Thursday, May 07, 2009

Rekreasi tangani mat rempit

SEREMBAN 5 Mei - Langkah mewujudkan lebih banyak aktiviti rekreasi mampu menangani desakan merempit di kalangan remaja dan belia di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Modal Insan, Belia dan Sukan negeri, Abd Samad Ibrahim berkata, aktiviti berkaitan hendaklah dibuat secara agresif supaya ruang merempit disekat dan dialih kepada agenda berfaedah.

"Ia sudah terbukti dan memang ada kebenaran di sebalik pelaksanaan usaha itu. Ini kerana di negeri ini, statistik mat rempit didapati berkurangan sejak penambahan program dan tempat beriadah.

"Sebagai contoh, pembukaan lebih banyak gelanggang futsal dan tempat khas sukan permotoran telah menyaksikan remaja beralih menjalankan aktiviti yang lebih berfaedah dan selamat," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Tambah Samad, kerajaan negeri bercadang membina lebih banyak lokasi gelanggang futsal dan tempat sukan pemotoran.

"Kita telah kenal pasti lokasi bagi pembangunan tempat untuk remaja mendalami sukan permotoran secara sah," ujar beliau.

Sehubungan itu, Abd Samad berkata, sebuah litar cub prix bakal dibangunkan di Seremban tidak lama lagi yang kini dalam peringkat perbincangan.

----------------------
 
Usaha agresif dalam membanteras aktiviti rempit dikalangan belia haruslah disertai semua pihak dan bukan hanya mengharapkan kerajaan dan badan tertentu melakukannya sendirian. Ini adalah kerana setiap maklum balas perbincangan antara golongan belia, pihak berkuasa, persatuan persatuan dan orang ramai mungkin dapat membantu menjuruskan belia kearah aktiviti yang sihat dan berkualiti.
 
Sukan permotoran jelas boleh menjana pulangan ekonomi dan merintis ke arah kemajuan dalam bidang sains dan teknologi jika dipantau dan mendapat khidmat nasihat yang sewajarnya. Seharusnya belia belia harus diberikan lebih peluang dan pendedahan dan bukan hanya disekat dari melakukan aktiviti yang sihat.
 
Pemantauan harus dilakukan supaya dapat diterapkan unsur unsur disiplin, pengetahuan, keselamatan dan lain lain lagi. Bekas tapak lapangan terbang di Kem paroi mungkin tempat yang sesuai untuk dijadikan gelanggang bagi para belia untuk beraksi dengan jentera motor mereka dan adalah lebih baik jika mendapat khidmat nasihat dari pihak berkuasa seperti Jpj, Kementerian kesihatan dan Kementerian Belia dan Sukan.

Comments:
Cakap yo tak payah la. Buek kojo setakat angek-angek taik ayam buek apo. Nak buek apo laie? kok nak cari projek pun biarlah dengan kaedah yang sesuai. Ini nak buek, itu nak buek, konon er untuk remaja, lamo-lamo sok gamai yang tersadai kek situ.
 
Suatu cadangan yang baik dalam mengadakan fasiliti rekreasi untuk mengalih minat mat rempit dari berlumba haram.

Namun perlu ada gak pengetahuan apa sebenar minat mereka ini. Tak guna buat fasiiti jutaan ringgit sekiranya x dapat sambutan. Akhirnya fasiliti jadi Gajah Putih.

Perempit ni 99.9% Melayu. Mereka ni merempit kenapa? Apakah minat mereka ni kepada sukan berlumba? atau pengasahan skill menunggang seperti wheely wikang superman dsb. Atau mereka suka bergaul bila berkelompok ramai-ramai atau mereka sukakan lifestyle pergaulan bebas. Semua bebas-pakaian bebas,seks bebas,hisap dadah bebas,minum thai song pun bebas.Ataupun mereka nak tunjuk rebellious side dalam diri mereka?

Nak kaji ni perlu buat penyelidikan sistematik sebab ini melibatkan faktor kemanusian seperti perasaan,emosi dan latar belakang pendidikan serta agama.

Kita peru hargai jugak peranan Kerajaan dalam menangani masalah ini. Kerajaan bertindak MENCEGAH-polis dan JPJ dikerahkan untuk buat roadblok dan operasi saban malam minggu,melalui PENDIDIKAN- media,seminar,program disekolah2 sampai ke universiti. PILIHAN-penyediaan pusat rekreasi,gelanggang permotoran dsb.
Tapi semua ini akan kurang berkesan kalau x kaji mereka.Kalau yang suka berekreasi mungkin mereka pergi ke pusat rekreasi. Kalau ada sedikit berpendidikan mungkin didikan dan kaedah pencegahan dapat menjadi kaedah yang efektif.

Tapi yang rebellious dan gemar lifestyle bebas ni macamana? Didikan agama dan didikan keluarga yang perlu. Ini bukan kerja program satu hari tapi ini memerlukan program jangka panjang bermula dari sekolah rendah lagi. Ini dikatakan BEHAVIOURAL RE ENGINEERING PROCESS. Ini juga perlu di lakukan. Program ini mungkin makan masa 5-10 tahun tapi cara ni Aldolf Hitler pernah pakai dan berjaya masa perang dunia 2 dulu.

Tapi persoalannya mahukah kita di Malaysia ini ikut kaedah Adolf Hitler dalam menangani gejala rempit ini?
 
Salam hormat...setuju apa yg diperjelas oleh keris muda. Sekadar bercakap menghentam membabi buta mengikut sesedap rasa bukan lg amalan mulia yg akan membantu menyelesaikan permasalahan yg membelenggu anak bangsa khususnya. Lontarkan idea yg bernas dan konstruktif bersama dlm proses membantu bina bangsa utk kesenangan semua. Alihkan paradigma pemikiran yg menyumbang dan bukannya menyimpang serta lentung lentang spt tin yg kosong berbunyi spt gendang tp langsung tiada memberi impak positif kpd generasi muda sbg panduan. Selaku ketua, saya dan rakan2 seperjuangan akan kami cuba usahakan bg merangka strategi mengurangkan permasalahan kalau tak dpt menghapuskan sama sekali gejala yg membelenggu generasi muda ini dan segalanya harus terlibat bermula dari rumah hinggalah ke dlm kelompok masyarakat. Pemuda UMNO akan mengorak langkah bg membantu seluruh yg terlibat dan mengharap semua akan membantu semampu adanya....insyaALLAH tiada yg mustahil dan tiada masalah yg tidak boleh diselesaikan. Ayuh semua kita saling membantu kearah menangani permasalahan ini bersama tidak kira kecil atau besar sekalipun sumbangan kita....demi anak bangsa. Salam perjuangan & hormat.... (Shahrul Ekhsan Hj Osman)
 
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Bmdua/20090510080010/Article/index_html
 
apo yang nak dibuek ni lain tidak untuk memonohkan kantung dalam poket masing2, den bukan sehari duo bersamo dengan umno ni. masak bonar dengan gelagat kau orang ni. tak payahlah nak berlakun. lopeh tu beghobut-ghobut nak projek, belanjo sano belanjo sini. ini lah perangai eh. sonang bona nak mengabihkan duit rakyat. sepatutnyo cari punco baru boleh dapek selosaikan masalah. ni nak buek tompek rekriasi bukan menyelosaikan masalah, lamo-lamo sok jadi port maksiat. lopeh tu nak buek apo pulak?. dah la..kalau dah pemimpin pun macam tu pemikirannyo tak taulah den nak cakap.
 
buatlah lah projek tu, untung-untung besok engkau yang dapat projek tu, kaya lah kau. lepas tu beli kereta baru, buat rumah baru, best kan?. lepas tu bila projeck dah takda, mulalah pening kepala, kereta kena tarik, rumah terbengkalai. bila dah jadi macam tu mula cakap Umno ni teruklah, umno ni takgunalah. tapi bila senang umnolah segala-galanya bagi kau orang.
 
umno nih takdo yang tak elok cumo orang2 jo yang buek dio elok ko tak elok samola jugak, parti2 apo pun..

ko raso nak projek jo masukla parti tapaware..bilo dapek projek ko kato elok bilo tak dapek ko la konon yang berjuang telus mulus konon eh..

sumbangkan lah apo yang boleh dari bercakap cam tong kosong..den totap sokong kp den
 
Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?