KUALA LUMPUR 18 Feb. - Semua ahli dan pemimpin Pemuda khususnya calon yang kalah pada pemilihan UMNO bulan depan diingatkan supaya memberi sokongan padu dan tidak berbelah bagi kepada ketua mereka yang baru.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, mesej itu amat penting kerana kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan rakyat hilang hormat kepada UMNO.
Sehubungan itu beliau berkata, semua pihak terutama mereka yang bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO perlu sedar bahawa kepentingan parti perlu diutamakan lebih-lebih lagi ketika Barisan Nasional (BN) bakal berhadapan dengan pilihan raya kecil di Perak dan Kedah.
''Kita harus sedar, tidak guna kita memegang jawatan dalam parti tetapi parti tidak dihormati. Sebab itu sesiapa yang memegang Pemuda selepas saya, penting bagi pemimpin ini mendapat sokongan padu daripada semua pihak.
''Tidak lama lagi kita akan berhadapan dengan dua pilihan raya kecil iaitu sehari selepas pemilihan parti. Kita perlu buktikan komitmen kita, persepakatan kita dalam usaha untuk memenangkan BN di kedua-dua kawasan ,'' katanya.
Kepentingan parti harus diutamakan dan itulah mesej jelas yang disampaikan oleh Dato Seri Hishammudin kepada warga Umno dalam pemilihan yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Janganlah kita mengikut resmi pembangkang yang saling menuding jari menyalahkan satu sama lain tanpa memikirkan kepentingan rakyat.
Dalam senario di Perak yang terbaru sebagai contoh Mursyidul Am Pas Dato Nik Aziz mengatakan Karpal berseorangan dalam tindakannya mahu menyaman Sultan Perak Sultan Azlan Shah tetapi Karpal pula mengatkan dia mendapat sokongan dari parti DAP. Jika isu ini pun tidak dapat mereka rungkaikan secara berhemah dan saksama, apatah lagi dalam memimpin dan membentuk kerajaan sudah tentulah huru hara dan kacau bilau yang akan timbul kerana setiap pemimpin akan bercakap dengan nada tersendiri. Memanipulasi bidang perundangan tidak akan membawa keharmonian di dalam masyarakat majmuk dan berbilang kaum.
Sayap Pemuda seharusnya fokus untuk isu isu yang lebih penting berkaitan ekonomi, global dan sosial yang mana itu lebih penting dan utama justeru itu menyokong sesiapa sahaja yang bakal memimpin haruslah diberi keutamaan dari hanya menyokong individu tertentu. Menyokong bukanlah secara membuata tuli tetapi dengan cara yang bernas dan beretika, jika ada yang dirasakan perlu disuarakan perlulah bersuara dengan saluran yang betul dan berhemah. Rasanya tidak ada ahli Umno yang perlu tidur diatas jalan atau pun dengan cara yang tidak bermoral hanya kerana ingin menyampaikan atau menyalurkan pendapat atau buah fikiran.
Juga pemimpin mestilah seorang yang bermoral tinggi dalam melaksanakan pimpinan dan bukanlah mereka yang tidak bermoral dan terlibat dalam aktiviti aktivit yang tidak sihat, gejala lucah, rasuah dan sebagainya. Apa yang berlaku baru baru ini haruslah djadikan iktibar dan pengajaran supaya tidak ada pimpinan Umno yang melakukan perkara sedemikian.
Bakal pimpinan atau pun Ketua Pemuda Umno yang bertanding sama Dato Seri Khir Toyo, Dato Mukhriz Tun Mahathir atau pun saudara Khairy Jamaluddin semuanya mempunyai bakat dan kelebihan masing masing dan jika menang mereka seharusnya diberi peluang dan menerajui pucuk pimpinan Pemuda Umno. Yang penting mereka terus memperjuangkan nasib orang Melayu dan mempertahankan institusi beraja di Malaysia ini.
Umno Taman Paroi Jaya sentiasa berdiri teguh dan menyokong penuh kepimpinan Ketua Pemuda yang baru dan juga menjunjung kasih dan berdiri teguh di belakang institusi beraja di Malaysia.
# posted by umnoparoijaya : 9:59 PM