Tuesday, September 09, 2008

Gerakan putuskan hubungan dengan Umno Pulau Pinang

GEORGE TOWN: Gerakan Pulau Pinang mebuat keputusan memutuskan hubungannya dengan Umno negeri itu berkuatkuasa serta-merta ekoran daripada kenyataan terbaru Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail yang didakwa berbau perkauaman.

Pemangku Presiden Gerakan Pulau Pinang, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon berkata keputusan itu dipersetujui dalam satu mesyuarat tergempar yang dihadiri oleh semua ahli jawatankuasa perhubungan negeri.

Beliau berkata, ahli Gerakan berasa amat terkejut dan marah serta mengutuk tindakan serta tingkahlaku Ahmad yang disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab.

Dr. Koh memberi tahu kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat tergempar jawatankuasa perhubungan Gerakan Pulau Pinang malam tadi.

Beliau turut menyelar tindakan Ahmad yang menyifatkan masyarakat Cina di Malaysia sebagai sama dengan orang Yahudi di Amerika Syarikat yang menguasai ekonomi dan politik, sebagai tidak bertanggungjawab dan tidak harus dibangkitkan sama sekali..

Jelasnya, Ahmad telah membuat kenyataan yang menyinggung orang Cina kerana "telah menukar kesilapan peribadinya kepada konflik dan krisis antara parti-parti komponen BN dan yang paling teruk lagi, antara masyarakat".

http://mstar.com.my

Seharusnya ini tidak terjadi pada parti politik di negara yang sudah boleh dikatakan matang dengan kepelbagaian kaum, agama, bahasa dan budaya. Sebenarnya setiap kaum harus mempunyai sensitiviti yang tinggi terhadap kaum lain. Ini tidak akan berlaku jika semangat setia kawan dan muafakat disemai dalam setiap individu. Usaha ini tidak akan berhasil jika kaum Melayu sahaja yang terpaksa menurut dan bertolak ansur, begitu juga kaum majority CIna dan India seharusnya bersama sama menjaga sensitiviti antara kaum. Isu isu yang tidak boleh diusik atau pun sensitif tidak perlu di war warkan secara terbuka.

Isu-isu agama dan status keistimewaan orang Melayu seharusnya tidak dijadikan isu kerana sudah termaktub di dalam perlembagaan Malaysia. Seperti mana juga orang orang Melayu tidak harus membangkitkan isu isu remeh yang sensitif seperti mengatakaan kaum Cina dan India ialah pendatang sebelum merdeka. Walaupun didalam perlembagaan ada menyebut yang Raja berkuasa dalam melindungi keistimewaan kaum Melayu(Bumiputera) atau pun penduduk asal tanah Melayu dan bukan kaum CIna dan India.

Bila manipulasi undang-undang dilakukan ia tidak akan membawa apa apa kebaikkan yang mana sebagaimana kaum lain boleh melakukannya kaum yang satu lagi juga pasti boleh melakukan perkara yang sama. Parti seperti gerakan juga seharusnya matang dalam mengeluarkan kenyataan untuk menunjukkan kematangan dan semangat setia kawan yang tinggi. Seperti kita sedia maklum kejatuhan Pulau Pinang ke tangan pembangkang adalah semasa dibawah kerajaan BN diterajui Gerakan di Pulau Pinang. Dia seharusnya sedar atas kelemahan dan kesilapan dan seharusnya mencari formula atau pun alternatif dari menyalahkan orang lain seperti mengkaji kedudukan di dalam BN kerana ia tidak akan membawa apa apa jalan penyelesaian.

Kami amat berharap yang pendekatan dan cara penyelesaiaan yang matang mampu diutarakan oleh kedua dua pihak dalam menangani isu yang remeh ini. Ini kerana Malaysia berdepan cabaran yang lebih besar yang perlu diberikan tumpuan dan perhatian.


Comments: Post a Comment

Links to this post:

Create a Link



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?