Tuesday, April 29, 2008

'Jangan tuduh sebarangan' Dato Seri Mohd Hassan

SEREMBAN 28 April - Perbahasan sidang Dewan Undangan Negeri hari ini menjadi hangat seketika apabila Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan meminta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repah (DAP), S. Veerappan supaya mengemukakan bukti atas tuduhannya wujud ketidakadilan dan unsur berat sebelah dalam pembahagian kontrak kerajaan di negeri ini.
Mohamad (BN-Rantau) berkata, kerajaan negeri mengamalkan sistem tender terbuka dan kontraktor yang berkelayakan boleh menyertai tender yang ditawarkan mengikut kesesuaian kelas masing-masing.
Katanya, memang ada beberapa kontrak yang ditawarkan secara tertutup namun ia hanya melibatkan projek-projek yang memerlukan kepakaran tertentu.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0429&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_01.htm

Satu lagu contoh ketidakmatangan pihak pembangkang di dalam dewan undangan negeri yang mana mungkin terbawa bawa sikap tanpa usul periksa ke dalam dewan yang mulia ini.Sebagai seorang pemimpin mereka harus menimbang dan menyiasat secara terperinci sebelum melakukan sesuatu tindakan atau pun tuduhan yang tidak berasas.Bagaimanakan mereka hendak menyelesaikan masalah rakyat atau pun isu isu penting jika tindakan yang dibuat tanpa usul periksa.Rakyat sekarang lebih bijak untuk menilai dan kita akan mengetahui samada mereka yang dipilih itu boleh memimpin dan menyumbang untuk kemajuan dan kebaikkan bersama.Jika mahu membawa isu biarlah ia yang membawa kebaikkan bersama bukan hanya isu isu politik yang hanya memberi kepentingan peribadi.Tetapi bagaimanapun Adun Repah itu telah menarik semula tuduhannya bila beliau mungkin sedar dan mengakui kesilapan yang dilakukannya.
Hari ini juga Dato Ishak Ismail bekas ADUN Lenggeng merangkap Ketua Bahagian Seremban melaporkan kepada BPR berkenaan salah laku Yab Dato Seri Mohd Hasan yang didakwa melakukan penyelewengan didalam pentadbiran kerajaan N sembilan tetapi yang menjadi persoalannya mengapa hanya isu isu begini sahaja yang diketengahkan sedangkan isu ini telah lama pd tahun 2004 dulu...apa pun mungkin beliau ada pertimbangan serta perkiraan sendiri yang tidak diketahui akan nawaitu beliau cuma dirasakan ada keutamaan isu-isu yang lebih penting dan utama untuk di perjuangkan seperti pembangunan modal insan serta pengembangan perekonomian serta pelan pembangunan terperinci di bahagian Seremban, kerosakkan kepada alam sekitar, penempatan kaum asli yang kini boleh dilihat dari jalan besar, keruntuhan moral muda-mudi, sosio pembangunan serta penambahbaikkan mutu dan taraf pencapaian pendidikan orang Melayu berbanding kaum lain dan berbagai-bagai lagi isu yang penting.Kami amat berharap dan berdoa pemimpin-pemimpin yang benar-benar ikhlas dan berkaliber akan muncul dalam menerajui pimpinan Umno Bahagian Seremban yang dicintai ini kelak. Berjuanglah dengan penuh keikhlasan demi kepentingan semua terutamanya orang Melayu dan memacu anak bangsa kearah yang lebih berfaedah dan bukan sekadar beretorik dan berpolemik semata-mata dan membuang masa serta asyik menyalahkan orang lain sahaja tanpa melihat gajah didepan mata tapi nyamuk diseberang jelas kelihatan . Mungkin tidak sopan dan wajar jika kami meminta supaya Dato Ishak untuk melepaskan jawatan sebagai Ketua Bahagian tetapi kami percaya yang perubahan yang agak kritikal amat diperlukan di Bahagian Seremban ini supaya lebih banyak aktiviti aktiviti penjanaan perekonomian yang mampan dan terancang, dasar bantuan dan pengembangan pendidikan dapat dilaksanakan dengan lebih baik dan efisyen disamping membantu kepimpinan tempatan serta khususnya YAB Dato Seri Hj. Mohamad B. Hj. Hassan dan Presiden serta Timbalan Presiden Umno dalam proses memperkasakan semula UMNO setelah melalui detik sejarah yang agak mengecewakan baru-baru ini. bersamalah kita bangun dan bukan sekadar menuding jari sahaja kerana jika satu jari ditunjuk pada orang lain, sebenarnya sekurang-kurangnya 3 jari pula yang mengarah kapada kita. muhasabah dirilah sesama kita....semuga pemerintahan YAB Dato Menteri Besar akan mendapat keberkatan serta perlindunganNYA dalam ap yang direncanakan yang terbaik bagi negeri ini. ikutlah resmi lidi...kalau sebatangn ianya mudah di patah...tapi kalau segengam, belakang orang boleh di sesah. salam perjuangan dari saya.....

Comments:
salam...apa nak jadi dengan pemimpin sekarang ni? tak dapat kepala..kaki nak nak di keting...tak dapat kuasa..satu negeri nak dibuat bising . kenapa...??? tak percaya kapada Qada dan Qadar ALLLAH S.W.T ke orang-orang ni? dah hilang pertimbangan ke orang2 yang sebegini...?? tapi nama pun dah pembangkang...dah kerja "kawan" mcm tu camne rupe yop!!! tapi kalau orang UMNO perangai lebih dari pembangkang....camna la gamaknya yop??? ngabeh boreh yo layan orang2 mcm ni. Carry on tok mat...ignore orang2 yang tak matang dalam pemikiran dan majukanlah negeri,majukan bangsa dan perkukuhkan kekuatan ukhwah sesama kita sebangsa dan seagama tanpa ada curiga sesama kita. lantak pi lah sama orang x puashati...nak layan sangat pun sampai bila nak maju. kami di paroi jaya akan membantu apa yang mampu...selamat panjang umur dan sihat selalu.
 
tak abis2 org melayu nak beramuk sesama sendiri, bangsa lain tepuk tangan. akhirnya nanti org melayu mng sorak, kampong tergadai, tanahair milik org. kok tok sahak nak report BPR pi lantaklah, masing-masing ada hak, janji ada bukti kukuh, ikut peraturan, biar undang2 tentukan, berani kerana benar. kalau stakat ckp berdegar2 mcm anjing menyalak bukit, bukti tak da, nak repot pun takut... mcm tin kosong, lbh baik diam. kok tok mat tak salah, berada di pihak yg benar, nak takut apa?, stay cool & steady lah, betul tak tok?! yg aku heran... korang plak yg mcm cacing kepanasan ni, knape? ada saham ke?
 
kono jual la n9 ni hahaha..mat hasan ngojokan bertigo beradik. kok tak org tak panggil dio amad pemongak.
 
Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?