Thursday, February 05, 2009

Murid Gaza guna abjad luah derita

ABC rujuk kepada perang

GAZA: Bagi kanak-kanak yang menjadi mangsa kegilaan Israel mengebom Gaza, perkataan baru untuk disesuaikan dengan abjad semakin biasa dengan mereka dan semuanya menggambarkan apa yang diharungi selama 22 hari.

"A bagi Apache (helikopter tempur), B bagi blood (darah). A untuk apple (epal) dan B bagi ball (bola) tidak sesuai lagi sekarang. C untuk coffin (keranda) dan D bagi destruction (kemusnahan)," kata Shaimaa, 10, pelajar sekolah rendah.
 
Dalam buku notanya, Shaimaa menulis koleksi sempurna abjad, semuanya berdasarkan serangan besar-besaran rejim Zionis yang meragut lebih 1,350 nyawa termasuk 437 kanak-kanak dan mencederakan 5,450 yang lain.

Menegaskan koleksinya lebih sesuai dengan perbendaharaan kata yang digunakan rakan sekelasnya dalam kehidupan seharian mereka, Shaimaa berkata, abjad baru itu perlu dimasukkan dalam kurikulum sekolah.

Ramai kanak-kanak di Gaza seperti Shaimaa, menghasilkan perbendaharaan kata baru berdasarkan kekejaman yang mereka saksikan sepanjang serangan Israel.
 
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Dunia/20090204234345/Article/indexworld_html
 
Amerika dan Israel sebenarnya mencipta kebimbangan masa depan mereka sendiri. Jika sedari usia yang begitu muda mereka telah didedahkan dengan pelbagai kekejaman Israel dan lantaran itu mungkin menimbulkan dendam yang tidak berkesudahan kepada kanak kanak terutamanya di Gaza.
 
Regim Zionis dan Amerika mungkin tidak terfikir yang apa mereka lakukan hari ini tidak mudah dilupakan terutamanya kanak kanak yang sedang meniti usia meningkat remaja. Mereka boleh menyalahkan dan menidakkan hak penduduk Palestine tetapi mereka sendiri yang akan berhadapan dengan senario ciptaan mereka sendiri. Sifat dendam dan amarah memungkinkan mereka melakukan apa sahaja sehingga mungkin ia menjadi keazaman untuk mereka meneruskan hidup.
 
Apa yang berlaku sebenarnya jelas tetapi demi menjaga kepentingan mereka(Us) ia hanyalah seolah olah isu kecil yang hanya dipandang remeh. Barack Obama juga nampaknya hanyalah boneka Israel yang sebenarnya tidak berani melakukan perubahan drastik di bumi Gaza. Bukan sahaja penduduk Palestine tetapi di serata dunia perbuatan yang  telah berlarutan selama berdekad dekad dengan beratus resolusi yang tidak membawa apa apa makna telah menimbulkan kebencian kepada Israel.
 
Israel begitu berani dengan tindakan mereka adalah disebabkan sokongan padu PBB juga dari zaman pendudukan mereka sehinggalah berlakunya banyak peperangan di Gaza dan semestinya dibelakang mereka ialah Amerika tambahan pula dengan senario dunia Arab yang nampaknya seperti kambing dicucuk hidung dan tidak berani melakukan apa apa untuk membantu penduduk Palestine dengan cara yang lebih drastik.
 
 
 

Comments:
fakta gaza
1-seperti sebuah penjara yang mana lelaki tidak dibenarkan keluar sebelum 40 tahun. boleh jika sakit atau belajar

2-gaza city hanyalah sebuah bandar yang kecik dengan kepadatan yang tinggi-penghapusan etnik oleh Israel

3-Bekalan air dan eletrik dikawal oleh Israel

4-Kawalan ketat Israel dari lapangan terbang dengan berpuluh puluh check point juga dengan infantri disepanjang jalan ke gaza

5-penduduk yang berani dan urusniaga harian(jual beli) seperti tiada apa yang berlaku
 
Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?