Saturday, April 19, 2008

6 beradik merempat-Jom Tolong

SEREMBAN: Enam beradik di Kampung Baru Paroi, dekat Paroi, di sini, bukan saja terpaksa hidup sendirian selepas ditinggalkan ibu bapa lebih enam bulan lalu, malah terpaksa mendiami sebuah bilik sempit di belakang sebuah rumah papan yang tidak ubah seperti pondok dusun buahan. Keenam-enam mereka berusia antara lima hingga 18 tahun terpaksa menumpang di sebuah bilik sepanjang dua meter dengan lebar satu meter yang hanya mampu memuatkan dua katil dan sebuah almari pakaian. Bapa mereka berketurunan Cina berusia 58 tahun dan ibu berbangsa India berusia 34 tahun dikatakan melarikan diri lebih enam bulan lalu akibat kesempitan wang dan kini tanggungjawab menjaga adik-beradik terletak pada anak kedua, Too Chee How, 18, yang mengambil upah harian sebagai buruh kasar di sebuah bengkel kereta berdekatan. Chee How berkata, mereka sebenarnya mempunyai 16 adik-beradik tetapi hanya enam yang menetap bersama ibu bapa manakala abang sulungnya berusia 19 tahun dan adik-beradik lain diserahkan kepada orang sejak lahir dan tidak diketahui di mana mereka berada.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Saturday/Setempat/20080419101529/Article/index_html

Hulurkan tangan ringankan beban, marilah kita bersama-sama membantu 6 beradik ini yang dalam kesusahan, semoga dengan bantuan saudara dan saudari akan dapat meringankan beban mereka adik-beradik.Biar pun ibu dan bapa mereka melarikan diri tetapi janganlah kita warga yang berdekatan terutamanya disekitar Paroi melarikan diri dari menghulurkan bantuan sekadar yang termampu buat mereka.

Comments:
mana wakil rakyat yang menang ni?budak-budak ni dah tahap gaban dah sempit nye, kekurang gi lah jenguk hulur apa yang patut,bukan susah pun sampai nak kena masukkan dalam agenda harian, on the way lalu lalang tu singgahla
 
Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?