Friday, April 25, 2008

UMNO melarang pengundian ala 'sistem rakit'

KUALA LUMPUR 24 April - UMNO melarang pengundian ala 'sistem rakit' yang menetapkan 'kabinet bayangan' kepimpinan tertinggi secara pakej atau kem untuk dipilih oleh perwakilan pada pemilihan semua peringkat parti tahun ini.
Peraturan itu terkandung dalam Tataetika Ahli UMNO terbaru yang diluluskan oleh Majlis Tertinggi (MT) pada mesyuarat yang dipengerusikan Presiden parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini.


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0425&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm

Semoga ahli Umno di Bahagian Seremban akan membuat pilihan dengan bijak dan sewajarnya.Bukan hanya mengikut telunjuk pemimpin tertentu dan inilah peluang yang ada untuk menentukan halatuju dan matlamat perjuangan Umno.Bermula di peringkat cawangan setiap ahli seharusnya memilih Ketua yang beretika dan bertanggungjawab kepada ahli dan bangsa Melayu bukan hanya jadi tukang angguk dan geleng-geleng ketua bahagian sahaja.Renungkan masa depan anak bangsa Melayu dan renungkan juga sumbangan yang selama ini telah pun dilakukan adakah berbaloi untuk memilih orang yang sama atau pun kita berikan kepercayaan kepada mereka yang lebih berkaliber.Kita seharusnya memilih mereka yang boleh membantu kepimpinan diperingkat yang lebih tinggi seperti pentadbiran Dato Seri Mohd Hasan dan juga Presiden Umno.Sebenarnya akar umbi akan menentukan kekuatan sebenar sesuatu bangsa kerana bila tiba pilihanraya akar umbilah yang akan menentukan kerajaan yang bakal dipilih.Peluang harus diberikan kepada muka baru yang berani dan bermatlamat dalam meneruskan perjuangan Umno supaya Umno dapat mengembalikan kegemilangan dan kepercayaan rakyat.Kita perlukan pemimpin muda dibahagian Seremban yang mana mempunyai variasi dan berpandangan jauh bukan sekadar pemimpin yang terjerit jerit tetapi tiada perlaksanaan yang seimbang untuk kemajuan orang Melayu dan bukan sekadar melepas batuk ditangga dan yang paling utama bukan pemimpin yang hanya mencari kesalahan orang lain.Kita perlukan pemimpin yang mempunyai visi yang jelas, idea idea dan perlaksanaan apa yang diucapkan bukan sekadar menabur janji janji kosong.Semua jentera yang terlibat diharap dapat melaksanakan tanggungjawab seikhlas mungkin demi untuk bangsa Melayu samada Puteri, Pemuda, Wanita dan Cawangan Umno.Pilihlah ketua yang benar benar berwibawa bukan hanya kata kata sahaja dan yang boleh menyokong perjuangan dan kemajuan orang Melayu terutamanya.
Rata-rata maklumbalas yang diterima dan sms yang diterima mahukan perubahan di Bahagian Seremban dan dengan pemilihan yang akan berlangsung pilihlah demi masa depan orang Melayu.buat para penghantar sms dan yang sudi memberi maklumbalas terima kasih kami ucapkan.

Comments:
Orang macam sahak sepatutnya tak payah ada dalam Umno kerana dia sebenarnya lebih layang menjadi pelakon filem hindustan.orang Lenggeng dah terlampau lama ditipu sahak cuma orang Seremban yang lambat.Bersama samalah kita tukarkan sahak
 
Baru jadi ketua cawangan, shahrul ekhsan dah kelam-kabut. ahli puteri disuruh jadi ketua wanita. ahli wanita disuruh jadi ketua puteri. status ahli sendiri pun dia tak tau... macam mana nak jadi ketua pemuda bahagian... ketua bahagian...?! kalau sibuk sangat jaga tepi kain orang pun, janganlah sampai kain sendiri koyak tak perasan, renung-renungkan!
 
Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?