Tuesday, April 22, 2008

Rais: Tun Dr. Mahathir sekadar sebut nama saya

PUTRAJAYA 21 April - Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menganggap kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menamakan beliau sebagai bakal Perdana Menteri adalah 'sebutan semata-mata'.
Menurut Rais, beliau lebih senang menjalankan tugas sebagai Menteri Luar dan yakin dengan usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memulihkan imej UMNO.


Berita Penuh
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0422&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_04.htm

Pemimpin datang dan pergi dan adalah mustahil untuk setiap pemimpin mempunyai kredibiliti atau pun perwatakan yang sama.Ini terbukti yang dari zaman Rasulallah S.A.W lagi pun pemimpin datang dan pergi dan jatuh bangun sesuatu kerajaan itu juga bergantung kepada rakyat dan pengaruh masyarakat itu sendiri.Ini jelas terbukti yang walaupun sesuatu kaum itu diutuskan pemimpin yang hebat tetapi tidak semestinya kaum itu akan berjaya jika mereka tidak mempunyai iltizam atau pun kemahuan untuk berubah.

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. (QS 13:11)

Seperti di Malaysia yang tercinta ini adakah jaminan bila kepimpinan ditukar ia akan membawa kebaikkan atau adakah persediaan untuk sesuatu keadaan yang tidak dijangkakan atau pun pelan kedua yang mana telah sedia jika berlaku sebarang keadaan yang tidak diingini.Seperti komen diatas jika peralihan kuasa berlaku dengan lebih cepat adakah jaminan yang mereka menerima tampuk pimpinan pasti akan lebih baik dari Pak Lah atau sudah adakah pelan penerimaan kuasa yang telah disediakan supaya peralihan benar benar dalam keadaan harmoni.Adakah mereka telah benar benar bersedia untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia bukan hanya Presiden Umno atau pun hanya wakil untuk negeri tertentu.Pelan pembangunan untuk orang Melayu adakah sudah disediakan sewajarnya atau pun rakyat akan mendengar alasan 'saya baru menerima tampuk pimpinan so tunggu lah dulu'.Telah menjadi trend atau pun budaya bila seorang bersuara yang lain lain pun akan bersuara atau pun budaya kem sana kem sini masih lagi wujud didalam Umno.Kita seharusnya membantu Presiden dalam memperbetulkan Umno bukan hanya terus menerus menyalahkan orang lain.Budaya kem ni tidak lagi relevan kerana perjuangan untuk orang orang Melayu mestilah dalam keadaan menyeluruh bukan hanya kem tertentu dan isyarat ini telah diterima dengan jelas dalam PRU12.Seperti komen Dr Khir Toyo ini lebih kepada luahan orang yang kecewa jika dia benar benar berwibawa dia seharusnya mempunyai pelan sendiri dengan tidak membiarkan Selangor bertukar angin bukanlah hanya menyalahkan Pak Lah seorang begitu juga dengan Dato Ishak Ketua Bhgn Seremban yang menyalahkan orang lain sedangkan salah sendiri cuba ditutup.Rata-rata sekarang ini rakyat lebih bijak berfikir sekarang dan menilai dengan mata dan fikiran yang terbuka.Jika kita sayangkan Umno dan orang Melayu berubahlah dan muhasabahlah kearah corak politik yang berkualiti.Janganlah nak jadi hero bila semuanya telah diketahui kenapa tidak ada pelan yang bernas untuk orang orang Melayu yang boleh dilaksanakan sebelum pilihanraya atau pun dalam keadaan semasa.
Jangan lupa rakyat sekarang bukan lagi pekak dan buta.

Comments:
Pemimpin memang datang dan pergi...dari itu yang pergi tu pergi terus ajalah, takyah tgengok2 belakang lagi,kalau mana yang betul tu, pemimpin akan sambungkan, yang tak betul tu tu, akan dibetulkan,ni kalau sibuk lagi nampak sangat bodohnyeee..macam khir toyo t, banyak sangat tak betul,nsak elak dari media kejar pasal tak betul dia, timbulkan isu tak bernas pasal pemimpin sekarang..balik tidola khir toyo!!!
 
Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?