Monday, September 15, 2008

MB minta penjawat awam, Exco, ADUN jauhi rasuah

SEREMBAN 14 Sept. - Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini memberi peringatan kepada semua penjawat awam, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan anggota Exco kerajaan negeri supaya menjauhi amalan rasuah.
Beliau mahu, golongan itu lebih berhati-hati dan tidak mendedahkan diri dengan amalan tersebut yang boleh menimbulkan banyak kesan terhadap diri masing-masing dan kerajaan negeri.
''Amalan rasuah ini boleh merosakkan integriti kita," tegas beliau di sini baru-baru ini.
Mohamad berkata demikian sambil merujuk tindakan cekap dan tegas yang dilakukan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) baru-baru ini terhadap ADUN dan pemimpin politik di negeri ini.
''Kita perlu belajar dan mengambil iktibar daripada apa yang berlaku sejak kebelakangan ini," tegas beliau.
Mohamad turut mengingatkan golongan tersebut supaya lebih berwaspada terutamanya dalam keadaan yang tidak menentu ketika ini, di mana ia boleh menjejaskan reputasi kepimpinan dan pemimpin terbabit.
''Faham-faham sahajalah. Kadang kala kita tidak tahu sama ada orang akan pasang perangkap ke atas kita. Jadi berhati-hatilah dalam melaksanakan sebarang urusan," nasihat beliau.
Mohamad menegaskan, beliau tidak mahu masalah berkaitan amalan rasuah berpanjangan sehingga boleh menjejaskan urusan dan pentadbiran kerajaan.
''Jika kita terlibat, sudah tentulah akan merosakkan nama baik. Ia juga akan mendatangkan masalah pada diri masing-masing," jelas beliau.
Baru-baru ini ADUN Negeri Sembilan kawasan Lenggeng, Mustafa Salim telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan meminta dan menerima suapan sebanyak RM5,000 daripada seorang kontraktor pada Ogos lalu.
Sementara Naib Ketua UMNO Bahagian Seremban, Mohd. Nor Awang, 47, juga dihadapkan ke mahkamah yang sama atas dua tuduhan memberi suapan awal bulan lalu.


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0915&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_05.htm

Peringatan dari Menteri Besar N Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan tentang gejala rasuah yang seharusnya tidak berlaku dalam urusan pentadbiran terutamanya kepada anggota Exco dan Dun si N Sembilan.
Dalam kempen pemilihan yang sedang berlangsung gejala gejala rasuah ini harus dielakkan dan tidak dijadikan modal untuk meraih simpati atau pun sokongan. Ia akan menjejaskan sokongan dan kepercayaan rakyat kepada Umno dan kerajaan khususnya. Tetapi ia juga boleh dijadikan modal untuk merosakkan nama baik seseorang individu itu jika perkara itu tidak benar.

Seperti yang berlaku tidak lama dulu apabila seorang Ketua Bahagian di Seremban kononnya ingin melaporkan mengenai Yab Datuk Seri Mohamad Hasan kepada BPR tetapi yang jelas ia tidak berlaku samada ia hanya untuk menjejaskan nama baik beliau atau pun hanya sekadar mencari publisiti murahan.

Yang pasti rasuah dan gejala yang tidak sihat ini hanyalah akan merosakkan parti dan kerajaan dan sebagai menyahut seruan ini Umno Paroi Jaya telah mengadakan persidangan pada bulan puasa yang mulia ini bagi mengelakkan sebarang kesangsian dan segala bentuk rasuah yang mungkin berlaku yang mana ia telah berlangsung dengan jayanya.

Syabas dan tahniah buat para ahli Umno Taman Paroi Jaya dan semua yang terlibat juga buat para wakil dari Bahagian yang telah menjalankan tugas mereka dengan baik.

Comments:
elokla 2 jangan amal rasuah jangan ngisap dadah!!
sahak yang buek laporan kek bpr tapi koba ey lah nak report tok mat tapi haram tak ado pun dongar, ni macam nak buruk2kan orang jo lah, tapi ni kan taktik lamo orang mano pakai dah..
yang mat nor awang dengan mustapha salim nih plak baru2 tapi nk tunjuk pandai kan dah kono dengan orang tuo
hati2 bak kato tok mat tuh tah memang ado orang nak perangkap ko
salah ko tak bolum tau tapi dah buek orang pikir sendiri
yang ponting ubahlah mentaliti orang Umno nih jangan sibuk maso nak pemilihan jo lopeh tu ilang cam biaso..
 
mungkinkah ini yang terjadi kepada mustapha salim dengan mat nor awang, ada lagi pihak2 yang cuba menangguk di ayer keroh, yang penting tak buek salah ape ko nak takutkan

coolup
 
Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?