Wednesday, September 03, 2008
Ketua Pemuda cawangan didenda buat laporan palsu
PUTRAJAYA 2 Sept. - Seorang Ketua Pemuda UMNO cawangan didenda maksimum RM2,000 atau penjara empat bulan setelah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kajang di sini atas tuduhan membuat laporan palsu kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) mengenai politik wang dalam parti.
Mohd. Rusihan Abu Yaziz @ Mohamad, 32, mengaku membuat laporan itu supaya siasatan dilakukan terhadap Ahmad Affandi Hamzah yang didakwa menyogoknya dengan wang tunai RM1,500 bagi menyokong pencalonan penama sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kelana Jaya.
Dia yang merupakan Ketua Pemuda Cawangan Lengkok Golf, Kelana Jaya didakwa membuat laporan palsu itu kepada Penguasa Kanan BPR, Saiful Ezral Arifin di antara pukul 5 petang dan 7 malam, 30 Julai lalu di Ibu Pejabat BPR di sini.
Laporan palsu tersebut menyatakan:
''Pada 29 Julai 2008, jam lingkungan 7 malam hingga 8 malam, saya telah didatangi oleh Encik Ahmad Affandi bin Hamzah dan menerima satu sampul surat dari beliau. Ketika beliau memberi sampul
''Setelah menerima sampul
Menurut fakta kes, Mohd. Rusihan mendakwa sampul
Fakta juga menyatakan, tertuduh memberitahu bahawa wang RM1,500 itu telah dimasukkan ke dalam Tabung Masjid Nurul Yakin, Kelana Jaya.
Cakap siang pandang pandang cakap malam dengar dengar. Tidak perlua mengaibkan atau menganiaya orang lain dalam mencapai tujuan atau pun matlamat. Pandanga yang bernas, idea yang kreatif dan perjuangan yang ikhlas adalah lebih baik.