Wednesday, July 23, 2008
Umno Bahagian Seremban
Ketua Bahagian:
1- Dato Ishak Ismail
2-En Mohd Nor Awang
Ketua Pemuda
1-En Shahrul Ekhsan
2-En Sharifuddin
3-Hj Azman
Mungkinkah ini calon calon yang mendapat tempat di hati para ahli Umno bahagian Seremban atau pun mungkin ada muka muka lain yang akan dicalonkan. Persidangan masih berjalan sama samalah kita nantikan
Monday, July 21, 2008
Persidangan Umno 2008
Apakah yang dimahukan atau diharapkan, juga apakah yang mahu disumbangkan oleh ahli-ahli Umno pada persidangan pada tahun ini?
Adakah mereka berpuas hati dengan corak kepimpinan?
Adakah mereka mahukan perubahan di semua peringkat atau pun peringkat tertentu?
Adakah ketua cawangan dan ketua bahagian telah melaksanakan amanah yang diberikan?
Adakah pendekatan baru dan iktibar diambil dari keputusan pilihanraya 12?
Adakah kajian terperinci telah dijalankan dan maklum balas diambil dari ahli Umno?
Adakah mereka hanya sekadar berebut jawatan dan kepentingan?
Adakah mereka layak?
Pada pemilihan kali ini diharap para ahli Umno membuat tindakan dan pertimbangan yang sewajarnya dalam memilih pucuk kepimpinan supaya Umno bangun semula sebagai sebuah parti yang kuat dan terus mendukung perjuangan dan matlamat Umno
Friday, July 18, 2008
Rakyat boleh tanam sayur di tanah kerajaan terbiar
REMBAU 17 Julai - Rakyat dibenar mengusahakan tanaman sayur-sayuran di kawasan tanah terbiar milik kerajaan negeri sebagai langkah mengurangkan beban akibat kenaikan kos sara hidup.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, ia sekali gus dapat membantu kerajaan memanfaatkan tanah tersebut daripada terus terbiar sementara menunggu kerajaan membangunkan projek untuk rakyat di kawasan tersebut.
Beliau berkata, kerajaan juga yakin penggunaan tanah terbiar secara menyeluruh mampu mengurangkan jumlah import bahan makanan yang terpaksa ditanggung kerajaan.
''Tanah-tanah kosong di kawasan rizab kerajaan yang belum diperlukan lagi untuk tujuan pembangunan boleh digunakan sebagai tempat untuk bercucuk tanam.
''Langkah tersebut secara tidak langsung dapat mengubah tanah terbiar itu menjadi kebun komuniti untuk orang ramai,'' katanya.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0718&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_03.htm
Syabas diatas keperihatinan kerajaan N Sembilan dalam membantu rakyat N Sembilan terutamanya untuk mengurangkan bebanan dalam menangani krisis inflasi dan kenaikkan harga barang dan keperluan lain.
Mungkinkah pegawai pegawai khas yang ditempatkan boleh memantau aktiviti pertanian ini kerana ia mungkin menimbulkan masalah untuk menentukan kawasan siapa dan untuk siapa. Kerana mungkin ramai yang berminat untuk mengusahakan tanah tanah terbiar tetapi takut orang lain yang mengusahakan orang lain pula yang mengambil hasilnya. Mungkin juga kawasan yang diambil terlalu luas sehingga menimbulkan masalah pada orang lain. Usaha murni ini bila tidak dibuat tiada masalah tetapi sebagai cabaran kepada kerajaan N Sembilan bila dah ramai yang mula bertani di tanah rizab nanti ada pula yang iri hati dan sebagainya.
Bagaimanapun usaha ini harus dipuji kerana kalau tidak dimulakan memang tidak akan menjadi. Diharap mereka yang mahu bertani mandapatkan sedikit khidmat nasihat dari pihak berkenaan untuk mengelakkan masalah berbangkit
Thursday, July 10, 2008
JOm Bantu-Shafiq perlu bantuan
Beliau yang menetap di Garden Avenue di sini berkata, anaknya, Mohammad Shafiq Zulhafiz, lapan bulan, terpaksa dibedah di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) kerana mengalami keretakan dan pendarahan dalam kepala selepas terjatuh dari buaian.
Selepas pembedahan itu, katanya, Shafiq tidak lagi berupaya menggerakkan badan dan hanya mampu berbaring dan mengiring sahaja.
"Selepas terjatuh, anak saya hanya mengalami benjol di kepala. Namun, setelah imbasan dilakukan di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini, doktor mengesan terdapat pendarahan dalam kepalanya dan menyatakan anak saya perlu dirujuk kepada doktor pakar di HUKM," ujarnya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0710&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_03.htm
Sehubungan itu, Shahriza merayu bantuan pihak JKM dan orang ramai bagi mengurangkan beban yang ditanggung dengan menghubungi jirannya di talian 017-6038605.
Al Fatihah
Monday, July 07, 2008
Dr. M pertahan Najib, Anwar ada motif politik
"Saya tidak tahu kenapa beliau (Datuk Seri Anwar Ibrahim) menjadikan Datuk Najib sebagai sasaran. Bukan Datuk Najib yang melaporkan perbuatannya. Saya fikir beliau sentiasa menyerang Datuk Najib. Mungkin beliau fikir Datuk Najib menjadi penghalang bagi beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri (atau) Perdana Menteri.
"Anwar tidak dapat menyertai Umno...Saya tidak fikir Umno akan menerimanya.
Tuduhan terhadap beliau (Najib) semuanya berdasarkan dengar cakap. Tidak ada bukti. Bila kata yang beliau lakukan sesuatu, perlu berikan bukti. Tidak boleh sukasuka kata
"Saya dengar seseorang lakukan ini. Itu bukan bukti," kata bekas Perdana Menteri itu semasa ditemui pemberita selepas beliau mengunjungi Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad, yang berada di sini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Kumpulan Lapan Negara Islam Membangun (D8).
http://mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_fd9d4327-c0a85062-159df6c0-fbdfa40f
Inilah jadinya bila terlalu taksub dengan seorang pemimpin tanpa memikirkan logik dan fakta. Tuduhan tuduhan kepada Dato Seri Najib sudah menjadi seperti karangan atau pun fiksyen yang lebih kepada tokok tambah dan rekaan sahaja tanpa bukti sah.
Saudara Ezam juga tidak tergesa gesa dalam membuat makluman berkenaan kes rasuah dan salah guna kuasa PKR. Ini untuk mengelakkan salah faham dan fitnah. Seperti juga di Bahagian Seremban ada pemimpin yang kononnya melapurkan kes rasuah hanya berdasarkan dengar orang cakap tanpa bukti yang sah.
Begitu juga ulasan dari Mufti Perlis Dr Asri yang mengatakan terdapat kesilapan pemahaman mengenai bukti dan saksi. Sebagai seorang Islam yang mengesakan kekuasaan Allah bersumpah adalah jalan yang terbaik kerana mana mungkin orang yang diliwat/rogol dapat pula mengemukakan saksi. Saksi saksi itu pula membiarkan perkara dilaknat Allah itu berlaku. Pelik betul bila mereka langsung tidak dapat memikirkan logiknya perkara ini.
Hukuman Allah dan neracanya adalah yang paling adil tanpa ada kesilapan bukan seperti akuan bersumpah(statutory declaration) yang boleh tersilap atau pun ditarik tolak.
Gone with the wind
Md Nor Awang Vs Dato Sahak
SEREMBAN 6 Julai - Ketua UMNO Bahagian Seremban, Datuk Ishak Ismail mengumumkan hasratnya untuk mempertahankan jawatan itu.
Ishak, 57, merupakan bekas Ahli Dewan Undangan (ADUN) Lenggeng selama dua penggal sebelum ini tidak disenaraikan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) lalu berkata, beliau menyerahkan keputusan itu kepada cawangan untuk membuat keputusan.
"Saya akan pertahankan kerusi berkenaan pada pemilihan namun terpulang kepada cawangan kerana yang tentukan adalah cawangan dan kalau cawangan nak kita menang, kita akan menang," katanya ketika ditemui di sini semalam.
Pemilihan kali ini dijangka menyaksikan beliau akan dicabar oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Seremban, Mohd. Nor Awang yang merupakan calon Barisan Nasional (BN) bagi DUN Ampangan pada pilihan raya umum lalu.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0707&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_06.htm
Pertembungan antara dua generasi didalam pemilihan kali ini yang mana Dato Ishak akan dicabar oleh timbalannya seperti mana juga mungkin berlaku di bahagian Jelebu. Ishak yang hampir 20 tahun memimpin bahagian Seremban dan juga bekas Adun Lenggeng yang digugurkan yang mana digantikan oleh Yb Mustapha Salim.
Mungkinkah pemilihan kali ini akan menyaksikan muka muka baru yang akan bertanding bagi jawatan Ketua Umno bahagian Seremban, mungkin ramai lagi calon yang berkebolehan dan akan bertanding yang mana ini kita akan dapat saksikan tidak lama lagi.
Yang penting dan mesti diutamakan ialah mereka yang benar benar ikhlas mahu berjuang dan mempunyai landasan perjuangan untuk rakyat dan terutamanya orang orang Melayu di Seremban. Diharapkan para perwakilan memilih dengan bijak kerana calon yang dipilih mestilah berupaya menaikkan semula nama Umno di Bahagian Seremban.
Siapakah Dato Ishak & Mhd Nor Awang???
Mungkinkah akan ada sesi perbincangan atau pun sesi pertemuan dengan para ahli sebelum pemilihan dijalankan.
Sama sama kita nantikan
Elgadjo
Thursday, July 03, 2008
Persidangan UMNO 2008
Segala peraturan dan undang undang hendaklah dipatuhi janganlah nanti ada masalah berbangkit yang boleh menimbulkan masalah di kemudian hari.
Pastikan yuran dibayar, calon bertanding benar benar layak dan berkaliber dan tiada sebarang masalah berkaitan undang-undang dan sebagainya yang mana boleh dirujuk kepada peraturan dan perjalanan mesyuarat. Kalau tak tau bertanyalah dulu.
Perjalanan mesyuarat seharusnya dalam suasana yang penuh demokrasi dan setiap ahli berhak menyuarakan pendapat dan pilihan masing masing. Tiada keperluan untuk unsur unsur yang tidak sihat dan juga sebarang pertelingkahan dalam persidangan tahun 2008 ini.
Sebarang usul dan cadangan biarlah yang memberi kebaikkan kepada rakyat dan orang Melayu khususnya bukan hanya sekadar usul 'melepas batuk ditangga' dengan mengambilkira isu isu terkini, kepentingan bersama, isu isu global dan sebagainya.
Insyallah jika diizinkan Allah Umno Taman Paroi Jaya akan mengumumkan tarikh mesyuarat sedikit masa lagi.
Pjcowboys
Wednesday, July 02, 2008
Dana RM500,000 bantu usahawan PKS N Sembilan
Peluang terbuka buat para usahawan PKS yang berminat untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka. Diharapkan dengan skim bantuan Tabung Modal pusingan ini akan dapat meringankan beban dan memudahkan proses pinjaman kepada peniaga kecil yang mungkin berhadapan berbagai kesukaran untuk mendapatkan pinjaman bank ataupun mengelakkan dari terlibat dengan ceti haram.
Cuma perlaksanaan dan pemberian pinjaman tersebut dapat dilakukan oleh mereka yang benar benar berminat untuk membantu usahawan kecil ini supaya dapat mancapai golongan sasar dan matlamat membantu golongan yang memerlukan dapat dicapai. Biarlah mereka yang benar-benar memerlukan dan layak sahaja yang menerima pinjaman ini. Pemberian skim ini seharusnya dipantau dan juga bagi mereka yang tidak layak boleh mengemukakan rayuan dan dipertimbangkan dengan sewajarnya.
Biar sedikit tetapi memberi manfaat kepada rakyat. Peranan ini mungkin boleh dimainkan oleh ketua ketua kampung dan juga pegawai pegawai khas di 11 Dun mungkin akan lebih membantu usaha murni kerajaan N Sembilan ini.
Elgadjo