Tuesday, April 01, 2008

Practical Move is Better than Lip Service

Syabas Dato seri Mohd Hasan kerana terus meneruskan pembangunan di Negeri Sembilan, inilah yang dicari dan diperlukan oleh rakyat pemimpin yang kurang bercakap tetapi banyak membuat kerja dan perubahan.Soal kepercayaan rakyat tidak timbul kerana lama kelamaan rakyat pasti akan sedar siapa yang buat kerja dan siapa yang jadi penglipur lara

Berita Selanjutnya

Dasar Pencahayaan NS diperluas
SEREMBAN 31 Mac – Kerajaan negeri kini giat menjalankan Dasar Pencahayaan Negeri Sembilan yang kini dijalankan di kawasan luar bandar.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, dasar yang mula diperkenalkan pada tahun lepas kini rancak dijalankan dengan menggunakan lampu-lampu elektrik dan kuasa solar bagi kawasan-kawasan berkenaan
“Kita telah mulakan pemasangan lampu-lampu berkenaan di jalan-jalan bukan utama dan jalan utama dan diikuti di kawasan kampung kerana saya fikir tidak adil jika orang bandar sahaja yang menikmati kemudahan ini.
“Bil elektrik seperti yang kita maklum akan ditanggung sebanyak 50 peratus oleh Kerajaan Pusat di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di kawasan bandar, akan juga dimohon untuk kawasan luar bandar pada kadar yang sama,’’ jelasnya.
Justeru, katanya, permohonan tersebut akan dikemukakan kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Bagaimanapun, dasar berkenaan bergerak perlahan oleh kerana kekurangan prasarana seperti tiang-tiang lampu oleh vendor-vendor pembekal Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan bukannya kerana kekurangan tenaga elektrik.
Mohamad menjelaskan, pemasangan lampu di kawasan tersebut adalah penting dalam mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.
“Kita tidak mahu jalan-jalan utama di kawasan luar bandar terus gelap dan banyak kemalangan berlaku disebabkan orang dari luar menggunakan laluan tersebut.
“Kadang-kadang mereka yang menggunakan jalan raya tersebut kemalangan oleh kerana mereka tidak dapat melihat dengan jelas ketika memandu dan saya fikir pemasangan lampu berkenaan perlu dijalankan,” katanya.
Beliau berkata, setakat ini dua kawasan telah menikmati kemudahan pencahayaan yang melibatkan kawasan luar bandar seperti di Rembau dan Kuala Pilah.

Comments: Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?