Thursday, November 19, 2009

Pencapaian UPSR Meningkat - Alimuddin

PUTRAJAYA: Pencapaian keseluruhan calon-calon yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun ini mengalami peningkatan berbanding tahun lepas.

Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata pencapaian keseluruhan Gred Purata Nasional (GPN) pada tahun ini telah meningkat sebanyak 1 peratus berbanding 2008.

"Pencapaian keseluruhan nilai GPN telah meningkat sebanyak 1 peratus tahun ini.Pencapaian Cemerlang (semua A) telah meningkat kepada 9.51 peratus tahun ini berbanding dengan 9.19 peratus pada tahun lepas dengan jumlah perbezaan sebanyak 0.32 peratus.

"Pencapaian Baik (minimum C) pula meningkat kepada 63.03 peratus berbanding dengan 62.56 peratus dengan perbezaan sebanyak 0.47 peratus. Manakala pencapaian lemah (semua E) telah menurun kepada 0.64 peratus berbanding dengan 0.66 peratus pada tahun lepas dengan perbezaan 0.02 peratus," katanya pada sidang akhbar bagi mengumumkan keputusan UPSR 2009 di sini hari ini.
..............
 
Tahniah buat para pelajar dan keluarga atas pencapaian cemerlang. Buat calon calon SPM yang bermula semalam .Selamat berjaya diucapkan
 

Comments:
Semoga anak anak ini terdidik dengan budaya berdikari dan jatidiri yang tinggi.

Perjalanan yang masih jauh tetapi rebung harus dilentur sebelum menjadi buluh.

Semoga yang berjaya bersama sama berkongsi kejayaan dengan yang lain.
 
Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?