Tuesday, February 10, 2009

500 berkumpul bantah tindakan biadab Karpal

SEREMBAN - Lebih 500 orang yang terdiri daripada ahli pel_bagai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di negeri ini mengadakan demonstrasi aman membantah tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang bercadang memfailkan saman terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, di sini semalam.

Demonstrasi yang diketuai Badan Bertindak Melayu (BBM) Negeri Sembilan bermula kira-kira jam 3.30 petang dengan satu laporan polis dibuat di Balai Polis Seremban 2 oleh Pengerusi BBM Negeri Sembilan, Datuk Zainal Abidin Ahmad.

Sebaik laporan polis dibuat, kesemua mereka bergerak beramai-ramai menuju ke hentian bas dan teksi Terminal One, yang terletak kira-kira 10 kilometer, di sini untuk mengadakan demonstrasi kedua yang turut membabitkan orang awam.

Zainal Abidin ketika ditemui media berkata, perhimpunan itu diadakan berikutan BBM Negeri Sembilan berasa terpanggil untuk memberi reaksi terhadap kebiadaban Karpal yang dilihat tidak menghormati prinsip Rukun Negara.

"Tindakan biadab Karpal menghina institusi Beraja perlu dipandang serius dan selaku badan yang prihatin, tindakan drastik perlu dilaksanakan sebagai pengajaran kepada beliau, agar perkara ini tidak berulang," katanya.

Menurutnya, BBM negeri tidak gentar dan takut dengan amaran Karpal Singh yang dikatakan mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang membuat laporan polis terhadapnya.

"Kita tidak takut dan gentar dengan amaran Karpal kerana yang lebih penting adalah Sultan perlu dihormati dan tidak boleh dipermainkan.

"Sebagai rakyat, kita perlu mendukung Rukun Negara dan bukan bertindak sesuka hati sehingga sanggup memfailkan saman terhadap Sultan Perak," katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan, Datuk Ir Jamlus Aziz yang turut menyertai bantahan terbabit turut menyifatkan tindakan Karpal sebagai menderhaka kerana menggugat Rukun Negara yang telah dipersetujui semua kaum.

"Pemuda UMNO negeri mengutuk sekeras-keras tindakan Karpal yang bertindak melampaui batas selaku rakyat negara ini yang menghina kedaulatan Raja.

"Sultan Perak mempunyai kuasa dan hak untuk membuat sebarang keputusan. Malah, apa yang diputuskan baginda adalah untuk kepentingan semua pihak, khususnya rakyat Perak dan ia perlu dihormati," katanya.
 
----------
Kekeliruan yang memang sudah dijangka diantara pemimpin pemimpin pakatan rakyat, dimana mereka sesama sendiri pun saling tidak sekata dalam mengeluarkan kenyataan. Isu ini lebih dilihat sebagai cuba mengajar pemimpin pemimpin PKR di Perak yang mungkin dilakukan oleh Karpal yang mana jelas tidak dipersetujui oleh pemimpim pemimpin mereka sendiri.
 
Jelas kedudukan Sultan dan pemerintah yang mempunyai kuasa mutlak dengan budi bicara dalam hal ehwal pentadbiran negeri di Perak tetapi keputusan itu dicabar dengan membawa alasan undang undang tubuh kerajaan dan perlembagaan. Jelas penghinaan seperti ini tidak harus diputar belitkan kerana jelas ia amat bertentangan dengan amalan raja berperlembagaan di Malaysia.
 
Pemimpin pemimpin Barisan Nasional tidak harus melatah dengan isu ini tetapi mengambil tindakan sekeras kerasnya dalam mempertahankan institusi beraja di Malaysia ini. Dymm Sultan Azlan berpengalaman luas dalam bidang perundangan dan sudah semestinya mengetahui apa yang terbaik untuk rakyatnya dan ke bawah duli nampaknya begitu tenang dalam menghadapi isu ini.
 
Pemuda Umno Paroi Jaya mengutuk sekeras kerasnya perbuatan Karpal yang jelas menghina sistem beraja dan kedaulatannya dan dia seharusnya diambil tindakan atas perbuatannya yang bukan sahaja biadap tetapi berkemungkinan menimbulkan huru hara dan ketidakstabilan politik dan sosial di Malaysia. Pkr terbawa bawa budaya menuding jari sehinggakan sesama mereka juga saling menuding jari bila saling mempersalahkan sesama mereka dalam isu ini. Jelas apa pun yang dilakukan ia tidak akan membawa apa apa kebaikkan dan faedah kepada rakyat.
 

Comments: Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?