Monday, September 29, 2008

Senarai Harga Daging Mantai Perdana 29/09/08

Berikut adalah senarai harga daging sempena Hari Mantai Perdana 2008 (29 September):

Daging lembu - RM15 sekilo
Daging kerbau - RM18 sekilo
Tulang lembu/kerbau - RM14 sekilo
Daging kambing - RM20 sekilo
Daging rusa - RM30 sekilo
Ayam daging - RM6 sekilo
Ayam kampung - RM12 sekilo
Ayam pencen - RM7 sekilo
Itik - RM12 sekilo
Puyuh Gred C - RM17 sekilo
Puyuh Gred B - RM19 sekilo
Puyuh Gred A - RM22 sekilo
Lemang Laman Bangkinang - RM8 sebatang
Rendang - RM30 sekilo

Lokasi Bekas Tapak Kem Paroi Seremban 8am-TBA

 


Thursday, September 25, 2008

SALAM AIDILFITRI 2009 bersamaan 1429 Hijrah

 

Kami dari Umno Taman Paroi Jaya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat terutamanya warga Taman Paroi Jaya. Sejuta ampun dan maaf dipohon atas kesilapan yang sengaja atau tidak disengajakan.


Wednesday, September 24, 2008

Lokasi Bahaya di N Sembilan-Pandu Cermat

Hati Hati Di Jalan Raya Di Musim Raya

 

SEREMBAN: Sebelas lokasi dikenal pasti di seluruh negeri ini sebagai sering merekodkan kes kemalangan jalan raya, termasuk membabitkan kematian.

Lokasi itu ialah Kilometer 15 Jalan Seremban-Kuala Lumpur; Kilometer 4 dan 8 Jalan Seremban-Johor Bahru; Kilometer 3 hingga 4 Jalan Seremban-Port Dickson; Kilometer 5 Jalan Seremban-Port Dickson dan Kilometer 25 Jalan Port Dickson-Melaka.

 

Kilometer 18 Jalan Seremban-Kuala Pilah; Kilometer 43 Jalan Seremban-Johor Bahru; Kilometer 81 Jalan Seremban-Kuala Pilah; Kilometer 32 Jalan Gemas-Temerloh dan Kilometer 67, 77 serta 100 Jalan Seremban-Johor Bahru.

Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) negeri, Mohd Rusdi Ismail, mengingatkan pengguna kenderaan yang mahu pulang ke kampung sempena cuti Aidilfitri supaya berhati-hati dan mematuhi papan tanda amaran ketika melalui jalan berkenaan.

"Sebelas laluan itu adalah kawasan terkini yang kerap berlaku nahas jalan raya hasil kajian dan perangkaan kemalangan dicatatkan Institut Penyelidikan Jalan Raya Malaysia (Miros). Pengguna perlu berhati-hati dan jangan memandu terlalu laju ketika melalui jalan terbabit.

 


Health Ministry's list of safe milk products

Mead Johnson (Milk ingredient sourced from Australia, New Zealand, United States and Europe)

Enfalac A+ Enfalac Routine Infant Formula Enfapro A+ Enfapro Routine Follow Up Formula Enfagrow A+ Vanilla Enfagrow A+ Original Enfagrow A+ Honey Enfakid A+ Original Enfakid A+ Honey Sustagen Junior Honey Sustagen Junior Vanilla Sustagen Junior ChocolateSustagen Kid HoneySustagen Kid VanillaSustagen Kid ChocolateSustagen School HoneySustagen School VanillaSustagen School ChocolateEnfamama A+ ChocolateEnfamama A+ VanillaEnfalac A+ AREnfalac A+ HAProsobeeEnfalac LFEnfalac A+ Premature Powder

Dumex(Milk ingredient sourced from Australia and New Zealand)
Mamex Gold Step 1Dulac Infant FormulaBebelac Step 1Mamex Gold Step 2Dupro Follow Up FormulaBebelac Step 2Mamil Gold Step 3Mamil Gold Step 4Dugro 1 PlusDugro 3 PlusDugro 6 PlusBebelac Kid Step 3Bebelac Kid Step 4Bebelac FLBebelac ECMamex LFNutrakids CerealsMamil Mama

Nestle (Milk ingredient sourced from Australia, New Zealand, United States and Europe)

Nestle Yogurt DrinksNestle Bliss Zero Fat Yogurt DrinkNestle Premium Fruit YogurtNestle Natural YogurtYoco rangeNespray InstantEveryday Instant filled milk powderNestle Omega ActicolNespray CergasNesvita High Cal Non FatNespray 1+ OriginalNespray 1+ HoneyNespray 3+ OriginalNespray 3+ HoneyNespray 5+Neslac 1+ OriginalNeslac 1+ HoneyNeslac 3+ OriginalNeslac 3+ HoneyMilo range of productsKit Kat range of productsNestle Potong red beanNestle Milky Bar and CrunchMat Kool range of productsNestle Tropicana Lime/VanillaNestle Crunch Nestle Original Lime/VanillaSundae cup KFC VanillaNestle Sundae Cup VanillaKFC dessert orange sherbetNestle range of ice creamFavorita range of productsNestle Drumstick range of productsMaggi fixes and Maggi soup containing milkNestle Full Cream Milk, Low Fat MilkOmega UHTNesvita UHTNesquik UHTNespray UHTNesvita Hi Cal UHTNescafe 3 in 1Nescafe Mocha FreezeNestle Prebio 1 (infant cereals with milk)Nestle Teh TarikNescafe Body PartnersNestum Sarapan BerkhasiatNestum Cereals 3 in 1Nesvita 3 in 1Nestle Cereals (premium infant cereals)Nescafe range of can drink productsCap Junjung sweetened beverage creamerIdeal Full Cream Evaporated MilkCarnation Evaporated Creamer

Fonterra Brands (Milk ingredient sourced New Zealand)
Anlene Gold Milk PowderAnlene Regular milk powder (plain/chocolate)Fernleaf Kuat milk powderFernleaf Instant milk powderAnmum Materna milk powderAnmum Lacta milk powderAnlene Concentrate UHTAnlene YogurtFernleaf Calciyum yogurtFernleaf full cream milk powderFernleaf growing up milk powder 1+Fernleaf growing up milk powder 3+Anmum growing up milk powder 1+Anmum growing up milk powder 3+Anmum Infacare infant formulaAnmum Infacare follow on formulaChesdale slice cheeseAnchor butterAnchor cream cheeseAnchor mozzarella cheeseAnchor Colby Cheddar blend shredAnchor processed cheddar cheeseAnchor whipping cream (UHT)Anchor culinary cream (UHT)Anchor full cream milk powder

Kilang Makanan Mamee(Milk ingredient sourced from Australia)
Nutrigen Cultured MilkNutrigen IQ3 Cultured MilkNutrigen Liteyo Yogurt DrinkNutrigen Liteyo Stirred Yogurt

Dutch Lady (Milk ingredient sourced from Australia, Thailand, Indonesia and Netherlands)

Frisolac 1 GoldFrisolac 2 GoldDutch Lady UHTFrisolac ComfortCompleta BrandYes! Tutti FruitiYes! GrapeYes! StrawberryYes! OrangeDutch Lady 2

Ace Canning Corporation(Milk ingredient sourced from New Zealand)Drinho Rose BandungDutch MillNugrow

Maestro Swiss Food Sdn Bhd(Milk ingredient not sourced from China)VicoVochelleDarry’s

Wyeth Malaysia(Milk ingredient not sourced from China)SMAS26S26 GoldNursoyPromilPromil GoldProgressProgress GoldPromisePromise GoldWyeth MamaEnercal PlusS26 LBWS26 HMF

Malaysia Milk Sdn Bhd / Cotra Enterprise Sdn Bhd (Milk ingredient sourced from Australia and New Zealand)
Vitagen cultured milk drinkMarigold HL MilkMarigold Pasturised MilkMarigold UHT MilkMarigold Cream yogurtMarigold Yogurt drinkMarigold sweetened condensed filled milkMarigold sweetened creamer (from Singapore)Vitagen Collagen cultured milk drinkMarigold sweetened creamerMarigold evaporated filled milkMarigold evaporated creamer

GlaxoSmithKline(Milk ingredient sourced from UK, Ireland, Australia and New Zealand)
Horlicks Malt Food DrinkHorlicks MaltiesHorlicks 3 in 1Horlicks Instant cereal drink
http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/9/23/nation/20080923192631&sec=nation

Tuesday, September 23, 2008

Kabinet Pertama Malaysia 1957

Duduk dari kiri: Sulaiman Dato Abdul Rahman, Dato Dr Ismail b Dato Abdul Rahman, Ym Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, DyMM Yang di Pertuan Agong Tuanku Abdul Rahman, Dato Abdul Razak Hussein, V.T Sambanthan, Abdul Aziz Ishak

 

Berdiri kiri: Mohamad Khir Johari, Bahaman Samsudin, Tan Siew Sin, Sardon Hj Jubir, Ong Yoke Lin, Abdul Rahman Hj Talib


Sunday, September 21, 2008

Permohonan Kemasukan ke IKM/IKBN bagi sesi 1/2009

IKM

http://www.mara.gov.my/iklan/Iklan_IKM_2009.pdf

Permohonan secara online

http://online.mara.gov.my/ikmonline/

IKBN


Permohonan Kemasukan ke IKBN bagi sesi 1/2009 telah dibuka pada14 September 2008.

Tarikh Tutup permohonan adalah pada
12 Oktober 2008.

Sebarang kemaskini boleh dibuat sehingga tarikh tutup.

Semakan keputusan permohonan boleh dibuat mulai
1 Disember 2008.

Terima Kasih

Untuk permohonan online

http://interaktif.kbs.gov.my/ikbnweb/public/permohonan1.php?mid=3

IKBN di seluruh Malaysia

http://www.geocities.com/ikbnkinarut/ikbn_lain.htm

IPM

http://www.mara.gov.my/iklan/Iklan_IPMa_2009.pdf


Friday, September 19, 2008

Hari Mantai Perdana 29 September ini

SEREMBAN 15 Sept. - Kerajaan negeri akan menganjurkan Hari Mantai Perdana pada 29 September ini di tapak bekas kem tentera di Paroi dekat sini sebagai usaha tambahan membekalkan daging segar sempena kedatangan 1 Syawal.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar, Hal Ehwal Pengguna dan Kemudahan Awam, Datuk Hasim Rusdi berkata, pada hari tersebut orang ramai boleh mendapatkan bekalan daging pada harga yang lebih murah berbanding harga pasaran.
Beliau berkata, sebagai contoh daging lembu tempatan akan dijual pada harga RM15 sekilogram berbanding RM20 sekilogram di kawasan lain.
''Ini semua idea Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan. Beliau mahu rakyat mendapat bekalan daging yang lebih murah berbanding harga pasaran dan sebab itu kita memutuskan harga daging lembu tempatan yang dijual pada hari tersebut murah RM5 daripada tempat lain.
''Kerajaan negeri berharap dengan adanya program seperti ini ia sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban rakyat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0920&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_02.htm

Peluang mendapatkan daging segar dan murah disamping dapat berjimat dalam kemeriahan menyambut Aidilfitri yang akan menjelang tidak lama lagi. Tapi tahukah anda apa itu Mantai??

Rasanya ramai yang tahu cuma mungkin golongan muda tidak berapa faham fungsi dan kepentingan Hari Mantai. Di N Sembilan ia sudah seperti suatu kemestian dimana pada Hari Mantai ini segala persiapan pra raya(selalunya sehari sebelum raya/puasa) dilakukan dimana pengkhususannya adalah penyediaan daging lembu, kerbau, ayam, kambing segar(penyembelihan) untuk dijadikan juadah hidangan seperti rendang, lauk pauk dan lain lain hidangan. Biasanya Hari mantai disambut sehari sebelum menjelang Puasa dan Hari Raya Aidilfitri.

Ia juga dapat mengeratkan siratulrahim antara keluarga dan sanak saudara terutamanya di kampung, justeru itu Mantai Perdana yang akan berlangsung pada 29September ini mungkin boleh mengembalikan kegemilangan hari mantai disamping kita terus mengekalkan adat dan tradisi.
Mungkin Hari Mantai ini boleh dimasukkan didalam kalendar pelancongan N Sembilan kerana bagi pelancong dan kaum lain ia boleh juga dilihat sebagai suatu pesta persediaan pra raya dan tentunya meriah jika ia dapat dijalankan dalam suasana desa atau pun kampung. Juga bagi yang tidak mempunyai kampung sekurang kurangnya dapat merasai pengalaman berhari raya dalam suasana kampung dan desa.

MAINS nak tolong..

Dana RM250,000 bantu peniaga

SEREMBAN 18 Sept. - Kerajaan negeri menerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) menyediakan dana RM250,000 khusus untuk umat Islam membuat pinjaman bagi menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hassan (gambar) berkata, dana tersebut yang diuruskan oleh Yayasan Negeri Sembilan (YNS) juga bertujuan untuk mengelakkan peniaga kecil-kecilan daripada meminjam dengan ah long.
Beliau berkata, meminjam dengan along perlu dielakkan kerana ia boleh mengancam keselamatan diri dan keluarga jika hutang tidak dibayar mengikut jadual.
''Saya pernah menerima aduan meminjam RM3,000 tetapi terpaksa bayar balik RM5,000.
"Kadar bunganya sahaja yang terpaksa ditanggung oleh peminjam ialah RM2,000," kata beliau di sini hari ini.


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0919&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_04.htm

Lagi usaha kerajaan N Sembilan yang mengamalkan sikap buat untuk rakyat dari bercakap dan bukan hanya menabur janji janji kosong seperti yang dilakukan oleh parti pembangkang.
Dengan dana yang akan diuruskan oleh YNS diharapkan peniaga peniaga kecil yang memerlukan modal pusingan sehingga maksimum Rm5000 bolehlah membuat permohonan dari agensi berkenaan.

Ini seterusnya dapat menjana kitaran ekonomi supaya dapat membantu menggerakkan perniagaan peniaga peniaga yang terlibat. Kita sedia maklum yang pinjaman pinjaman dari agensi agensi tidak berlesen atau pun Ah Long memang mudah diperolehi tetapi kesan jangka panjang dan kesan langsung seperti bunga yang terlalu tinggi amat membebankan peminjam dan berbagai bagai lagi masalah yang akan menyusul.

Cuma diharapkan syarat dan kelayakkan minima sahaja yang diperlukan oleh peminjam untuk membuat permohonan disamping itu juga diharapkan mereka yang benar benar berkelayakan dan memerlukan sahaja yang menerima skim pinjaman kecil kecilan ini. Syabas dan tahniah diucapkan buat kerajaan N Sembilan yang prihatin dan terus memperjuangkan nasib rakyat.

Majlis Berbuka Puasa Dun Lenggeng 19/09/08

Dengan segala hormat menjemput semua yang berkesempatan ke majlis amal dan berbuka puasa di Sek Men Klana Putra Lenggeng: petang bersama YB Mustafa bermula jam 5 ptg ini. Semua dijemput hadir bagi yang berkelapangan. Tksh

Shahrul Ekhsan

 


Tuesday, September 16, 2008

Majlis Berbuka Puasa & Solat Terawih di Masjid Taman Desa Rhu 16/09/2008

Majlis berbuka puasa & seterusnya menunaikan solat terawih di Masjid Taman Desa Rhu pada 16/09/2008 yang akan dihadri oleh Yab Dato Seri Utama Mohd Hj Hasan


Monday, September 15, 2008

MB minta penjawat awam, Exco, ADUN jauhi rasuah

SEREMBAN 14 Sept. - Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini memberi peringatan kepada semua penjawat awam, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan anggota Exco kerajaan negeri supaya menjauhi amalan rasuah.
Beliau mahu, golongan itu lebih berhati-hati dan tidak mendedahkan diri dengan amalan tersebut yang boleh menimbulkan banyak kesan terhadap diri masing-masing dan kerajaan negeri.
''Amalan rasuah ini boleh merosakkan integriti kita," tegas beliau di sini baru-baru ini.
Mohamad berkata demikian sambil merujuk tindakan cekap dan tegas yang dilakukan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) baru-baru ini terhadap ADUN dan pemimpin politik di negeri ini.
''Kita perlu belajar dan mengambil iktibar daripada apa yang berlaku sejak kebelakangan ini," tegas beliau.
Mohamad turut mengingatkan golongan tersebut supaya lebih berwaspada terutamanya dalam keadaan yang tidak menentu ketika ini, di mana ia boleh menjejaskan reputasi kepimpinan dan pemimpin terbabit.
''Faham-faham sahajalah. Kadang kala kita tidak tahu sama ada orang akan pasang perangkap ke atas kita. Jadi berhati-hatilah dalam melaksanakan sebarang urusan," nasihat beliau.
Mohamad menegaskan, beliau tidak mahu masalah berkaitan amalan rasuah berpanjangan sehingga boleh menjejaskan urusan dan pentadbiran kerajaan.
''Jika kita terlibat, sudah tentulah akan merosakkan nama baik. Ia juga akan mendatangkan masalah pada diri masing-masing," jelas beliau.
Baru-baru ini ADUN Negeri Sembilan kawasan Lenggeng, Mustafa Salim telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan meminta dan menerima suapan sebanyak RM5,000 daripada seorang kontraktor pada Ogos lalu.
Sementara Naib Ketua UMNO Bahagian Seremban, Mohd. Nor Awang, 47, juga dihadapkan ke mahkamah yang sama atas dua tuduhan memberi suapan awal bulan lalu.


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0915&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_05.htm

Peringatan dari Menteri Besar N Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan tentang gejala rasuah yang seharusnya tidak berlaku dalam urusan pentadbiran terutamanya kepada anggota Exco dan Dun si N Sembilan.
Dalam kempen pemilihan yang sedang berlangsung gejala gejala rasuah ini harus dielakkan dan tidak dijadikan modal untuk meraih simpati atau pun sokongan. Ia akan menjejaskan sokongan dan kepercayaan rakyat kepada Umno dan kerajaan khususnya. Tetapi ia juga boleh dijadikan modal untuk merosakkan nama baik seseorang individu itu jika perkara itu tidak benar.

Seperti yang berlaku tidak lama dulu apabila seorang Ketua Bahagian di Seremban kononnya ingin melaporkan mengenai Yab Datuk Seri Mohamad Hasan kepada BPR tetapi yang jelas ia tidak berlaku samada ia hanya untuk menjejaskan nama baik beliau atau pun hanya sekadar mencari publisiti murahan.

Yang pasti rasuah dan gejala yang tidak sihat ini hanyalah akan merosakkan parti dan kerajaan dan sebagai menyahut seruan ini Umno Paroi Jaya telah mengadakan persidangan pada bulan puasa yang mulia ini bagi mengelakkan sebarang kesangsian dan segala bentuk rasuah yang mungkin berlaku yang mana ia telah berlangsung dengan jayanya.

Syabas dan tahniah buat para ahli Umno Taman Paroi Jaya dan semua yang terlibat juga buat para wakil dari Bahagian yang telah menjalankan tugas mereka dengan baik.

Thursday, September 11, 2008

Keputusan Dr. M kukuhkan UMNO

KUALA LUMPUR 10 Sept. - Keputusan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menyertai semula UMNO akan memperkukuhkan parti berkenaan.
Pelbagai pihak hari ini berpendapat, keputusan itu juga membuktikan Dr. Mahathir tidak sanggup melihat parti utama yang menaungi orang Melayu menjadi lemah.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, kepulangan Dr. Mahathir ke pangkuan UMNO akan meningkatkan perpaduan ahli parti.
Beliau yang mengalu-alukan keputusan tersebut turut menjelaskan UMNO tidak mempunyai masalah untuk menerima semula negarawan itu.
"Langkah yang diambil Dr. Mahathir juga akan memperkuatkan UMNO yang menjadi tulang belakang kerajaan dan Barisan Nasional (BN)," katanya.
Semalam, Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yasin mengumumkan hasrat Dr. Mahathir untuk menyertai semula UMNO yang dibuat dalam satu pertemuan Sabtu lalu.
Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta ahli parti supaya tidak memandang sinis atau memperlekehkan keputusan itu.
Katanya, apa yang berlaku sebelum ini umpama 'merajuk pada yang sayang' iaitu merajuk yang tidak berpanjangan.
"Sepedas mana pun pandangan beliau kepada UMNO sebelum ini, ia sebenarnya pandangan yang ikhlas.
"Pendapat Dr. Mahathir sebagai bekas presiden parti tentu lebih bernilai dan mempunyai kredibiliti jika beliau berada dalam UMNO," katanya.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan pula menyatakan komitmennya untuk mencadangkan kepada MT UMNO supaya menerima semula Dr. Mahathir.
Beliau juga bersedia menawarkan jawatan Ketua UMNO Cawangan Rantau yang disandangnya kepada Dr. Mahathir jika tiada cawangan lain mahu menerima bekas Perdana Menteri itu.
"Kalau tidak ada orang yang menerimanya dalam mesyuarat MT nanti, saya sebagai ahli MT akan cadangkan kita terima.
"Kalau tidak ada cawangan mahu terima beliau sebagai ahli, saya mempelawa Tun masuk ke cawangan saya, boleh jadi ketua cawangan saya... tak apa," katanya.
Sementara itu, Mohamad mahu kemasukan Dr. Mahathir ke dalam UMNO dibuat dengan telus tanpa mengenakan sebarang syarat.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob pula berkata, pihaknya menyokong penuh keputusan yang dibuat oleh Dr. Mahathir.
Katanya, sebagai orang lama dalam parti, Dr. Mahathir sarat dengan pelbagai idea yang relevan.
"Elok (Dr. Mahathir) masuk semula. Kita akan menyokong, UMNO Pahang menyokong kuat kemasukan semula beliau," katanya.
Keputusan Dr. Mahathir untuk menyertai semula UMNO turut disambut baik oleh Badan Perhubungan UMNO Kedah.
Pengerusinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihaknya berharap langkah Dr. Mahathir itu akan membantu mengukuhkan UMNO.
Dalam perkembangan yang sama, Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata, sebagai pemimpin Melayu terbilang, Dr. Mahathir sebenarnya amat sayangkan kaumnya dan tidak sanggup melihat mereka menjadi lemah.
"Walaupun pandangannya selama ini agak pedas tetapi sebenarnya itu tidak menjadi masalah dan kita harus terima. Apa yang penting, kita sekarang sudah kembali ke landasan betul.
"Penyertaan semula itu juga dapat mengelakkan tindakan pembangkang yang menjadikan Dr. Mahathir sebagai 'peluru' untuk menyerang UMNO dan kerajaan," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0911&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm

Semangat perpaduan dan mengutamakan parti yang dicontohi oleh semua peringkat pimpinan samada di cawangan bahagian dan Majlis tertinggi. Isyarat jelas yang rata rata ahli ahli Umno mengalu ngalukan kepulangan Tun ke pangkuan Umno demi kekuatan Umno dan orang Melayu.

Kenyataan ikhlas dan berani dari Dato Seri Mohd Hasan yang sanggup menyerahkan jawatannya kepada Tun jika tiada cawangan/bahagian yang menerima beliau amatlah disanjung tinggi, inilah semangat pejuang sebenar yang harus dihormati.Kami Umno Taman Paroi Jaya sangat menghormati dan menyanjung tinggi niat murni Dato Seri Mohd Hasan.Perjuangan parti dan orang Melayu yang diutamakan.

Kami juga percaya yang Tun sedar dia tidak mampu mengubah Umno dari luar dan keputusannya untuk menyertai semula Umno adalah tidak lain dari kerana kasih dan sayangkan bangsanya dan semestinya beliau tidak mahu bangsanya lemah.

Tuesday, September 09, 2008

Muhyiddin confirms Dr M returning to Umno

KUALA LUMPUR: Umno vice-president Tan Sri Muhyiddin Yassin has confirmed that former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad is returning to the party.

He said that Dr Mahathir expressed his intention to return to Umno at a meeting last Saturday.

He added that he informed Umno deputy president Datuk Seri Najib Tun Razak on Monday of Dr Mahathir’s intention to rejoin the party.

Dr Mahathir, who has been a vocal critic of his hand-picked successor Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, quit Umno in May, saying that he would only return to Umno when there was a leadership change.

The Star 09/09/08

Umno Paroi Jaya mengalu ngalukan kemasukan semula Tun ke pangkuan Umno kerana kami amat percaya yang perjuangan parti tetap diutamakan lebih dari perjuangan individu.


Gerakan putuskan hubungan dengan Umno Pulau Pinang

GEORGE TOWN: Gerakan Pulau Pinang mebuat keputusan memutuskan hubungannya dengan Umno negeri itu berkuatkuasa serta-merta ekoran daripada kenyataan terbaru Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail yang didakwa berbau perkauaman.

Pemangku Presiden Gerakan Pulau Pinang, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon berkata keputusan itu dipersetujui dalam satu mesyuarat tergempar yang dihadiri oleh semua ahli jawatankuasa perhubungan negeri.

Beliau berkata, ahli Gerakan berasa amat terkejut dan marah serta mengutuk tindakan serta tingkahlaku Ahmad yang disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab.

Dr. Koh memberi tahu kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat tergempar jawatankuasa perhubungan Gerakan Pulau Pinang malam tadi.

Beliau turut menyelar tindakan Ahmad yang menyifatkan masyarakat Cina di Malaysia sebagai sama dengan orang Yahudi di Amerika Syarikat yang menguasai ekonomi dan politik, sebagai tidak bertanggungjawab dan tidak harus dibangkitkan sama sekali..

Jelasnya, Ahmad telah membuat kenyataan yang menyinggung orang Cina kerana "telah menukar kesilapan peribadinya kepada konflik dan krisis antara parti-parti komponen BN dan yang paling teruk lagi, antara masyarakat".

http://mstar.com.my

Seharusnya ini tidak terjadi pada parti politik di negara yang sudah boleh dikatakan matang dengan kepelbagaian kaum, agama, bahasa dan budaya. Sebenarnya setiap kaum harus mempunyai sensitiviti yang tinggi terhadap kaum lain. Ini tidak akan berlaku jika semangat setia kawan dan muafakat disemai dalam setiap individu. Usaha ini tidak akan berhasil jika kaum Melayu sahaja yang terpaksa menurut dan bertolak ansur, begitu juga kaum majority CIna dan India seharusnya bersama sama menjaga sensitiviti antara kaum. Isu isu yang tidak boleh diusik atau pun sensitif tidak perlu di war warkan secara terbuka.

Isu-isu agama dan status keistimewaan orang Melayu seharusnya tidak dijadikan isu kerana sudah termaktub di dalam perlembagaan Malaysia. Seperti mana juga orang orang Melayu tidak harus membangkitkan isu isu remeh yang sensitif seperti mengatakaan kaum Cina dan India ialah pendatang sebelum merdeka. Walaupun didalam perlembagaan ada menyebut yang Raja berkuasa dalam melindungi keistimewaan kaum Melayu(Bumiputera) atau pun penduduk asal tanah Melayu dan bukan kaum CIna dan India.

Bila manipulasi undang-undang dilakukan ia tidak akan membawa apa apa kebaikkan yang mana sebagaimana kaum lain boleh melakukannya kaum yang satu lagi juga pasti boleh melakukan perkara yang sama. Parti seperti gerakan juga seharusnya matang dalam mengeluarkan kenyataan untuk menunjukkan kematangan dan semangat setia kawan yang tinggi. Seperti kita sedia maklum kejatuhan Pulau Pinang ke tangan pembangkang adalah semasa dibawah kerajaan BN diterajui Gerakan di Pulau Pinang. Dia seharusnya sedar atas kelemahan dan kesilapan dan seharusnya mencari formula atau pun alternatif dari menyalahkan orang lain seperti mengkaji kedudukan di dalam BN kerana ia tidak akan membawa apa apa jalan penyelesaian.

Kami amat berharap yang pendekatan dan cara penyelesaiaan yang matang mampu diutarakan oleh kedua dua pihak dalam menangani isu yang remeh ini. Ini kerana Malaysia berdepan cabaran yang lebih besar yang perlu diberikan tumpuan dan perhatian.


Monday, September 08, 2008

Budayakan kecemerlangan akademik - Mohamad

SEREMBAN 7 Sept. Kesemua pelajar dari negeri ini yang sedang menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta diseru agar sentiasa menghayati budaya berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, langkah tersebut adalah sejajar dengan hasrat untuk mengembalikan semula kegemilangan negeri ini dalam bidang pendidikan.

Beliau turut berharap agar pelajar-pelajar IPT mengikut jejak langkah tokoh ilmuwan negara, Pendita Zaaba, yang juga merupakan anak negeri ini.

''Justeru, saya meminta pelajar-pelajar IPT anak Negeri Sembilan menjadikan kecemerlangan sebagai satu budaya dalam kehidupan mereka," ujarnya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Sumbangan Pelajaran IPT di Wisma Negeri, dekat sini baru-baru ini.

Mohamad menjelaskan, pelajar-pelajar IPT dari negeri ini perlu bekerja keras untuk muncul sebagai pelajar cemerlang.

Beliau memberitahu, jumlah penerima Anugerah Pelajar Cemerlang Negeri Sembilan pada tahun lalu iaitu sebanyak 27 orang menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan berbanding dengan hanya seorang pada tahun 2006.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0908&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_03.htm

Membudayakan kecemerlangan ilmu dan menitik beratkan kepentingan menuntut ilmu selaras dengan kehendak dan keperluan semasa dan juga dalam menempuh era globalisasi. Tetapi harus diingat yang keseimbangan diantara kecemerlangan akademik dan pembentukkan nilai insan yang positif harus dititik beratkan supaya dapat melahirkan insan yang berkualiti dan seimbang dari segi akademik dan kehidupan.

Bersama kita mendukung hasrat kerajaan N Sembilan dalam menjadikan N Sembilan sebuah gedung ilmu yang pernah melahirkan tokoh tokoh terbilang.


Sunday, September 07, 2008

Salam Ramadhan 2008 bersamaan 1429Hijrah

Umno Taman Paroi Jaya mengucapkan Selamat Berpuasa dan Salam Ramadhan Al Mubarak kepada semua muslimin dan muslimat semua.Semoga ibadah kita diberkati Allah S.w.t

Tahniah juga diucapkan kepada Umno Taman Paroi Jaya dan para AJK diatas kejayaan menganjurkan persidangan pada tahun 2008 ini. Kerjasama semua terutama para ahli amatlah dihargai.

Sekian & Terima Kasih


Wednesday, September 03, 2008

Ketua Pemuda cawangan didenda buat laporan palsu

PUTRAJAYA 2 Sept. - Seorang Ketua Pemuda UMNO cawangan didenda maksimum RM2,000 atau penjara empat bulan setelah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kajang di sini atas tuduhan membuat laporan palsu kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) mengenai politik wang dalam parti.

Mohd. Rusihan Abu Yaziz @ Mohamad, 32, mengaku membuat laporan itu supaya siasatan dilakukan terhadap Ahmad Affandi Hamzah yang didakwa menyogoknya dengan wang tunai RM1,500 bagi menyokong pencalonan penama sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kelana Jaya.

Dia yang merupakan Ketua Pemuda Cawangan Lengkok Golf, Kelana Jaya didakwa membuat laporan palsu itu kepada Penguasa Kanan BPR, Saiful Ezral Arifin di antara pukul 5 petang dan 7 malam, 30 Julai lalu di Ibu Pejabat BPR di sini.

Laporan palsu tersebut menyatakan:

''Pada 29 Julai 2008, jam lingkungan 7 malam hingga 8 malam, saya telah didatangi oleh Encik Ahmad Affandi bin Hamzah dan menerima satu sampul surat dari beliau. Ketika beliau memberi sampul surat berkenaan, beliau menyatakan duit di dalam sampul ini untuk mesyuarat.

''Setelah menerima sampul surat berkenaan, saya mendapati di dalam sampul surat berkenaan mengandungi wang berjumlah RM1,500. Kejadian ini berlaku di hadapan rumah saya di Kelana Jaya No. 59, Jalan SS 7/3, Kelana Jaya, 47301, P.Jaya, Selangor. Inilah saja aduan saya."

Menurut fakta kes, Mohd. Rusihan mendakwa sampul surat tersebut untuk diberikan kepada ahli-ahli UMNO Cawangan Lengkok Golf dan penyerahan itu disaksikan oleh isteri dan adiknya.

Fakta juga menyatakan, tertuduh memberitahu bahawa wang RM1,500 itu telah dimasukkan ke dalam Tabung Masjid Nurul Yakin, Kelana Jaya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0903&pub=Utusan_Malaysia&sec=Mahkamah&pg=ma_01.htm

Cakap siang pandang pandang cakap malam dengar dengar. Tidak perlua mengaibkan atau menganiaya orang lain dalam mencapai tujuan atau pun matlamat. Pandanga yang bernas, idea yang kreatif dan perjuangan yang ikhlas adalah lebih baik.


This page is powered by Blogger. Isn't yours?