Thursday, April 10, 2008
Satu Kapal Satu Nakhoda
SEREMBAN: “Bila laut bergelora, jangan pula kita mudah tak percayakan nakhoda,” kata Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan berhubung sikap sesetengah ahli Umno yang masih menuding jari menyalahkan satu sama lain berhubung prestasi buruk Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 lalu.Sambil menyifatkan Umno sebagai sebuah kapal yang sedang belayar dan diancam gelora di tengah perjalanan, Mohamad berkata, setiap ahli sebagai anak kapal perlu bekerjasama menggerakkan peranan masing-masing supaya bersama-sama sampai ke pelabuhan dengan selamat dan bukannya menyalahi satu sama lain termasuk mengkritik kepimpinan tertinggi.“Lautan mana tidak bergelora, tetapi bila laut berombak kita jangan pula terjun dari kapal tinggalkan nakhoda seorang diri atau kita campak dia ke laut.
berita penuh
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Thursday/Setempat/20080410102630/Article/index_html
Lanjutan dari kisah tikam belakang.Seharusnya ini menjadi titik tolak kepada kebangkitan semula Umno dan warganya supaya segala kesilapan dan kekurangan dapat ditebus semula.Juga peluang yang akan diberikan bila Mt Umno telah mencadangkan para para calon yang ingin bertanding pada pemilihan nanti diberi peluang untuk berucap dan berbahas sekaligus dapat menunjukkan keterampilan dan kredibiliti mereka yang bertanding sebagai calon dengan idea-idea bernas dan wawasan perjuangan bukan dengan cara memburuk burukan orang lain.
Kapal mana pun yang belayar pasti akan karam jika para kelasinya takut bermain ombak dan tiada tujuan dalam pelayaran.(kapal api betol2 kaw)Jika kapal tanpa kelasi juga tidak berguna kerana Nakhoda juga tidak dapat belayar sendiri.(lancang kuning belayar malam)
Ahli-ahli Umno juga akan mendapat peluang untuk bertukar tukar pendapat dan buah fikiran bila Umno N Sembilan bercadang menganjurkan Konvensyen Umno di negeri ini tidak lama lagi dalam usaha untuk memberi peluang kepada setiap ahli Umno terutama akar umbi bertukar-tukar pandangan menerusi sesi dialog yang disediakan.Gunakanlah peluang dan pentas yang ada untuk menyuarakan isu atau pendapat.Biarlah kecemerlangan Umno dirasai semua dan untuk kebaikkan semua.
Doa Nabi Isa:" Ya Allah Ya Tuhanku aku cemerlang jika umat disekelilingku juga cemerlang"
Juga tahniah diucapkan kepada Yayasan Sofa N Sembilan kerana membiayai penubuhan Universiti Al Azhar yang akan membuka kampus cawangannya di Rembau dan dijangka mula beroperasi 2 tahun lagi.Semoga dengan penubuhan kampus ini akan mencetuskan dan meramaikan lagi kelahiran cendekiawan dan ilmuwan Islam di Malaysia terutamanya di Negeri Sembilan.Seharusnya peluang ini dimanfaatkan sepenuhnya kerana inilah kali pertama Universiti Al Azhar akan membuka cawangannya di luar Mesir.Diharap para pelajar yang sedang berada di Universiti AlAzhar dapat memberikan gambaran menyeluruh dan berkongsi pandangan serta pendapat yang bernas bagi para pelajar yang berminat untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Al Azhar. Majlis pecah tanah dijangka disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, Sabtu ini 12/04/2008.
Berita Penuh
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/EdisiWilayah/20080410072538/Article/index_html

Comments:
<< Home
bukan kita tak percayakan nakhoda, tetapi kita sangsi orang yang berbisik ditelinga nakhoda. Entah mengapa nakhoda pulak mendengar cakap sipembisik, apa lagi tiang layar bagai nak patah menyonsong angin. Anak kapal yang setia seperti kita tunggang langgang mabuk laut sedangkan kapal hilang pedoman. Dalam hal seperti ini wajib nakhoda diganti untuk selamatkan kapal daripada karam.
Post a Comment
<< Home