Monday, September 08, 2008

Budayakan kecemerlangan akademik - Mohamad

SEREMBAN 7 Sept. Kesemua pelajar dari negeri ini yang sedang menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta diseru agar sentiasa menghayati budaya berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, langkah tersebut adalah sejajar dengan hasrat untuk mengembalikan semula kegemilangan negeri ini dalam bidang pendidikan.

Beliau turut berharap agar pelajar-pelajar IPT mengikut jejak langkah tokoh ilmuwan negara, Pendita Zaaba, yang juga merupakan anak negeri ini.

''Justeru, saya meminta pelajar-pelajar IPT anak Negeri Sembilan menjadikan kecemerlangan sebagai satu budaya dalam kehidupan mereka," ujarnya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Sumbangan Pelajaran IPT di Wisma Negeri, dekat sini baru-baru ini.

Mohamad menjelaskan, pelajar-pelajar IPT dari negeri ini perlu bekerja keras untuk muncul sebagai pelajar cemerlang.

Beliau memberitahu, jumlah penerima Anugerah Pelajar Cemerlang Negeri Sembilan pada tahun lalu iaitu sebanyak 27 orang menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan berbanding dengan hanya seorang pada tahun 2006.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0908&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_03.htm

Membudayakan kecemerlangan ilmu dan menitik beratkan kepentingan menuntut ilmu selaras dengan kehendak dan keperluan semasa dan juga dalam menempuh era globalisasi. Tetapi harus diingat yang keseimbangan diantara kecemerlangan akademik dan pembentukkan nilai insan yang positif harus dititik beratkan supaya dapat melahirkan insan yang berkualiti dan seimbang dari segi akademik dan kehidupan.

Bersama kita mendukung hasrat kerajaan N Sembilan dalam menjadikan N Sembilan sebuah gedung ilmu yang pernah melahirkan tokoh tokoh terbilang.


Comments: Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?