Sunday, November 22, 2009

Kerajaan Negeri Sembilan Akan Bantu Siti Amynur


SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan akan memberi bantuan kepada murid cemerlang Siti Amynur Ain Putri Rosdy yang mendapat keputusan 5A Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) meneruskan persekolahan.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri Datuk Yunus Rahmat berkata bantuan yang dihulurkan akan membolehkan murid Sekolah Kebangsaan Taman Dusun Nyior itu melanjutkan pelajaran ke tahap lebih tinggi bagi mencapai cita-citanya.

"Kerajaan negeri mengambil perhatian dengan nasib yang menimpa murid ini dan akan memberi bantuan kepadanya. Dalam masa terdekat ini kita akan cuba membantu menempatkannya di sekolah berasrama penuh di bandar ini," katanya ketika melawat murid itu di rumah emak saudaranya di Rumah Murah Dusun Nyior di sini, hari ini.

Pada Khamis lepas sewaktu keputusan UPSR diumumkan, Siti Amynur Ain Putri berada di surau rumah rakyat Taman Dusun Nyior untuk membantu kaum keluarga lain menguruskan jenazah ibunya, Rusmah Abdullah, 47, yang meninggal dunia akibat tekanan darah rendah selepas terlantar di hospital selama dua minggu.

Murid itu kini hidup yatim piatu bersama abangnya Mohd Amin Azaly, 14, pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Seri Ampangan di sini. Bapa mereka meninggal dunia empat tahun lepas akibat sakit tibi.
-----------
 
berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing. Pemuda Umno dibahagian Seremban disaran bersama sama membantu adik Siti Amynur dari segala segi yang termampu. Yang berkemampuan mungkin boleh memberikan bantuan dari sudut kewangan dan keperluan lain dan bagi yang mempunyai kepakaran lain, ilmu, khidmat nasihat dan sebagainya mungkin boleh bersama sama berkongsi dalam memberikan sumbangan dan kerja kerja kebajikan.
 
Sokongan moral dan spritual juga penting selain dari sokongan dalam bentuk kewangan. Bersama bekerja, kerja jadi mudah.
 
 

Comments: Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?