Friday, July 18, 2008

Rakyat boleh tanam sayur di tanah kerajaan terbiar

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
REMBAU 17 Julai - Rakyat dibenar mengusahakan tanaman sayur-sayuran di kawasan tanah terbiar milik kerajaan negeri sebagai langkah mengurangkan beban akibat kenaikan kos sara hidup.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, ia sekali gus dapat membantu kerajaan memanfaatkan tanah tersebut daripada terus terbiar sementara menunggu kerajaan membangunkan projek untuk rakyat di kawasan tersebut.
Beliau berkata, kerajaan juga yakin penggunaan tanah terbiar secara menyeluruh mampu mengurangkan jumlah import bahan makanan yang terpaksa ditanggung kerajaan.
''Tanah-tanah kosong di kawasan rizab kerajaan yang belum diperlukan lagi untuk tujuan pembangunan boleh digunakan sebagai tempat untuk bercucuk tanam.
''Langkah tersebut secara tidak langsung dapat mengubah tanah terbiar itu menjadi kebun komuniti untuk orang ramai,'' katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0718&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_03.htm

Syabas diatas keperihatinan kerajaan N Sembilan dalam membantu rakyat N Sembilan terutamanya untuk mengurangkan bebanan dalam menangani krisis inflasi dan kenaikkan harga barang dan keperluan lain.

Mungkinkah pegawai pegawai khas yang ditempatkan boleh memantau aktiviti pertanian ini kerana ia mungkin menimbulkan masalah untuk menentukan kawasan siapa dan untuk siapa. Kerana mungkin ramai yang berminat untuk mengusahakan tanah tanah terbiar tetapi takut orang lain yang mengusahakan orang lain pula yang mengambil hasilnya. Mungkin juga kawasan yang diambil terlalu luas sehingga menimbulkan masalah pada orang lain. Usaha murni ini bila tidak dibuat tiada masalah tetapi sebagai cabaran kepada kerajaan N Sembilan bila dah ramai yang mula bertani di tanah rizab nanti ada pula yang iri hati dan sebagainya.

Bagaimanapun usaha ini harus dipuji kerana kalau tidak dimulakan memang tidak akan menjadi. Diharap mereka yang mahu bertani mandapatkan sedikit khidmat nasihat dari pihak berkenaan untuk mengelakkan masalah berbangkit

Comments: Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?