Friday, September 19, 2008

Hari Mantai Perdana 29 September ini

SEREMBAN 15 Sept. - Kerajaan negeri akan menganjurkan Hari Mantai Perdana pada 29 September ini di tapak bekas kem tentera di Paroi dekat sini sebagai usaha tambahan membekalkan daging segar sempena kedatangan 1 Syawal.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar, Hal Ehwal Pengguna dan Kemudahan Awam, Datuk Hasim Rusdi berkata, pada hari tersebut orang ramai boleh mendapatkan bekalan daging pada harga yang lebih murah berbanding harga pasaran.
Beliau berkata, sebagai contoh daging lembu tempatan akan dijual pada harga RM15 sekilogram berbanding RM20 sekilogram di kawasan lain.
''Ini semua idea Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan. Beliau mahu rakyat mendapat bekalan daging yang lebih murah berbanding harga pasaran dan sebab itu kita memutuskan harga daging lembu tempatan yang dijual pada hari tersebut murah RM5 daripada tempat lain.
''Kerajaan negeri berharap dengan adanya program seperti ini ia sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban rakyat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0920&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_02.htm

Peluang mendapatkan daging segar dan murah disamping dapat berjimat dalam kemeriahan menyambut Aidilfitri yang akan menjelang tidak lama lagi. Tapi tahukah anda apa itu Mantai??

Rasanya ramai yang tahu cuma mungkin golongan muda tidak berapa faham fungsi dan kepentingan Hari Mantai. Di N Sembilan ia sudah seperti suatu kemestian dimana pada Hari Mantai ini segala persiapan pra raya(selalunya sehari sebelum raya/puasa) dilakukan dimana pengkhususannya adalah penyediaan daging lembu, kerbau, ayam, kambing segar(penyembelihan) untuk dijadikan juadah hidangan seperti rendang, lauk pauk dan lain lain hidangan. Biasanya Hari mantai disambut sehari sebelum menjelang Puasa dan Hari Raya Aidilfitri.

Ia juga dapat mengeratkan siratulrahim antara keluarga dan sanak saudara terutamanya di kampung, justeru itu Mantai Perdana yang akan berlangsung pada 29September ini mungkin boleh mengembalikan kegemilangan hari mantai disamping kita terus mengekalkan adat dan tradisi.
Mungkin Hari Mantai ini boleh dimasukkan didalam kalendar pelancongan N Sembilan kerana bagi pelancong dan kaum lain ia boleh juga dilihat sebagai suatu pesta persediaan pra raya dan tentunya meriah jika ia dapat dijalankan dalam suasana desa atau pun kampung. Juga bagi yang tidak mempunyai kampung sekurang kurangnya dapat merasai pengalaman berhari raya dalam suasana kampung dan desa.

Comments:
SAYA ADENAN BIN YUSOF NO. TEL : 019 - 6310356 BERMINAT UNTUK MEMBELI KULIT DAN KAKI LEMBU ( seberapa banyak ) PADA HARI MANTAI PERDANA INI hubungi saya untuk perkara ini

saya juga membekalkan lembu korban bagi tahun 2008 sesiapa berminat boleh hubungi saya
 
Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?