang disediakan oleh kerajaan N Sembilan akan direbut oleh kaum lain.

Juga usaha dari Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Sembilan (MTPNS) amatlah disanjungi dengan menglibatkan pelajar sebagai ejen pelancongan kerana sedar peluang dan potensi yang amat besar yang ada pada para pelajar kerana mereka juga bakal pemimpin di masa hadapan, diharap usaha ini tidak terhenti disini sahaja kerana pendedahan dan peluang untuk menjadi pengusaha, peniaga dan ejen pelancongan juga harus diberikan dan diterap kepada pelajar-pelajar ini kerana pelbagai sumber boleh dimanfaatkan untuk kebaikkan para belia dan para pelajar untuk melahirkan lebih ramai usahawan bumiputera.Ini adalah kerana peluang-peluang pekerjaan dan perniagaan baru mesti juga diwujudkan kerana mungkin tidak semua pelajar yang akan menjadi angkasawan atau pun Ahli Exco setidak-tidaknya mereka menjadi pengusaha ditempat angkasawan berehat dan bercuti atau pun pengusaha makanan bagi keperluan angkasawan di angkasa lepas, para belia atau pelajar yang mungkin mempunyai kemahiran lain selain dari bidang akademik boleh menyertai bidang pelancongan, pertanian dan sebagainya.Dengan galakan dan pendedahan yang efektif tarap ekonomi dan sosial mungkin dapat ditingkatkan ke taraf yang lebih baik.UPENS mungkin boleh memainkan peranan yang lebih aktif dan agresif untuk memulakan usaha murni kerajaan N Sembilan pimpinan Tok Mat.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/EdisiWilayah/20080414071420/Article/index_html

Friday, April 11, 2008

Ladang Rakyat atasi import buah, sayur

KUALA KLAWANG: Negeri Sembilan menyasarkan untuk mengurangkan kebergantungan terhadap sayur-sayuran dan buah-buahan import apabila projek 'Ladang Rakyat' yang diwujudkan di setiap daerah di negeri ini dilaksanakan secara menyeluruh dan sistematik dalam tempoh dua tahun lagi. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Yunus Rahmat, berkata beliau yakin pengeluaran sayur-sayuran dan buahan-buahan secara berterusan serta mampu memenuhi permintaan daripada projek berkenaan juga akan dapat menstabilkan harganya di pasaran tempatan. "Ketika ini kita terpaksa mengimport sayur-sayuran dan buah-buahan berikutan masalah bekalan dari dalam negeri yang tidak mencukupi sehingga menyebabkan harganya meningkat hingga membebankan orang ramai.
"Jadi, menerusi konsep 'Ladang Rakyat' yang diperkenalkan Menteri Besar (Datuk Seri Mohamad Hasan), kita harap mampu mengeluarkan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan untuk kegunaan tempatan, sekali gus mengurangkan harganya di pasaran serta lebihannya pula boleh dipasarkan di luar negeri ini," katanya.
Berita Penuh
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/EdisiWilayah/20080411104209/Article/index_html


Ini adalah peluang yang terbuka untuk para penduduk disetiap daerah di N sembilan terutamanya didalam meningkatkan taraf ekonomi dan juga mengurangkan kebergantungan kepada produk impot.Ia juga dapat membantu kearah pengeluaran produk halal dan bermutu.Satu lagi usaha dari kerajaan N Sembilan yang dijangka dapat menjana pulangan lumayan kepada pengusaha jika dilakukan secara bersistematik dan teratur dan juga dengan penggunaan teknologi yang moden, diharap Jabatan Pertanian N Sembilan akan membuat lebih banyak roadshow atau pun seminar mengenai kepentingan sektor pertanian disamping menarik minat terutamanya golongan belia untuk menyertai bidang pertanian.Mungkin pendedahan yang lebih terperinci boleh menambahkan minat para belia untuk menyertai sektor pertanian yang boleh menjamin pulangan yang lumayan. Peranan Jabatan Pertanian dalam menarik minat golongan belia amatlah diharapkan supaya minda mereka akan lebih terbuka menerima bidang pertanian sebagai bidang kerjaya.Umno Paroi Jaya bersedia bersama sama Jabatan Pertanian dalam sebarang aktiviti atau pun usaha usaha untuk mewujudkan Ladang rakyat di Negeri Sembilan.Kita tidak boleh menyalahkan belia 100% kerana mereka mungkin tidak dapat pendedahan yang cukup atau pun cara penyampaian maklumat mungkin masih di takuk lama dan ini tidak dapat membuka minat mereka.Mungkin dengan penggunaan teknologi terkini dapat mengubah persepsi masyarakat mengenai pertanian dan mungkin juga satu hari nanti kita boleh membeli terus dari ladang dengan hanya menghantar sms atau pun dengan secara online sahaja.
Mari Kita Ke Ladang.

Thursday, April 10, 2008

Satu Kapal Satu Nakhoda

SEREMBAN: “Bila laut bergelora, jangan pula kita mudah tak percayakan nakhoda,” kata Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan berhubung sikap sesetengah ahli Umno yang masih menuding jari menyalahkan satu sama lain berhubung prestasi buruk Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 lalu.Sambil menyifatkan Umno sebagai sebuah kapal yang sedang belayar dan diancam gelora di tengah perjalanan, Mohamad berkata, setiap ahli sebagai anak kapal perlu bekerjasama menggerakkan peranan masing-masing supaya bersama-sama sampai ke pelabuhan dengan selamat dan bukannya menyalahi satu sama lain termasuk mengkritik kepimpinan tertinggi.“Lautan mana tidak bergelora, tetapi bila laut berombak kita jangan pula terjun dari kapal tinggalkan nakhoda seorang diri atau kita campak dia ke laut.
berita penuh
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Thursday/Setempat/20080410102630/Article/index_html

Lanjutan dari kisah tikam belakang.Seharusnya ini menjadi titik tolak kepada kebangkitan semula Umno dan warganya supaya segala kesilapan dan kekurangan dapat ditebus semula.Juga peluang yang akan diberikan bila Mt Umno telah mencadangkan para para calon yang ingin bertanding pada pemilihan nanti diberi peluang untuk berucap dan berbahas sekaligus dapat menunjukkan keterampilan dan kredibiliti mereka yang bertanding sebagai calon dengan idea-idea bernas dan wawasan perjuangan bukan dengan cara memburuk burukan orang lain.

Kapal mana pun yang belayar pasti akan karam jika para kelasinya takut bermain ombak dan tiada tujuan dalam pelayaran.(kapal api betol2 kaw)Jika kapal tanpa kelasi juga tidak berguna kerana Nakhoda juga tidak dapat belayar sendiri.(lancang kuning belayar malam)
Ahli-ahli Umno juga akan mendapat peluang untuk bertukar tukar pendapat dan buah fikiran bila Umno N Sembilan bercadang menganjurkan Konvensyen Umno di negeri ini tidak lama lagi dalam usaha untuk memberi peluang kepada setiap ahli Umno terutama akar umbi bertukar-tukar pandangan menerusi sesi dialog yang disediakan.Gunakanlah peluang dan pentas yang ada untuk menyuarakan isu atau pendapat.Biarlah kecemerlangan Umno dirasai semua dan untuk kebaikkan semua.

Doa Nabi Isa:" Ya Allah Ya Tuhanku aku cemerlang jika umat disekelilingku juga cemerlang"

Juga tahniah diucapkan kepada Yayasan Sofa N Sembilan kerana membiayai penubuhan Universiti Al Azhar yang akan membuka kampus cawangannya di Rembau dan dijangka mula beroperasi 2 tahun lagi.Semoga dengan penubuhan kampus ini akan mencetuskan dan meramaikan lagi kelahiran cendekiawan dan ilmuwan Islam di Malaysia terutamanya di Negeri Sembilan.Seharusnya peluang ini dimanfaatkan sepenuhnya kerana inilah kali pertama Universiti Al Azhar akan membuka cawangannya di luar Mesir.Diharap para pelajar yang sedang berada di Universiti AlAzhar dapat memberikan gambaran menyeluruh dan berkongsi pandangan serta pendapat yang bernas bagi para pelajar yang berminat untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Al Azhar. Majlis pecah tanah dijangka disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, Sabtu ini 12/04/2008.

Berita Penuh

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/EdisiWilayah/20080410072538/Article/index_html

Wednesday, April 09, 2008

Backstabbing caused Umno to lose seats: Negri MB

SEREMBAN: Mentri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan on Wednesday revealed that the state Umno had strong evidence to show that backstabbing by its members caused it to lose three “safe” seats in the March 8 general election.
full report
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/4/9/nation/20080409165601&sec=nation

Budaya menikam dari belakang ini bukanlah budaya yang sihat.Sebagai warga Umno yang bertanggungjawab janganlah ikut belakang, budaya ini tidak bersih, tidak sihat dan bukan juga Budaya Umno.Kalau tidak puas hati tikamlah atau berbincang dari depan kerana yang rugi ialah rakyat dan terutamanya orang Melayu sendiri.Silap tidak mengapa tetapi jangan buat sesuatu yang buruk(6).Tempoh 4-5 tahun untuk rakyat memilih dan menilai tidak lama kerana mereka pasti akan sedar hakikat kepimpinan dan politik bukan semudah yang disebutkan atau dijanjikan(cerito bolehla).Membina kekuatan dalaman Umno adalah penting kerana nak harapkan Tok Mat sorang manolah dia terdayo ni Negori Sembilan poit bak kato uwan.
Budaya mencari silap dan menyalahkan lebih baik ditukar kepada budaya mencari penyelesaian dan muafakat yang mungkin senang diucapkan tetapi sukar untuk dilaksanakan...Kok tak pait bukanlah tongkat ali namonyo...
Kekuatan Umno bukanlah hanya diukur dari menara yang tinggi, jambatan yang besar atau pun lapangan terbang sahaja yang penting secara menyeluruh dan melibatkan semua warga Umno.Jentera jentera Umno seharusnya mengembeling tenaga bersama untuk memajukan ekonomi, sosial, pendidikan dan pendidikan keagamaan dari peringkat cawangan, bahagian dan seterusnya.
Budaya mencaci pembangkang dan musuh politik juga tidak akan kemana kerana rakyat akan menilai apa yang mampu Umno dan mereka lakukan, biarlah Umno dengan rentak dan iramanya sendiri yang mungkin sekarang sedikit sumbang tetapi boleh diperbaiki dan diperbetulkan.
Irama Malaysia

p/s:jangan lupo poi Ulu Bondul kok nak nengok Anaconda.Masuk pree!!!

Tuesday, April 08, 2008

Ketua Pemuda Umno



Khairy paling layak isi jawatan Ketua Pemuda Umno: Jamlus

SEREMBAN: Ketua Pemuda Umno Negeri Sembilan, Datuk Jamlus Aziz berkata calon yang paling layak mengisi jawatan Ketua Pemuda Umno yang akan dikosongkan oleh Datuk Seri Hishammuddin Hussein ialah Naib Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin.


http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Mutakhir/20080408142614/Article/index_html




Kami Umno Paroi Jaya menyokong penuh jika saudara Khairy yang dilantik menjadi Ketua Pemuda seperti yang dikatakan Ketua Pemuda Umno N Sembilan Datuk Jamlus Aziz.Pemimpin datang dan pergi tetapi yang penting matlamat perjuangan Umno mesti diteruskan samada oleh Khairy, Dato Khir, Dato Mukriz atau sesiapa sahaja.Agenda perjuangan dan keutamaan mestilah diberikan kepada Umno bukan untuk individu tertentu atau pun hanya kepentingan peribadi.Pemimpin yang berkaliber dan mempunyai wawasan adalah penting dalam menentukan hala tuju dan matlamat perjuangan dicapai bukan pemimpin yang hanya tahu mencari kesalahan orang lain atau pun hanya memburukkan orang lain kerana ini tidak akan membawa apa apa kebaikkan.Yang penting pemimpin itu harus berani dan bertanggungjawab atas tanggungjawab yang dipikul.Jatuh bangun adalah perkara biasa di dalam politik dan yang paling penting jika jatuh harus bersedia untuk bangun semula.Kegagalan bukanlah satu pilihan tetapi kadang kadang ia hadir dan ia juga merupakan satu pengajaran atau pun kunci untuk kejayaan dan kebangkitan seterusnya.

Perbezaan ideologi adalah bagus untuk mencari kata putus yang terbaik tetapi ia janganlah sampai merosakkan atau menghancurkan parti.Seperti di Taman Paroi Jaya walau pun perbezaan ideologi dan pendapat wujud tetapi semangat kejiranan, tolong menolong dan harmoni tetap terjalin.Ini terbukti pada PRU12 bilamana Umno dan pembangkang boleh bekerjasama dalam kempen pilihanraya.
Yang penting perjuangan untuk membawa kemajuan dan kedaulatan mesti dipertahankan







Saturday, April 05, 2008

Umno Tukar Umno Tukar Umno tu ka Umno 2 car

Panas memang panas bila telah ramai pemimpin bersuara mengenai pucuk pimpinan dan pemilihan didalam Umno sendiri yang terbaru mengenai pertembungan Dato seri Khir toyo dan Dato Mukriz Mahathir atau Khairy dan ramai lagi.
Rata-rata pemimpin mengatakan atau lebih tepat menyalahkan Pak Lah diatas prestasi buruk Pru12 baru-baru ini tetapi pemimpin manakah yang telah mula bergerak dan memperincikan sistem atau pun strategi yang harus digunakan Umno untuk terus relevan dalam perjuangan untuk rakyat Malaysia.
Sebenarnya tiada masalah dengan sistem atau pun agenda perjuangan Umno cuma perubahan perlu dilakukan mengikut suasana dan peredaran zaman.Seperti ditahun 50an saluran maklumat dan informasi mungkin hanya melalui mulut ke mulut(bukan CPR), surat-surat dan sebagainya tetapi dengan kemajuan teknologi seharusnya maklumat dan informasi terkini mestilah sampai ke golongan sasaran dengan lebih cepat dan efektif(uncle uncle pun dah guna Ym). Jika setiap bahagian dan cawangan telah mula bergerak dalam memberi keyakinan dan membina semula kepercayaan rakyat pasti ini lebih bermanfaat berbanding menyalahkan pemimpin atau pun mungkin ahli Umno sendiri telah hilang semangat dan kepercayaan atas diri sendiri.
Tukarlah sistem apa pun atau pun pemimpin mana sekali pun tetapi kalau tidak mahu berubah ia pasti akan menyebabkan segala usaha akan jadi sia-sia.Turunlah 100 Pak Lah pun dari langit pasti ia tidak akan membawa apa apa kesan. Seharusnya orang orang Umno perlu tanamkan semangat setia kawan terlebih dan keikhlasan dalam perjuangan dahulu supaya tidak timbul isu isu yang remeh yang boleh merosakkan parti.
Tidak kiralah KJ ke KT ke MM ke yang jadi Ketua Pemuda yang mesti diutamakan ialah persediaan dalam meneruskan agenda perjuangan dan perkembangan Umno ini kerana kalau hanya pemimpin yang bertukar tetapi tiada apa apa tindak balas atau inisiatif dari para ahli pun tidak ada gunanya.
Ini kerana mereka harus sedar yang perjuangan adalah untuk semua bukan untuk individu tertentu contohnya satu cawangan hanya akan ada satu ketua cawangan satu bahagian akan hanya ada satu ketua bahagian, bukan semua ahli Umno mahu jadi ketua cawangan atau pun ketua Bahagian.Mereka hanyalah wakil yang dipilih begitu juga ke peringkat yang lebih tinggi.
Kita kena mula bergerak kehadapan dan mengikut semula sistem yang betul dan sedia ada(jangan betulkan sistem anda dan jangan pandang belakang). Kerana perjuangan untuk masa hadapan yang lebih penting kerana jangan kerana silap hari ini generasi depan akan menyalahkan kita dan terus menjadi sejarah yang tidak mungkin padam selamanya.(padamkan lampu jimatkan tenaga)

Friday, April 04, 2008

Tok Mat Kasi Terang N sembilan

Kerajaan N Sembilan akan memperluaskan proses pencahayaan N Sembilan dengan menambah lampu lampu jalan di luar bandar dan semoga ini akan dapat mengurangkan risiko kemalangan dikawasan yang gelap dan berisiko tinggi.Kalau boleh Jalan Miku pun akan diletakkan lampu.Semoga dengan perkembangan ini akan menambahkan lagi kemajuan di N Sembilan dan semoga proses pembangunan di luar bandar akan dapat dipercepatkan.Ini akan dapat mengimbangkan pendapatan perkapita diantara penduduk bandar dan kampung kampung.Kerana majoriti penduduk di luar bandar ialah Melayu dan semoga ekonomi orang Melayu akan terus berkembang.Diharap juga kerajaan N Sembilan akan terus melaksanakan projek projek pembangunan di luar bandar dari masa ke semasa.(tapi orang kita jangan malaih)

untuk berita penuh
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/EdisiWilayah/20080404073506/Article/index_html


Tk Mt ado orang tanyo bilo nak buat blog?

Kok sumo orang buat blog sapo plak nak baco. Tetapi yang lebih penting dengan perkembangan dan pembaharuan pentadbiran di N Sembilan ini dijangka lebih memberi kesan kerana blog hanya dapat diakses oleh segelintir pengguna tetapi dengan penyelarasan pegawai kebajikan, penghulu, pegawai baitulmal dan penyelaras belia di semua 36 Dewan Undangan Negeri (DUN)
dan sebagainya yang lebih dekat dan memahami masalah semasa dan dekat kepada rakyat.Kepentingan teknologi memang tidak dapat dielakkan dan kepentingan Blog dan website akan diperlukan dengan lebih kritikal dimasa akan datang. Tapi janganlah pula kita terima aduan dan rungutan atuk atuk dan uwan uwan semuo lepak kek cyber cafe jo plak.

Majlis Makan Meraikan Pengundi& Petugas PRU12 DUN LENGGENG

Dengan segala hormatnya dijemput warga warga LENGGENG untuk menghadiri majlis jamuan bersama rakyat anjuran YB MUSTAPHA SALIM untuk menghargai sokongan dan tanda terima kasih kepada para petugas, pengundi dan sekalian warga Lenggeng terutamanya.
kehadiran Tuan/puan amatlah dialu alukan

Masa:830malam
Lokasi:Sekolah Kebangsaan Sungai Machang

Thursday, April 03, 2008

Boikot Barangan Buatan Belanda

Seharusnya ini menjadi titik tolak dan meningkatkan kesedaran kepada semua umat Islam tentang bahaya dan ancaman fitnah(filem fitna=fitnah).Kerana musuh musuh Islam akan sentiasa mencari jalan dengan memanipulasikan apa saja sumber dan berita untuk melemahkan Islam kerana dalam filem tersebut ayat yang digunakan berkenaan jihad hanya diambil bagi memburukkan imej Islam bukan keseluruahan ayat yang menyatakan tentang mempertahankan diri atau pun mereka telah diserang terlebih dahulu.Mari lah kita bersama sama untuk melakukan apa yang termampu untuk mempertahankan imej dan maruah Agama Islam.

Senarai produk Belanda diedar di masjid dan surau
KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda Umno dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan mengedarkan senarai produk Belanda menerusi masjid-masjid dan surau-surau supaya diboikot oleh seluruh umat Islam negara ini.
Dalam satu kenyataan bersama hari ini, Pemuda Umno dan PPIM berkata mereka telah mendapat persetujuan kerajaan menerusi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk memaparkan senarai barangan Belanda itu.
"Pengedaran senarai ini dalam usaha membantah penerbitan dan penyebaran filem dokumentari "Fitna" oleh Geert Wilders yang memfitnah dan mencemar nama baik Islam serta memutarbelitkan ayatayat AlQuran sebagai menganjur keganasan," kata kenyataan itu.
Sementara itu, Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) turut menyokong tindakan memboikot barangan Belanda yang menurutnya, jelas cuba mengaitkan Islam dengan keganasan.
"Bagi Mampat, perbuatan itu disengajakan bagi mengelirukan mereka yang tidak mengenali Islam dan menakut-nakutkan golongan bukan Islam mendekati Islam," kata Pengerusinya Mohamad Fauzi Abu Samah. BERNAMA

Ulama di Malaysia dan Indonesia juga telah sepakat untuk memboikot barangan dari Belanda
berita selanjutnya
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/BeritaUtama/20080402231652/Article/index_html

Pentadbiran N Sembilan Setapak Lagi ke Dopan

NS perkukuh pentadbiran peringkat akar umbi
SEREMBAN 2 April - Kerajaan negeri hari ini mengumumkan langkah-langkah mengukuhkan pentadbiran di peringkat akar umbi dengan melantik pegawai kebajikan, penghulu, pegawai baitulmal dan penyelaras belia di semua 36 Dewan Undangan Negeri (DUN).

berita penuh di
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0403&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_03.htm

Inilah langkah-langkah pro-aktif yang berani diambil oleh kerajaan N sembilan dalam memastikan keberkesanan sistem pentadbiran dan segala permasalahan dapat ditangani sewajarnya.Seharusnya sebarang aduan, cadangan, rungutan dan permasalahan akan sampai ke pihak pentadbiran dengan lebih telus, cepat dan efektif.
Sebenarnya banyak biro pengaduan yang telah diwujudkan seperti Biro Pengaduan Awam yang boleh dihubungi untuk melaporkan sebarang isu cuma yang kadang kadang peliknya mereka lebih gemar menggunakan saluran lain sebagai alternatif untuk menyampaikan maklumat atau pun aduan.Dengan wujudnya sistem baru ini diharap segala pengaduan akan dibuat berdasarkan kepentingan dan kebaikkan semua bukan lagi atas alasan mencari kelemahan orang lain atau pun untuk menujukkan kelemahan orang lain.
Diharap perubahan sikap juga perlu dalam menangani masalah sosial, budaya, ekonomi dan sebagainya. Buat mereka yang suka menangguk dia Ayer Keroh cubalah buktikan yang anda mempunyai kekuatan dan tahap daya fikir yang tinggi untuk semua masyarakat bukan dengan hanya menekankan kesilapan orang lain.

Dalam menangani masalah belia juga penyelaras belia akan ditempatkan di setiap Dun untuk memudahkan proses pengaduan dan penyampaian maklumat ke akar umbi.Penglibatan para belia juga diharap dapat meningkatkan lagi mutu dan taraf perkhidmatan kerana komunikasi dua hala amatlah diharapkan supaya segala permasalahan dan isu dapat dikenal pasti dan ditangani sewajarnya.

Tidak lupa buat ahli ahli Kelab Umno Uk syabas dan tahniah atas keperihatinan dalam usaha untuk menyelamatkan akidah seorang muslim(Sufiah).Sama-samalah kita berdoa semoga dia akan kembali kepangkal jalan

Doa untuk melembutkan hati
Hendaklah membaca surah Taa'haa dari ayat satu hingga enam dan juga surah Al-Hajj ayat dua puluh satu hingga dua puluh empat

[1] Taa' Haa [2] Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan [3] Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah [4] (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi [5] Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy [6] Dia lah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi serta yang ada di antara keduanya dan juga yang ada di bawah tanah basah di perut bumi

Surah Al-Hajj
[21] Dan mereka pula disediakan batang-batang besi untuk menyeksa mereka

Wednesday, April 02, 2008

Tanpa Pengorbanan Tiada Kejayaan

hasil keringat geng Umno Paroi Jaya

Tahniah kepada pentadbiran Dato Seri Mohd Hasan kerana telah berjaya menjimatkan kos perbelanjaan kerajaan negeri dengan pemberhentian elaun pejabat kepada semua Adun di Negeri Sembilan yang berjumlah Rm1500 sebulan.Ini dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan Negeri berjumlah hampir rm650 setahun.inisiatif ini seharusnya diamalkan dan dilaksanakan disetiap badan badan kerajaan yang mana Dato Seri Mohd Hasan juga memutuskan untuk menggunakan semula kereta Perdana V6 untuk ahli Exco yang dibeli pada tahun 2004 dan seterusnya dapat menjimatkan perbelanjaan tidak perlu untuk kenderaan baru.ini adalah kerana kenderaan tersebut masih lagi dalam berkeadaan baik dan boleh digunakan.

Seterusnya perbelanjaan tersebut boleh disalurkan pada tujuan lain yang lebih memerlukan perhatian seperti kemudahan infrastruktur, kemudahan asas dan sebagainya. Di samping itu juga ia dapat mengembalikan semula kepercayaan rakyat atas dasar atau sistem yang lebih telus di dalam pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan dimana perlaksanaan sistem baru dan bersistematik akan dapat menjamin kesejahteraan rakyat Negeri Sembilan.

Walau pun dalam PRU12 baru-baru ini bolehlah dikatakan rakyat Negeri Sembilan menang sorak kampung tergadai dengan memberi undi protes kepada pakatan pembangkang dan yang lebih malang lagi bilamana DAP lebih banyak memenangi kerusi bagi pihak pembangkang.Suasana atau pun fenomena bergolak kemungkinan tidak terlalu dirasai kerana Barisan Nasional masih lagi mampu mengekalkan majoriti mudah dalam PRU12 tidak seperti yang berlaku di negeri-negeri seperti Selangor dan Perak yang mana tiada kesepakatan dalam membuat keputusan untuk mentadbir sebuah negeri.Ini jelas menunjukkan yang taraf muafakat antara mereka adalah terlalu dangkal inikan pula hendak mentadbir sebuah negeri apalagi sebuah negara.

Seharusnya Umno kini lebih fokus kepada kehendak rakyat dan keperluan semasa kerana menyalahkan rakyat juga tidak akan membawa kepada apa-apa kebaikkan dan mencari salah orang juga bukan budaya Umno.Sama-samalah Umno disetiap peringkat Negeri, Bahagian, Cawangan dan akar umbi mengembeling tenaga untuk mengenalpasti dan bertindak atas apa-apa isu yang dibangkitkan. Janganlah hanya menerima aduan seperti melepas batuk ditangga tanpa ada sebarang usaha untuk mengatasi masalah atau pun isu yang dibangkitkan rakyat kerana setiap isu mestilah diteliti dan diperhalusi walaupun keputusan yang dibuat ada untuk kebaikkan bersama.Wakil rakyat juga seharusnya mula kenal dan faham apa itu erti wakil rakyat kerana mereka wakil yang dipilih rakyat bukan wakil menteri yang mana seharusnya mereka lebih mudah didekati dan mendekati rakyat.Kerana wujud fenomena dimana para yb yang dipilih merasakan jawatan yang dipegang itu adalah untuk bermegah dan ego seharusnya tidak ada dalam falsafah seorang Yb. Sekarang ialah masa untuk bertindak bukan lagi masa untuk bermenung kerana masa depan rakyat dan negeri yang akan menjadi taruhan.

Sekian terima kasih

Yb Bukit Putus

Tuesday, April 01, 2008

Kata demi kata

Satu daripada kesempurnaan iman seseorang ialah kemampuannya untuk mengucapkan perkataan yang baik-baik. Sekiranya ia tidak mampu, maka cukup memadailah dengan sikap diamnya. Dalam hal ini sahabat Abu Hurairah ra. berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:"Barang Siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah ia berkata baik atau (lebih baik) berdiam."(Hadith Riwayat: Bukhari dan Muslim)

Pada hadith di atas, terdapat dua perkara yang menjadi kesempurnaan iman seseorang. Yakni sentiasa berkata baik dan bersikap diam. Berkata baik bagi orang yang mampu dan memiliki ilmu untuk berbuat dernikian. Diam adalah bagi orang yang tidak marnpu berkata-kata dengan kebaikan atau bagi tujuan meninggalkan ucapan celupar yang tidak berfaeclah bahkan menyakitkan hati orang lain.
Hasan al-Basri berkata: "Telah sarnpai (satu berita kepadaku) bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud sebagai berikut: "Allah SWT mernberi rahmat kepada seorang harnba yang berkata-kata lalu ia mernperolehi faedah, atau ia diam yang menjadikan dirinya selarnat."(Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Dunya dan al-Baihaqi dari Anas dengan sanad daif) Terdapat seorang lelaki meminta nasihat kepada Nabi Isa as. Ia berkata: "Tunjukkanlah kepadaku suatu amal yang membawa aku masuk syurga!" Nabi Isa menasihati: "Janganlah karnu bercakap selama-lamanya." Ia menjawab: "Sesungguhnya saya tidak akan sanggup, berbuat demikian."
Lalu Nabi Isa pun berkata: "Janganlah kamu bercakap sehinggalah ia berfaedah dan membawa kebaikan." Nabi Sulaiman bin Daud as. pula bersabda: "Bercakap itu ibarat perak dan diam adalah ibarat emas." Pada hadith yang lain Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Simpanlah lidahmu kecuali membawa kebaikan, kerana dengan demikian bererti engkau telah dapat mengalahkan syaitan." (Diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dari sahabat Abu Zar) Sahabat Ibnu Mas'ud ra.berkata: "Rasulullah SAW bersabda: "Manusia itu ada tiga macam.
Ada yang mendapat pahala, ada yang selamat dari seksaan dan ada pula yang binasa. Yang mendapat pahala adalah orang yang mengingati (berzikir) kepada Allah SWT, yang selamat dari dosa adalah orang yang diarn, dan yang binasa adalah orang yang terperangkap kepada perbuatan (perkataan) batil." (HR at-Tabrani) Baginda Rasulullah SAW memberi garis panduan tentang perbezaan yang ketara antara lidah orang mukmin dan lidah orang munafik. Sabda baginda SAW sebagai berikut yang bermaksud: "Sesungguhnya lidah orang mukmin itu di belakang hatinya. Apabila berkehendak ingin mengatakan sesuatu, nescaya difahaminya (lebih dahulu) menerusi hati kemudian baru dilakukannya dengan lidahnya.
Ada pun lidah orang munafik pula berada di hadapan hatinya. Apabila ia bercita-cita terhadap sesuatu nescaya dilakukannya dengan lidah dan tidak difahami sama sekali dengan hatinya."(Diriwayatkan oleh al-Kharaithi dati Hasan al-Basri) Jika diperhatikan kandungan hadith di atas, sesungguhnya orang yang bercakap lepas atau dengan kata lain mulut yang celupar adalah sebahagian dari sifat dan sikap orang munafik. Kerana itu seorang muslim jika ia akan bercakap mesti difikirkan lebih dahulu adakah mengandungi faedah atau sebaliknya. Segala risiko yang akan berlaku akibat percakapan yang diucapkan akan difahami dengan sepenuhnya sehingga sama sekali tidak membawa mudarat bagi dirinya dan orang lain.
"Sesiapa yang banyak percakapannya nescaya mereka terdedah kepada kesilapan. Sesiapa banyak kesilapannya nescaya banyaklah dosanya. Dan siapa yang banyak dosa nescaya neraka adalah lebih utama baginya."( HR Abu Na'im) Terdapat beberapa asar (yakni ucapan dan perbuatan para sahabat), di antaranya adalah seperti berikut; Ibnu Thaus menyifatkan lidah sebagai binatang buas, jika tidak dijinakkan nescaya ia akan menerkam mangsanya. Seterusnya ia berkata: "Lidahku itu adalah binatang buas, jika aku lepaskan, nescaya ia akan makan diriku." Wahab bin Munabih, seorang sahabat yang banyak mengetahui cerita nabi-nabi Israel berkata: "Adalah menjadi hak ke atas orang yang berakal untuk mengetahui keadaan zamannya, menjaga lidahnya dan menghadapi segala persoalan dengan baik.
" Hasan Al-Basri berkata: "Tiada memahami agamanya bagi orang yang tiada menjaga lidahnya." Umar bin Abdul Aziz ra, salah seorang Khalifah dan daulah Bani Umaiyah yang paling terkenal dengan kealiman, kewarakan dan keadilannya, telah mengutus surat kepada Al-Auzai sebagai berikut ; "Amma Ba'du, sesungguhnya orang yang banyak mengingati mati, nescaya ia redha dengan seclikit dari apa yang diperolehi di dunia. Dan orang yang banyak menghitung perkataannya dari perbuatannya, nescaya akan menjadi sedikit percakapannya, ia hanya akan berkata ketika ada keperluan." Sesungguhnya diam itu mempunyai dua kelebihan bagi seseorang, iaitu akan menjadi selamat agamanya dan boleh memahami temannya.
Kerana itu benarlah kata Muhammad bin Wasi kepada Malik bin Dinar. "Bahawa menjaga lidah itu lebih sukar bagi manusia berbanding menjaga dirham dan dinar (yakni menjaga harta benda)." Diceritakan bahawa Al-Mansur bin al-Mu'taz salah seorang tokoh Sufi terkenal, beliau tiada bercakap walau satu patah perkataan pun sesudah solat Isyak selama 40 tahun. Al-Rabin bin Khaisam pula tiada bercakap dengan perkataan dunia selama 20 tahun. Pada suatu hari ia ditanya tentang sebab-sebab ia diam.
Maka ia menjelaskan sebagai berikut: "Ketahuilah bahawa bahaya lidah itu sangat banyak, antaranya ialah bohong, mengumpat, marah, riya', nifak, mengkeji, berbantah-bantahan, menyakiti orang lain, mencabul kehormatan orang lain dan sebagainya." Salah satu cara untuk memberikan motivasi kepada diri agar tidak banyak bercakap adalah sentiasa ingat dan yakin bahawa tiada satu patah perkataan yang diucapkan melainkan ianya akan dicatitkan oleh malaikat. Sebagaimana firman Allah SWT: "Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya)." (Al-Qaf :18)
Setiap perkataan tidak pernah terlepas dari salah satu empat keadaan iaitu: mengandungi mudarat semata-mata, mengandungi manfaat, terkandung di dalamnya manfaat dan mudarat dan yang terakhir tidak ada manfaat dan juga mudarat. Yang mengandungi mudarat, maka lebih baik dan bahkan mesti diam sahaja. Begitu juga yang mengandungi manfaat dan mudarat, maka ia bagaikan satu pertaruhan yang mungkin rugi ataupun untung. Jika diam maka sudah mesti dia akan beruntung. Adapun yang mengandungi manfaat, selalunya akan disertai satu kemudaratan sebagai cabaran terhadapnya. Yang terakhir pula yakni ucapan yang tiada mengandungi manfaat dan mudarat, maka sesungguhnya ia adalah sia-sia belaka sekiranya diucapkan.

Practical Move is Better than Lip Service

Syabas Dato seri Mohd Hasan kerana terus meneruskan pembangunan di Negeri Sembilan, inilah yang dicari dan diperlukan oleh rakyat pemimpin yang kurang bercakap tetapi banyak membuat kerja dan perubahan.Soal kepercayaan rakyat tidak timbul kerana lama kelamaan rakyat pasti akan sedar siapa yang buat kerja dan siapa yang jadi penglipur lara

Berita Selanjutnya

Dasar Pencahayaan NS diperluas
SEREMBAN 31 Mac – Kerajaan negeri kini giat menjalankan Dasar Pencahayaan Negeri Sembilan yang kini dijalankan di kawasan luar bandar.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, dasar yang mula diperkenalkan pada tahun lepas kini rancak dijalankan dengan menggunakan lampu-lampu elektrik dan kuasa solar bagi kawasan-kawasan berkenaan
“Kita telah mulakan pemasangan lampu-lampu berkenaan di jalan-jalan bukan utama dan jalan utama dan diikuti di kawasan kampung kerana saya fikir tidak adil jika orang bandar sahaja yang menikmati kemudahan ini.
“Bil elektrik seperti yang kita maklum akan ditanggung sebanyak 50 peratus oleh Kerajaan Pusat di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di kawasan bandar, akan juga dimohon untuk kawasan luar bandar pada kadar yang sama,’’ jelasnya.
Justeru, katanya, permohonan tersebut akan dikemukakan kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Bagaimanapun, dasar berkenaan bergerak perlahan oleh kerana kekurangan prasarana seperti tiang-tiang lampu oleh vendor-vendor pembekal Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan bukannya kerana kekurangan tenaga elektrik.
Mohamad menjelaskan, pemasangan lampu di kawasan tersebut adalah penting dalam mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.
“Kita tidak mahu jalan-jalan utama di kawasan luar bandar terus gelap dan banyak kemalangan berlaku disebabkan orang dari luar menggunakan laluan tersebut.
“Kadang-kadang mereka yang menggunakan jalan raya tersebut kemalangan oleh kerana mereka tidak dapat melihat dengan jelas ketika memandu dan saya fikir pemasangan lampu berkenaan perlu dijalankan,” katanya.
Beliau berkata, setakat ini dua kawasan telah menikmati kemudahan pencahayaan yang melibatkan kawasan luar bandar seperti di Rembau dan Kuala Pilah.

This page is powered by Blogger. Isn't yours?