Friday, February 27, 2009

Pernahkah kita maki dia Singh celaka? - Exco Pemuda Umno

SHAH ALAM: "Pernah kita maki dia Singh celaka? Bayangkan bagaimana orang Singh rasa Singh celaka," itulah kata-kata anggota exco Pemuda Umno, Datuk Reezal Merican Naina Merican bagi melahirkan rasa terguris hati dan marah anggota pergerakan itu terhadap Pengerusi DAP Karpal Singh yang semalam menyifatkan Pemuda Umno sebagai "celaka".

Selain menggunakan perkataan itu semasa satu perbahasan pada persidangan Dewan Rakyat, Anggota Parlimen Bukit Gelugor itu juga menuduh Pemuda Umno bertanggungjawab mengirim dua butir peluru ke kediamannya di Pulau Pinang baru-baru ini.

Reezal Merican berkat,a Karpal tidak sepatutnya berselindung di sebalik undang-undang atau kekebalan sebagai wakil rakyat untuk menuduh dan menghina Pemuda Umno.

http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2009/2/27/mstar_berita/20090227115604&sec=mstar_berita

Sebagai sebuah negara yang sudah bertamadun perkara ini tidak seharusnya timbul, tetapi dalam hal ini jelas Karpal tidak tahu menghormati dan menjaga sensitiviti antara kaum. Ini hanyalah akan menimbulkan rasa tidak puas hati dan saling tidak mempercayai diantara masyarakat.

Biarpun didalam parlimen atau pun diluar sebarang kenyataan yang keterlaluan yang bersifat perkauman yang boleh mencetuskan huru hara seharusnya dielakkan. Kerana apabila kemarahan atau pun kebencian yang diterapkan sudah pasti kesan yang tidak baik akan berlaku. Masyarakat seharusnya sedar yang bila ini berlaku dan mereka yang mengeluarkan kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan boleh mengancam keselamatan ramai inilah keperluannya akta keselamatan dan kuasa mutlak raja raja itu masih lagi relevan.

Institusi beraja juga mempunyai peranan yang signifikan dalam memastikan keamanan dan keharmonian dalam masyarakat pelbagai kaum ataupun masyarakat majmuk. Apa yang dilakukan untuk samada untuk kepentingan politik atau pun alasan untuk kepentingan masyarakat jelas yang pembangkang tidak mampu dan mempunyai keupayaan dalam menerajui pakatan apa lagi sebuah negara.


Kita tidak mahu yang isu ini diperbesarkan sehingga boleh mencetuskan ketegangan dan mengancam keharmonian kaum, kerana apa yang dilakukan karpal boleh juga dilakukan oleh pemuda umno.Akhirnya tidak ada pihak yang akan mendapat keuntungan atau pun manfaat dari apa yang berlaku. Umno Taman Paroi Jaya mengutuk sekeras kerasnya sebarang tindakan yang boleh menggugat keteteraman orang Melayu dan juga rakyat Malaysia

 

 

 


Thursday, February 19, 2009

Sokong Ketua Pemuda baru - Hishammuddin

KUALA LUMPUR 18 Feb. - Semua ahli dan pemimpin Pemuda khususnya calon yang kalah pada pemilihan UMNO bulan depan diingatkan supaya memberi sokongan padu dan tidak berbelah bagi kepada ketua mereka yang baru.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, mesej itu amat penting kerana kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan rakyat hilang hormat kepada UMNO.

Sehubungan itu beliau berkata, semua pihak terutama mereka yang bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO perlu sedar bahawa kepentingan parti perlu diutamakan lebih-lebih lagi ketika Barisan Nasional (BN) bakal berhadapan dengan pilihan raya kecil di Perak dan Kedah.

''Kita harus sedar, tidak guna kita memegang jawatan dalam parti tetapi parti tidak dihormati. Sebab itu sesiapa yang memegang Pemuda selepas saya, penting bagi pemimpin ini mendapat sokongan padu daripada semua pihak.

''Tidak lama lagi kita akan berhadapan dengan dua pilihan raya kecil iaitu sehari selepas pemilihan parti. Kita perlu buktikan komitmen kita, persepakatan kita dalam usaha untuk memenangkan BN di kedua-dua kawasan ,'' katanya.
 
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0219&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_06.htm
 
Kepentingan parti harus diutamakan dan itulah mesej jelas yang disampaikan oleh Dato Seri Hishammudin kepada warga Umno dalam pemilihan yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Janganlah kita mengikut resmi pembangkang yang saling menuding jari menyalahkan satu sama lain tanpa memikirkan kepentingan rakyat.
 
Dalam senario di Perak yang terbaru sebagai contoh Mursyidul Am Pas Dato Nik Aziz mengatakan Karpal berseorangan dalam tindakannya mahu menyaman Sultan Perak Sultan Azlan Shah tetapi Karpal pula mengatkan dia mendapat sokongan dari parti DAP. Jika isu ini pun tidak dapat mereka rungkaikan secara berhemah dan saksama, apatah lagi dalam memimpin dan membentuk kerajaan sudah tentulah huru hara dan kacau bilau yang akan timbul kerana setiap pemimpin akan bercakap dengan nada tersendiri. Memanipulasi bidang perundangan tidak akan membawa keharmonian di dalam masyarakat majmuk dan berbilang kaum.
 
Sayap Pemuda seharusnya fokus untuk isu isu yang lebih penting berkaitan ekonomi, global dan sosial yang mana itu lebih penting dan utama justeru itu menyokong sesiapa sahaja yang bakal memimpin haruslah diberi keutamaan dari hanya menyokong individu tertentu. Menyokong bukanlah secara membuata tuli tetapi dengan cara yang bernas dan beretika, jika ada yang dirasakan perlu disuarakan perlulah bersuara dengan saluran yang betul dan berhemah. Rasanya tidak ada ahli Umno yang perlu tidur diatas jalan atau pun dengan cara yang tidak bermoral hanya kerana ingin menyampaikan atau menyalurkan pendapat atau buah fikiran.
 
Juga pemimpin mestilah seorang yang bermoral tinggi dalam melaksanakan pimpinan dan bukanlah mereka yang tidak bermoral dan terlibat dalam aktiviti aktivit yang tidak sihat, gejala lucah, rasuah dan sebagainya. Apa yang berlaku baru baru ini haruslah djadikan iktibar dan pengajaran supaya tidak ada pimpinan Umno yang melakukan perkara sedemikian.
 
Bakal pimpinan atau pun Ketua Pemuda Umno yang bertanding sama Dato Seri Khir Toyo, Dato Mukhriz Tun Mahathir atau pun saudara Khairy Jamaluddin semuanya mempunyai bakat dan kelebihan masing masing dan jika menang mereka seharusnya diberi peluang dan menerajui pucuk pimpinan Pemuda Umno. Yang penting mereka terus memperjuangkan nasib orang Melayu dan mempertahankan institusi beraja di Malaysia ini.
 
Umno Taman Paroi Jaya sentiasa berdiri teguh dan menyokong penuh kepimpinan Ketua Pemuda yang baru dan juga menjunjung kasih dan berdiri teguh di belakang institusi beraja di Malaysia.
 
 
 
 

Friday, February 13, 2009

Daftar Keahlian Umno Secara Online



http://www.daftar.umno.org.my/


Lebih mudah untuk mendaftar sebagai ahli semuanya dihujung jari


Umno Taman Paroi Jaya


Wednesday, February 11, 2009

Jalan Baru Seremban Kuala Pilah


Jalan Baru menghubungkan antara Seremban dan Kuala Pilah yang dijangka siap tidak berapa lama lagi. Infrastruktur yang akan memudahkan lagi perhubungan antara bandar dan semoga dengan siapnya jalan baru ini ia akan memacu perkembangan ekonomi yang lebih pesat terutamanya dikawasan luar bandar sekitar Kuala Pilah
Antara projek kerajaan yang memberi manfaat kepada orang ramai dan dengan kemudahan ini semoga orang ramai akan merebut peluang dari segi ekonomi disamping menikmati kemudahan perjalanan. Semoga dengan perkembangan ini kementerian pelancongan di Negeri Sembilan akan dapat memperkenalkan destinasi destinasi menarik seperti Jempol, Kuala Pilah , Seri Menanti, Ulu Bendul dan banyak lagi yang boleh menjana sumber ekonomi dan pendapatan seterusnya mempopularkan destinasi destinasi di Negeri Sembilan.


Tuesday, February 10, 2009

500 berkumpul bantah tindakan biadab Karpal

SEREMBAN - Lebih 500 orang yang terdiri daripada ahli pel_bagai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di negeri ini mengadakan demonstrasi aman membantah tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang bercadang memfailkan saman terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, di sini semalam.

Demonstrasi yang diketuai Badan Bertindak Melayu (BBM) Negeri Sembilan bermula kira-kira jam 3.30 petang dengan satu laporan polis dibuat di Balai Polis Seremban 2 oleh Pengerusi BBM Negeri Sembilan, Datuk Zainal Abidin Ahmad.

Sebaik laporan polis dibuat, kesemua mereka bergerak beramai-ramai menuju ke hentian bas dan teksi Terminal One, yang terletak kira-kira 10 kilometer, di sini untuk mengadakan demonstrasi kedua yang turut membabitkan orang awam.

Zainal Abidin ketika ditemui media berkata, perhimpunan itu diadakan berikutan BBM Negeri Sembilan berasa terpanggil untuk memberi reaksi terhadap kebiadaban Karpal yang dilihat tidak menghormati prinsip Rukun Negara.

"Tindakan biadab Karpal menghina institusi Beraja perlu dipandang serius dan selaku badan yang prihatin, tindakan drastik perlu dilaksanakan sebagai pengajaran kepada beliau, agar perkara ini tidak berulang," katanya.

Menurutnya, BBM negeri tidak gentar dan takut dengan amaran Karpal Singh yang dikatakan mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang membuat laporan polis terhadapnya.

"Kita tidak takut dan gentar dengan amaran Karpal kerana yang lebih penting adalah Sultan perlu dihormati dan tidak boleh dipermainkan.

"Sebagai rakyat, kita perlu mendukung Rukun Negara dan bukan bertindak sesuka hati sehingga sanggup memfailkan saman terhadap Sultan Perak," katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan, Datuk Ir Jamlus Aziz yang turut menyertai bantahan terbabit turut menyifatkan tindakan Karpal sebagai menderhaka kerana menggugat Rukun Negara yang telah dipersetujui semua kaum.

"Pemuda UMNO negeri mengutuk sekeras-keras tindakan Karpal yang bertindak melampaui batas selaku rakyat negara ini yang menghina kedaulatan Raja.

"Sultan Perak mempunyai kuasa dan hak untuk membuat sebarang keputusan. Malah, apa yang diputuskan baginda adalah untuk kepentingan semua pihak, khususnya rakyat Perak dan ia perlu dihormati," katanya.
 
----------
Kekeliruan yang memang sudah dijangka diantara pemimpin pemimpin pakatan rakyat, dimana mereka sesama sendiri pun saling tidak sekata dalam mengeluarkan kenyataan. Isu ini lebih dilihat sebagai cuba mengajar pemimpin pemimpin PKR di Perak yang mungkin dilakukan oleh Karpal yang mana jelas tidak dipersetujui oleh pemimpim pemimpin mereka sendiri.
 
Jelas kedudukan Sultan dan pemerintah yang mempunyai kuasa mutlak dengan budi bicara dalam hal ehwal pentadbiran negeri di Perak tetapi keputusan itu dicabar dengan membawa alasan undang undang tubuh kerajaan dan perlembagaan. Jelas penghinaan seperti ini tidak harus diputar belitkan kerana jelas ia amat bertentangan dengan amalan raja berperlembagaan di Malaysia.
 
Pemimpin pemimpin Barisan Nasional tidak harus melatah dengan isu ini tetapi mengambil tindakan sekeras kerasnya dalam mempertahankan institusi beraja di Malaysia ini. Dymm Sultan Azlan berpengalaman luas dalam bidang perundangan dan sudah semestinya mengetahui apa yang terbaik untuk rakyatnya dan ke bawah duli nampaknya begitu tenang dalam menghadapi isu ini.
 
Pemuda Umno Paroi Jaya mengutuk sekeras kerasnya perbuatan Karpal yang jelas menghina sistem beraja dan kedaulatannya dan dia seharusnya diambil tindakan atas perbuatannya yang bukan sahaja biadap tetapi berkemungkinan menimbulkan huru hara dan ketidakstabilan politik dan sosial di Malaysia. Pkr terbawa bawa budaya menuding jari sehinggakan sesama mereka juga saling menuding jari bila saling mempersalahkan sesama mereka dalam isu ini. Jelas apa pun yang dilakukan ia tidak akan membawa apa apa kebaikkan dan faedah kepada rakyat.
 

Thursday, February 05, 2009

Murid Gaza guna abjad luah derita

ABC rujuk kepada perang

GAZA: Bagi kanak-kanak yang menjadi mangsa kegilaan Israel mengebom Gaza, perkataan baru untuk disesuaikan dengan abjad semakin biasa dengan mereka dan semuanya menggambarkan apa yang diharungi selama 22 hari.

"A bagi Apache (helikopter tempur), B bagi blood (darah). A untuk apple (epal) dan B bagi ball (bola) tidak sesuai lagi sekarang. C untuk coffin (keranda) dan D bagi destruction (kemusnahan)," kata Shaimaa, 10, pelajar sekolah rendah.
 
Dalam buku notanya, Shaimaa menulis koleksi sempurna abjad, semuanya berdasarkan serangan besar-besaran rejim Zionis yang meragut lebih 1,350 nyawa termasuk 437 kanak-kanak dan mencederakan 5,450 yang lain.

Menegaskan koleksinya lebih sesuai dengan perbendaharaan kata yang digunakan rakan sekelasnya dalam kehidupan seharian mereka, Shaimaa berkata, abjad baru itu perlu dimasukkan dalam kurikulum sekolah.

Ramai kanak-kanak di Gaza seperti Shaimaa, menghasilkan perbendaharaan kata baru berdasarkan kekejaman yang mereka saksikan sepanjang serangan Israel.
 
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Dunia/20090204234345/Article/indexworld_html
 
Amerika dan Israel sebenarnya mencipta kebimbangan masa depan mereka sendiri. Jika sedari usia yang begitu muda mereka telah didedahkan dengan pelbagai kekejaman Israel dan lantaran itu mungkin menimbulkan dendam yang tidak berkesudahan kepada kanak kanak terutamanya di Gaza.
 
Regim Zionis dan Amerika mungkin tidak terfikir yang apa mereka lakukan hari ini tidak mudah dilupakan terutamanya kanak kanak yang sedang meniti usia meningkat remaja. Mereka boleh menyalahkan dan menidakkan hak penduduk Palestine tetapi mereka sendiri yang akan berhadapan dengan senario ciptaan mereka sendiri. Sifat dendam dan amarah memungkinkan mereka melakukan apa sahaja sehingga mungkin ia menjadi keazaman untuk mereka meneruskan hidup.
 
Apa yang berlaku sebenarnya jelas tetapi demi menjaga kepentingan mereka(Us) ia hanyalah seolah olah isu kecil yang hanya dipandang remeh. Barack Obama juga nampaknya hanyalah boneka Israel yang sebenarnya tidak berani melakukan perubahan drastik di bumi Gaza. Bukan sahaja penduduk Palestine tetapi di serata dunia perbuatan yang  telah berlarutan selama berdekad dekad dengan beratus resolusi yang tidak membawa apa apa makna telah menimbulkan kebencian kepada Israel.
 
Israel begitu berani dengan tindakan mereka adalah disebabkan sokongan padu PBB juga dari zaman pendudukan mereka sehinggalah berlakunya banyak peperangan di Gaza dan semestinya dibelakang mereka ialah Amerika tambahan pula dengan senario dunia Arab yang nampaknya seperti kambing dicucuk hidung dan tidak berani melakukan apa apa untuk membantu penduduk Palestine dengan cara yang lebih drastik.
 
 
 

Wednesday, February 04, 2009

PM: BN sedia tubuh kerajaan baru di Perak

 

PUTRAJAYA 4 Feb. — Barisan Nasional (BN) bersedia untuk menubuhkan kerajaan baru di Perak berikutan kesediaan empat Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri itu yang telah meninggalkan parti masing-masing untuk menyokong BN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Terima kasihlah kalau mereka sudah ambil keputusan untuk menyatakan sokongan kepada BN, BN terima dan kita ucapkan terima kasihlah," katanya dalam sidang media selepas Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Kesembilan di sini hari ini. - Bernama
-----------
 
Iktibar bilamana kepimpinan yang tidak benar benar memperjuangkan nasib dan hak rakyat tidak lagi diterima di Perak. Konsep perubahan yang cuba dibawa oleh kerajaan PKR hanyalah angan angan atau pun janji janji kosong yang tidak membawa kebaikkan kepada rakyat.
Justeru itu mandat yang diberi kepada BN haruslah dijaga dan dilaksanakan dengan sebaik mungkin kerana konsep perjuangan untuk orang ramai mesti diteruskan.
 
Kelebihan untuk membentuk kerajaan bukan sekadar diatas kertas tetapi yang lebih penting penstrukturan ekonomi, pembahagian kekayaan dan kestabilan sosial haruslah diutamakan. Ini adalah penting dalam menjamin kesejahteraan rakyat dalam diteruskan seterusnya taraf ekonomi dan kualiti dapat ditingkatkan bukan sekadar janji kosong.
 
Rakyat kini semakin bijak dalam membuat penilaian dan apa yang lebih utama ialah mengembalikan semula kepercayaan dan keyakinan rakyat.
 

This page is powered by Blogger. Isn't yours?