PUTRAJAYA 4 Feb. — Barisan Nasional (BN) bersedia untuk menubuhkan kerajaan baru di Perak berikutan kesediaan empat Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri itu yang telah meninggalkan parti masing-masing untuk menyokong BN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
"Terima kasihlah kalau mereka sudah ambil keputusan untuk menyatakan sokongan kepada BN, BN terima dan kita ucapkan terima kasihlah," katanya dalam sidang media selepas Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Kesembilan di sini hari ini. - Bernama
-----------
Iktibar bilamana kepimpinan yang tidak benar benar memperjuangkan nasib dan hak rakyat tidak lagi diterima di Perak. Konsep perubahan yang cuba dibawa oleh kerajaan PKR hanyalah angan angan atau pun janji janji kosong yang tidak membawa kebaikkan kepada rakyat.
Justeru itu mandat yang diberi kepada BN haruslah dijaga dan dilaksanakan dengan sebaik mungkin kerana konsep perjuangan untuk orang ramai mesti diteruskan.
Kelebihan untuk membentuk kerajaan bukan sekadar diatas kertas tetapi yang lebih penting penstrukturan ekonomi, pembahagian kekayaan dan kestabilan sosial haruslah diutamakan. Ini adalah penting dalam menjamin kesejahteraan rakyat dalam diteruskan seterusnya taraf ekonomi dan kualiti dapat ditingkatkan bukan sekadar janji kosong.
Rakyat kini semakin bijak dalam membuat penilaian dan apa yang lebih utama ialah mengembalikan semula kepercayaan dan keyakinan rakyat.
# posted by umnoparoijaya : 9:19 PM