Sunday, November 25, 2007
N. Sembilan mahu status MSC
NILAI 23 Nov. – Kerajaan Negeri Sembilan sedang merangka pelan pembangunan untuk mendapatkan status MSC sebagai daya tarikan baru kepada pelabur asing.
Kebanyakan pelabur luar menyedari negeri itu amat strategik untuk pelaburan tetapi menarik diri selepas menyedari status MSC tidak disediakan di negeri itu.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, baru-baru ini kerajaan negeri kehilangan pelaburan dari Amerika Syarikat bernilai hampir RM1 bilion disebabkan ketiadaan status itu di negeri ini.
“Pelabur itu akhirnya memilih negeri lain, tapi kita tumpang gembira juga kerana ia masih melabur di Malaysia. Dari sini, kita dalam proses supaya MSC wujud juga di Negeri Sembilan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan jalan utama Nilai Impian hari ini.
Katanya, ia bukan proses yang mudah kerana ia melibatkan banyak perkara seperti penyediaan tenaga elektrik yang lancar malah kerajaan negeri harus memberi jaminan tiada gangguan bekalan tenaga atau ganti rugi akan dibayar.
Beliau berkata, bagaimana kerajaan negeri tidak mahu terburu-buru untuk mendapatkan status MSC.
Mohamad Hasan juga berkata, kerajaan negeri sedang merangka untuk membuka kawasan industri baru.
Dalam Pelan Struktur Negeri Sembilan 2020, kerajaan negeri sudah pun membahagikan negeri itu kepada empat zon untuk pelbagai industri, katanya.
‘‘Selepas ini tidak ada lagi industri yang bercampur-campur dalam satu kawasan. Industri makanan misalnya akan ditempatkan di kawasan Tampin, teknologi tinggi di Nilai atau Port Dickson, kayu kayan dan perabot di Bahau,” katanya lagi.
Jalan sepanjang satu kilometer itu menghubungkan Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban terus ke Nilai Impian melalui Tol Nilai dimajukan oleh Negara Properties (M) Bhd..
Jalan itu yang berharha RM6 juta memendekkan masa perjalanan dari 20 minit kepada hanya lima minit untuk memasuki bandar serba ekslusif itu.

Khairy: Dedah siasatan Lojing, Air Kelantan
TANAH MERAH: Pergerakan Pemuda Umno hari ini meminta Badan Pencegah Rasuah (BPR) mendedahkan sejauh mana hasil siasatan badan itu terhadap kegiatan penerokaan haram tanah tinggi Lojing dan dakwaan penyelewengan dalam anak syarikat kerajaan Kelantan, Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB).
Naib Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata rakyat kini tertunggu-tunggu hasil siasatan BPR terhadap kedua-dua isu itu sama ada telah selesai atau sebaliknya.
"Rakyat nak tahu sejauh mana hasil siasatan mereka dan BPR perlulah dedahkan sejauh mana siasatan itu. BPR jangan takut dedahkan apa hasil siasatan mereka," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sijil Cabaran Tanah Merah di Puncak Kinabalu 2 dan Gempur Pemuda di Kem Desa Gemilang, Lata Hujan, Gual Ipoh di sini.
Penerokaan haram di Lojing dekat Cameron Highlands yang menyaksikan beribu hektar tanah mengalami kemusnahan alam sekitar didedahkan Setiausaha Parlimen Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Sazmi Miah awal tahun ini.
Isu berkaitan AKSB timbul Ogos lalu apabila dilaporkan BPR sedang menyiasat syarikat itu berhubung penyelewengan dalam projek membaik pulih infrastruktur sistem bekalan air di Kelantan berharga RM600 juta.
BPR dilapor menghantar sepasukan pegawainya ke Kelantan bagi menyiasat perkara itu dan mendapati ada asas untuk siasatan terperinci dilakukan.
Sekiranya siasatan terhadap kedua-dua isu itu belum lagi selesai, Khairy berkata BPR perlu menyegerakan siasatan untuk keadilan semua pihak.
Ketika berucap, Khairy membidas PAS kerana menuduh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak telus dalam proses mengendalikan pilihan raya sehingga pemimpin parti itu terlibat dalam perhimpunan haram di ibu negara pada 10 Nov lepas.
"Jika tuduhan itu dilempar kepada SPR, apakah kemenangan PAS di Kelantan adalah angkara SPR juga?" soalnya. BERNAMA

Tuesday, November 20, 2007
Tok Mat diary
Aturcara RasmiMenteri Besar Negeri Sembilan Darul KhususYAB. Dato’ Seri Utama Hj. Mohamad b. Hj. Hasan
Tarikh / Hari
Masa
Aktiviti
19 Nov 2007 (Isnin)
3.00 ptg
Majlis Perasmian Pusat Pemprosesan Ayam Global Abattoir Sdn Bhd di LOT 1769, PEDAS MIEL HALAL INDUSTRIAL PARK, PEDAS, REMBAU.
20 Nov 2007
(Selasa)
3.45 ptg
Majlis Sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri Sembilan 2007 di ALLSON KLANA RESORT, SEREMBAN.
21 Nov 2007(Rabu)
2.30 ptg
Majlis Persaraan Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan di PERKARANGAN JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN.
21 Nov 2007(Rabu)
8.30 mlm
Majlis Perjumpaan dan Makan Malam Mahasiswa Mahasiswi dan Pensyarah-Pensyarah Anak Negeri Sembilan di DEWAN MAJLIS PERBANDARAN SEREMBAN.
22 Nov 2007(Khamis)
12.30 tgh
Majlis Perjumpaan dengan Persatuan Penjaja dan Peniaga-Peniaga Kecil Melayu Negeri Sembilan di ALLSON KLANA RESORT, SEREMBAN.
23 Nov 2007(Jumaat)
10.00 pg
Majlis Pembukaan Rasmi Akses Terus ke Perbandaran Nilai Impian di TAPAK PROJEK AKSES TERUS PERBANDARAN NILAI IMPIAN, NILAI.
25 Nov 2007(Ahad)
5.30 ptg
Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Bola Tampar Piala Menteri Besar Negeri Sembilan kali ke-13 2007 anjuran Persatuan Bolatampar Negeri Sembilan di CENTRE COURT, PAROI, SEREMBAN.
25 Nov 2007(Ahad)
8.30 mlm
Majlis Jamuan Deepavali dan Persembahan Kebudayaan anjuran MIC Bahagian Rembau di DEWAN ORANG RAMAI RANTAU.

Wednesday, November 14, 2007
Diari Tok Mat
Aturcara RasmiMenteri Besar Negeri Sembilan Darul KhususYAB. Dato’ Seri Utama Hj. Mohamad b. Hj. Hasan
Tarikh / Hari
Masa
Aktiviti
12 Nov 2007 (Isnin)
12.45 tgh
Majlis Penyampaian Anugerah Sukan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia Negeri Sembilan 2007 di ALLSON KLANA RESORT, SEREMBAN
13 Nov 2007
(Selasa)
2.45 ptg
Majlis Sambutan Hari Raya anjuran PEKERTI dan Kerajaan Negeri Sembilan bersama Anak-Anak Istimewa Negeri Sembilan di ALLSON KLANA RESORT, SEREMBAN
15 Nov 2007(Khamis)
10.00 pg
Majlis Perasmian Kompleks Badan Pencegah Rasuah Negeri Sembilan di KOMPLEKS PEJABAT BADAN PENCEGAH RASUAH, JLN. DATO’ KLANA MA’MOR, SEREMBAN
2.30 ptg
Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2007 di DEWAN KARYA, SK DATUK AKHIR ZAMAN, RANTAU
17 Nov 2007(Sabtu)
4.00 ptg
Majlis Perasmian Karnival Udara Negeri Sembilan 2007 di KAWASAN PERINDUSTRIAN CHEMBONG, REMBAU
20 Nov 2007(Selasa)
3.30 ptg
Majlis Pelancaran Hari Wanita Peringkat Negeri Sembilan di ALLSON KLANA RESORT, SEREMBAN

Pak Lah-Tidak sembunyi tarikh pilihan raya
KUCHING 13 Nov. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau bukan seorang yang suka menyembunyikan sesuatu terutamanya berhubung tarikh pilihan raya umum.
“Saya tidak suka menyembunyikan maklumat,” kata Perdana Menteri setelah didesak sama ada kedatangan beliau ke negeri ini adalah untuk membincangkan perkara-perkara berhubung pilihan raya umum nanti.
Soalan itu tercetus ekoran pertemuan beliau secara tertutup dengan pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak di Miri malam tadi.
“Saya tidak ada bincang tentang pilihan raya umum..., tidak ada berbincang mengenai pembahagian kerusi,” kata beliau ketika ditanya sama ada mesyuarat tersebut turut membincangkan pembahagian kerusi Parlimen di negeri ini untuk parti-parti komponen BN.
Abdullah berkata, pertemuan semalam hanyalah penjelasan berhubung perkara-perkara yang membabitkan pembangunan terutamanya berhubung koridor pembangunan Sarawak.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di majlis Pelancaran Pembinaan Kompleks Islam Sarawak di sini hari ini.
Mengenai koridor pembangunan di Sarawak, beliau berkata, apabila dilancarkan kelak, ia tidak akan menyebabkan projek-projek lain yang disusun dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) untuk Sarawak ditinggalkan begitu sahaja.
Ditanya mengenai Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah), Abdullah berkata, sebarang keputusan yang tercetus daripada Permudah untuk melaksanakan penambahbaikan terhadap sesuatu projek akan dimaklumkan kepada setiap kerajaan negeri.

Sunday, November 11, 2007
Kikis stigma orang Umno boleh dibeli: Tok Mat
Kikis stigma orang Umno boleh dibeli: MB
SEREMBAN: Ahli Umno dinasihat menjadikan perhimpunan agung parti yang bermula hari ini sebagai wadah memupuk iltizam baru mengikis tanggapan negatif sesetengah pihak yang merujuk orang Umno sebagai individu yang ada tanda harga atau boleh dibeli sehingga menularnya politik wang.Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT), berkata amalan politik wang boleh dibanteras jika setiap ahli tidak meletakkan tanda harga pada perjuangan, sebaliknya ikhlas membela nasib bangsa, agama dan negara."Jangan letak tanda harga pada perjuangan kerana memperjuangkan nasib bangsa, agama dan negara memang tak ada nilainya. Bila masuk parti keramat ini, kita perlu ikhlas berjuang... bukan atas sebab lain," katanya selepas jamuan Aidilfitri Umno Cawangan Kampung Bemban, dekat sini semalam.Beliau mengulas peringatan Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak supaya perwakilan tidak menjadikan ia pentas melobi dan menonjolkan diri sebagai calon pilihan raya umum.Sebelum ini, Najib turut mengumumkan Umno mengkaji semula peraturan pemilihan untuk mencari kaedah lebih berkesan menangani masalah politik wang yang akan dilaksanakan ketika pemilihan parti akan datang.Ia susulan amaran Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tengku Ahmad Rithauddeen Ismail kepada pemimpin Umno negeri dan bahagian parti supaya tidak cuba mengumpan hadiah kepada ahli bagi menentukan perwakilan untuk pemilihan Umno.Pemilihan parti yang ditangguh sehingga selepas pilihan raya umum akan datang dijangka diadakan tahun depan. Sementara itu, Mohamad berharap perhimpunan agung kali ini digunakan sebaik-baiknya, terutama oleh pembahas usul untuk merumuskan segala usaha parti serta kejayaan dan sumbangan Umno selama ini."Selama ini, Umno banyak berusaha dan hasilnya membawa kejayaan, tetapi ramai yang tidak peduli. Jadikan perhimpunan agung ini sebagai pentas kita mengimbau kembali usaha serta kejayaan itu," katanya."Jangan ambil kesempatan (sebagai pembahas) menonjolkan diri, sebaliknya mesej ucapan perlu memberi tumpuan kepada kepentingan parti, pilihan raya umum serta keutuhan dan perpaduan ahli," katanya.

Pak Lah 2007(persidangan umno ke 58)
Memperkukuh keyakinan - meneroka era baru
Ucapan Presiden pada Perhimpunan Agung Umno 2007:Yang Berhormat Pengerusi TetapYang Berhormat Timbalan Pengerusi TetapYang Amat Berhormat Timbalan PresidenNaib Presiden-Naib PresidenKetua-Ketua Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNOAhli-Ahli Majlis TertinggiTuan-Tuan Yang Terutama Pesuruhjaya Tinggi dan Duta BesarKetua-Ketua Komponen Parti BARISAN NASIONALWakil Parti-Parti dari luar negaraDif-dif Kehormat, Para Tetamu dan Para JemputanPara Perwakilan dan PemerhatiMUKADIMAHAlhamdulillah, dengan izin dan rahmat dari Allah Subhanahu Wata’ala, kita sekali lagi dapat berhimpun untuk melangsungkan Perhimpunan Agung UMNO kali ke lima puluh lapan.2. Perhimpunan Agung UMNO kali ini, berlangsung ketika negara baru merayakan ulang tahun kemerdekaan kali kelima puluh. Perhimpunan ini juga merupakan Perhimpunan Agung UMNO yang pertama untuk 50 tahun akan datang. Bermula dari pilihan raya umum tahun 1955, UMNO di bawah parti PERIKATAN telah menubuhkan kerajaan berasaskan perkongsian kuasa. Negara mencapai kemerdekaan dalam tahun 1957.3. Pelbagai cabaran terpaksa dihadapi oleh Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu yang dianggap kurang berpengalaman. Dua belas tahun selepas merdeka, kita diuji dengan rusuhan kaum yang mengancam keutuhan negara. Alhamdulillah, berkat dari permuafakatan dan semangat kerjasama yang jitu, segala rintangan berjaya diatasi. Titik hitam tersebut menjadi satu tauladan, memberi pengajaran paling berharga bahawa perpaduan kaum haruslah diperkukuhkan dan segala kelemahan haruslah diatasi.4. Berikutan tragedi ini, Kerajaan telah memperkenalkan tiga pendekatan utama. Rukun Negara diperkenalkan sebagai ideologi negara bagi mengukuhkan perpaduan demi keutuhan tanah air. Dasar Ekonomi Baru dirangka bagi memajukan ekonomi berasaskan pertumbuhan pesat dan pengagihan yang adil lagi saksama. Manakala Barisan Nasional ditubuhkan sebagai formula politik paling berkesan lagi inklusif. Tiga pendekatan utama ini telah menyumbang kepada kejayaan, kemakmuran dan survival negara. 5. Kita telah mendapat sokongan majoriti rakyat bagi menubuhkan Kerajaan secara berterusan selama 52 tahun. Rekod cemerlang ini dicapai hasil dari kepimpinan yang bijaksana serta komitmen parti-parti komponen dalam BARISAN NASIONAL. Rekod cemerlang ini adalah hasil dari kebijaksanaan UMNO menjalin kerjasama dengan kaum-kaum bukan Melayu berlandaskan budaya muafakat dan berkongsi kuasa. Rekod cemerlang ini dicapai atas gagasan gerak kerja yang realistik lagi pragmatik; gerak kerja yang mengutamakan agenda pembangunan negara dan agenda kesejahteraan warga.PENCAPAIAN 50 TAHUNSaudara-saudari6. UMNO tidak sekadar berjaya menerajui pemerintahan negara selama lima puluh dua tahun, malah kepimpinan UMNO telah berjaya membangunkan bumi Malaysia menjadi antara negara termaju, mencatatkan selama tempoh lima puluh tahun lalu, kadar pertumbuhan purata ekonomi KDNK 6.3 peratus. Sewaktu mencapai kemerdekaan, negara kita adalah antara yang termiskin di dunia; kini negara kita adalah antara negara terulung di dunia dari segi indeks pembangunan insan. Pendapatan nominal mencecah paras per kapita 20,900 ringgit, meningkat 26 kali ganda sejak merdeka. 7. Dasar Kerajaan yang menggalakkan pertumbuhan sektor swasta telah menghasilkan nilai perdagangan mencecah satu trilion ringgit pada awal tahun ini. Imbangan perdagangan negara telah mencatatkan kedudukan positif selama 109 bulan berturut-turut. Rizab asing negara terus meningkat mencapai tahap 98.2 bilion Dolar Amerika. Pasaran saham negara mencapai tahap bersejarah, dengan Indeks Komposit Kuala Lumpur mencecah paras 1413 mata, dengan perdagangan yang rancak lagi aktif. Malaysia kini diiktiraf oleh Forum Ekonomi Dunia sebagai negara kelima paling berdaya saing di Asia. 8. Pencapaian-pencapaian ini adalah hasil dari usaha gigih kita bersama memecahkan ruyung untuk mendapatkan sagu. Malah dengan komitmen ahli-ahli parti serta sokongan padu rakyat, di sertai dengan persefahaman perkhidmatan awam dan jalinan kerjasama dengan sektor swasta, saya penuh yakin daya saing dan daya produktiviti negara terus dapat ditingkatkan.MEMARTABATKAN ISLAM Saudara-saudari9. UMNO tetap komited dan sama sekali tidak apologetik terhadap usaha untuk memartabatkan Islam. Islam menganjurkan kesederhanaan. Dalam Perhimpunan Agung pada tahun 2004, saya telah menggariskan sepuluh prinsip Islam Hadhari. Manhaj atau pendekatan Islam Hadhari telah difahami dan menerima sokongan dari parti-parti komponen BARISAN NASIONAL. Ini menunjukkan bahawa pendekatan Islam yang dianjurkan oleh UMNO berwajah sederhana - bersifat adil. 10. Tuntutan untuk kembali kepada semangat yang terkandung dalam ‘Perlembagaan Persekutuan’ wajar dilihat secara positif, ditafsirkan secara bijak tanpa prejudis. Perlembagaan harus dilihat dan ditafsir secara menyeluruh, dan bukan secara terpisah atau terasing dengan menumpukan kepada beberapa fasal tertentu sahaja. Perlembagaan memperuntukkan bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai, di mana-mana bahagian Persekutuan.11. Bersandarkan semangat Perlembagaan, warga Malaysia pelbagai agama hendaklah mengamalkan budaya yang saling menghormati antara satu sama lain. Islam menyeru supaya umatnya menghormati penganut-penganut agama lain selaras dengan ayat 108, surah Al-An’aam,‘ Dan janganlah kamu mencerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah kerana mereka kelak akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. 12. Perlu ditegaskan bahawa sesuatu tindakan ada tindak balasnya. Sikap tidak menghormati mahupun sikap ekstremisme di satu pihak akan mencetuskan tindak balas yang sama di pihak yang lain. Keganasan di satu pihak akan membenihkan keganasan di pihak lain. Oleh itu, jika kita mahu agama kita dihormati dan difahami, marilah kita di dalam UMNO memperlihatkan contoh teladan terbaik dengan mengamalkan sikap menghormati penganut dan keperluan agama-agama lain. 13. Kita memberikan jaminan bahawa UMNO sama sekali tidak merestui tafsiran dan amalan Islam secara sempit. UMNO menentang sebarang budaya ganas, budaya politik yang mencetuskan kekacauan yang boleh mengganggu gugat urusan kehidupan dan urusan muamalat negara dan ummah. Islam bukan milik mana-mana pihak – apatah lagi sebuah parti politik. Islam jangan sekali disempitkan dengan mengaitkan sebagai perjuangan sebuah organisasi politik. Islam tidak boleh dijadikan milik eksklusif mana-mana pihak tertentu.14. UMNO berpandangan bahawa Islam tidak akan berkembang luas dan dihormati jika Islam itu hanya terbatas kepada aktiviti-aktiviti berbentuk ritual. Memperjuangkan Islam semata-mata bertiangkan slogan dan retorik tidak membolehkan kita mencapai tahap kegemilangan. Malah amalan Islam dari pemikiran cetek dan tafsiran sempit boleh menimbulkan kegelisahan bukan sahaja di kalangan bukan Islam malah di kalangan umat Islam jua. Tindak tanduk keterlaluan melaksanakan tugas penguatkuasaan adalah perbuatan kurang bijak yang lebih memberikan imej negatif terhadap Islam. Sifat gagal memahami keperluan penganut agama lain untuk menjalankan acara agama mereka, demikian juga sifat menidakkan hak penganut agama lain adalah bercanggah dengan semangat yang terkandung dalam Perlembagaan Negara. Perbuatan-perbuatan tersebut lebih merugikan umat Islam apabila yang bukan Islam menganggap mereka telah dizalimi kerana menidakkan hak mereka sebagai warga di bumi Malaysia.‘Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.’15. Islam perlu difahamkan bukan sahaja kepada umat Islam tetapi termasuk kepada yang bukan Islam. Islam harus diperkenalkan sebagai agama yang melaksanakan keadilan; agama yang sama sekali tidak membenarkan berlakunya kezaliman, agama yang menolak keganasan. Tidak ada yang salah tentang Islam; kesalahan adalah disebabkan perbuatan kurang arif di kalangan mereka yang gagal mentafsir dan mengamalkan Islam dengan minda terbuka dan fikiran rasional. Umat Islam sepatutnya lebih menumpukan usaha membina faktor-faktor tarikan kepada Islam. Kerajaan berpendirian bahawa Islam akan dihormati jika dimensi Islam dalam pelbagai bidang dapat dibangunkan secara berjaya, terutama dari segi kejayaan intelek, kejayaan ilmu, kejayaan sahsiah dan kejayaan ekonomi. 16. Kejayaan memajukan sistem kewangan Islam hingga ke peringkat mendapat pengiktirafan dunia demikian juga usaha membangunkan hab halal terkemuka, adalah antara obligasi yang tidak kurang pentingnya dengan tanggung jawab memenuhi tuntutan fardu ain. Usaha-usaha sedemikian telah dapat memperlihatkan bahawa Islam itu bersifat kontemporari, kekal relevan dalam era pembangunan ekonomi moden. Malah, usaha-usaha dalam bidang-bidang ekonomi, sains dan teknologi adalah amat dituntut dan lebih penting diberikan perhatian dari menghabiskan masa untuk berpolemik dan beretorik dalam isu-isu ritualisme. Islam dan umat Islam akan lebih dapat dibangunkan apabila umat Islam berjaya memperlihatkan pencapaian cemerlang dalam bidang-bidang ekonomi, sains dan teknologi. 17. Untuk itu, Malaysia telah dan akan terus mengambil langkah ke arah menjadi antara pusat kewangan Islam utama dunia. Dari segi pasaran modal Islam, kejayaan Malaysia terserlah dengan penguasaan dua-pertiga daripada pasaran bon Islam atau sukuk dunia, bernilai 47 bilion dolar Amerika. Sejajar dengan inisiatif Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (MIFC), Kerajaan telah meliberalisasikan sektor kewangan Islam untuk menggalakkan penyertaan entiti asing dalam sektor perbankan, pasaran modal dan takaful Islam. Selain itu, Malaysia telah mempelopori penubuhan institusi-institusi seperti Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam (Islamic Financial Services Board - IFSB) dan Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam (INCEIF). IFSB, yang dianggotai 125 negara, berfungsi untuk menyelaraskan peraturan dan piawaian di peringkat antarabangsa manakala INCEIF merupakan pusat pendidikan bertaraf universiti yang berperanan membangunkan modal insan untuk keperluan sektor kewangan Islam.18. Seterusnya, Malaysia amat komited untuk menjadi sebuah hab halal dunia. Kerajaan aktif mempromosikan perkhidmatan dan produk Halal Malaysia, di samping terus memperkukuhkan piawaian dan pensijilan Halal. Komitmen serius kerajaan dibuktikan melalui penubuhan Perbadanan Pembangunan Industri Halal untuk merintis dan menyelaras pelbagai inisiatif. Warga Malaysia terutamanya umat Islam tidak harus terlepas mengambil peluang daripada industri halal yang menawarkan peluang niaga yang besar. Saiz pasaran halal di peringkat global bernilai dua trilion ringgit; dan umat Islam di seluruh dunia berjumlah 1.8 bilion orang. Umat Islam wajib melihat usaha mengangkat status dan penggunaan perkhidmatan dan produk halal sebagai memenuhi satu tuntutan fardu kifayah. SYARIKAT BERKAITAN KERAJAAN (GLC)Saudara-saudari19. Demi memastikan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) memenuhi matlamat penubuhannya, Kerajaan telah memperkenalkan program transformasi GLC pada 14 Mei 2004. Kejayaan GLC selepas itu amatlah memberangsangkan. Nilai pasaran saham 20 GLC terkemuka telah meningkat 74 peratus, mencecah nilai 253 bilion ringgit, membawa impak ketara kepada prestasi Bursa Malaysia. Syarikat-syarikat berkaitan memperlihatkan kejayaan dari segi prestasi kewangan dan penyusunan semula operasi; malah ada yang berjaya memperkukuhkan kedudukan mereka melalui pemerolehan; ada yang berjaya memperluaskan operasi ke luar negara. Kejayaan yang diperlihatkan oleh GLC telah meningkatkan keyakinan pelabur di dalam dan di luar negara. 20. GLC bertambah kukuh hasil dari transformasi yang berjaya dilaksanakan. Amalan korporat yang lebih baik, bukan hanya memberi manfaat kepada GLC, malah para pemegang saham utama GLC, seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Lembaga Tabung Haji serta Permodalan Nasional Berhad. Secara tidak langsung, ianya memberikan limpahan kepada rakyat dalam bentuk dividen dan bonus. Sebagai contoh, semenjak usaha transformasi dilaksanakan, dividen Lembaga Tabung Haji meningkat daripada 4.3 peratus pada tahun 2004 kepada 4.75 peratus pada tahun lalu. Dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja meningkat dari 4.75 peratus pada tahun 2004 kepada 5.15 peratus pada tahun 2006. 21. Sebagai syarikat berkait Kerajaan, GLC wajib menghayati aspirasi negara – aspirasi bangsa. GLC hendaklah sama-sama mengambil tanggung jawab, sama-sama mendukung wawasan kerajaan terutama usaha melahirkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera, mewujudkan sistem vendor dan menjalinkan program usaha sama secara berkesan dengan syarikat bumiputera. Tidak ada percanggahan antara matlamat mencapai sasaran keuntungan dengan wawasan membangunkan ekonomi bumiputera. Hari ini terdapat banyak syarikat dan individu bumiputera sudah memiliki kemahiran dan keupayaan. Tidak ada sebab syarikat-syarikat dan individu tempatan disisihkan. Tidak seharusnya keistimewaan dan keyakinan diutamakan kepada syarikat-syarikat atau pakar-pakar dari luar negara sahaja. 22. GLC sepatutnya berada di hadapan menjuarai usaha membantu meningkatkan keupayaan dan kredibiliti syarikat dan individu bumiputera. GLC hendaknya mengambil peranan sebagai pemangkin untuk membolehkan berlakunya proses pemindahan teknologi asing kepada syarikat tempatan dan syarikat bumiputera dalam melaksanakan sesuatu tugasan. Saya berbangga dengan kejayaan GLC. Saya akan lebih berbangga apabila GLC turut berperanan aktif, membantu memperbesarkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera dan mempercepatkan proses pemindahan teknologi kepada syarikat tempatan. Kejayaan GLC menjadi lebih lengkap apabila GLC berupaya mengimbangkan usaha dengan merealisasikan program pembangunan ekonomi dan program pembangunan sosioekonomi bumiputera.PERKHIDMATAN AWAMSaudari-saudari23. Perkhidmatan awam adalah jentera penggerak utama kerajaan, melibatkan pelbagai aspek pembangunan negara, merangkumi antaranya perkhidmatan sosial, kesihatan, pendidikan dan keselamatan. Perkhidmatan awam berperanan penting sebagai jambatan penghubung berkesan antara kerajaan dengan rakyat, menterjemahkan wawasan kepada tindakan. Kerajaan akan terus mengambil langkah-langkah ke arah meningkatkan mutu perkhidmatan sektor awam. Memperkenalkan sistem kontrak dan ‘KPI’ dalam urusan lantikan Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Jabatan Utama adalah kaedah untuk meningkatkan tahap akauntabiliti perkhidmatan awam. 24. Kerajaan menghargai peranan penting perkhidmatan awam. Atas hasrat tersebut, Kerajaan telah mengumumkan kenaikan gaji kakitangan awam. Kenaikan gaji kakitangan awam melibatkan peruntukan emolumen tambahan berjumlah lapan bilion ringgit setahun. Namun Kerajaan mentakrifnya sebagai satu pelaburan jangka panjang untuk memastikan perkhidmatan awam menjadi perkhidmatan yang terus dan kekal dianggotai dari kalangan mereka yang terbaik, dan berupaya memberi perkhidmatan terbaik.25. Beberapa langkah penambahbaikan yang diperkenalkan telah pun menunjukkan hasil. Berikutan penubuhan skuad pemprosesan khas, 98 peratus dari kes urusan tanah tertunggak sejak tahun 2001 telah dapat diselesaikan. Kini, urusan cukai boleh dijalankan melalui internet dan pulangan kredit kepada pembayar cukai menerusi sistem ‘e-filing’ telah dapat dipendekkan tempohnya, daripada berbulan malah bertahun, ke 30 hari. Pasport dan kad pengenalan kini boleh disiapkan pada hari yang sama berbanding 2 minggu sebelum ini. Pelan bangunan kini dapat diluluskan dalam masa 142 hari, sijil ‘perakuan siap dan pematuhan’ (Certificate of completion and compliance – CCC) dikeluarkan dalam masa 134 hari, berbanding tempoh berbulan dan bertahun di masa dahulu.26. Sudah tentu masih terdapat kelemahan yang perlu diatasi bagi membolehkan kita mencapai kejayaan lebih cemerlang. Tetapi yang penting, kini wujud azam untuk melaksanakan perubahan dan juga kesediaan untuk melakukan pembetulan. Usaha penambahbaikan akan terus dijalankan untuk meningkatkan kecekapan dan sistem penyampaian. Penubuhan Pasukan Petugas Khas Pemudah cara Perniagaan atau PEMUDAH telah berjaya memperbaiki perkhidmatan tertentu, terutama yang mempunyai impak langsung bagi meningkatkan daya saing urus niaga. 27. Respons kepada laporan Ketua Audit Negara nyata memperlihatkan satu perubahan dinamik sedang berlaku. Ia jelas menunjukkan kesediaan badan-badan yang bertanggung jawab untuk memantau dan menguatkuasakan undang-undang. Kerajaan berpendirian bahawa laporan sedemikian dapat membantu usaha ke arah menjadikan sektor awam lebih cekap dan berintegriti. Saya gembira dengan tindakan pantas Badan Pencegah Rasuah dalam hal ini. Saya pasti, ramai kakitangan perkhidmatan awam menyokong tindakan-tindakan yang dapat memelihara nama baik serta integriti profesion mereka.28. Dalam menjalankan segala usaha ini, saya menyeru supaya perkhidmatan awam senantiasa insaf bahawa mereka wujud untuk berkhidmat kepada rakyat, terutamanya rakyat bawahan, rakyat miskin, rakyat yang tidak berpendidikan tinggi, rakyat yang tidak berjawatan besar; rakyat sedemikianlah merupakan konstituen terbesar dan terpenting. Mereka perlu dilayan dengan mesra lagi hormat; mereka ini yang amat perlu dibantu. Kuasa pentadbiran yang diberikan hendaklah diguna untuk mempercepat dan bukan melambatkan proses, terutamanya sewaktu berhadapan dengan rakyat dari kumpulan bawahan.MEMBANGUN KORIDOR EKONOMI MENEROKA POTENSI BARUSaudara-saudari29. Konsep pembangunan koridor ekonomi adalah pendekatan baru, bertujuan menjana pembangunan ekonomi yang lebih menyeluruh dan bersepadu. Pembangunan negara bersifat tempang jika hanya tertumpu di bandar-bandar, hingga bandar menjadi tempat yang terlalu sesak, sedangkan kawasan desa kelihatan usang dan dimamah zaman. Dengan berpaksikan konsep wilayah, pembangunan koridor ekonomi akan menerokai potensi baru serta mempertingkatkan usaha untuk membasmi kemiskinan secara lebih berkesan. Yang lebih utama, setiap wilayah ekonomi akan dibangunkan dengan memanfaatkan keunikan dan keistimewaan yang ada pada mereka.. 30. Usaha membangunkan koridor ekonomi ini juga membawa pendekatan baru dalam perancangan pembangunan yang melibatkan sektor swasta berperanan lebih aktif. Sebagai contoh, adalah dilaporkan bahawa 70 peratus dari kawasan industri di kawasan utara tidak digunakan kerana gagal menarik penyertaan swasta. Oleh yang demikian, kita telah memastikan penyertaan langsung sektor swasta di peringkat merangka serta di peringkat melaksana koridor ekonomi. Ini untuk memastikan bahawa pelaburan yang dibuat bersifat komersil dan mampu menjana pulangan yang setimpal, di samping membawa faedah pembangunan yang dijanjikan untuk rakyat.31. Pelancaran Wilayah Pembangunan Iskandar pada 4 November 2006 telah membawa satu era baru dalam pembangunan negara. Pembangunan yang berkonsepkan hab sektor perkhidmatan - khususnya dalam industri-industri kreatif, pendidikan, kesihatan, kewangan, pelancongan dan logistik – dijangka akan melonjakkan wilayah Selatan Johor sebagai nadi pembangunan yang pesat, dinamik dan disegani di seluruh rantau Asia dan dunia keseluruhannya. 32. Wilayah Ekonomi Koridor Utara – yang meliputi negeri Perlis, Pulau Pinang, Kedah, dan utara Perak – merupakan rancangan yang akan menekankan pembangunan pelbagai sektor, bertujuan meningkatkan kualiti hidup rakyat di Wilayah tersebut dan membasmi kemiskinan. Begitu juga dengan Wilayah Ekonomi Pantai Timur, meliputi negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, dan daerah Mersing di Johor. Kita juga akan memastikan bahawa nikmat pembangunan akan melimpah ke seluruh negara, termasuk bagi negeri-negeri di bahagian timur Malaysia. Untuk itu, koridor ekonomi di Sabah dan Sarawak akan turut dibangunkan dengan mengambil kira keperluan dan hasrat pembangunan di negeri-negeri tersebut. Kesemua rancangan pembangunan koridor ini bertujuan untuk mengubah nasib masyarakat di luar bandar supaya lebih sejahtera menikmati hasil kemakmuran. 33. Falsafah di belakang pembangunan berkonsep koridor ekonomi ini adalah untuk memastikan bahawa tidak ada mana-mana golongan warga yang tertinggal dalam arus pembangunan negara. Sektor ekonomi yang kurang maju dan kawasan yang agak ketinggalan akan dibangunkan secara pesat, tanpa mengetepikan sektor-sektor atau kawasan-kawasan lain. Punca pendapatan tambahan dan pendapatan baru akan dijana, manakala sumber kekayaan baru akan diusahakan. Pembangunan koridor ekonomi ini apabila berjaya, akan merubah wajah dan rupa bentuk negara. Pembangunan tidak tertumpu di bandar-bandar besar sahaja, malah akan melebar ke seluruh ceruk rantau tanah air. Inilah hasrat yang mendasari niat murni kita. 34. Terdapat kebimbangan bahawa pelaksanaan koridor ekonomi – terutamanya Wilayah Pembangunan Iskandar - akan menggugat masa hadapan orang Melayu. Bagi saya, tafsiran sebegini menampakkan perspektif yang sudah ketinggalan zaman. Mungkin pada zaman dahulu, kita amat tertinggal di tanah air sendiri. Ramai anak Melayu ketika itu terpinggir; tetapi kini ramai anak Melayu yang berpendidikan tinggi. Sudah ramai anak Melayu yang menjadi doktor, peguam, akauntan, malah berjaya menjadi angkasawan; telah muncul barisan usahawan dan pengurus bumiputera yang berupaya mengendalikan urus niaga berdaya maju. Oleh itu, tanggapan bahawa Wilayah Pembangunan Iskandar akan memudaratkan kaum Melayu sebenarnya merupakan kalimah penghinaan terhadap keupayaan anak Melayu untuk bersaing di dunia global. Melalui Yayasan Hartanah Bumiputera dan pelbagai agensi lain, usahawan Melayu berwibawa akan diberi peluang seluas-luasnya di Wilayah Pembangunan Iskandar. 35. Inisiatif Pembangunan Koridor Utara diterima baik oleh warga utara. Inisiatif Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur disambut baik oleh warga pantai timur termasuk Kerajaan PAS di negeri Kelantan. Inisiatif Koridor Ekonomi memperlihatkan keikhlasan Kerajaan untuk membawa pembangunan ke seluruh negara dengan mengetepikan pegangan politik kepartian. Kita mengetepikan politik kepartian supaya warga dapat menikmati kehidupan berkualiti dan keluar dari belenggu kemiskinan. Koridor ekonomi adalah agenda nasional kerajaan, bersifat nasional – berwajah nasional, bukti nyata akan kesungguhan usaha Kerajaan BARISAN NASIONAL untuk membangunkan negara dan menyejahterakan kehidupan warga. 36. Bahawa koridor-koridor ekonomi perlu dilihat sebagai gagasan besar untuk melonjakkan setiap warga Malaysia – terutamanya anak Melayu – ke arah kemakmuran dan kesejahteraan. Kalau dahulu kita berbicara tentang “towering Malays”, inilah sebenarnya yang kita mahu: anak Melayu yang tidak gentar untuk bersaing dengan dunia luar. Bahawa kepentingan warga Malaysia dan anak bangsa tidak akan kita gadaikan. Pelaburan yang akan kita tarik dari serata dunia akan merancakkan lagi arena pembangunan ekonomi, yang limpahannya akan turut dirasai oleh kita semua. Kita tetap memberikan bantuan dan galakan secukupnya agar orang Melayu dapat bersaing dan melibatkan diri dalam koridor-koridor tersebut. 37. Melalui pembangunan koridor-koridor ekonomi, pertanian di Malaysia akan diberikan wajah baru – diperkenalkan dengan pendekatan baru. Perubahan secara struktural akan dilakukan terutama dari segi penyertaan orang Melayu dalam rantaian bekalan sektor pertanian. Penglibatan petani Melayu masih terbatas di peringkat menanam untuk menghasilkan barangan mentah; komponen yang begitu berintensif buruh, menggunakan tenaga dan masa yang banyak tetapi menghasilkan pulangan yang minimum. Sektor pertanian lebih luas dari itu; ia merangkumi komponen-komponen penghasilan benih berkualiti, jentera dan alat pertanian, teknologi pertanian, pengangkutan, pembungkusan dan penjenamaan, pemborongan, penjualan dan pelbagai lagi. Hari ini rantaian bekalan ini masih belum dikuasai oleh orang Melayu, jauh sekali dari kalangan petani Melayu. Untuk itu Kerajaan akan berusaha memastikan berlakunya satu transformasi; berlakunya penghijrahan dari pertanian tradisional kepada pertanian moden, pertanian yang menggunakan ICT dan bioteknologi, dalam hasrat mendapatkan pulangan lebih besar terhadap usaha-usaha yang dilaksanakan. Melalui pendekatan baru ini, barulah sektor pertanian berupaya memberi impak langsung terhadap usaha membasmi kemiskinan dan meningkatkan pendapatan.MEMBANGUNKAN MODAL INSAN MENCAPAI POTENSI BANGSASaudara-saudari38. Pembangunan modal insan berkualiti amat kritikal dalam membina daya saing dan bagi mencapai matlamat pembangunan negara. Sebagai sebuah negara membangun, Malaysia menghadapi tekanan dan cabaran persaingan besar dalam abad ke-21. Dalam persekitaran ini, kejayaan memihak kepada mereka yang berjaya menambah nilai pada diri masing-masing. Dalam hasrat merealisasikan cita-cita negara, satu usaha besar sedang dipergiatkan untuk membangunkan modal insan, seterusnya meningkatkan daya saing, daya produktiviti serta daya inovasi negara. 39. Warga muda laksana permata untuk digilap. Mereka adalah khazanah penting negara. Warga muda adalah pewaris bangsa – pewaris negara. Mereka akan menentukan kelangsungan gagasan dan perjuangan negara-bangsa di hari muka. Jatuh bangun – maju mundur negara di hari muka amat bergantung pada mereka. Mereka mesti dipupuk supaya menjadi barisan warga yang memiliki daya intelek – menguasai pengetahuan, bermoral dan berbudaya tinggi serta memiliki kecergasan fizikal. Mereka perlu diasuh dan dicanai hingga menyinar gemerlap. Warga muda wajib diperlengkap supaya cukup bersedia membawa negara berhijrah ke era baru, mencipta kemajuan lebih gemilang. 40. Kini, satu lonjakan besar untuk membangunkan modal insan, meningkatkan produktiviti serta inovasi negara sedang dilaksanakan demi memastikan status negara maju dapat dicapai dalam tahun 2020. Kerajaan sedang menggerakkan usaha melaksanakan transformasi terhadap sistem pendidikan negara di semua peringkat, dari pra-sekolah hingga ke pengajian tinggi. Usaha ini adalah kompleks dan melibatkan pelbagai pihak. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, 2006-2010 telah dilancarkan pada 16 Januari 2007. Pelan tersebut menyediakan strategi dan panduan membangunkan program pendidikan yang berkualiti, kukuh dan relevan dengan keperluan masa kini. 41. Sejak sebelum merdeka, Sekolah Kebangsaan telah diilhamkan sebagai instrumen untuk mendidik rakyat pelbagai kaum. Ini kekal menjadi hasrat kita. Sekolah Kebangsaan akan terus diperkasa supaya menjadi sekolah pilihan utama seluruh warga. Sekolah-sekolah di luar bandar akan dipastikan memiliki tenaga pengajar berkualiti, pembangunan prasarana dan kemudahan yang seimbang dengan sekolah-sekolah di bandar. Kecemerlangan sekolah akan diasaskan kepada pencapaian akademik, kokurikulum dan sukan. Sekolah-Sekolah Kluster akan dijadikan penanda aras dan menjadi sekolah contoh selaras dengan usaha untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti. 42. Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara telah dilancarkan pada 27 Ogos lalu. Pelan tersebut menjadi asas kepada pembangunan pengajian tinggi negara sehingga tahun 2020. Pelan tersebut menyuntik pembaharuan kepada program pendidikan tinggi supaya dapat memperlengkapkan usaha pembangunan negara. Adalah menjadi hasrat Kerajaan untuk melihat institusi pengajian tinggi negara mewujudkan suasana pembelajaran yang kompetitif berlandaskan prestasi dan meritokrasi. Institusi Pengajian Tinggi (IPT) hendaklah berupaya mengeluarkan graduan berprestasi tinggi hingga menjadi rebutan majikan di pasaran kerja global. IPT negara juga harus berupaya menghasilkan penyelidikan berkualiti yang mempunyai nilai komersial yang tinggi. 43. Untuk memastikan prestasi tinggi IPT negara, pelbagai langkah telah mula dilaksanakan, antaranya memberi lebih autonomi kepada Institusi Pengajian Tinggi Awam supaya menjadi lebih efisien dan berkesan. Audit prestasi akademik akan dilakukan ke atas semua Institusi Pengajian Tinggi Negara untuk menentukan ‘rating’ masing-masing. Langkah untuk membangunkan gagasan universiti terunggul yang dinamakan ‘universiti apeks’ turut diperkenalkan. 44. Industri Kecil dan Sederhana atau IKS berperanan penting dalam menjana pertumbuhan ekonomi negara. IKS memerlukan modal insan terlatih yang memiliki kemahiran bersesuaian. Latihan teknikal dan vokasional akan terus dikemaskinikan supaya dapat memenuhi keperluan industri. Latihan teknikal dan vokasional akan dirangkaikan dengan keperluan industri dan diberi imej baru, agar mampu memberi keyakinan baru serta memenuhi aspirasi baru. 45. Sekolah-sekolah agama rakyat juga diseru melakukan anjakan pendekatan, mempelbagaikan kandungan dan meluaskan disiplin ilmu. Pelajar-pelajar di sekolah agama rakyat akan dibekalkan dan diperlengkap dengan ilmu, pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang membolehkan mereka menghadapi keperluan modal insan dalam era globalisasi dan ekonomi berpaksikan pengetahuan.46. Saya mahu melihat ahli-ahli UMNO menjadikan program pembangunan modal insan sebagai satu wadah perjuangan – sebagai satu jihad perjuangan parti, perjuangan keluarga dan perjuangan diri. Setiap ahli UMNO perlu meletakkan sasaran untuk melahirkan barisan profesional dan barisan teknokrat bangsa. Setiap ahli UMNO hendaklah meletakkan sasaran memastikan anak-anak mereka akan sampai ke institusi pengajian tinggi.MEMBINA KEYAKINAN BANGSA MEMBASMI KEMISKINANSaudara-saudari47. Pada tahun 2020 adalah penting dipastikan orang Melayu tidak tertinggal di belakang, bertaraf masyarakat pinggiran, bagai melukut di tepi gantang, tersisih dalam sebuah negara yang sudah bertaraf negara maju. Usaha-usaha gigih sedang dirintis demi memastikan masyarakat Melayu tidak ditimpa nasib melukut di tahun 2020.48. Rasa bimbang, rasa takut dan rasa terancam dalam minda Melayu berlaku apabila orang Melayu tidak mempunyai persediaan yang cukup. Selagi orang Melayu berfikiran kecil, selagi itulah orang Melayu berasa gentar kepada perkataan meritokrasi. Merasa diri kecil, merasa rendah diri, merasa gentar, merasa kurang upaya, adalah pemikiran beracun yang telah disuntik ke dalam minda Melayu, bermula dari era penjajahan. Racun minda ini perlu dikeluarkan supaya Melayu berminda segar – berfikiran berani. Melayu, bila diberikan bimbingan yang betul dan diberikan peluang saksama, sebenarnya telah sedia bersaing. 49. Kita telah lima puluh tahun merdeka. Ramai orang Melayu telah berjiwa merdeka. Ramai Melayu di era ini telah bersedia bekerja keras. Ramai Melayu di era ini berani bersaing di peringkat global. Jangan lagi ditakutkan minda Melayu, seperti menakut-nakutkan anak kecil kepada hantu. Hari ini, jangan diperkecil daya upaya Melayu, jangan direndahkan kapasiti Melayu. Melayu akan kita pelengkap supaya berupaya membawa negara mencapai tahap lebih gemilang untuk lima puluh tahun akan datang. Melayu perlu berasa tabah sebelum memulakan langkah. Impikanlah istana kejayaan, berbisiklah kepada hati bahawa kita berupaya mencapainya, berusahalah secara tekun dengan keyakinan penuh bahawa Allah mengurniakan kejayaan kepada setiap hambanya yang berniat ikhlas, khusyuk melakukan ibadat dan berusaha membawa perubahan yang baik. Bahawa niat dan kerja baik itu adalah ibadat. Tuhan tidak menciptakan umat Melayu untuk menjadi lebih lemah dan kurang bijak dari umat-umat berketurunan lain. Warga Malaysia pertama yang sampai ke angkasa bernama Sheikh Muszaphar; dia beragama Islam; dia berketurunan Melayu; dia dipilih dari kalangan calon pelbagai kaum oleh panel pemilih di Rusia. Pada hari ini telah ramai Melayu menguasai pelbagai profesion, memimpin pelbagai organisasi dan menerajui pelbagai institusi. Kejayaan negara ini sendiri adalah bukti nyata kebijaksanaan dan kehebatan pimpinan Melayu.50. Masyarakat Melayu perlu mewujudkan satu ‘critical mass’ berpendidikan tinggi dan menguasai kemahiran penting, supaya orang Melayu dapat memberi sumbangan lebih berkesan dalam pelbagai sektor ekonomi. Melayu yang gagah akan berupaya melihat Dasar Ekonomi Baru dari kaca mata yang tidak lagi menimbulkan keresahan bukan Melayu. Melayu harus menjaguhi pencapaian matlamat Dasar Ekonomi Baru, memastikan komposisi kumpulan profesional dan kumpulan menengah Melayu lebih seimbang dan masyarakat Malaysia tidak lagi dapat dipisahkan berlandaskan profesion. Dasar Ekonomi Baru tidak pernah bertujuan merampas hak mana-mana warga Malaysia di bumi ini. Kerana itu, meskipun telah 37 tahun dilaksanakan, belum berlaku keadaan Kerajaan merampas kekayaan dari bukan Melayu untuk menjadikan Melayu kaya. Malah kekayaan bukan Melayu terus meningkat. Senarai warga terkaya di Malaysia di dahului oleh bukan Melayu. Hasrat memenuhi semangat Dasar Ekonomi Baru perlu didukung bersama oleh semua pihak. 51. Dalam melagukan lirik menuntut keseimbangan penyertaan antara kaum dalam sektor swasta dan sektor awam, jangan sampai kita terlepas pandang satu lagi matlamat utama yang terkandung dalam Dasar Ekonomi Baru, ia itu, membasmi kemiskinan. Negara tidak akan tenteram jika bilangan rakyat yang miskin masih ramai. Kemiskinan boleh menjadi punca mencetuskan ketidakstabilan politik, demonstrasi jalanan, kadar jenayah yang tinggi dan masalah sosial yang besar. Program membasmi kemiskinan adalah untuk semua warga tanpa mengira kaum ataupun agama. Meningkatkan kapasiti dan nilai tambah individu melalui program pendidikan berkesan adalah instrumen yang akan diberikan fokus dalam usaha mahu mengeluarkan masyarakat dari zon kemiskinan, terutamanya menangani masalah kemiskinan minda dan kemiskinan jiwa. Program membasmi kemiskinan akan diberikan tumpuan intensif dalam fasa kedua Rancangan Malaysia Kesembilan. Semoga dalam tempoh masa yang tidak terlalu lama, di bumi Malaysia, perkataan miskin hanya tinggal sebagai satu istilah yang terkandung di dalam kamus. Wakil-wakil rakyat wajib meletakkan prioriti kepada agenda membasmi kemiskinan. Malah kejayaan membasmi kemiskinan akan dijadikan salah satu petunjuk utama prestasi wakil-wakil rakyat di kawasan masing-masing.MENGATASI KEBIMBANGANSaudara-saudari52. Hari ini masyarakat sedang berhadapan dengan beberapa kebimbangan; antaranya kejadian jenayah, hubungan antara agama dan hubungan antara kaum. Kejadian jenayah diakui berlaku. Sebahagiannya berpunca dari penyakit dan gejala sosial dan ada juga yang disebabkan dari kebanjiran pekerja asing tanpa izin. Laporan media akan kejadian jenayah bukan sahaja telah meningkatkan kesedaran rakyat tetapi cara penyampaian berita secara dramatik telah menggambarkan seolah-olah negara ini tidak lagi selamat. Kejadian jenayah yang tinggi dan kaedah laporan media akan mempengaruhi imej negara. Kerajaan menyedari masalah ini dan kerana itu dalam Rancangan Malaysia Kesembilan demikian juga dalam Bajet 2008, peruntukan besar disediakan untuk Polis Diraja Malaysia. Dalam pada itu perlu difahami, langkah menambah anggota pasukan keselamatan tidak dapat dipenuhi dalam sekelip mata. Ia memerlukan masa untuk melatih anggota baru. Negara dan masyarakat perlu bersama menyokong anggota polis. Sementara menantikan bilangan anggota polis di tambah, jauhilah dari perbuatan yang boleh menimbulkan keraguan atas keupayaan polis mengawal ketenteraman awam dan keselamatan negara.53. Memelihara keselamatan negara sememangnya tanggung jawab kerajaan. Namun tanggung jawab ini akan dapat dilaksanakan secara lebih berkesan jika kerajaan mendapat komitmen dan sokongan penuh warga. Membanteras masalah sosial – membanteras masalah penyalahgunaan dadah, membanteras masalah penyeludupan, termasuk penyeludupan manusia, memerlukan bantuan semua pihak. Semangat mengadakan rondaan di kalangan warga (citizen patrol), yang pernah dilaksanakan oleh masyarakat di negara ini perlu dihidupkan semula. Rakyat Malaysia yang telah selesa dalam suasana kemakmuran ekonomi janganlah sampai hilang nilai kemasyarakatan. Seruan Kerajaan untuk mengaktifkan semula kegiatan Rukun Tetangga wajib disambut. Tugas anggota polis hendaklah kita bantu supaya bertambah ringan. Semangat kenegaraan yang tinggi perlu ditunjukkan ketika negara sedang menghadapi krisis kadar jenayah yang tinggi. Saya yakin jika aktiviti rondaan di kawasan-kawasan perumahan dapat diaktifkan semula, kadar jenayah pecah rumah dan pencurian akan dapat diturunkan dengan serta-merta. Saya menyeru kepada ahli-ahli UMNO dan juga ahli-ahli parti komponen BARISAN NASIONAL untuk tampil ke hadapan, memberikan contoh teladan membantu usaha kerajaan membanteras kegiatan jenayah.54. Hubungan harmoni antara warga pelbagai kaum dan pelbagai agama di negara ini, bukannya satu opsyen tetapi adalah satu kemestian. Kita tidak ada pilihan lain. Lima puluh tahun lalu, perjuangan menuntut kemerdekaan dipermudahkan kerana kebijaksanaan Tunku Abdul Rahman (Almarhum) dan barisan pemimpin seangkatan dengan Almarhum dalam PERIKATAN memperkenalkan konsep perkongsian kuasa.55. Kita telah lima puluh tahun merdeka. Kini, insan yang lahir di bumi ini adalah anak Malaysia. Mereka adalah warga Malaysia. Mereka besar dan dewasa dengan hanya mengenal negara ini. Mereka berpijak di bumi Malaysia dan menjunjung langit Malaysia. Bukan lagi masanya untuk kita mendendangkan lirik berasaskan kaum. Setiap isu yang dihadapi perlu ditangani berasaskan kepentingan nasional dan kepentingan sejagat.56. Pada Perhimpunan Agung tahun 2006, UMNO telah membenarkan media membuat siaran langsung perbahasan yang berlaku. Buat pertama kalinya dunia berpeluang mengikuti retorik politik Melayu tanpa tapisan. Sebilangan kecil pembahas mengupas usul yang mungkin telah menyinggung perasaan kaum lain. Ucapan-ucapan Presiden, Timbalan Presiden, Ketua-Ketua Pemuda, Wanita dan Puteri, barisan Majlis Tertinggi dan lebih ramai pembahas memperlihatkan semangat majoriti ahli UMNO mengulas isu dari perspektif nasional. Saya percaya bahawa nada berunsur ekstrem juga disuarakan oleh ahli-ahli dalam parti-parti politik yang dikuasai oleh kaum-kaum lain di negara ini. Namun, dalam semangat membina sebuah negara yang rukun lagi bersatu, konsensus majoriti berlandaskan kesederhanaan dan semangat saling menghormati, terbukti mengatasi suara-suara bernada ekstrem.57. Jaguh-jaguh bersuara rasis telah mensensasikan kandungan ucapan tertentu dalam Persidangan UMNO tahun lalu. Perbuatan menghunus dan mengucup keris adalah sebahagian dari adat warisan pusaka bangsa. Namun ia turut ditakrif secara sempit – secara negatif. Orang-orang bukan Melayu ditakutkan; malah turut digemakan oleh kumpulan tertentu di luar negara, bertujuan untuk memburuk-burukkan imej UMNO dan Malaysia. Atas nama dan bagi pihak pemimpin dan ahli-ahi UMNO, secara tegas saya memberikan jaminan, bahawa UMNO, sama sekali tidak akan melanggar semangat perjanjian merdeka yang telah kita persetujui bersama kaum-kaum lain. Peluang yang ada di bumi Malaysia adalah terbuka kepada setiap warga Malaysia. Masa hadapan setiap warga Malaysia tetap diberikan jaminan. 58. Pada masa yang sama kaum-kaum klain juga perlu memahami sensitiviti orang Melayu. Perkara-perkara asas berhubung kesucian agama, kepercayaan dan amalan, kepentingan orang Melayu serta perjanjian permuafakatan antara kaum yang telah termeterai, tidak harus diungkit. Perkara-perkara asas yang telah sama-sama kita persetujui sewaktu Perlembagaan Persekutuan digubal, adalah perkara-perkara yang tidak boleh dirundingkan lagi.59. UMNO tidak mengamalkan sifat lidah bercabang, UMNO tidak bernada lain di hari siang - di hari malam, UMNO bukan makhluk dua alam – makhluk yang bertukar warna berasaskan suasana. UMNO bersedia duduk semeja, mencari penyelesaian bijak, melalui formula sama-sama menang, menangani isu sensitif menyentuh kaum – menyentuh agama. Namun demi membolehkan isu-isu sensitif dapat ditangani secara berkesan, perbincangan mencari penyelesaian lebih sesuai dilakukan melalui forum tertutup. Isu-isu menyentuh sensitiviti agama dan sensitiviti kaum perlu ditangani secara objektif, secara rasional dan secara matang. UMNO dan rakan-rakan di dalam BARISAN NASIONAL jangan sekali-kali terperangkap dalam isu agama dan isu perkauman yang dicetuskan oleh politik pembangkang. Kita adalah parti yang menguasai Kerajaan, kita adalah parti yang didukung oleh kuasa eksekutif, kita tidak harus merendahkan kedudukan kita, melatah dicucuk oleh pembangkang.LANGKAH MENUJU 100 TAHUN KEMERDEKAANSaudara-saudari60. Sempena ulang tahun kemerdekaan kali kelima puluh, dengan kudrat dan iradat dari ILAHI juga, saya telah dianugerahkan penghormatan melalui semula jalan sejarah yang telah diterokai oleh Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra. Bermula dari peristiwa di Bandar Hilir Melaka hinggalah melaungkan perkataan ‘MERDEKA’ di Stadium Merdeka.61. Betapa warga patut bersyukur atas nikmat, atas kemuliaan, atas martabat, atas kedaulatan yang dimiliki oleh negara bangsa. Kita adalah kalangan warga dunia yang dapat berbangga atas kemerdekaan negara bangsanya kerana kemajuan yang telah kita kecapi. Segala-galanya adalah hasil dari kebijaksanaan barisan kepimpinan negara dalam tempoh 50 tahun Malaysia merdeka, bermula dari Tunku Abdul Rahman Putera, Tun Abdul Razak Hussein, Tun Hussein Onn dan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Saya turut diberikan tanggung jawab sejak empat tahun yang lalu. 62. Rantau ini pernah mencipta sejarah hebat di era Kerajaan Melayu Melaka. Namun perlu diingat, bahawa keagungan Kerajaan Melayu Melaka hanya bertahan selama satu abad. Selama hampir 500 tahun selepas itu kita telah dijajah dan nasib bangsa ditentukan oleh kuasa luar. Dalam tempoh 50 tahun merdeka, kita telah kembali berkerajaan sendiri. Kita telah berjaya mengembalikan kegemilangan sebuah negara bangsa. Malaysia muncul sebagai sebuah negara merdeka lagi berdaulat, dihormati dan disegani. Era kegemilangan Kerajaan Melaka berjaya kita kembalikan. Namun kita tidak mahu kegemilangan kita sekadar berusia satu abad. Kegemilangan ini perlu kita pertahankan selama-lamanya. Selagi ada bulan dan matahari, negara dan bangsa kita akan kekal menjadi negara bangsa merdeka lagi berdaulat.63. Saya bersyukur kerana mewarisi kepimpinan sebuah kerajaan yang telah mencipta kejayaan terutama dalam pembangunan prasarana fizikal negara. Malah cabaran ke atas diri saya menjadi lebih besar untuk meningkatkan kejayaan dan nilainya. Untuk itu saya telah dan sedang berusaha membangunkan komponen perisian terutama dari segi membangunkan modal insan kelas pertama. Pelbagai formula diperkenalkan, beberapa organisasi disusun semula dan beberapa institusi baru ditubuhkan. Pembangunan perisian memerlukan masa yang panjang untuk melihatkan hasil. Dasar-dasar utama dikekalkan; pengubah suaian dilakukan mengikut keperluan semasa untuk menghadapi cabaran baru. Tempoh empat tahun saya menerima amanat memimpin negara, merupakan satu peratusan masa yang singkat berbanding sejarah lima puluh tahun kemerdekaan. Saya amat insaf negara masih belum memenuhi tahap sasaran yang ditetapkan. Tambahan pula dengan kemunculan cabaran-cabaran baru seperti kenaikan harga minyak dan komoditi-komoditi lain serta ketidakstabilan politik di kawasan-kawasan strategik seperti di Asia Barat. Namun saya berkeyakinan dengan petanda-petanda positif dalam negara yang sungguh menggalakkan. 64. Kita perlu peka akan komposisi warga yang semakin terpelajar. Komposisi warga yang lebih mendapat akses kepada maklumat. Komposisi warga yang mahu melihat amalan ketelusan, amalan demokrasi serta peranan masyarakat awam yang lebih aktif. Dunia media sedang melalui proses revolusi yang rancak. Bahawa maklumat kini boleh diperoleh melalui pelbagai saluran. Dalam pada itu, kita perlu mengimbangkan secara bijak antara kawalan dan keterbukaan media tanpa meruntuhkan asas kestabilan politik yang berjaya kita bina selama ini. Adalah menjadi hasrat Kerajaan untuk melihat media berkembang sebagai satu industri yang lebih progresif dan lebih telus, berupaya melaksanakan tugas secara berintegriti serta lebih bertanggung jawab, termasuk pada satu hari nanti, mengambil tanggung jawab kawal selia melalui badan profesional yang dianggotai oleh mereka sendiri. 65. Kita perlu memperkukuh dan memperbaharui kerjasama politik melalui semangat yang berlandaskan perkongsian kuasa secara tulen. Kita perlu mendidik barisan pemimpin pelapis untuk meneruskan agenda pembangunan negara. Kegagalan mempersiapkan barisan pelapis secara berkesan akan meninggalkan kelompangan yang akan hanya memberi peluang untuk diisi oleh pihak lawan. 66. Adalah menjadi tanggung jawab kepada pemimpin hari ini untuk menentukan proses kesinambungan kepimpinan berlaku secara baik. UMNO kuat – UMNO stabil kerana UMNO memberikan perhatian penting membina barisan pelapis. Program mencari bakat muda, memberi peluang dan kesempatan, mendidik dan mendedahkan barisan pemimpin muda amat ketara berlaku di era kepimpinan Tun Abdul Razak (Allahyarham). Kerana itu apabila secara mengejut, Tun Dr. Ismail dan Tun Abdul Razak meninggal dunia, UMNO tidak gersang dengan barisan pelapis yang memiliki potensi dan memiliki cukup pendedahan. Tidak ada insan yang kekal selama-lamanya. Pemimpin yang bertanggung jawab wajib memikirkan masa hadapan negara. Demi kestabilan masa hadapan negara, program membina barisan pemimpin pelapis perlu diutamakan. 67. Nasib negara pada tahun 2057 akan ditentukan dengan apa yang kita lakukan pada hari ini. Kita perlu memperkasakan Misi Nasional dengan membina gagasan negara bangsa yang kukuh. Kita mahu memperlengkapkan komponen pembangunan negara dengan membina gagasan kukuh di jiwa raga insan, menjadikan bangsa kita bangsa yang gagah lagi perkasa, berilmu dan menguasai teknologi, berbudaya tinggi dan bermoral mulia. 68. Negara yang telah lima puluh tahun merdeka harus diperkaya dengan warga berjiwa merdeka; warga yang memiliki keyakinan – memiliki kepercayaan akan masa hadapan negara bangsanya; warga yang sama-sama akan mengambil tanggung jawab untuk mempertahankan kemerdekaan negaranya; warga yang hidup harmoni dalam kepelbagaian agama dan kaum, warga yang kukuh akarnya di bumi ini – merendang dahannya ke serata benua, warga yang berfikiran luas – berjiwa besar.69. 50 tahun yang akan datang harus dimanfaatkan sepenuhnya oleh umat Melayu dan warga Malaysia. Kita ingin memelihara sebuah negara yang terus bertunjangkan Perlembagaan Persekutuan dan berlandaskan Rukun Negara. Kita ingin memastikan negara terus bersatu, dengan kehidupan yang adil lagi saksama, melalui semangat kebersamaan dan perkongsian kuasa yang jitu. Kita ingin membina sebuah negara dengan peradaban dan ketamadunan unggul melalui pendekatan Islam Hadhari yang mengandungi prinsip sejagat. Kita ingin menjadi sebuah negara yang maju dan terus maju, yang dipacu oleh Misi Nasional.70. Bahawa Misi Nasional yang bertunjangkan lima teras pembangunan – untuk menambah nilai dalam ekonomi negara, membina modal insan kelas pertama, menangani ketidakseimbangan sosio-ekonomi, menjamin kualiti hidup rakyat, dan meningkatkan keupayaan pelaksanaan – merupakan keperluan yang wujud sepanjang masa. Bahawa kekuatan modal insan kita akan menentukan pelaksanaan dan pencapaian cita-cita negara, mencapai taraf negara maju dan melangkaui tahap seterusnya.71. Marilah kita sama-sama membina sebuah negara yang memakmurkan setiap warga, tanpa mengira kaum mahupun kepercayaan. Marilah kita sama-sama membangunkan sebuah negara di mana semua kaum menikmati kehidupan dan kemajuan yang seimbang. Marilah kita sama-sama membawa negara bangsa ke mercu kegemilangan. 72. Apabila menyambut 100 tahun kemerdekaan, Malaysia sepatutnya terbilang di kalangan negara yang menikmati tahap pembangunan yang tinggi. Kita seharusnya tergolong di kalangan ekonomi yang paling berdaya saing di dunia, dengan modal insan, infrastruktur, institusi serta piawaian urustadbir bertaraf dunia, Insya-Allah.73. Semoga Allah Subhanahu Wata’ala memberikan petunjuk, taufik dan hidayahnya kepada kita dalam melaksanakan ibadah memenuhi tanggung jawab fardu kifayah. Semoga pimpinan dan masa hadapan UMNO dan negara terus berada di tangan mereka yang berjiwa ikhlas dan barang dijauhkan UMNO dan negara jatuh ke tangan orang-orang yang akan membawa kerosakan. Semoga Perhimpunan Agung kita mendapat keredaan dan petunjuk ILAHI.BERSATU! BERSETIA! BERKHIDMATHIDUP UMNO! HIDUP MELAYU!Wabilahitaufik WalhidayahWassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Friday, November 09, 2007
Wira bangsa terbilang
KUALA LUMPUR: Generasi muda hari ini perlu menjadikan perjuangan pengasas Umno, Datuk Onn Jaafar sebagai satu contoh ke arah mempertahankan bangsa dan agama, kata Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.Abdullah yang juga Perdana Menteri, berkata Onn adalah 'Wira Bangsa Yang Terbilang' kerana jasa dan kepimpinannya dalam mencetuskan semangat nasionalisme Melayu."Beliau adalah pemimpin ulung Melayu kerana berjaya menyatupadukan masyarakat Melayu, untuk menentang gagasan Malayan Union."Datuk Onn ketika hayatnya bukan saja menunjukkan perkhidmatan yang penuh kecemerlangan tetapi juga muncul sebagai 'Wira Bangsa Yang Terbilang'. Beliau melahirkan semangat dan memperlihatkan kecermerlangan.
"Keberaniannya tiada tolok bandingnya ketika menentang British pada masa itu," katanya pada majlis pelancaran buku 'Onn Jaafar Pejuang Terbilang Pengasas Sebuah Negara Bangsa', di Hotel Seri Pacific di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Ketua Perhubungan Umno Johor, yang juga Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.Abdullah berharap akan muncul pemimpin lain yang turut memiliki ciri-ciri kepemimpinan yang sama seperti Onn pada masa depan."Buku 'Onn Ja'afar Pejuang Terbilang Pengasas Sebuah Negara Bangsa' boleh dijadikan contoh dan pengajaran kepada generasi muda."Saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Johor khususnya Abdul Ghani dan mereka yang terbabit secara langsung dalam menerbitkan buku ini," katanya.Buku berkenaan adalah inspirasi dan iltizam Abdul Ghani dan ia hasil tulisan tiga pengarang iaitu Fadzil Abdullah, Kassim Thukiman dan Md Zin Idros, manakala penyunting oleh Dr Syed Ali Tawfik Al-Attas.Buku itu diterbitkan MPH Distributors Sdn Bhd dengan kerjasama YWJ Citra Holdings Sdn Bhd, Yayasan Warisan Johor dan Badan Perhubungan Umno Johor dan dijual pada harga RM120 sebuah.
Subsidi
"KERAJAAN setakat ini masih mampu menampung subsidi yang diberikan kepada rakyat tetapi sama ada subsidi itu akan diteruskan pada tahun depan bergantung kepada senario semasa."Bagaimanapun, kita perlu mempunyai persediaan dengan mencari pilihan atau sumber lain untuk mengurangkan bebanan yang ditampung kerajaan bagi menyediakan subsidi ini seperti penggunaan bahan bakar biodiesel atau tenaga matahari (solar)," kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang mahu kerajaan merombak semula sistem pemberian subsidi supaya ia lebih adil dan sampai kepada golongan sasar.Khairy ketika membahaskan usul ekonomi dan pendidikan di Perhimpuan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra, semalam mahu pemberian subsidi meliputi petrol, gas, baja, air dan elektrik dikaji semula kerana tidak adil dan tidak sampai kepada golongan memerlukan, malah menggalakkan pembaziran.
Sunday, November 04, 2007
Militancy not my style, says Hisham
KUALA LUMPUR: It has been nine years since Datuk Seri Hishammuddin Hussein took over the helm of Umno Youth from Datuk Zahid Hamidi.
And he admits his style of leadership and approach had been different from that of his predecessors.
Hishammuddin: Does not condone excessive and emotional approachesHe is aware that many perceived him to be lembik (soft) simply because he does not condone excessive and emotional approaches.
“But we (Umno Youth) still get things done. We have been tested many times and triumphed each time without having to take matters to the streets.
“I don’t believe in behaving like the (militant groups) al-Maunnah and al-Qaeda to be noticed.
“What is the point when you end up holing up in caves?” he asked during a recent interview at his house here.
Hishammuddin said he will explain his personal style of leadership and the spirit of his struggle in his policy speech at the Umno Youth general assembly at the Putra World Trade Centre on Tuesday.
He said it was also the most opportune time for him to prepare incoming leaders of what to expect, as there would be more than 50% new faces in the movement’s national and state line-ups since many of the present crop have breached the 40-year age limit.
“Central to our new agenda is getting closer to the youths outside the party – a task we had sadly neglected when we were putting our house in order,” said Hishammuddin.
He also wants to rid the movement of cliques, adding that while this problem could be damaging to unity it was thankfully not widespread.
“I have tried talking to those involved in an indirect manner, but they either did not understand or just refused to.
“So I am issuing this warning. Continue to do so at your peril.
“I can guarantee your name will not make it to the list of candidates in the next general election,” he added.
On the popular perception that many Umno Youth leaders are “in there” to attain wealth through political networking rather than to uphold the interest of the ordinary Malays, he said:
“That perception is not entirely wrong. Once you become an Umno leader, the type of car you drive, your house and what you wear will be under strict scrutiny.
“That is why I have ordered all Umno Youth leaders to always don our white official uniform at party-related functions,” he added, conceding that many still refused to do so.