Monday, November 30, 2009

Gempa bumi lemah di Kuala Pilah

KUALA LUMPUR: Gempa bumi lemah berukuran 3.3 pada skala Richter berlaku di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, awal pagi ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia di sini hari ini, gempa bumi itu berlaku jam 12.15 pagi dan berpusat di 22km timur Seremban.

Bagaimanapun, tiada gegaran dirasai akibat gempa bumi itu, menurut kenyataan itu. - Bernama
............
 
 

Wednesday, November 25, 2009

Selamat Menyambut Aidil Adha 1430 Hijrah




Selamat Menyambut Aidil Adha to our Muslim colleagues. Have a safe and sound journey during the holiday. As we pray to Allah during this Aidul Adha hope his blessings fill our heart with peace, happiness and prosperity.








Sunday, November 22, 2009

Kerajaan Negeri Sembilan Akan Bantu Siti Amynur


SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan akan memberi bantuan kepada murid cemerlang Siti Amynur Ain Putri Rosdy yang mendapat keputusan 5A Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) meneruskan persekolahan.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri Datuk Yunus Rahmat berkata bantuan yang dihulurkan akan membolehkan murid Sekolah Kebangsaan Taman Dusun Nyior itu melanjutkan pelajaran ke tahap lebih tinggi bagi mencapai cita-citanya.

"Kerajaan negeri mengambil perhatian dengan nasib yang menimpa murid ini dan akan memberi bantuan kepadanya. Dalam masa terdekat ini kita akan cuba membantu menempatkannya di sekolah berasrama penuh di bandar ini," katanya ketika melawat murid itu di rumah emak saudaranya di Rumah Murah Dusun Nyior di sini, hari ini.

Pada Khamis lepas sewaktu keputusan UPSR diumumkan, Siti Amynur Ain Putri berada di surau rumah rakyat Taman Dusun Nyior untuk membantu kaum keluarga lain menguruskan jenazah ibunya, Rusmah Abdullah, 47, yang meninggal dunia akibat tekanan darah rendah selepas terlantar di hospital selama dua minggu.

Murid itu kini hidup yatim piatu bersama abangnya Mohd Amin Azaly, 14, pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Seri Ampangan di sini. Bapa mereka meninggal dunia empat tahun lepas akibat sakit tibi.
-----------
 
berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing. Pemuda Umno dibahagian Seremban disaran bersama sama membantu adik Siti Amynur dari segala segi yang termampu. Yang berkemampuan mungkin boleh memberikan bantuan dari sudut kewangan dan keperluan lain dan bagi yang mempunyai kepakaran lain, ilmu, khidmat nasihat dan sebagainya mungkin boleh bersama sama berkongsi dalam memberikan sumbangan dan kerja kerja kebajikan.
 
Sokongan moral dan spritual juga penting selain dari sokongan dalam bentuk kewangan. Bersama bekerja, kerja jadi mudah.
 
 

Thursday, November 19, 2009

Pencapaian UPSR Meningkat - Alimuddin

PUTRAJAYA: Pencapaian keseluruhan calon-calon yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun ini mengalami peningkatan berbanding tahun lepas.

Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata pencapaian keseluruhan Gred Purata Nasional (GPN) pada tahun ini telah meningkat sebanyak 1 peratus berbanding 2008.

"Pencapaian keseluruhan nilai GPN telah meningkat sebanyak 1 peratus tahun ini.Pencapaian Cemerlang (semua A) telah meningkat kepada 9.51 peratus tahun ini berbanding dengan 9.19 peratus pada tahun lepas dengan jumlah perbezaan sebanyak 0.32 peratus.

"Pencapaian Baik (minimum C) pula meningkat kepada 63.03 peratus berbanding dengan 62.56 peratus dengan perbezaan sebanyak 0.47 peratus. Manakala pencapaian lemah (semua E) telah menurun kepada 0.64 peratus berbanding dengan 0.66 peratus pada tahun lepas dengan perbezaan 0.02 peratus," katanya pada sidang akhbar bagi mengumumkan keputusan UPSR 2009 di sini hari ini.
..............
 
Tahniah buat para pelajar dan keluarga atas pencapaian cemerlang. Buat calon calon SPM yang bermula semalam .Selamat berjaya diucapkan
 

Sunday, November 08, 2009

Negeri Sembilan Juara Piala Malaysia




SELEPAS 61 tahun menanti, Negeri Sembilan akhirnya berjaya muncul juara Piala Malaysia 2009 dengan menewaskan Kelantan 3-1 pada perlawanan akhir, malam tadi.
Selepas tiga kali mencuba, baru tahun ini Negeri Sembilan yang dibimbing oleh Wan Jamak Wan Hassan dapat menebus kegagalan tewas kepada Perak dan Perlis pada tahun 2000 dan 2006 lalu.
...........
Tahniah diucapkan kepada skuad Si Rusa N Sembilan atas kejayaan pertama kali menjulang Piala Malaysia selepas 61 tahun yang lalu menjulang Piala Malaya. Syabas dan tahniah kepada para pemain dan juga jurulatih Wan Jamak yang telah berusaha memastikan sejarah tercipta untuk N Sembilan. Mungkin juga suntikan semangat atas kehadiran YAM Yang Dipertuan Besar N Sembilan Tuanku Muhriz Tunku Munawir dan juga YAB Dato Seri Mohd Hj Hasan dan juga Saudara Khairy Jamaluddin telah menaikkan lagi semangat anak anak buah Wan Jamak.
p/s mungkin kerajaan N Sembilan sedang berkira kira untuk memberikan saguhati atas kejayaan skuad rusa mencipta sejarah N Sembilan dalam areana bolasepak tempatan.
Syabas dan tahniah sekali lagi buat para pemain dan seluruh jentera Si Rusa, juga buat YAB Dato Seri Mohd Hj Hasan yang menerajui PBNS.



Monday, November 02, 2009

Negri govt to monitor websites, blogs which ‘lie’

SEREMBAN: The Negri Sembilan government will set up a special team to monitor blogs and websites which "spread lies" against it, said Mentri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.

He said the state had no choice but to set up the team as such lies undermined the credibility of the government.

"We need to correct or deny whatever wrong is being said about us. Some of these lies are so blatant and we are worried that people would fall for them if we did nothing about it," he told reporters at his office here on Monday.

Mohamad said even if these were lies, people would tend to believe them if the allegations were made repeatedly.
 
````````
 
Langkah wajar dari kerajaan N Sembilan dalam menangani gejala penipuan dan fitnah yang berleluasa. Terlalu ramai yang mahu menulis sehinggakan banyak fakta fakta tidak tepat yang diberikan dan ini menjuruskan kekeliruan kepada orang ramai. Tindakan sewajarnya harus diambil dalam isu ini supaya ia tidak menjadi amalan masyarakat Malaysia terutamanya di N Sembilan.
 
Mungkin selepas ini penulis penulis picisan terpaksa meletakkan tajuk karangan mereka dan bukan lagi sewenang wenangnya menulis tanpa usul dan periksa. Penulisan dan kupasan isu isu semasa atau pun apa saja isu haruslah dibuat dengan berhemah dan tujuan yang membina.
 
 

This page is powered by Blogger. Isn't yours?