Thursday, July 03, 2008

Persidangan UMNO 2008

Bermula dari 17 Julai 2008 para warga Umno akan mula bersidang untuk memilih pucuk pimpinan bagi penggal yang baru. Calon calon dan para ahli diminta bersidang dengan penuh berhemah dan mengutamakan kepentingan parti bukan hanya untuk individu tertentu sahaja.
Segala peraturan dan undang undang hendaklah dipatuhi janganlah nanti ada masalah berbangkit yang boleh menimbulkan masalah di kemudian hari.

Pastikan yuran dibayar, calon bertanding benar benar layak dan berkaliber dan tiada sebarang masalah berkaitan undang-undang dan sebagainya yang mana boleh dirujuk kepada peraturan dan perjalanan mesyuarat. Kalau tak tau bertanyalah dulu.

Perjalanan mesyuarat seharusnya dalam suasana yang penuh demokrasi dan setiap ahli berhak menyuarakan pendapat dan pilihan masing masing. Tiada keperluan untuk unsur unsur yang tidak sihat dan juga sebarang pertelingkahan dalam persidangan tahun 2008 ini.

Sebarang usul dan cadangan biarlah yang memberi kebaikkan kepada rakyat dan orang Melayu khususnya bukan hanya sekadar usul 'melepas batuk ditangga' dengan mengambilkira isu isu terkini, kepentingan bersama, isu isu global dan sebagainya.

Insyallah jika diizinkan Allah Umno Taman Paroi Jaya akan mengumumkan tarikh mesyuarat sedikit masa lagi.

Pjcowboys

Comments:
pilihla ketua bahagian dan ajk bahagian yang baru yang mana boleh membantu kepimpinan dan bukan menambahkan kemarahan rakyat kepada Umno, pimpinan yang sudah lebih tiga empat penggal ni sudah terlalu lama dan sudah boleh di overhaul
 
Lagi satu kalau bertanding di bahagian saamaada pemuda ataupun bahagian, hentikan lah guna nama menteri besar. Biar lah ahli memilih kita atas dasar kebolehan & keikhlasan kita berjuang, baru lah UMNO akan bertambah mantap & disukai oleh umat Melayu terutamanya golongan muda Melayu masa kini.
 
ekau ni ado bayar umno punyo yuran ko atau cakap yo pandai? ontah2 ekau tak leh mengundi, memokak yo pandai. jonih cam ekau ni banyak bersepah kek somban tu ghaso ae. NATO no eksyen talk only ( acik tak sekolah orghang puteh tak tau nak mgejo ae)
 
Tok Ketu
jangan gado2 seromban nih kocik ajo
ngundi bonarlah nanti pilih calon masing2 yo
kalau jadi boss kono baik
 
Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?