Saturday, May 16, 2009

Pemuda N Sembilan tekad kembalikan kepercayaan golongan muda

SEREMBAN 15 Mei - Kepimpinan Pemuda UMNO negeri bertekad untuk mengembalikan kepercayaan golongan muda pelbagai kaum terhadap Barisan Nasional (BN).

Ketua Pemuda UMNO negeri, Mohd. Helmi Din, 34, berkata, pergerakan itu berazam menjayakan misi BN memperoleh majoriti dua pertiga atau lebih di negeri ini dalam pilihan raya umum akan datang.

Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Rasah memberitahu, program-program yang berupaya memupuk semangat Satu Malaysia akan diatur dalam tempoh masa terdekat dengan kerjasama parti-parti komponen BN serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

''Program-program berkenaan akan membabitkan penyertaan golongan muda berbangsa Melayu serta kaum-kaum lain di negeri ini," katanya.

Mohd. Helmi berkata demikian ketika ditemui pada sidang akhbar majlis penyerahan jawatan Ketua Pemuda UMNO negeri di Wisma UMNO Negeri Sembilan dekat sini semalam.

Hadir sama Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin dan Ketua Penerangannya, Datuk Reezal Merican Naina Merican.

Pada majlis sama, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pilah merangkap Ahli Dewan Undangan (ADUN) Pilah, Adnan Abu Hasan, dilantik sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO negeri.

Ahli-ahli jawatankuasa Pemuda UMNO negeri lain yang dilantik adalah Shahrul Ekhsan Osman (Setiausaha), Mohd. Isam Mohd. Isa (Bendahari) dan Mohd. Razi Mohd. Ali (Ketua Penerangan).

Dalam pada itu, kata Mohd. Helmi, tumpuan turut diberikan terhadap usaha menangani gejala sosial yang menular di kalangan generasi muda di negeri ini.

Kata beliau, Pemuda UMNO negeri bersedia duduk semeja dan berbincang dengan semua pihak yang ingin memberi kerjasama serta pandangan berhubung isu tersebut.
---------

Tahniah dan syabas diucapkan kepada barisan Pemuda N Sembilan yang baru juga kepada Ketua Pemuda Seremban En Shahrul Ekhsan yang dilantik sebagai Setiausaha yang berusaha bagi penggal yang baru.

Program program yang menyeluruh dan melibatkan semua pihak diharapkan dapat menerapkan nilai nilai murni seterusnya menangani gejala sosial yang semakin berleluasa. Kajian menyeluruh dan terperinci amatlah digalakkan tetapi yang lebih penting maklumbalas semasa dan menyesuaikan sesuatu program dengan keadaan semasa. Kerana kajian terperinci dan sistematik sahaja tidak lagi memadai kerana setiap program dan perlaksanaan akan sentiasa berubah rubah mengikut keperluan semasa dan terkini.

Gejala sosial tidak akan berjaya dibanteras jika tiada pemerhatian dan pemantauan semasa dan juga jika usaha hanyalah seperti melepas batuk ditangga. Maklum balas langsung dari para ahli mungkin dapat membantu jika semua bersama mengembeling tenaga dan menyumbang buah fikiran. Suatu sistem itu dibuat bukan hanya untuk diikuti tetapi juga sebagai panduan dan juga meningkatkan kualiti kehidupan.

Tidak perlu sistem yang terlalu canggih atau pun idea yang terlalu hebat untuk melaksanakan sesuatu program kerana yang penting ia praktikal dan dalam jangkauan untuk dilaksanakan. Perincikan maklumat dan sampaikan secara terus kepada para ahli segala maklumat dan maklumbalas akan menambahkan kefahaman terhadap sesuatu program dan perancangan kerana 'practical move is better than lip services'.

Tiada gunanya jika kita hanya mengadaptasi teori teori tanpa perlaksanaan praktikal kerana ia hanya akan menjadi teori syok sendiri. Turun kepadang dan kebawah seperti yang diamalkan K Pemuda Seremban dan jenteranya sepatutnya yang menjadi contoh dan ikutan kerana dengan cara ini sahaja segala butiran dan keadaan semasa masyarakat dapat difahami dari Lenggeng. Ampangan, Sikamat, Nilai dan seterusnya di N Sembilan. Janganlah jadi seperti Puyi yang terkurung di Kota Larangan sendiri.

Comments:
bilo lak ketua bhg seromban ni turun padang, turun padang ke atau turun jumpa puak2 sendiri?
 
ketuo pemudo seromban memangg salu turun kok tak nampak dah dokek la tuh..
 
ni puak yg mano nie
 
Ekau kecewo tu...sobab dia tak jumpo ekau..!kan??? Ekau namo pun tak berani bubuh! Camno nak jumpo ekau..!!!! tak do TOLO...!!! Pemuda skrg tak main la baling batu sembunyi tangan.... lain la budak2 PR..... Ramai2 berani la....
 
Sebarang pertanyaan dan maklum balas boleh diajukan terus kepada KP Seremban atau pun melalui email

Tak perlu lagi cara belakang2 ini pesanan dari barisan hadapan
 
Reti ke buat minit mesyuarat? Yg tinggal semuanya mmg tak reti. Sapalah yg nak buat tu ye? Mereka cuma reti mengampu jer....ha ha ha
 
Hentikan la berpuak puak dalam Umno kerana tiada faedah langsung yang akan diperolehi.

Hanya orang orang pengecut sahaja yang akan lari dan menikan dari belakang..

Tak tahu kita belajar, tiada yang mustahil.
 
yang berpuak tak ramai tapi ada yang suka bawak guni dan cap orang ikut puak
 
Setuju... memang org pengecut jer yang suka baling batu sembunyi tangan. Kalau tak percaya, sila tanya KP Bhg Somban sobab dio sobonar eh yang paling gomar buek bondo2 macam tu. Sumo org dio ok lopeh tu sumo org dio aniayo... camno org mudo nak percayo kek UMNO kok perangai ketuo eh pun tak boto???
 
semua masalah boleh dibawa berbincang, jika ada ketidakpuasan hati jumpala terus Kp Seremban.

Dan jika ada lapuran salah laku buatlah lapuran dan sertakan bukti biar kami pemuda semua tahu dan boleh menilai.

Jika stakat bercakap bukit pon boleh runtuh..tapi cakap jola daun pon tak goyang..
 
Post a Comment

Links to this post:

Create a Link



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?