Wednesday, February 11, 2009

Jalan Baru Seremban Kuala Pilah


Jalan Baru menghubungkan antara Seremban dan Kuala Pilah yang dijangka siap tidak berapa lama lagi. Infrastruktur yang akan memudahkan lagi perhubungan antara bandar dan semoga dengan siapnya jalan baru ini ia akan memacu perkembangan ekonomi yang lebih pesat terutamanya dikawasan luar bandar sekitar Kuala Pilah
Antara projek kerajaan yang memberi manfaat kepada orang ramai dan dengan kemudahan ini semoga orang ramai akan merebut peluang dari segi ekonomi disamping menikmati kemudahan perjalanan. Semoga dengan perkembangan ini kementerian pelancongan di Negeri Sembilan akan dapat memperkenalkan destinasi destinasi menarik seperti Jempol, Kuala Pilah , Seri Menanti, Ulu Bendul dan banyak lagi yang boleh menjana sumber ekonomi dan pendapatan seterusnya mempopularkan destinasi destinasi di Negeri Sembilan.


Comments:
Saya dah lalu pada 25 Okt '09 (Ahad) waktu nak balik ke KP.

Bagus, dapat menjimatkan banyak masa berbanding terpaksa menempuh Bukit Putus.

Tapi rasanya jalan baru Bukit Tangga lagi menarik sebab lagi luas & 4 lorong.
 
Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?