Friday, April 11, 2008

Ladang Rakyat atasi import buah, sayur

KUALA KLAWANG: Negeri Sembilan menyasarkan untuk mengurangkan kebergantungan terhadap sayur-sayuran dan buah-buahan import apabila projek 'Ladang Rakyat' yang diwujudkan di setiap daerah di negeri ini dilaksanakan secara menyeluruh dan sistematik dalam tempoh dua tahun lagi. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Yunus Rahmat, berkata beliau yakin pengeluaran sayur-sayuran dan buahan-buahan secara berterusan serta mampu memenuhi permintaan daripada projek berkenaan juga akan dapat menstabilkan harganya di pasaran tempatan. "Ketika ini kita terpaksa mengimport sayur-sayuran dan buah-buahan berikutan masalah bekalan dari dalam negeri yang tidak mencukupi sehingga menyebabkan harganya meningkat hingga membebankan orang ramai.
"Jadi, menerusi konsep 'Ladang Rakyat' yang diperkenalkan Menteri Besar (Datuk Seri Mohamad Hasan), kita harap mampu mengeluarkan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan untuk kegunaan tempatan, sekali gus mengurangkan harganya di pasaran serta lebihannya pula boleh dipasarkan di luar negeri ini," katanya.
Berita Penuh
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/EdisiWilayah/20080411104209/Article/index_html


Ini adalah peluang yang terbuka untuk para penduduk disetiap daerah di N sembilan terutamanya didalam meningkatkan taraf ekonomi dan juga mengurangkan kebergantungan kepada produk impot.Ia juga dapat membantu kearah pengeluaran produk halal dan bermutu.Satu lagi usaha dari kerajaan N Sembilan yang dijangka dapat menjana pulangan lumayan kepada pengusaha jika dilakukan secara bersistematik dan teratur dan juga dengan penggunaan teknologi yang moden, diharap Jabatan Pertanian N Sembilan akan membuat lebih banyak roadshow atau pun seminar mengenai kepentingan sektor pertanian disamping menarik minat terutamanya golongan belia untuk menyertai bidang pertanian.Mungkin pendedahan yang lebih terperinci boleh menambahkan minat para belia untuk menyertai sektor pertanian yang boleh menjamin pulangan yang lumayan. Peranan Jabatan Pertanian dalam menarik minat golongan belia amatlah diharapkan supaya minda mereka akan lebih terbuka menerima bidang pertanian sebagai bidang kerjaya.Umno Paroi Jaya bersedia bersama sama Jabatan Pertanian dalam sebarang aktiviti atau pun usaha usaha untuk mewujudkan Ladang rakyat di Negeri Sembilan.Kita tidak boleh menyalahkan belia 100% kerana mereka mungkin tidak dapat pendedahan yang cukup atau pun cara penyampaian maklumat mungkin masih di takuk lama dan ini tidak dapat membuka minat mereka.Mungkin dengan penggunaan teknologi terkini dapat mengubah persepsi masyarakat mengenai pertanian dan mungkin juga satu hari nanti kita boleh membeli terus dari ladang dengan hanya menghantar sms atau pun dengan secara online sahaja.
Mari Kita Ke Ladang.

Comments: Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?