Thursday, May 28, 2009
Pemuda Umno bimbang pelbagai desakan akan jejas 1Malaysia
KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda Umno hari ini menyuarakan kebimbangan mengenai begitu banyak desakan terbuka yang dibuat tanpa mengambil kira sensitiviti masyarakat.
Naib ketuanya Datuk Razali Ibrahim berkata desakan-desakan itu dilihat akan menggagalkan hasrat 1Malaysia yang diketengahkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Desakan Hindraf sangat keterlaluan dan bersifat ugutan demi faedah satu kaum, (manakala) isu Chin Peng sengaja dibuat untuk mengelirukan sejarah pembinaan negara," dalam kenyataan kepada Bernama.
"Apapun tujuannya, harapan 1Malaysia perlu diambil kira dalam setiap tindakan kerana negara sememangnya terbina di atas asas kerjasama dan pengorbanan semua," tambahnya.
Beliau berkata jasa perajurit yang gugur mempertahankan negara ini jangan sesekali dilupakan hanya kerana negara sudah mengecapi kemakmuran.
"Semua ini akan hilang jika terlalu asyik melihat kepada kepentingan diri masing-masing dan akhirnya menggagalkan 1Malaysia," kata Razali, yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan.
Pergerakan itu seterusnya menggesa agar perkara-perkara seumpama itu ditangani secara matang dengan memberi penekanan kepada kepentingan pembinaan negara secara bersama agar ia dapat berjalan secara harmoni dan tersusun.
Saturday, May 16, 2009
Pemuda N Sembilan tekad kembalikan kepercayaan golongan muda
SEREMBAN 15 Mei - Kepimpinan Pemuda UMNO negeri bertekad untuk mengembalikan kepercayaan golongan muda pelbagai kaum terhadap Barisan Nasional (BN).
Ketua Pemuda UMNO negeri, Mohd. Helmi Din, 34, berkata, pergerakan itu berazam menjayakan misi BN memperoleh majoriti dua pertiga atau lebih di negeri ini dalam pilihan raya umum akan datang.
Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Rasah memberitahu, program-program yang berupaya memupuk semangat Satu Malaysia akan diatur dalam tempoh masa terdekat dengan kerjasama parti-parti komponen BN serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
''Program-program berkenaan akan membabitkan penyertaan golongan muda berbangsa Melayu serta kaum-kaum lain di negeri ini," katanya.
Mohd. Helmi berkata demikian ketika ditemui pada sidang akhbar majlis penyerahan jawatan Ketua Pemuda UMNO negeri di Wisma UMNO Negeri Sembilan dekat sini semalam.
Hadir sama Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin dan Ketua Penerangannya, Datuk Reezal Merican Naina Merican.
Pada majlis sama, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pilah merangkap Ahli Dewan Undangan (ADUN) Pilah, Adnan Abu Hasan, dilantik sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO negeri.
Ahli-ahli jawatankuasa Pemuda UMNO negeri lain yang dilantik adalah Shahrul Ekhsan Osman (Setiausaha), Mohd. Isam Mohd. Isa (Bendahari) dan Mohd. Razi Mohd. Ali (Ketua Penerangan).
Dalam pada itu, kata Mohd. Helmi, tumpuan turut diberikan terhadap usaha menangani gejala sosial yang menular di kalangan generasi muda di negeri ini.
Kata beliau, Pemuda UMNO negeri bersedia duduk semeja dan berbincang dengan semua pihak yang ingin memberi kerjasama serta pandangan berhubung isu tersebut.---------
Tahniah dan syabas diucapkan kepada barisan Pemuda N Sembilan yang baru juga kepada Ketua Pemuda Seremban En Shahrul Ekhsan yang dilantik sebagai Setiausaha yang berusaha bagi penggal yang baru.
Program program yang menyeluruh dan melibatkan semua pihak diharapkan dapat menerapkan nilai nilai murni seterusnya menangani gejala sosial yang semakin berleluasa. Kajian menyeluruh dan terperinci amatlah digalakkan tetapi yang lebih penting maklumbalas semasa dan menyesuaikan sesuatu program dengan keadaan semasa. Kerana kajian terperinci dan sistematik sahaja tidak lagi memadai kerana setiap program dan perlaksanaan akan sentiasa berubah rubah mengikut keperluan semasa dan terkini.
Gejala sosial tidak akan berjaya dibanteras jika tiada pemerhatian dan pemantauan semasa dan juga jika usaha hanyalah seperti melepas batuk ditangga. Maklum balas langsung dari para ahli mungkin dapat membantu jika semua bersama mengembeling tenaga dan menyumbang buah fikiran. Suatu sistem itu dibuat bukan hanya untuk diikuti tetapi juga sebagai panduan dan juga meningkatkan kualiti kehidupan.
Tidak perlu sistem yang terlalu canggih atau pun idea yang terlalu hebat untuk melaksanakan sesuatu program kerana yang penting ia praktikal dan dalam jangkauan untuk dilaksanakan. Perincikan maklumat dan sampaikan secara terus kepada para ahli segala maklumat dan maklumbalas akan menambahkan kefahaman terhadap sesuatu program dan perancangan kerana 'practical move is better than lip services'.
Tiada gunanya jika kita hanya mengadaptasi teori teori tanpa perlaksanaan praktikal kerana ia hanya akan menjadi teori syok sendiri. Turun kepadang dan kebawah seperti yang diamalkan K Pemuda Seremban dan jenteranya sepatutnya yang menjadi contoh dan ikutan kerana dengan cara ini sahaja segala butiran dan keadaan semasa masyarakat dapat difahami dari Lenggeng. Ampangan, Sikamat, Nilai dan seterusnya di N Sembilan. Janganlah jadi seperti Puyi yang terkurung di Kota Larangan sendiri.
Sunday, May 10, 2009
Selamat Ulang Tahun ke 63 Umno Malaysia
Umno Taman Paroi Jaya menyokong penuh kepimpinan Yab Dato Seri Najib Tun Razak
Semoga Ulangtahun Umno akan membuatkan kita merenung kembali sejarah perjalanan Umno supaya tidak mudah lupa akan matlamat perjuangan juga tidak goyah dengan cabaran yang mendatang
Thursday, May 07, 2009
Rekreasi tangani mat rempit
SEREMBAN 5 Mei - Langkah mewujudkan lebih banyak aktiviti rekreasi mampu menangani desakan merempit di kalangan remaja dan belia di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Modal Insan, Belia dan Sukan negeri, Abd Samad Ibrahim berkata, aktiviti berkaitan hendaklah dibuat secara agresif supaya ruang merempit disekat dan dialih kepada agenda berfaedah.
"Ia sudah terbukti dan memang ada kebenaran di sebalik pelaksanaan usaha itu. Ini kerana di negeri ini, statistik mat rempit didapati berkurangan sejak penambahan program dan tempat beriadah.
"Sebagai contoh, pembukaan lebih banyak gelanggang futsal dan tempat khas sukan permotoran telah menyaksikan remaja beralih menjalankan aktiviti yang lebih berfaedah dan selamat," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
Tambah Samad, kerajaan negeri bercadang membina lebih banyak lokasi gelanggang futsal dan tempat sukan pemotoran.
"Kita telah kenal pasti lokasi bagi pembangunan tempat untuk remaja mendalami sukan permotoran secara sah," ujar beliau.
Sehubungan itu, Abd Samad berkata, sebuah litar cub prix bakal dibangunkan di Seremban tidak lama lagi yang kini dalam peringkat perbincangan.